Friday, February 4, 2011

KRITIK ARTIKEL

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku ingin berkongsi mengenai tugasan kritik artikel. Aku pernah buat masa Sarjana dulu. Memula tu dapat markah rendah. Pensyarah aku kata aku cuma buat ringkasan sahaja (summary) bukan kritik artikel. Lepas tu aku tengok member yang dapat markah tinggi dan aku buat semula dan hantar. Ada le perubahan.

APA YANG PERLU DALAM KRITIK ARTIKEL?

1. Kenalpasti kandungan artikel (Umum)
" Artikel ini menceritakan mengenai pengurusan kewangan..

2. Gunakan ayat penulis merujuk kepada pengarang artikel
" Penulis merujuk kepada penggunaan kad kredit dan cara berbelanja yang...
" Penulis mengajak pembaca menyelami isu..

3. Nyatakan laras artikel: ekonomi, teknologi, sosial
" Artikel ini menggunakan laras bahasa ekonomi seperti pendapatan, berbelanja...

4. Nyatakan kekuatan atrikel yang dibaca
" Kekuatan artikel ini ialah isu yang dikupas meliputi ..
" Terdapat beberapa kekuatan artikel ini seperti..


5. Nyatakan kelemahan artikel
" Kekurangan artikel ini dapat dilihat dari segi sasaran pembaca...

6. Kaitkan dengan pembacaan dari artikel lain mengenai tajuk yang sama
" (dari pengalaman atau pembacaan lain)

7. Cadangan
" Artikel ini lebih kuat jika penulis dapat menyelitkan data-data sokongan seperti perangkaan dari Bank Negara..
(dari pengalaman atau pembacaan lain. Masukkan dalam rujukan)


CONTOH KRITIK ARTIKEL

Artikel ini menceritakan mengenai globalisasi. Penulis memulakannya dengan idea globalisasi yang dimulakan dari Marshall Mc Muhan (1964). Seterusnya penulis menjurus kepada globalisasi budaya dan evolusinya sehingga sekarang. Laras bahasa pelbagai seperti ekonomi dan sains sosial menjadi pilihan dalam penyampaian artikel ini.

Saya dapati kekuatan artikel ini ialah bagaimana penulis mengolah pelbagai isu dalam budaya iaitu isu tempatan dan isu antarabangsa. Isu antarabangsa yang dikenalpasti ialah serangan-serangan syarikat media dan perjanjian-perjanjian yang memaksa negara lain menerima budaya antarabangsa ini manakala isu tempatan ialah bagaimana negara-negara ini hendak mengekalkan budaya sedia ada dan menolak beberapa budaya dari luar. Ini disulitkan lagi apabila penyebaran media, ekonomi dan sosial yang berlaku tidak dapat dihalang kerana rakyat tempatan dapat mengakses siaran-siaran tersebut tanpa had. Contoh-contoh negara yang dapat mengekalkan identiti mereka seperti Jepun dan China dengan budaya tempatannya. Penulis juga menggunakan banyak rujukan ilmiah yang menyokong penulisannya. Penulis juga dapat menyediakan contoh-contoh nama dan syarikat multinasional yang dikenali seperti Bill Gates, Yahoo, Pepsi, Mc Donalds supaya penulisannya tidak janggal dan berkesan

Kelemahan artikel ini ialah ia sepatutnya diterjemah dalam Bahasa Malaysia supaya penyampaiannya dapat difahami. Ayat seperti kondisi, meme, kontaminasi perlu disertakan dengan glossari supaya maknanya jelas dan bukan diteka-teka oleh pembaca. Selain itu data-data empirikal juga tidak disertakan untuk menyokong artikel ini. Secara keseluruhan, artikel sesuai dibaca oleh pelajar dan pendidik kerana ia dipenuhi dengan informasi dan rujukan ilmiah.

6 comments:

Zara's Collections said...

Salam...sy sedang mempunyai masalah untuk membuat critique article utk assignment saya..Klu awak tak keberatan, blh tak saya nak minta softcopy sebagai rujukan saya untuk membuat critique article. Utk pengetahuan, sy adalah student master..jasa baik tuan, saya dahului ucapan terima kasih.

Ini adalah email saya. hatatereterobozu@gmail.com

Wiwin Juli said...

maybe... kita butuh compare dgn artikel lain pula kah

Unknown said...

BOLEH SAYA TAU ARTIKEL YANG DIKRITIK NI NAMA APA???

Muhammad Aulia Ramadhan said...

Saya nak tahu cara buat kritik artikel tentang asal usul kehidupan berdasarkan sains dan al-qur'an

Unknown said...

assalamualaikum sahabatttttttttttt . boleh tak emelkan jugak contoh critique article yang awak buat ni ?
do contact me pls :)
ikhana.mie @gmail.com

nora said...

salam.. saya minta izin share ya