Tuesday, March 31, 2009

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Petang tadi dalam pukul 4.50 ptg aku dikejutkan dengan ucapan tahniah dari Pengarah aku, Tuan Hj Mohd Said bin Hasran. Aku pun confuse gak, tapi dia kata dah tengok blog KARNIVAL KAGUM 09 yang aku tulis. Dia kata tak sangka aku yang tulis, sekurang-kurangnya menaikkan nama IPGM aku.

Aku rasa ini satu pengiktirafan le pada blogger macam aku. Dia memberikan buah pandangan supaya aku mencatatkan keputusan akhir pertandingan dan linkkan dengan komen dari semua peserta kagum.

Keputusan akhir sebenarnya aku tak de. Jadi hari ni aku cari le link dengan menaip KAGUM 09, mac, Bandar Penawar dan hasilnya memang banyak. Baru aku sedar ramai rupanya dari kalangan pelajar IPGM yang mewarnai penulisan blog ini dengan imej dan video yang berkualiti.

Sebagai jawatankuasa pengangkutan memang aku terikat dengan jadual dan pergerakan bas. Kalau aku stay kat satu tempat, tak bergeraklah pelajar ke tempat pertandingan. Jadi aku pun link blog mereka dalam blog aku.
http://kagum09.blogspot.com/

Terima kasih kepada mereka yang aku tak kenal ni. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Dunia aku, aku lelaki.

Sunday, March 22, 2009

KARNIVAL KAGUM 2009

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Semasa aku menulis ni, KARNIVAL KAGUM 2009 telah pun tamat. Jadi penulisan ni sebagai refleksi je. Selain itu rujuk blog http://kagum09.blogspot.com

Seperti yang aku tulis dulu, aku termasuk dalam jawatankuasa pengangkutan. On paper memang le ramai jawatankuasa aku ni tapi ada yang langsung tak timbul. Aku ingin memberikan penghargaan kepada beberapa orang yang bertungkus lumus dan tiada tolok bandingnya dalam menjayakan pengangkutan pada keseluruhan KAGUM ini. Mereka adalah:

1. Roslan bin Tompang
2. Raja Zulkifli bin Raja Omar
3. Jamal bin Maidin
4. Jais (pemandu)
5. Jasni (pemandu)
6. Hermie (pemandu)
7. Kuppusamy (pemandu bas charter)
8. Kali (pemandu bas charter)

Tugas aku dan j/k bermula pada 13.3.09. Kami mengendalikan 26 buah bas sewa yang dibayar mengikut trip. Ini disebabkan bas IPGM lain belum tiba lagi kerana karnival KAGUM bermula pada 14.3.09.

Selama 2 hari kami berumah di Airport Senai menanti kehadiran kontinjen Sabah dan Sarawak. Kebenaran dari Cik Norlela dari pengurusan Airport Senai diucapkan terima kasih. Dengan berbekalkan papan tanda "KARNIVAL KAGUM 2009" kami menunggu di depan pintu Balai Ketibaan.

Sebanyak 7 IPGM turun di Senai untuk disalurkan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar iaitu:
  • IPGM K Kent
  • IPGM K Tawau
  • IPGM K Miri
  • IPGM K Batu Lintang
  • IPGM K Gaya
  • IPGM K Tun Abdul Razak
  • IPGM K Rajang
Arahan awal pada 13.03.09 ialah tugasan aku ialah menguruskan perjalanan kontinjen dari Senai ke Bandar Penawar sahaja kemudian bas balik.

Maka 5 trip telah berlepas ke Bandar Penawar pada pukul 12.30 tgh dan bas pun balik setelah menurunkan penumpang. Kemudian kami dapat call, tiada kenderaan untuk menghantar kontinjen ke tempat penginapan mereka di sekolah sekitarnya.

Maka bas kemudian diminta menunggu dan membereskan penumpang mereka. Terdapat seorang pemandu yang merungut dan meminta bayaran tambahan sebab 'break contract' tetapi tindakan pantas Roslan menghantar bas IPTI ke Bandar Penawar menyelamatkan keadaan.

Pada pukul 5.30 ptg, ada 2 bas tunggu. Oleh kerana perancangan 15 peserta tawau tiba pukul 6.30 ptg, kami memerlukan 1 bas pukul 6.30 dan 1 bas 9.30 mlm. Bas 9.30 malam benarkan balik dan datang semula malam nanti.

Tiba-tiba kru aku terlepas pandang kontinjen Gaya, 91 orang (3 bas). Ini disebabkan borang ditulis secara manual. Kalau guna excel dan sort, mungkin dapat kesan lebih awal. Bila mereka melaporkan IPGM Gaya, maka berlaku kekurangan 2 bas. Aku dah panik bas pukul 9.30 dah balik, oleh itu aku maklum kat Jamal. Jamal kata OK je. Bile keluar terminal, aku tengok dah ada 3 bas tunggu, Syukurnya aku.

Aku tanya Jamal mana dapat bas?
Dia kata itu bas tadi 3.30 petang hantar peserta ke Bandar Penawar kebetulan nak balik lalu Senai dan dia suruh cilok sekali lagi masuk ke Airport.
Perghh!! dahsyat betul Jamal ni. Kalau setengah driver mesti kata penat le, nak balik mandi dulu, janji macamana dan beribu alasan.

Kelewatan (delay) memang perkara biasa dalam penerbangan. Ini yang menyebabkan perancangan tugasan aku yang sepatutnya tamat pada 6.30 petang berlarutan hingga pukul 10.30 malam. Letih betul. Sampai rumah kat pukul 1.00 pagi. Esok ada lagi.

Esok kena urus 2 tempat, Bandar Penawar dan Airport Senai. IPIS belum ambil bahagian dalam pengangkutan dan bas IPGM lain belum tiba lagi.

Pada 14 hb, Aku dan Mahat ke Bandar Penawar manakala Jamal, Raja Zulkifli, Hamdan masih beroperasi di Airport Senai sehingga 6.30 petang walaupun perancangan asal 12.30 tgh dah bertolak di Bandar Penawar. Biasa le delay.

Dalam pada itu, aku tabik kontinjen IPGM K Keningau. Mereka turun di KLIA dan urus kenderaan dan makan sendiri dari KLIA ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. Mereka siap sewa van untuk pegawai/pengurus mereka.

Dalam pergerakan bas ini, banyak juga pengalaman aku yang aku suarakan dalam jawatan kuasa di terima pakai. Contohnya bas IPTI direzabkan untuk kecemasan, dan ronda melicinkan perjalanan KAGUM ini.

Saturday, March 21, 2009

PEPERIKSAAN PTK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 19.3.09 aku mengambil peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Tempat : SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.
Kod dan nama kertas : 702/15 Pengurusan bagi Pensyarah Maktab dan Kolej Matrikulasi.

Aku dah dapat 4 - 3. Ini dah kali ke berapa aku amik untuk lulus pengkhususan. Kira untuk naik pangkat dah OK, cuma untuk anjakan gaji ke P3, kalau ada rezeki.

Dalam dewan tu cuma aku sorang amik kod 15 ni. Kekawan semua tak nak amik sebab dia kata tahun ni dapat KUP DG44. Jadi amik ke tidak, naik DG44. Konflik akan berlaku kalau ada dapat 4 dalam kertas ni.

Ikut pekeliling, tidak boleh ada 2 kenaikan dalam satu tahun (kata PE aku)
Bermaksud, kalau aku dapat P3 pada tahun ini, kenaikan DG44 aku adalah pada tahun depan.
Maknanya : aku akan berada pada P1T1 DG44 lewat setahun dari kekawan yang naik tahun ini.
Rugi gak rasanya. Biasanya surat pengesahan DG44 akan sampai lewat dua tahun, agak-agak 2011 baru dapat.

Tapi aku tak kisah pun, aku suka amik periksa. Uji kemampuan diri, aku kan lelaki.

Sunday, March 8, 2009

KARNIVAL KAGUM 2009

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Institut aku terlibat sebagai tuan rumah/pengerusi KARNIVAL KAGUM IPGM 2009. Jadi aku ni kena tarik jadi AJK pengangkutan. Dalam masa yang sama BSMM nak amik aku juga. Konfliknya, kedua-duanya berjalan serentak. Oleh kerana ada lebih kurang 5 venue pertandingan, maka tugas aku ialah mengelola bas ke semua venue yang ada ikut masa. Jika 19 IPGM membawa 3 bas, maka ada 57 bas sepanjang KAGUM tersebut.

Masalah yang ditimbulkan ialah lojistik.
  • di mana nak tempatkan bas-bas ini?
  • di mana nak tempatkan pemandu-pemandu ni?
  • makan-minum pemandu?
  • tempat tidur pemandu?
Semasa lawatan tapak, aku dapati bas boleh di letakkan di :
  • Sekolah Sukan Bandar Penawar : luas dan besar
  • Persekitaran Stadium Kejora : jalan kecil dan sempit
  • Pusat komuniti KBS : ada lebihkurang 30 parking kereta je
  • Dewan serbaguna : banyak parking kereta, bas terhad.
Kesimpulannya, ada tempat yang bas boleh tinggal dan ada tempat yang bas perlu balik ke SSBM.

Aku harap KAGUM 2009 dapat berjalan lancar tanpa masalah yang kronik.

BOIKOT BARANGAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Baru-baru ni aku ke Mc Donald, harijadi anak aku. Aku bukan nak cerita pasal makan tapi aku tertarik dengan satu kertas di atas meja di restoren tersebut. Antara petikannya,
  • Mc Donald di Malaysia adalah milik Malaysia,
  • semua pekerja di sini adalah rakyat Malaysia,
  • tidak menyumbang wang kepada rejim Israel,
  • semua artikel boikot yang dikeluarkan di internet, edaran di surau/ masjid adalah fitnah.
Mc Donald merupakan satu perniagaan yang dipanggil perniagaan francais (franchise). Aku pernah belajar perniagaan ni masa ambil subjek perdagangan dulu. Perniagaan ini menggunakan nama dagangan berdaftar (trade mark atau register) syarikat induk.

Apakah perniagaan francais?

Perniagaan francais melibat 2 pihak, francaiser (pemilik lesen) dan franchaisee (pengguna lesen). Ia merupakan:
  • peluang perniagaan berstruktur dan berlesen.
  • Lesen ini memberikan kebenaran kepada pengguna lesen untuk mengedar barangan, servis yang menggunakan tanda perniagaan, tanda servis, nama perniagaan, pengiklanan dan simbol perniagaan.
  • Pemilik lesen mempunyai kawalan penuh dalam membekalkan lesen, bantuan dan kaedah pengoperasian lesen kepada pengguna lesen.
  • Pengguna lesen perlu membayar sejumlah wang kepada pelesen atau wakilnya selepas memulakan operasinya.
  • Pengguna lesen perlu membayar royalti berterusan kepada pemilik lesen yang berdasarkan dari jualan mereka untuk meneruskan kerjasama.
Sumber : http://www.mecd.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=84&Itemid=134

Kenapa pengusaha suka memilih perniagaan francais?

1. Jenama yang sudah dikenali ramai.
Apabila jenama telah dikenali, ramai pelanggan tersedia di pasaran.
Ramai pelanggan = banyak duit

2. Kos pengiklanan
Kos pengiklanan disediakan oleh pemegang lesen. Pengiklanan juga berskala besar seperti billboard, televisyen, radio, banner, badan bas dan lain-lain. Pengusaha tidak perlu mengeluarkan modal untuk membuat iklan.

3. Latihan
Latihan akan dikendalikan oleh syarikat induk supaya mempunyai standard kerja dan kualiti yang sama di semua outlet.

Untuk membuka satu perniagaan, sejumlah wang atau fee dibayar dan disalurkan kepada Mc Donald Malaysia yang kemudiannya dibayar kepada Mc Donald induk di Amerika. Semuanya kena declare dengan syarikat induk. Kalau 100 outlet, berapa syarikat induk dapat? Sumbangan syarikat induk kepada mana-mana pertubuhan termasuk Israel, bukan bawah kawalan kita tapi adalah sumbangan ikhlas kita juga.

Fikirkan.....

bacaan tambahan, KLIK SINI

Thursday, March 5, 2009

PENUTUPAN AUDIT ISO

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Baru sebentar tadi audit ISO telah ditutup rasmi.
Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh pensyarah dan staf sokongan.
Persoalannya, " Adakah institusi aku berjaya atau gagal dalam audit ini?"

Keputusannya, tiada NCR dan 3 OBS. LEGA!!

Jabatan yang palng cekap dan cemerlang ialah pengurusan elaun pelajar. Siap audit tu boleh tanya dengan student secara langsung. Ini dipanggil CROSS CHECK atau rujuk silang. Ade le jabatan yang membuat beberapa kesilapan tetapi bukan jabatan aku le.

Ada beberapa teguran le yang aku nak letak sebagai panduan akan datang.
- ada pensyarah yang menggunakan versi Feb 2009 (sepatutnya Feb 2008)
- penulisan refleksi - telah dilaksanakan berulang-ulang kali.
- masih menggunakan format Mei 2005
- borang penilaian pelajar kepada pensyarah yang sudah diproses

Aku tertarik apabila audit melaporkan bilik pensyarah jabatan PJK tidak melambangkan standard pensyarah DG48/ DG52. Ini satu pembelaan yang wajar dan tentunya PJK akan mendapat bilik pensyarah yang baru. Inilah yang dulu berlaku apabila JIP dilaporkan sesak, mereka dapat bilik yang besar dan selesa.

Aku rasa bangga juga kerana berjaya melalui proses audit ni. Aku kan lelaki..

ISO - MERDEKA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

ISO datang lagi.
Kali ini dia datang pada 2-5 Mac 2009 untuk audit dari 1 Ogos hingga 28 Februari 2009.

Mulanya nama aku tak naik, tapi aku standby je. Aku dah siapkan semua bahan aku dan KJ dah sain. Jabatan aku ada 9 orang je. Dua orang pergi KL, dua orang pemegang PT22, sorang buat apa tah, KJ tak kena audit, tinggal 4 orang je yang layak diaudit.

Akhirnya aku dapat call dari urusetia, "Datang Datuk Mahphor sekarang!! Audit". Aku jawab balik, "bagi aku 10 minit, OK". Masa tu kira clearance le. Sebenarnya aku tengah "ngeteh" kat Warisan Johor ngan Zainal.

Bila sampai je, auditor tu menunjukkan sikap mesra, ketawa-ketawa. Kata orang ice breaking le. Dia pun tanya soalan demi soalan.

auditor : Mengajar subjek apa?
Aku : Autocad dengan pendidikan moral
auditor : Eh, kenapa ngajar moral?
Aku ; Membantu JPIM kerana kekurangan pensyarah
auditor : Kita mengajar kena ada panduankan, mana panduan autocad

(sebenarnya dia nak tengok sukatan pelajaran, dia ingat aku tak tau!)
Bab ni aku terkantoi sebab sukatan aku download dari intranet.
Tak de stiker SALINAN TERKAWAL.
Jadi dia suruh aku pergi dapatkan SALINAN TERKAWAL segera.
Aku pun cari pegawai dokumen, PN SITI ANIDAH. Dapat stiker aku pun mengadap semula. KJ aku kata stiker tu dia ada tapi aku tak nak amik kat dia.

Satu perangai audit yang kita kena tahu, dia akan tanya dengan pegawai dokumen samada kita jumpa dia ke tak, lepas tu dia lapor. Ini dipanggil CROSS-CHECK.

Bab lain-lain tak de masalah. Bila dia tanya penilaian, maksudnya penilaian pelajar kepada pensyarah. LAM PT 09-03. Bila dah settle aku pun memerdekakan diri. Aku kan lelaki.

HARI PELANCARAN FASA XXX

Assalamualaikum dan salam perpaduan



Aku nak cerita tentang pelancaran rumah zaman sekarang.



Sekarang ini, banyak syarikat perumahan yang besar mengadakan jamuan dalam majlis pelancaran fasa yang terbaru. Lebih-lebih lagi jika kawasannya besar dan mempunyai beberapa fasa pelancaran.

Kali ni aku pergi jamuan kat pemaju rumah aku di Bandar Dato Onn.


Selain dari makan minum, pemaju ini menyewa badut untuk memberikan belon percuma kepada pengunjung.






Anak aku dapat belon yang diberikan
oleh badut tersebut




Selain dari makan-minum, pengunjung dihadiahkan sebatang pen sebagai cenderamata. Pemaju ini juga menyewa DJ untuk memberikan info dan maklumat mengenai rumah yang ingin dijual.

Pendek kata, industri persediaan jamuan mempunyai permintaan yang tinggi. Kadang-kala aku rasa macam kat kenduri kahwin je dengan khemah, DJ, makanan dan aksesorinya.