Thursday, January 7, 2010

PECAH RUMAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 2 Jan 2010 yang lalu aku pergi berbelanja. Belikan anak aku kasut dan beberapa barangan lain. Bila aku balik rumah aku kat Kg Melayu dalam 10.30 malam, dari pintu pagar aku lihat pintu rumah aku macam terbuka sebelah.

"Aku lupa tutup ke masa keluar tadi?" hati aku berderau. Tapi pintu pagar aku masih bermangga. Aku cakap kat isteri aku, dia tak percaya.

Bila masuk pintu pagar depan, aku tengok memang betul pintu rumah aku terbuka. Selak kena umpil. Aku ingat mesti licin le rumah aku ni. Aku baru beli TV dan kipas baru. Selain tu mesin-mesin kimpal, mesin canai, mesin gerudi dan mesin jigsaw ada dalam rumah tu. Bila aku buka lampu, memang berselerak. Tiba-tiba anak aku tanya "mana PS2?" Rupanya memang PS2 anak aku hilang dengan 10 CD games. Kemudian isteri aku nampak barangan anak aku berselerak dan perasan beg sekolah anak aku hilang.

Aku rasa mungkin dia datang sorang je. Aku sebenarnya bersyukur gak kerana dia tak ambil mesin-mesin aku tu. Sebenarnya mesin jigsaw tu betul-betul sebelah tempat dia serakkan barang anak aku tu. Alhamdulillah. Sebenarnya sekitar rumah aku tu pagarnya menggunakan kawat duri je. Jadi boleh bolos ikut tepi. Aku tak berani nak tinjau bahagian belakang kerana gelap.

Berikutan kejadian tersebut, aku buat repot polis kat Majidee. Polis tu suruh aku balik dan tunggu kat rumah. Aku rasa tak selamat duduk situ lagi. Jadi malam tu jugak aku bertukang. Aku reinforced tetulang pintu dapur, aku paku terus pintu dapur. Kemudian aku buat tetulang untuk pintu depan dan kimpal telinga mangga. Masa aku tengah buat kerja ada kereta waja parking depan rumah. Rupanya polis dengan kereta "PENYIASAT TRAFIK" dah sampai. Lepas ambil gambar dan tanya beberapa soalan, dia pun balik dalam pukul 1.30 pagi. Aku habis kerja aku pun dalam pukul 3.30 pagi.

Pagi tu juga aku pergi TESCO plentong. Aku beli 4 mangga ala-ala solex. Kira geram le ni. Balik aku tukar semua mangga termasuk mangga pintu ikan aku. Selain itu, semua mesin aku bawa balik ke KIP. Sebenarnya rumah ni separuh papan. Kuncinya satu sahaja pada selak. Aku pun tak buat tambahan keselamatan sebab fikirkan rumah kampung, takkan orang nak curi lak. Itu le silap aku.

No comments: