Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Tempoh berkabung sempena kemangkatan Sultan telah berakhir. Namun aku kesal apabila ada pelajar aku mempertikaikan pelaksanaan perintah berkabung ni. Ini ditambah dengan siaran TV yang mengatakan berkabung ini adalah sukarela dan tidak boleh dipaksa menghina institusi raja.
Arahan berkabung adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya ia dihormati oleh negeri-negeri lain bukan menidakkannya atau memperlekehkan. Dalam siaran yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar Johor, tiada perkataan "perkabungan ini adalah sukarela dan tidak dipaksa". Memang di Johor Bahru ramai pekerja asing, Bangladesh, India, Nepal, Vietnam dan Indonesia tetapi mereka harus mematuhi dan mengikut arahan ini. Tiada pengecualian.
Aku memang sokong le mereka yang menghina raja di bawa ke mahkamah.
Penulis blog didakwa hina Sultan Johor
KHAIRULNIZAM yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer yang akan melangsungkan majlis persandingannya hari ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar melalui laman blog adukataruna.blogspot.com.my.
Khairulnizam Abdul Ghani, 29, yang baru bernikah sebulan lalu, dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik satu artikel di dalam laman blog berkenaan.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Hakim Zamri Bakar turut memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Khairulnizam yang menyerah diri Isnin lalu, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi di sini, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh berikutan kes itu dilihat serius.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin, memohon ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan keluarga tertuduh tidak mampu menyediakan jaminan RM10,000 dalam tempoh singkat.
"Keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dalam tempoh yang singkat kerana tertuduh akan melangsungkan persandingannya esok (hari ini)," katanya.
Zamri menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan jenayah itu kerana ia menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan yang unik dan stabil.
Bagaimanapun, selepas menimbang tertuduh akan melangsungkan majlis persandingannya, hari ini Zamri menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes itu akan disebut semula 31 Mac depan.
Saturday, January 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment