Sunday, March 22, 2009

KARNIVAL KAGUM 2009

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Semasa aku menulis ni, KARNIVAL KAGUM 2009 telah pun tamat. Jadi penulisan ni sebagai refleksi je. Selain itu rujuk blog http://kagum09.blogspot.com

Seperti yang aku tulis dulu, aku termasuk dalam jawatankuasa pengangkutan. On paper memang le ramai jawatankuasa aku ni tapi ada yang langsung tak timbul. Aku ingin memberikan penghargaan kepada beberapa orang yang bertungkus lumus dan tiada tolok bandingnya dalam menjayakan pengangkutan pada keseluruhan KAGUM ini. Mereka adalah:

1. Roslan bin Tompang
2. Raja Zulkifli bin Raja Omar
3. Jamal bin Maidin
4. Jais (pemandu)
5. Jasni (pemandu)
6. Hermie (pemandu)
7. Kuppusamy (pemandu bas charter)
8. Kali (pemandu bas charter)

Tugas aku dan j/k bermula pada 13.3.09. Kami mengendalikan 26 buah bas sewa yang dibayar mengikut trip. Ini disebabkan bas IPGM lain belum tiba lagi kerana karnival KAGUM bermula pada 14.3.09.

Selama 2 hari kami berumah di Airport Senai menanti kehadiran kontinjen Sabah dan Sarawak. Kebenaran dari Cik Norlela dari pengurusan Airport Senai diucapkan terima kasih. Dengan berbekalkan papan tanda "KARNIVAL KAGUM 2009" kami menunggu di depan pintu Balai Ketibaan.

Sebanyak 7 IPGM turun di Senai untuk disalurkan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar iaitu:
  • IPGM K Kent
  • IPGM K Tawau
  • IPGM K Miri
  • IPGM K Batu Lintang
  • IPGM K Gaya
  • IPGM K Tun Abdul Razak
  • IPGM K Rajang
Arahan awal pada 13.03.09 ialah tugasan aku ialah menguruskan perjalanan kontinjen dari Senai ke Bandar Penawar sahaja kemudian bas balik.

Maka 5 trip telah berlepas ke Bandar Penawar pada pukul 12.30 tgh dan bas pun balik setelah menurunkan penumpang. Kemudian kami dapat call, tiada kenderaan untuk menghantar kontinjen ke tempat penginapan mereka di sekolah sekitarnya.

Maka bas kemudian diminta menunggu dan membereskan penumpang mereka. Terdapat seorang pemandu yang merungut dan meminta bayaran tambahan sebab 'break contract' tetapi tindakan pantas Roslan menghantar bas IPTI ke Bandar Penawar menyelamatkan keadaan.

Pada pukul 5.30 ptg, ada 2 bas tunggu. Oleh kerana perancangan 15 peserta tawau tiba pukul 6.30 ptg, kami memerlukan 1 bas pukul 6.30 dan 1 bas 9.30 mlm. Bas 9.30 malam benarkan balik dan datang semula malam nanti.

Tiba-tiba kru aku terlepas pandang kontinjen Gaya, 91 orang (3 bas). Ini disebabkan borang ditulis secara manual. Kalau guna excel dan sort, mungkin dapat kesan lebih awal. Bila mereka melaporkan IPGM Gaya, maka berlaku kekurangan 2 bas. Aku dah panik bas pukul 9.30 dah balik, oleh itu aku maklum kat Jamal. Jamal kata OK je. Bile keluar terminal, aku tengok dah ada 3 bas tunggu, Syukurnya aku.

Aku tanya Jamal mana dapat bas?
Dia kata itu bas tadi 3.30 petang hantar peserta ke Bandar Penawar kebetulan nak balik lalu Senai dan dia suruh cilok sekali lagi masuk ke Airport.
Perghh!! dahsyat betul Jamal ni. Kalau setengah driver mesti kata penat le, nak balik mandi dulu, janji macamana dan beribu alasan.

Kelewatan (delay) memang perkara biasa dalam penerbangan. Ini yang menyebabkan perancangan tugasan aku yang sepatutnya tamat pada 6.30 petang berlarutan hingga pukul 10.30 malam. Letih betul. Sampai rumah kat pukul 1.00 pagi. Esok ada lagi.

Esok kena urus 2 tempat, Bandar Penawar dan Airport Senai. IPIS belum ambil bahagian dalam pengangkutan dan bas IPGM lain belum tiba lagi.

Pada 14 hb, Aku dan Mahat ke Bandar Penawar manakala Jamal, Raja Zulkifli, Hamdan masih beroperasi di Airport Senai sehingga 6.30 petang walaupun perancangan asal 12.30 tgh dah bertolak di Bandar Penawar. Biasa le delay.

Dalam pada itu, aku tabik kontinjen IPGM K Keningau. Mereka turun di KLIA dan urus kenderaan dan makan sendiri dari KLIA ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. Mereka siap sewa van untuk pegawai/pengurus mereka.

Dalam pergerakan bas ini, banyak juga pengalaman aku yang aku suarakan dalam jawatan kuasa di terima pakai. Contohnya bas IPTI direzabkan untuk kecemasan, dan ronda melicinkan perjalanan KAGUM ini.

No comments: