Monday, January 25, 2010

TUKAR ALTERNATOR 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Jumaat lepas, van aku buat hal. Dashboard tu kadang-kadang berbunyi, macam relay rosak. Lepas tu lampu charger dan bateri berkelip-kelip. Aku ingat ada benda masuk dalam ruang dashboard tu. Jadi aku pergi bengkel petang tu. Mekanik tu buka bateri dan cabut terminal negatif, lalu enjin aku mati.

"Ni alternator rosak, bang. Kena ganti!."


Memandangkan hari dah petang, kedai sparepart dah tutup dan dia pun dah nak balik, mekanik tu nasihatkan aku jangan pandu malam, nanti van tersadai (enjin mati) sebab banyak guna bateri. OK, nasihat dia diterima.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku keluar juga makan ngan family. Aku buka lampu van dan radio. Semakin jauh perjalanan aku perasan kecerahan lampu makin lama makin malap. Kemudian signal dah takde, radio tak berbunyi. Aku dah agak kalau mati enjin mesti tak boleh start lagi.

Panik? taklah. Sebenarnya aku ada portable charger yang telah diisi penuh (full charge). Lagipun aku ada bateri baru yang belum digunakan. Bila aku nak guna charger tu, tiba-tiba tak boleh start. Alamak, rupanya bateri tu dah sedut cas, sebelum aku sempat start. Pilihan kedua ialah tukar bateri. Aku pun ambil spana 13 dan tukar bateri dalam malam gelap. Bila start, engin pun hidup. Aku pun terus pandu balik rumah. Esok aku ingat nak beli alternator baru dan pasang. Nak upah pomen ke nak buat sendiri ke, nanti aku fikirkan.

No comments: