Monday, March 29, 2010

MASYA ALLAH, AIWA AHSANTI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku menyelia sorang guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Madrasah Alattas Alarabaiah AlIslamiah di Tiram. Subjeknya Bahasa Arab. Sewaktu pra penyeliaan cikgu ni aku tengok dia biasa je macam orang lain, cuma dia bawa toyota caldina.


Aku tanya beberapa soalan, harganya dalam RM120,000 bayar bulanan RM1500 je. Aku tak percaya dia guna duit gaji, mesti ada pendapatan sampingan ni. Dia senyum je. Aku pun tak nak tanya banyak. Lepas tu dia balik.

Bila aku sampai madrasah, aku semak buku rekod dia, folio dan jurnal. Tanya perancangan dan macam-macam soalan dan minta penerangan. Habis dia tulis dalam Bahasa Arab, kena terjemah le. Bila masuk kelas, aku tertarik dengan kesungguhannya, lenggok tangan, intonasi suara, bertenaga dan memek muka. Yang aku ingat ayat masya Allah, aiwa ahsanti, naam diulang-ulang.

Aku sebenarnya tahu le sikit-sikit bahasa arab ni. Dulu aku belajar bahasa arab ni darjah 2 sekolah agama. Jadi ade le faham sikit. Selain bahasa arab ni aku suka gak observe kat SJKC. Boleh belajar bahasa cina. cikgu dia suka akhirkan ayat dengan "tui ma!" maksudnya betul ke?

CAT RUMAH2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku datang lagi. Nak selesaikan kerja semalam. Lagipun penyewa tu dah janji nak datang petang ni. Aku periksa bilik biru tu dulu, memang tak sekata cat tu. Aku rasa malu juga kalau hasilnya begitu.

Tapi macamanapun aku kena mula mengecat bilik sebelah dulu. Aku pun bentang kanvas dan bancuh cat. Habis cat bilik tu aku biarkan kering dulu. Tiba-tiba "Assalamualaikum!". Terkejut aku, suara perempuan. Ingat jiran aku rupanya isteri penyewa aku. Main terjah je. Aku masa tu pakai seluar pendek je dengan baju pagoda. Lepas tu baru penyewa tu datang. Isteri dia tengok bilik biru tu, bilik air dan bilik lain. dia kata OK. Lepas tu dia bayar deposit dengan sewa dan aku bagi kunci. Aku minta tempoh lanjut untuk menyiapkan cat.

Lepas dia keluar, aku balas lagi satu lapis cat. Alhamdulillah akhirnya 2 bilik dapat warna putih cuma pantulan pink dan biru tu masih ada. Cat berbaki sikit untuk bilik ketiga. Aku rasa 7 liter tu sepatutnya cukup untuk 3 bilik tapi disebabkan nak overcome warna putih maka banyak lapisan disapu. Jadi akupun beli cat lagi untuk top up.

CAT RUMAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku cat rumah. Dah 2 hari aku mengerjakan rumah ni. Sebenarnya bukan kotor sangat dinding tu, dan aku pun bukannya nak cat pun, raya lama lagi. Tapi ni le permintaan pelik orang yang nak menyewa rumah aku ni.

"Saya nak bilik warna putih, Saya tak kisah, Isteri saya yang nak!"

Itu le perkataan yang diulang-ulang. Dia ni kena queen control ke? Takut sangat kat bini. Masalahnya 2 dinding bilik tu warna merah jambu (pink) dan satu warna biru. Kalau nak putihkan pink rasanya boleh diusahakan tapi nak putihkan biru tu ada problem banyak. Dia kata ruang tamu nanti dia cat. Jadi aku pun kata cat sekali le bilik tu tapi dia minta RM300. Dia kata abang tanye le berapa biasa orang amik upah. Fulamak!! aku pun angin le.

Sebenarnya aku ada roller, takung, berus cat 3". Bila-bila masa aku boleh cat. Aku dah tanya kedai, cat emulsion putih 7 liter baru RM29 je. Jadi aku pun beroperasi. Hari pertama aku cat satu lapis dulu. Cat ni kena biar kering dulu untuk tengok hasilnya. Memang le bertompok-tompok dan kena touch up. Dalam 6.30 ptg, aku sempat buat 1 bilik je. Aku cuci roller dengan takung. Lepas tu aku cari orang yang nak sewa tu bagitau nak sambung esok dan problem dinding biru tu. Dia kata esok dia nak datang dengan bini dia pukul 2.00 petang. Aku pun balik dengan family aku.

PILIHANRAYA MCA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Tajuk ni bukan nak cerita atau komen siapa menang atau kalah. Perwakilan dah buat keputusan. Isu yang menarik perhatian aku ialah apabila aku mendengar radio mengenai temuramah dengan pemimpin-pemimpin baru parti tersebut.

Aku puji bila mendengar pemimpin MCA berbahasa Melayu apabila ditemuramah. Cakap mereka tu langsung tak de pelat cina. Kalau dulu, cuma cina belah utara je cakap Melayu kurang pelatnya. Ini menunjukkan mereka cukup menjaga imej dengan memperkaya bahasa Melayu. Mereka sedar pengundi mereka dan rakan parti kebanyakannya Melayu. Kalau diselitkan bahasa Inggeris pun setakat minimum sahaja.

Ini membuktikan kaum cina lain di Malaysia boleh bertutur dengan baik tanpa gaya dan pelat yang biasa kita dengar. Kita dah lama merdeka, Tahniah kepada yang menang.

KUALA LUMPUR 28 Mac – Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu, Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan parti di sini hari ini.

Soi Lek, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.

Speaker, Datuk Yip Phooi Hong mengumumkan keputusan tersebut kira-kira pukul 6.45 petang yang disusuli sorakan bergema penyokong Soi Lek.

Dengan keputusan tersebut, Soi Lek mempunyai tugas berat dalam usaha menyatukan semula kepimpinan MCA selepas parti berkenaan melalui fasa krisis kepimpinan sejak dua tahun lalu.

Malah pemilihan Soi Lek itu turut memberi satu mesej jelas bahawa kepimpinannya diperlukan untuk mengembalikan semula kepercayaan ahli-ahli parti serta masyarakat Cina keseluruhannya kepada MCA.

Walaupun kemenangan Soi Lek sudah diduga tetapi agak memeranjatkan apabila jumlah undi yang diperoleh Tee Keat paling sedikit dan jurangnya agak jauh berbanding dua calon lain memandangkan beliau merupakan penyandang jawatan.

Semua yang terpilih hari ini akan memegang jawatan sehingga Oktober 2011.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menang tipis apabila majoriti yang diperolehnya hanya 65 undi sahaja.

Tiong Lai berjaya memperoleh 1,171 manakala lawannya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Naib Presiden memperoleh 1,106 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Donald Lim Siang Chai; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC), Gan Ping Sieu.

Bagi perebutan 25 jawatan dalam CC, Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong mendapat undi paling tinggi.

Seramai 86 calon bertanding dengan jumlah perwakilan yang membuang undi hari ini mencatat angka paling tinggi iaitu 2,315 orang. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi sebaik sahaja proses pemilihan diadakan.

Friday, March 19, 2010

GENTING II

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni masuk hari kedua aku kat Genting. Pagi tadi aku dapat call dari member baik lama aku. Dia mengajar kat SMT Alor Gajah. Dia ada kat JB nak datang rumah tapi aku kat sini. Aku cakap lain kali je.

Oleh kerana hari ni Jumaat, aku kena le solat Jumaat. Aku kan lelaki. Pihak resort sediakan van untuk ke masjid. Memula aku ingat masjid mesti tak ramai. Berapa kerat melayu kat sini. Bila sampai, penuh gak masjid tu. Pekerja skyway, pemandu-pemandu, orang berkursus dan ramai lagi. Dalam tu ada le bangla 2 orang. Aku perhatikan sepanjang mendaki tu, ada beberapa tempat tapak berhenti, Ada satu lokasi tu van ford berhenti, semua penumpangnya turun, Mesti enjin panas. Satu lagi ada 2 kenderaan berhenti. Ingatkan rosak, rupanya bentang tikar. Makan tengahari sekeluarga.

Dulu aku pernah datang sini, lebihkurang tahun 1987. Duk 3 hari kat masjid ni. Yang perempuan tidur kat balai sebelah. Kalau malam sampai subuh tu memang sejuk. Kalau nak amik wuduk tu memang menggigil. Masjid ni dekat dengan stesen skyway. Habis je solat aku balik resort. Kata pemandu tu, sekarang cable car dah ada. Jadi skyway ni dah kurang beroperasi. Aku tanya driver tu aku ada dengar bunyi air terjun kat resort. Dia kata memang ada dan tunjuk tempatnya tetapi tak boleh mandi sebab semua air buangan dari rumah, industri sayuran disalirkan ke air terjun tu.

Selesai tugas petang tu aku berenang kat kolam, sebelah cafe. Kolam ni paling dalam pun 5 kaki je. Kolam kanak-kanak pun ada. Kalau kat clubhouse tu ada dalam 7 kaki tapi aku kena jalan kaki. Aku ingat boleh berendam lama tapi air cepat sejuk. Dah bersin 4-5 kali aku pun naik sebelum cramp.

Satu yang aku puji ialah kelajuan broadband aku memang laju gak. Ade ke ini perancangan pengurusan Genting yang mementingkan internet. Aku perhatikan ada guest yang menggunakan laptop tapi tak pasti samada menggunakan wifi atau broadband sendiri. Tapi puas hati le. Tak de rasa macam duduk dalam hutan.

Thursday, March 18, 2010

GENTING VIEW RESORT

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku pergi Genting View Resort. Ada mesyuarat penting. Rasanya ni le kali pertama aku ke sini dan bermalam 4 hari. Pertama yang aku bayangkan ialah mesti sejuk.

Memang betul, pukul 11.30 pagi pun masih terasa sejuknya. Awan masih berada kat atas aku. Dulu aku pernah tidur kat surau, berhampiran stesen kereta kabel. Seronok tengok awan 'naik' dalam pukul 10.00 pagi dan awan 'turun' lebihkurang 2.00 petang. Masa ni kabus tebal. Jarak penglihatan menjadi pendek jika kita berada di dalamnya. Siap mulut boleh keluar asap macam negeri mat saleh.

Aku duduk bilik 206. Aku cari suis aircond tapi tak de. Ada kipas je. Tapi kalau buka pintu, memang sejuk. Kadar bilik ada 3, low, mid dan peak. RM 130, 150, 180. Bilik yang aku duduk ni besar. Ada 2 katil dan sofa 2+1 lagi. Berbaloi-baloi.

Wednesday, March 3, 2010

MOTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku pinjam motor. Standby kalau van aku ada problem. Lagipun tuan punye motor tu balik kampung seminggu.

Sampai je motor tu aku hantar dia kat bas stand. Balik je aku bawa le anak-anak aku round blok aku. Habis round aku suruh anak aku turun. Tempat parking motor blok tu L parking, bersusun-susun. Jadi aku lajak motor. Anak aku tanya:

"ayah nak pergi mana?"
"ayah nak parking" jawab aku
"tu pergi depan kenapa?" tanya yang kecil tu lagi
"ayah kan nak reverse" jawab anak aku yang besar
"Parking motor pun reverse juga ke?" tanya yang kecil tu.

Lucu gak mendengarnya. memang aku suka reverse kalau parking. Memang orang kata susah tapi ada banyak kelebihannya, mudah nak keluar, cuma pandang kiri dan kanan sahaja

Kalau tak, perlu pandang belakang hampir 180 darjah, sakit leher oo.. Kena kesot-kesot. Kadangkala kalau bawa kereta ni, tak perasan ada motor yang parking kat belakang, orang lalu sebab tak nampak. Dulu aku pernah gostan, langgar Unser sebab aku tak nampak. Lagipun proses nak keluar tu amik banyak masa dan prosedur:

- masuk gear gostan
- pandang belakang
- control minyak
- masuk gear 1
- baru tekan minyak

so.. senang reverse parking.