Friday, March 19, 2010

GENTING II

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni masuk hari kedua aku kat Genting. Pagi tadi aku dapat call dari member baik lama aku. Dia mengajar kat SMT Alor Gajah. Dia ada kat JB nak datang rumah tapi aku kat sini. Aku cakap lain kali je.

Oleh kerana hari ni Jumaat, aku kena le solat Jumaat. Aku kan lelaki. Pihak resort sediakan van untuk ke masjid. Memula aku ingat masjid mesti tak ramai. Berapa kerat melayu kat sini. Bila sampai, penuh gak masjid tu. Pekerja skyway, pemandu-pemandu, orang berkursus dan ramai lagi. Dalam tu ada le bangla 2 orang. Aku perhatikan sepanjang mendaki tu, ada beberapa tempat tapak berhenti, Ada satu lokasi tu van ford berhenti, semua penumpangnya turun, Mesti enjin panas. Satu lagi ada 2 kenderaan berhenti. Ingatkan rosak, rupanya bentang tikar. Makan tengahari sekeluarga.

Dulu aku pernah datang sini, lebihkurang tahun 1987. Duk 3 hari kat masjid ni. Yang perempuan tidur kat balai sebelah. Kalau malam sampai subuh tu memang sejuk. Kalau nak amik wuduk tu memang menggigil. Masjid ni dekat dengan stesen skyway. Habis je solat aku balik resort. Kata pemandu tu, sekarang cable car dah ada. Jadi skyway ni dah kurang beroperasi. Aku tanya driver tu aku ada dengar bunyi air terjun kat resort. Dia kata memang ada dan tunjuk tempatnya tetapi tak boleh mandi sebab semua air buangan dari rumah, industri sayuran disalirkan ke air terjun tu.

Selesai tugas petang tu aku berenang kat kolam, sebelah cafe. Kolam ni paling dalam pun 5 kaki je. Kolam kanak-kanak pun ada. Kalau kat clubhouse tu ada dalam 7 kaki tapi aku kena jalan kaki. Aku ingat boleh berendam lama tapi air cepat sejuk. Dah bersin 4-5 kali aku pun naik sebelum cramp.

Satu yang aku puji ialah kelajuan broadband aku memang laju gak. Ade ke ini perancangan pengurusan Genting yang mementingkan internet. Aku perhatikan ada guest yang menggunakan laptop tapi tak pasti samada menggunakan wifi atau broadband sendiri. Tapi puas hati le. Tak de rasa macam duduk dalam hutan.

No comments: