Assalamualaikum dan salam perpaduan
Semalam aku pergi Kota Tinggi.Aku rasa nak berjalan jauh sikit dengan family. Aku nak cari kelambu dan tengok rumah yang aku sewa dulu kat sana. Aku suka bawa anak-anak untuk tengok sendiri dan berkongsi kenangan. Inilah laluan hidup ayah. Selain itu untuk mengingatkan kembali anak aku dengan rakan-rakan sekolah lama mereka. Selalunya aku akan singgah kat kedai kak Bibah dulu.
Kedai kak Bibah ni dulu selalu aku pergi masa aku tinggal di Kota Tinggi (belakang rumah je!). Masa aku duduk dulu meriah, ramai orang. Kedai kak Bibah pun maju. Pelanggannya orang yang menyewa rumah cikgu Chong. Tetapi bila taman perumahan seperti Taman Kota dibina, ramai yang pindah. Jadi tempat ni menjadi sepi. Rumah-rumah sewa banyak dah tak terjaga dan terbiar.
Lepas kedai kak Bibah, lalu rumah kak Ani pulak. Kak Ani ni dulu kira macam bas sekolah anak aku, mengambil anak aku balik sekolah. Anak dia dah 4 orang sekarang. Isteri aku banyak berbual dengan dia. Tanya perkembangan jiran-jiran dulu. Ada yang dah pindah tempat lain. Cerita gak tentang cikgu-cikgu tabika KEMAS (dulu anak aku tabika kat situ).
Aku pun meneruskan perjalanan ke rumah anak-anak yatim. Beramal sikit. Datang time cuti memang diaorang tak de tapi pejabat buka. Kat sini aku jumpa kucing berjari 6! Tak caya pergi le rumah anak-anak yatim Kota Tinggi .
Masa aku lalu bandar Kota tu, banyak perubahan pesat berlaku. Dah ada KIP Mart, Pasaraya Sukahati dan bangunan baru. Paling aku malas bila dah banyak jalan satu hala. Kat tepi sungai tu memang ada kedai menjual kelambu. Selain itu, ada pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah. Aku pun beli kelambu 180 x 195 x 180. Harganya RM28.
Satu perkara yang aku risau sebab air sungai hampir mencecah tebing. Kalau hujan lebat beberapa hari lagi, memang boleh banjir. Semasa aku lalu kawasan pasar lama, aku nampak satu catatan yang bertulis "ARAS PARAS AIR, 14.01.2007". Petang tu jugak aku balik JB. Aku tak nak ambil risiko terperangkap kat sini.
Saturday, January 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment