Thursday, August 26, 2010

PC FAIR UTHM

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku pergi UTHM, ada kelas. Aku tengok ada banner "PC FAIR UTHM 24-26 Ogos 2010". Aku ingat mesti penyertaan sikit je. Maklumlah peringkat dalaman. Tapi aku pergi juga le nak tengok. Tempatnya di Dewan Tun Ibrahim Ismail, UTHM

Aku pun masuk dan teruja. Penyertaan tak mengecewakan. Macam PC FAIR kat Persada. Netbook, laptop, desktop, hardisk, pendrive, aksesori komputer memang banyak. Harga pun murah juga.
Pendrive 4G baru RM22
Kipas cooler RM13, 12, 10, 7
4 USB port RM5

Aku tengok student yang beli pun dahsyat juga, beli laptop, printer, shell skrin, mp5. Sekarang ni student banyak beli printer jenis CISS, dakwat kat luar. Boleh print banyak dan refill baru RM10 je. Printer aku katrij hitam je RM50. Baru hitam, lain-lain RM40 satu kaler. Aku rasa tak jatuh standard PC FAIR ni dah memang berbaloi sebab market memang tersedia. Tambahan pula PTPTN dah release dan student ni telah membuat pelaburan yang betul.

Wednesday, August 25, 2010

IKAN KELI

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Dua hari lepas aku terima tempahan ikan keli. Dia nak 165 ekor siap siang. Semalam aku pergi jumpa buyer ni 0127814819, kerja kat dewan makan SKMA Waddin. Aku bagi 3 sampel untuk dia pilih 6, 8 dan 10 ekor sekilo. Dia pilih 10 ekor sekilo. Ini le kali pertama aku terima tempahan ikan keli bersih dalam kuantiti yang banyak, kecil pulak tu. Aku nak hantar semalam petang, dia tak bagi, dia kata nak esok pagi juga. Jadi petang tu aku sauk le ikan mengikut saiz yang dipersetujui. Aku masukkan juga ikan besar sikit, biar puas makan. Sebab harga dah set kat bilangan ikan bukannya kilogram.

Malam tu aku siang le. Bengkok juga badan aku ni. nasib baik isteri aku tolong. Sebab ada 2 proses, belah dan buang perut. Kalau 1 ekor ikan ambil 1 minit,

1 minit x 165 ekor = 165 minit.
165 minit / 60 minit = 2.75 jam

Penatnya. Esok nak drive gi kuliah lak.
Lepas siang tu kena cari ais lak tengah-tengah malam. Nak bagi sejuk ikan tu. Nasib baik jumpa kat kedai mamak. Esoknya aku drive gi Batu Pahat, masa tu baru terasa sakit jari-jari terkena sengat keli semalam. Bila nak putar kunci, nak buka lampu.. adoii. Tapi aku tak nangis le. aku kan lelaki.

DEMAM

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Minggu lepas anak aku demam. Mula hari Rabu, masa aku tak de pulak tu. Memula yang bongsu, kemudian yang sulung, yang tengah, dan seterusnya. Anak aku ni demam, badan panas dan muntah. Bila muntah, batal puasa. Balik je aku belikan ubat demam, ubat selesema dan kool fever satu kotak.

Semalam anak aku demam lagi, aku pun bawa gi klinik sebab nanti 3 hari aku takde. HA tu tanya
Dah berapa hari demam?
Anak aku kata 4 hari.
Terus dia tulis FBV dalam kad. Aku pun tak tahu FBV tu apa, Facebook kot? HA tu kata kena check darah. Sekarang ni prosedur, demam lebih 4 hari suspek denggi. Anak aku pun gi beri darah, tapi bila nak hantar makmal dah tutup. Jumpa HA tu, dia bagi ubat dulu dan minta nombor telefon. Kalau ada kes, dia telefon semula. Waktu ambil suhu, dia kata 37 darjah je. Dia bagi antibiotik.
Sekarang ni memang nyamuk banyak kat dalam rumah aku. Kalau anak aku tidur tu memang "main gitar" mengggaru sana sini. Aku memang ada belikan kelambu tapi tak nak guna. Bahaya juga tu.

Sunday, August 22, 2010

AL FATIHAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Aku ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga kakak ipar aku atas pemergian suaminya ke rahmatullah pada jam 5.55 petang 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan yang lalu.

Al Fatihah kepada MOHD SHAH bin HJ MOKRI semuga ruhnya dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayangi dia.

TIP PANDUAN TUNING KENDERAAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku terbaca artikel ni masa buat rujukan NGV, aku rasa ia berguna sebagai panduan.

First kita kena faham dulu definisi tuning atau tune-up engine nih....
Selalunya kalau kita adjust engine rpm org akan cakap dah "tuning" engine...
Sebenarnya tune-up/tuning engine bukan sekadar melaras/adjust rpm.

Sebelum membuat tune-up engine ada beberapa perkara asas yg perlu diperiksa tidak kira engine kawalan electronic (MPI/EFI/ECI dll) atau kawalan Carburetor iaitu periksa :

1)Battery Conditions
-Check Open Circuit Voltage ... biasanya 12V ++
-Check Ketumpatan Bandigan Battery (Specific Gravity ) melalui Hydrometer
-check paras air battery (Electrolyte Level)
-kekemasan tamatan (Terminal (-) dan (+) )
-Battery Cable (-) dan (+)

2)Valve Clearance Adjustment (Valve Tappet)
- Periksa dan laras valve clearance mengikut spesifikasi pengeluar.
*Sesetengah model sekarang menggunakan Hydraulic Lifter dan tak perlu pelarasan ....kecuali yg menggunakan Shim. Sekiranya valve clearance tak betul ianya akan effect kepada pembakaran dlm cylinder engine... menyebabkan engile idle speed unstable .

3)Engine Vacuum Test
-Periksa kadar vacuum dlm engine supaya menepati kehendak pengeluar. Ini juga penting bagi mengawal kelajuan idle engine.

4)Compression Test
-periksa tekanan mampatan setiap cylinder bagi mengesan sebarang kebocoran samada dari piston ring, gasket, valve seat dan lain2 tempat.

5)Fuel Delivery System -periksa fuel pump, filter, piping dan injectors atau carburetor

6)Air induction System
-periksa/tukar air cleaner. periksa intake manifold bg sebarang kebocoran ....serta throttle body.

7)Ignition System
-periksa sparking plugs,
-HT cable ,
-Distributor Cap,
-Ignition Coil dll.

Sekiranya perkara2 seperti diatas didapati OK dan menepati kehendak spesifikasi pengeluar baru kerja 'Fine Tune-Up" dapat dilakukan.... maksudnya selepas semua tadi OK baru kita dapat melaras Ignition Timing dan Idle Speed (rpm) sesebuah engine tadi.

Kalau engine kawalan Carburetor 3 pelarasan perlu dilakukan :
-Ignition Timing (Inspect/Adjust) menggunakan Timing Light
-CO adjustment dengan melaras M.A.S (Mixture Adjusting Screw) dgn berpandukan kepada CO machine bagi memeriksa kadar Carbon Monoxide engine.
-Idle Speed dengan melaras S.A.S (Speed Adjustment Screw)

Kalau engine kawalan electronic atau EFI pula , kita perlu menggunakan Scanner atau Computer mengikut model kenderaan tersebut. Melalui Scanner/Computer tadi kita dapat mengesan sebarang Fault Code dan dapat membaca live data dari sensors engine bagi membuat analisis mengenai sesebuah engine.

Di samping itu juga ada sesetengah engine perlu dilaras rpm atau ignition timingnya melalui Scanner/Computer tadi... tanpa scanner tadi pelaras tidak dapat dilakukan dgn sempurna.... Kesimpulanya disini, "Tuning" bukan sekadar melaras kelajuan engine (rpm) dan imbangmasa nyalaan (Ignition Timing) semata-mata tetapi perkara2 atau pemeriksaan lain (seperti di atas) juga perlu dilakukan sebelum melakukan "Tuning" engine tadi bagi memastikan dan mendapatkan prestasi atau performance engine yang optimum dan sentiasa mengikuti kehendak spesifikasi pihak pengeluar sesebuah kenderaan tersebut supaya jangka hayat sesebuah engine dapat bertahan lebih lama secara tak langsung dapat menjimatkan kos pembaikan kepada pihak pemiliknya.

Tetapi sekarang kebanyakkan bengkel telah menyalah ertikan maksud "Tuning" ini iaitu dengan hanya melaras engine rpm dan ignition timing secara manual atau secara computer ianya di panggil "sudah tuning lu punya engine"....dengan mengabaikan beberapa pemeriksaan dan perlarasan lain yg telah saya sebutkan tadi.

Selepas itu para pelanggan akan di charge dengan harga yang tidak munasabah....contohnya kereta proton jenis EFI charge tuning lebih kurang dari RM60-RM150 dengan hanya menyambung Scanner dan melaras rpm aje.....itu bukan tuning namanya,,,,,, Tuning perlu dilakukan mengikut kehendak atau recommendation pihak pengeluar dengan merujuk kepada "Periodical Maintenance Service" yang terdapat dalam Service manual sesebuah kenderaan....

Thursday, August 19, 2010

KEMALANGAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku dapat berita mengejutkan. Biras aku kemalangan dan berada di Hospital Muar. Masih tidak sedarkan diri. Masa tu aku kelas, jadi lepas kelas aku pun pergi dari Batu Pahat. Aku sampai dalam 2.30 ptg. Mencari juga mana wadnya.

Aku tanya orang, dia kata rujuk pendaftaran wad. Aku tanya kat kaunter tu
"ada pesakit nama XXX?"
Dia pun semak,
"Kalau ikutkan, dia sekarang ni kat Bilik XRay, lepas tu masuk wad. Cuba tengok kat bilik XRay"
Aku pun pergi le bilik XRay. Sampai muka pintu, ada troli diusung keluar. Aku amati pesakit yang terbaring tu.

"Eh, XXX!"
Mukanya masih ku kenal, dengan lehernya dipasang servical colar. Ada le kesan jahit dan darah kat kawasan muka. Tangan dengan kaki aku tengok OK je. Dia tolak troli tu ke ICU. Aku tanya nurse tu tapi disapa oleh kakak ipar ku dari belakang. Kebetulan adik biras aku tu nurse juga. Dia yang banyak membantu. Aku tanya kakak ipar aku
"dah sedar?"
"dah, dah boleh cakap!"
Aku tengok kakak ipar aku ni tabah, sabar dan tenang. Sikitpun tak nampak nak nangis. Tapi bila doktor kata kritikal 50%-50%, barulah nak menitis air mata. Aku tak kisah apa doktor tu nak cakap, tapi dari pemerhatian, aku rasa biras aku ni boleh sembuh. Doktor cuma nak kita bersedia segala kemungkinan je, jadi kalau berlaku apa-apa kita tak salahkan dia. Kira psiko le tu. Aku juga minta bantuan abang aku hantarkan tenaga reiki untuk biras aku ni supaya cepat sembuh.

Alhamdulillah. Selain biras aku yang lain, adik beradik biras aku dan ramai juga staf Telekom yang datang menziarah tapi tak boleh masuk sebab doktor sedang membuat rawatan lagi. Masa aku masuk tu pun doktor masih betulkan gigi dia. Aku tunggu dan teman kakak ipar aku tu sampai pukul 5,00 petang sebab aku nak balik Batu Pahat sebelum malam. Sejak akhir-akhir ni, pemanduan malam aku tak berapa awas terutama kalau tar yang takde garisan putih tambah lampu jalan takde.

Aku telefon kakak ipar aku dalam pukul 7.15 malam (dah dekat waktu berbuka)
"kat mana?"
dia jawab
"masih kat sini (hospital) nak ke mana lagi? suami kat sini.."
"buka macamana?"
"buka kat sini le."
Terharu aku dengar. pengorbanan seorang isteri. Kalau aku yang terbaring, siapa yang akan ada disisi aku nanti?

Wednesday, August 18, 2010

NGV 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Gigi lari satu mata.. Maksudnya apabila pemasangan timing belt tu tidak mengikut tanda yang ditentukan pengeluar.
Kadang-kadang sebab pemasangan tu visual, boleh berlaku sewaktu pemasangan, gigi tu bergerak: terkehadapan atau kebelakang. Kereta aku guna palang, manakala van aku gunakan gigi. Gigi lagi payah sebab boleh pusing apabila masukkannya.

Aku pun minta bantuan kawan aku, Hussin. Dia ni kawan serumah semasa belajar degree dulu, guru automatif. Dia ni dah lama tak pegang enjin. Aku pun cerita masalah, akhirnya dia setuju nak tengok. Aku pun buka bonet dah cover timing belt. Dia buka cover head engin dan check. Dia kata ok. Dia pun test kereta, cluth nak abis katanya. Nak kepastian tanya Rashid.


Aku pun tefikir juga (memang aku suka berfikir pun).
Kalau tuning dah OK,
Timing belt dah OK,
Aku nak cuba tengok timing enjin lak.

Malam tu aku buat pembacaan. Aku surf internet. Baca pasal NGV dan masuk forum. Maklumat yang aku dapat ialah:
- Timing NGV tinggi sikit dari normal (10°) iaitu antara 12°-15°
- RPM untuk petrol adalah 1200 untuk mendapatkan RPM NGV 1000
- tappet untuk NGV mesti dibuat di kedai servis NGV sahaja tidak boleh kedai bengkel bukan NGV

Hari Selasa aku naik SMT Batu Pahat jumpa Rashid. Aku kata nak test guna timing light. Aku sampai dalam 3.45 ptg. Dia pun keluar timing light.
"start enjin!"
dia pun baca "20"
patut le, tinggi sangat.
Nasib baik aku tak buka timing belt ari tu.
Aku cerita le timing NGV antara 12°-15°
Dia pun adjust pada 12°
Aku minta dia test clutch. Memang ada masalah pressure plate sikit tapi clutch belum habis lagi. Aku berpuashati dan meneruskan perjalanan aku.

NGV 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku nak cerita pasal engin kereta aku yang menggunakan NGV. NGV adalah singkatan untuk Natural Gas Vehicle. Kelebihan sistem ini ialah harga gasnya yang masih rendah dan menjimatkan tetapi kos pemasangannya agak mahal dalam RM3000-RM5000 ke atas.

Kereta NGV aku ni mendak sangat. Tekan minyak sampai lantai cuma pergi 60-70km/h. RPM jejak sampai 5000, nak sampai kat merah.

Jadi aku pun tanya kawan,
Mana nak servis?
Dia tanya aku pasang kat mana?
Aku kata kat Taman Gaya.
Kau jumpa Atai, minta dia cuci "dapur"

Dapur? Istilah baru ni. Dapur ni kira macam ruang campuran gas. Kira dapur ni bahasa pasar le. Aku pun pergi, jumpa Atai. aku tanya pendapat dia. Dia kata kemungkinan-kemungkinan:
- tuning lari
- tappet tak align
- api tak kuat

Kos?
tuning (RM10), adjust tappet (RM15)

Dia pun memulakan proses adjust mengadjust. Ramp sikit-sikit. Lepas tu, dia suruh aku try. Aku pun test, aku kata takde perubahan pun! dia pun adjust "api" tapi tak boleh sebab distributor aku dah langgar dinding. Aku tanya reversekan tak boleh ke? Dia kata tak boleh, nanti jadi retard, kita nak advance.

Apa tu retard dan advance?
Ia merupakan proses melaras permulaan percikan api dari palam pencucuh dalam ruang pembakaran. Ia juga berkaitan dengan pergerakan naik turun piston yang dipandu oleh crankshaft.
Retard berlaku apabila percikan api berlaku sebelum piston berada pada kedudukan tinggi (Top Death Centre). Ini menyebabkan engin sukar hidup/ berat.
Advance berlaku apabila percikan api berlaku apabila piston pada kedudukan atas dan mula menurun. Biasanya darjah 10°, 12° dan 15° digunakan menunjukkan sudut turun lengan piston.
bacaan lanjut
Maksud langgar dinding ialah distributor tu dah tak boleh pusing lagi sebab slot tu dah habis.

Aku pun hairan sebab biasanya ada ruang untuk adjust. Aku pun telefon kawan aku tanya kenapa boleh langgara dinding? Dia kata timing belt lari satu gigi.

Thursday, August 12, 2010

SAHUR RAMADHAN 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku terjaga pukul 3.15 pagi. Lepas solat sunat, aku pun keluar. Aku capai air mineral je.
"Mana nak sahur ni?"
"Nak makan apa?"
Aku kena segera sebab nak kejar masa ke UTHM. Sampai Petronas sebelum masuk Highway Senai, aku isi minyak. Aku nampak Maggi Cup. Aku pun bayar, isi air panas dan makan. Slurrrp! Inilah juadah sahur aku. Kemudian aku meneruskan perjalanan. Sampai Air Hitam, aku singgah le Petronas Jalan Kluang nak isi gas tapi tak buka lagi. Gas ada lagi 2 mata. Ingat nak cari teh panas tapi tak sempat, dah masuk waktu imsak.
Cadangan awal aku nak balik hostel dulu, mandi. Tapi sebab dah ngantuk sangat, lepas solat subuh di sebuah Masjid, aku tidur dalam kereta. Lepas tu aku parking kat luar kampus bandar dan sambung tidur lagi sampai 7.20 pagi. Aku barada dalam kelas sebelum 8.00 pagi. Harap aku tak tertidur dalam kelas.

RAMADHAN 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam bulan ramadhan dah tiba. Lepas sahur aku dan anak-anak pergi surau untuk solat subuh berjemaah. Subuh ni memang happenning, ramai jemaah. Aku jumpa kawan aku, Saiful, Abu Hurairah, Yunus, Hussin, Nizam. Imam solat tu Ustaz Nahi, pensyarah baru tempat aku.

Pagi tu aku kena pindah ikan, jadikan 2 kolam. Kalau lambat, ikan boleh mati. Selain tu kena isikan air supaya ikan boleh bergerak. Dalam pukul 1.50 ptg semuanya siap. Lepas tu aku pergi rumah aku kat Bandar Dato Onn. Dia dah ganti jubin yang rosak. Lepas kemas rumah, pergi lak bazaar ramadhan. Macam-macam ada, sup, nasi berlauk, mee, apam balik, kuih-muih dan air. Kemudian singgah Masjid Bomba, ada bubur lambuk. Anak aku ambik 2 bungkus

Petang tu aku ngan family berbuka kat masjid. Aku suka berbuka kat masjid sebab senang dan ringkas. Lepas berbuka, terus solat maghrib. Kalau nak sambung lepas solat pun boleh. Malam ni atau pagi esok aku kena pergi UTHM, ada kelas pagi.

KELI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari selasa lepas aku dapat panggilan daripada Sharom (buyer ikan keli aku dulu). Dia nak beli keli aku 200kg. Alhamdulillah.
Dia telefon aku dalam 11.30 pagi. Dia nak saiz 6 ekor sekilo. Katanya dulu ada 4 ekor sekilo susah nak jual. Aku kata ada, boleh amik hari ni pukul 3.00 ptg ni sebab esok dah puasa. Dia pun setuju.
Nak sediakan ikan ni bukan senang. Memula kena buang air dulu sampai cetek/kering. Kalau ada tulang, daun, fiber dia boleh sumbatkan saluran dan air mengalir lambat. Kemudian, nak pindahkan ikan, pilih ikan (grading) dan buka kolam baru untuk pemindahan. Selebihnya urusan dia naikkan dalam lori.
Aku timbang le ikan kat kolam kedua, 6 ekor dalam sekilo setengah. Wah dah lebih ni. Kena reject nanti. Kena cari kecil lagi. Mana nak cari ni semua dah besar sangat tapi kena cari gak le, orang dah nak. Kolam ketiga tu banyak yang kecik, 8 ekor sekilo. Besar tak banyak.
Pukul 3.20 ptg, pekerja dia datang naik lori. Dia tengok kolam kedua aku, aku terdiam.
"Ambik semua" katanya
Fuh.. lega aku sebab boleh kaut semua. Bersih satu kolam aku. cuma ada beberapa ekor je yang diasingkan sebab besar sangat. Kolam ketiga tu ada yang dia ambil tapi tak banyak le. Hari tu dapat 184 kilo. Habis je, aku tutup satu kolam. Tinggal lagi 2 kolam aku. Satu kolam ikan kecik dan satu kolam ikan giant (lebih 16 inci).
Habis je kerja hari tu, aku belikan diri aku 3 potong ayam "wholeleg", sebuah jam tangan dan jam loceng.