Wednesday, December 23, 2009

DALAM KENANGAN NL3817

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Ini adalah kereta pertama yang aku beli tunai pada 1995 dari Cikgu Shaari. Masa tu aku kerja kat SMT Alor Gajah, Melaka.



Gambar ni aku ambil sendiri kat lot parking Pekan Nanas, Pontian.

Banyak juga jasa kereta ni. Bak kata Othman Hafsam dalam iklan "dah jauh pakcik berjalan.."
Aku cadang nak lupuskan sebab bila check JPJ data aku ada 3 kereta. Dulu, aku ada masalah nak renew road tax kereta ni. Kerani JPJ tu kata peraturan baru; kalau lambat renew roadtax, kena check puspakom dulu. Kereta ni bukannya elok, terutama brek dia keras dan kurang cengkam. Banyak belanja nak hantar Puspakom ni. Jadi aku pun simpan le. Lepas tu ada orang janji nak tukar nama kereta ni, jadi aku let go kereta ni dengan geran sekali.

Dua tahun berlalu aku check kat JPJ, nama kereta ni atas nama aku lagi, sedangkan kereta dah tak de pada aku. Tapi aku jumpa kat beberapa tempat. Maknanya masih 'on the road'. Aku tak tahu macamana dia renew roadtax. Last aku jumpa terduduk kat Pontian. Aku nak tarik balik tak berani, sebab geran tak de pada aku. Bahaya ni kalau kena kompaun/ saman. Jadi aku rasa baik aku lupuskan. Lagipun gambar ni dah dekat 2 tahun aku simpan dalam komputer. Kalau berlaku apa-apa pada komputer aku, mana nak cari gambar lagi.

Jadi aku pun pergi JPJ untuk melupuskannya. Ambil le borang yang patut. Dia kata kena salinan kad pengenalan, gambar kereta dan duit. Memula borang minta salinan geran sebab nak lupus kena ada geran. Last kat geran tu renew tahun 2003. Bayar RM50.00. Aku ingat lama le kena tunggu. Rupanya dapat masa tu gak. Cepatnya macam renew lesen memandu.

Second, kaunter lupus. Masa aku pergi, pegawai tu tanya aku:
"ini yang nak RM5000 ke?"
Aku kata ye je. Aku sebenarnya tak taupun RM5000 tu apa.

Apa tu RM5000?. Sebenarnya kalau tak silap aku dalam bulan Ogos lalu ada kempen melupuskan kenderaan oleh Proton dan Perodua oleh pemilik kenderaan lama/ usang. Masa tu pun sibuk kereta lebih 10 tahun insuran tak nak bagi polisi. Bagi yang menyertainya, syarikat akan menguruskan pelupusan dan duit ini adalah deposit untuk membeli kereta baru, bukan dapat tunai!.

Masa aku nak lupus tu, kempen ni dah habis.
"Last bulan November, bang" kata salesman Perodua tu.
Aku tanya dia apa prosesnya. Dia pun cerita, katanya:
- kereta perlu diperiksa di Puspakom
- kereta perlu disahkan lupus di JPJ
- kereta dihantar ke Pusat Jualan Perodua
- semua dokumen dihantar ke Ibupejabat Perodua di Kuala Lumpur
- kelulusan dari Ibupejabat Perodua KL
- hantar borang pelupusan ke JPJ
- setelah mendapat surat pelupusan kenderaan dari JPJ baru kereta baru dikeluarkan
- semua proses mengambil masa lebihkurang sebulan

Aku tanya kalau kereta terduduk macamana? Dia kata modalkan RM500 untuk perkhidmatan tunda.
"Kalau abang lalu kat belakang ni, semua kereta tu dah dilupuskan."
Aku pun lalu kat belakang; ada proton wira, proton saga, wolkswagen, toyota crown, volvo.
Aku fikir balik memang susah le nak dapat sebab dia nak bangkai kereta. Gambar ni pun aku ambil kat Pontian dua tahun lepas. Tapi sekarang aku pun tak tahu kat mana kereta aku ni.
Kalau tak, aku dah bawa VIVA atau MYVI sekarang.

Tak pe lah bukan rezeki aku sekarang.

2 comments:

Unknown said...

Jadi apa status kereta tu ya? Nama still tak tukar lagi ke? Saya pun ada masalah yg lebih kurang samA mcm ni.. Pemilik baru tak nak bagi kerjasama untuk tukar nama dan dia masih gunakan kereta tu walaupun roadtax mati..

et said...

saya juga ingin tanya benda yang sama....