Lama juga tak menulis dalam blog ni. Kebelakangan ni aku sibuk gak. Kena pindahkan kolam dari Kg Melayu ke Larkin, runtuhkan kolam, pindahkan besi ke Dato Onn, pindah kanvas ke Larkin. Semua ni pasal tuan rumah tu bagi date-line 15 Oktober kena clearkan, kalau tak kena bayar sewa.
Dua minggu lepas, ikan aku mati satu kolam. Silap aku juga sebab pindahkan ke kolam depan rumah. Aku tak perasan kolam tu bocor. Air kering. Kerugian tu adat le. Ikan besar aku masih selamat sebab dalam kolam dia lagi. Dalam terfikir mana nak pindah ikan aku tu, blok aku nak buat gotong royong + jamuan. Aku buat alasan aku sponsor ikan keli bakar. Jadi ada sebab nak pindah operasi kat Larkin. Ikan tu pun dah tak banyak dalam 100 ekor je, jadi buka kolam kecik je.
Dalam pada tu aku nak buat grill kat rumah aku, Dato Onn dan Larkin Indah. Penyewa Larikin Indah tu kata anak dia dah besar, dah capai selak pintu, takut keluar balkoni. Lama gak dia duduk rumah aku tu; dari anak dara, kahwin, dapat baby, sekarang anak dia dah boleh capai pembuka pintu. Dalam kesibukan tu kakak ipar aku minta aku buatkan grill dapur besan jiran dia di Kg Melayu, sebab masuk pencuri pukul 4.00 pagi. Nak siap hari tu juga. Tak pe duit masyuk.
Dalam masa yang sama aku ada 4 assignment nak kena hantar. Fuhh... Lecturer dah bagi 3 bulan lepas. Penulisan masalah kajian baru siap 2, kemudian nak cari dan interview warga emas lagi 2 orang lagi. Lepas interview ada penulisan lagi. Banyak betul le benda kena buat.
Sejak pindah ikan keli ke Larkin, dalam 3 hari pertama, banyak ikan yang mati. Ada juga orang berdekatan datang beli. Aku jual seekor seringgit je aku tak nak timbang sebab tak de timbang. Seekor tu ada le dalam 600-800 gm. Aku nak sauk ikan keli hidup, dia orang nak yang dah mati tu sebab nak tunggu ikan keli tu mati lambat. Kira siapa beli untung le. Ikan pun dah besar sangat antara satu kaki hingga 2 kaki pun ada. Anak aku pun turut mempromosikan ikan keli aku kat sekolah. Ramai gak cikgu dia yang order. Itu hari order ikan keli goreng, ikan keli siap bersih dan ikan keli dah mati di garam.
Masa gotong-royong tu aku bakar ikan keli aku. Nak jaga kualiti. Bakar pun bukan ada rempah, balut aluminium foil je. Jadi dalam dia masak dan basah. Kalau bakar terbuka, dia kering. Alhamdulillah, habis ikan keli aku tu. Anak-anak jiran aku yang minat ikan keli bakar tu dengan air asam yang disediakan oleh Nazri.
Dua minggu lepas aku hantar sebahagian assignment aku. Hantar pada kelas hari Rabu. Lecturer lak last minute suruh present, last minute bagi format, guna powerpoint dan minta handsout pada Khamis esoknya. Nasib baik aku bawa pinter. Esoknya, aku jadi orang yang pertama present beserta handsout untuk lecturer. Room mate aku, Roslan pun bentang hari tu juga. Minggu lepas pulak aku dah hantar baki assignment aku. Alhamdulillah.
Assignment dah hantar, ikan dah pindah, aku ada masa untuk siapkan grill dan proposal aku.
No comments:
Post a Comment