Wednesday, November 21, 2012

ALAT PENSTABIL VOLTAN KERETA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni 21.11.2012 aku beli alat penstabil elektrikal kereta MAX POWER CONTROLLER kat booth UTHM. Benda ni macam aku tak percaya je. Dulu ada member nak jual RM500, RM399, RM250. Cucuh kat tempat rokok dan ada kotak besar siap suis. Yang ni aku tengok simple je macam tak de wayar dan kotak besar. Semalam aku dah survey harganya RM199.00 dan ada baju free gift.
Kereta aku ni elektrikal dia problem sikit. Kalau buka radio, bila masuk gear je radio akan problem. Kalau buka signal pun macam tu. Aku plan nak tambah kabel earth. Aku pun beli satu try le kat kereta. Nampak macam ada kesan. Radio tak terganggu lagi. Katanya dapat menjimatkan minyak sehingga 15%,
Setakat ini belum nampak jimatnya.
boleh layari www.rmfpower.com

Friday, November 9, 2012

KAD DISKAUN SISWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku ambil kad diskaun siswa kat pusat pengajian siswazah. Kad diskaun siswa diwujudkan untuk melayakkan pelajar macam aku membeli barangan dan perkhidmatan dengan harga diskaun. Selama ini aku perhatikan ada logo kad diskaun siswa kat Marrybrown, KFC, Mydin. Tapi tengok je le sebab tak de kad. Sekarang dah ada kad.

PERGI KATO

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pagi Sabtu 27.10.2012 aku pergi KATO, tempat trade in gearbox hari tu. Boss dia ni panggil pekerja check. Rupanya seal sump tank dia bocor. Jadi pekerja tu buka sump tank tu, pakai silikon dan skru semula. Lepas test, pekerja tu cek, tiada kebocoran.

Monday, October 29, 2012

MAIN REPAIR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada Khamis, 25.10.2012 sehari sebelum hari raya aidil adha, aku repair kereta kat BAYU, Larkin Indah. Aku nak tukar timing belt dengan water pump. Biasanya kalau aku nak major repair aku datang awal dalam 9.30 pagi. Aku bawa van sebab nak beli barang dan anak aku bawa kereta. Masa aku sampai tu memang tak de kereta. Yusop (pomen) bagitau lower arm sebelah kiri, tie rod end kiri kanan, steering rod bush kiri kanan, pemegang steering rack, sate kiri kanan kena tukar. Aku minta dia tulis dalam kertas barang apa nak beli. Nasib baik aku tak beli barang dulu sebab aku ingat belah kanan problem.
Dapat je maklumat, aku bawa van ke kedai MAXLEE.

LOWER ARM RM 38

LOWER ARM BUSH RM 7
STEERING RACK BUSH RH RM 6
STEERING RACK BUSH LH RM 6
PWR STEERING BOOT RM 6
SUSPENSION PIN KIT (2) RM 10
TIE ROD END OUT (2) RM 30
RACK END PWR STEERING (2) RM 56
COOLANT RM 5
DRIVE SHAFT LH RM 100
UPAH RM 160
ALIGNMENT RM 18

PWR STEERING PUMP RM 120
UPAH RM 45

Masa Yusop jack kereta aku, aku nampak gearbox ada lelehan. Alamak bocor lak.
Aku tanya Yusop nak tukar seal motor power steering tapi dia kata tak buat.
Bila tukar tie rod end atau steering rod, alignment perlu dilaras semula. Ini kerana bengkel kereta hanya tukar barang sahaja. Jadi aku pun buat alignment kat Larkin Bomba. Kena RM18. Masa dia pulas steering, pomen tu kata power steering aku nak sumbat. Aku tanya dia boleh buat ke? dia kata
"ni kedai tayar dan alignment, tak buat repair."
Dia cadangkan cari barang kat kedai potong Jalan Tangki Air, dua kedai dari hujung dan pasang kedai sebelahnya. Harga motor power steering RM120, harga pasang RM45.
Jumaat raya, hari Sabtu kena pergi kedai KATO semula.

TUKAR AUTO TRANSMISSION GEARBOX

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pada Sabtu, 13.10.2012 aku tukar auto tramsmission gearbox kat KATO, Jalan Tampoi. Kedudukannya depan Esso dan sebelah Petronas NGV. Dah ada beberapa tempat aku survey, KATO ni ambil RM1400 siap pasang dan trade in gearbox lama. Depan KATO ada kedai POTONG body, dia ambil RM1000 trade in juga tapi tak pasang. Nak pasang cari kedai lain. Satu lagi kat depan CELCOM, sebelah tokong Cina. Dia ambil RM1600.
Setelah timbang tara, aku pilih KATO, ada gurantee 3 bulan, siap pasang. POTONG body memang murah tapi kena cari kedai buka dan pasang gearbox. Kedai depan CELCOM, cekik darah. Lepas pasang, test. Pickup kurang.

Thursday, October 11, 2012

CADANGAN PROPOSAL

Semalam aku hantar cadangan proposal kajian aku.
Hari tu Khamis 13.9.2012 aku janji nak hantar cadangan proposal. Aku sampai pukul 5.55 ptg. Nasib baik dia belum balik. Tapi bila aku semak, rujukan tak masuk. Pulak dah. Penyelia aku suruh masukkan dulu. Hantar esok cepat, dia nak pergi Terengganu.
Aku datang pagi, dia ada talimat kat dewan baru. Tengahari dia keluar, aku hulur le proposal. Penyelia aku sempat pesan, beri satu salinan pada penyelia kedua. Penyelia kedua aku pulak dah berangkat ke Jordan. Dia emel balik 2.10.2012 kalau nak jumpa dalam 7.10.2012. Lamanya...
Pada 24.9.2012, penyelia aku suruh contact Dr Lai suruh mohon tarikh dan penyelia. Aku pun telefon le. Memula Dr Lai suruh SMS je butiran, aku dah SMS, dia suruh email lak. Cabaran ni... tapi aku emel juga le, jangan melawan.
Member aku Roslan dah buat temu janji dengan penyelia dia Jumaat 26.9.2012. Oleh kerana penyelia ada hal, perjumpaan dipercepatkan 25.10.2012 (Khamis) pagi. Petang tu dia nak balik, dah isi kereta dengan beg baju. Masa berbual tengah makan tu dia offer nak bantu kajian aku. Dia sanggup balik Jumaat. Aku pun setuju. Banyak juga dia bantu terutama dalam memantapkan DV dengan IV aku.
Aku jumpa balik penyelia 3.10.2012. Aku tanya macamana cadangan, nak baiki apa-apa ke? Dia kata baru baca Bab 1, lepas tu dia komen Bab 1 aku tak sama dengan yang dulu, Bab 2 dan Bab 3 tak baca lagi. Ye ke? Aku perlu bantuan kat bab3 ni, dia tak baca lak. Lepas tu aku gi fakulti, nak kejar penyelia ke dua. Walaupun dia kata nak jumpa 7.10.2012, aku langgar je. Jumpa je aku tanya Dr busy ke? Petang sikit boleh? Boleh...
Petang tu aku dah siapkan beberapa rajah supaya senang nak rujuk. Ada le bantuan tentang rajah dan sedikit mengenai objektif.
Aku perasan persoalan kajian dengan analisis data tu macam ada tak kena je. Siapa lagi aku nak tanya? Tarikh hantar proposal akhir hari ni... aku teringat member aku, Dr Mohd Kasim, IPG THO. Aku call, dia ada. Aku buat appointment pukul 9.00 pagi. Sampai je aku bincang. Ada beberapa cadangan, multiple regression, analisis faktor, model. Aku tunjukkan persoalan kajian dan ada perubahan sikit. Alhamdulillah.
Balik aku print satu salinan. Tengah print, Dr Lai hantar emel ingatkan hantar proposal. Aku ingat nak potostat tapi kedai tu tak potostat 80gg. Print je 80gm. Aku pun print, bind kulit warna hijau, comb dan plastik depan belakang. Lepas tu gi fakulti. Aku tel Dr lai, dia kata kena hantar personal pada pengerusi dan penilai. Adooii.
Kebetulan pula pengerusi aku keluar dari pejabat. Aku pun kejar, maaf Dr, ni kertas cadangan saya untuk 17.10.2012. Awak ke? Alamak, apa jenis soalan ni? Ye, saya. Ok, saya terima. Fuuhh lega.
Ada dua lagi satu kat Pusat Penyelidkan Inovasi satu kat Pusat Pendidikan Berterusan. Aku call, satu suruh hantar kat bilik, satu suruh hantar kat PA. Dapat ditunaikan.
Sekarang kena concentrate powerpoint presentation. Harap doa ibu, semua kawan-kawan semoga segala perkara dipermudahkan.



Thursday, September 27, 2012

AUTOMATIC TRANSMISSION2

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Sebenarnya semasa aku tukar ATF dulu, aku ada tanya kedai Maxlee tu, automatic tansmission tu ada filter ke, dia kata tak de. Aku tanya member, dia kata wira ada, saga tak pasti.Sebelum aku balik JB, aku pergi library buat research kat youtube. Aku taip "gear automatic repair".
Gear automatic ni bidang baru bagi aku. Aku tanya bengkel pun dia kata "tukar gearbox", tukar ATF. Gear automatic aku ni pun aku macam heran jugak. Macam berhantu. Masa kat JB, aku tengok 'stick dip' dia tak jejak HOT tapi bila sampai Batu Pahat 'stick dip' menunjukkan lebih dari HOT. Kebetulan pula aku isi minyak power steering. Minyak power steering kurang, minyak gaerbox melimpah. Aku cerita kat member, dia gelakkan aku.

AUTOMATIC TRANSMISSSION

Assalamulaikum dan salam perpaduan

Kereta aku guna gear automatic. Biasanya kalau lepas 20 km/h, gear kedua akan engage, lepas 40 km/h, gear ke tiga akan engage seterusnya lepas 60 km/h, gear keempat akan engage. Masa pergi Desaru hari tu, masa nak balik, gear keempat tak engage. Enjin menderam masa balik dari Desaru.
Tanya member, dia kata tukar minyak Automatic Transmission Fluid (ATF). Aku pun tukar minyak ATF. Dah OK.
Masuk minggu ke dua, anak aku guna kereta pergi rumah terbuka cikgu dia kat Kota Tinggi. Dia telefon kata dia ada kat Jaya Jusco Johor Jaya, gear keempat tak engage. Memula aku tak yakin. Bila dia bawa balik kereta, aku pun test. Memang tak engage. Tengok minyak ATF ada tapi lebih dari dip "HOT"
Apa kesan bila gear tak engage?
Bila gear tak engage, RPM akan tinggi.
Biasanya RPM untuk gear satu, dua, tiga dalam 3000 rpm je sebelum engage. Gear empat ikut kelajuan kereta.
Bila enjin melebihi 4000-6000 rpm, engin akan cepat panas maka radiator akan kurang air melibatkan kenaikan temperature engin.
Jadi pemanduan kena berhati-hati sebab mata kena pandang pada RPM (jangan lebih 4000 rpm), Speedometer (maintain 60-70 km/h) dan Temperature (jangan sampai lebih separuh panas).
Aku bawa kereta aku  pergi Batu Pahat dengan kelajuan 60-70km/h. Seksanya...
Sampai Batu Pahat aku tanya kawan aku. Aku kata dah tukar minyak ATF. Dia kata memang kena TUKAR GEAR BOX. Aku fikir balik, kena tukar ke?
Malam tu aku tanya brother kat kafe TSN, ada pomen boleh repair gearbox automatik tak?
Dia suruh tanya ayah dia sebab pomen ayah dia dah tua dan memilih pelanggan tapi expert. Umur dalam 70 tahun. Esoknya aku tahan ayah dia, aku tanya pomen tu. Dia call pomen tu dan pomen tu kata kereta kena tinggal 2-3 hari. nak check.
Aku dah nak balik. Aku kata lain kali. Lagipun kat rumah aku ada tool, jack hidraulik dan van untuk beli barang.

Tuesday, August 28, 2012

STARTER & BATERI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni mak cerita pasal starter kereta. Hari tu kereta aku tak boleh start. Aku tak pasti le bateri lemah atau starter. Tapi aku suspek starter sebab dah cas bateri pun masih tak leh start. Jadi pergi le kedai elektrik kereta kat Jln Dato Sulaiman. Kena RM65. Anak aku yang buka starter tu jadi aku suruh dia pasang balik. Masa masuk bateri lama tak de respon pun. Jadi aku amik bateri van dan masuk dalam kereta. Baru pusing kunci je, starter berasap, terminal negatif bateri dah cair. Aku tanya kenapa? Dia kata ada  2 wayar dan dia salah pasang wayar positif. Aku pun ambil bateri kereta dan pasang kat van. Tak boleh start. Jadi aku pun tolak dan hidup. Lepas tu waktu ikat klip kepala bateri ke terminal ketat sangat, klip tu patah. Dah kena beli bateri dengan kepala bateri. Aku pun pergi le kedai; kepala bateri RM4.50 dan bateri RM130.

Wednesday, August 22, 2012

URUT TRADISIONAL CINA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Sabtu 18.8.2012 hari terakhir puasa, pinggang aku amat sakit. Aku try buat terapi elektrik, angkat berat, sapu minyak panas. Last aku tuam guna "hot water bottle (HWB)", baru lega sikit.
Apa tu HWB?  HWB merupakan bekas getah untuk diisi air panas. HWB aku bewarna hijau. Kemudian bekas ini ditutup untuk memerangkap haba panas. Haba panas ini ditekap pada bahagian yang ingin dilegakan. Jika terlalu panas, balut dengan tuala/ kain.
Pagi tu aku pergi pasar tani sebab nak beli beberapa lauk raya seperti serunding, kuah kacang, lemang. Esoknya lepas solat raya, aku bertolak ke Tangkak. Aku rasa memang tak larat tapi aku pergi juga sebab ibu aku pun ke KL rumah abang aku. Malam tu, pinggang aku bertambah sakit. Aku isi HWB dengan air panas dan tuam kat pinggang, belakang dada dan peha. Malam tu juga family wife aku buat meeting, jadi aku pun turun. Biras aku tanya, nak urut tak? Cara Kung Fu. Memang sakit tapi mujarab. Dia kata dulu dia kena seminggu sakit pinggang, periksa sampai Pantai Medical, Melaka. Aku pun setuju.
Pagi tu aku datang pukul 8.00 pagi. Apek tu kata pukul 9.30 pagi buka. Ambil nombor dulu. Aku  dapat nombor 1. Sampai masa, gilirin aku.
Dia tanya sakit apa?
Aku kata le sakit pinggang. Dah 3 hari sakit, tak dapat tidur.
Dia tanya dah XRay?
XRay? kena XRay dulu ke?
Dia kata mungkin batu karang.
Oooo....
Lepas tu aku kena baring. Dia cek guna siku kat tulang belakang.
Ini sakit? tak..
Ini sakit? sakit..
Aku rasa dia sapu cecair kat tulang belakang dan mula le Kung Fu dia.
Lepas tulang belakang, tepi punggung, pelipat lutut, hujung kaki.
Sakitnya tak terucap le.
Tahan aje le.
Lepas urut, dia suruh jalan.
Kemudian dia suruh letak tangan kat dinding.
Dia tarik bahu aku dengan lutut kat tulang aku.
Bengkok badan aku.
Akhirnya dia  bagi ubat herba.
Bayarannya RM25 urut dan  RM25 ubat.

Nama kedai dia
WONG SENG KEK
NO 144 JALAN SOLOK,
84900 TANGKAK.
Dekat Pasar.
masa operasi
SELASA- AHAD: 9.00 pagi hingga 8.00 mlm.
ISNIN - cuti.
no tel : 069782043
no hp: 0126256546

Thursday, August 2, 2012

KLINIK PAKAR MATA ANNA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Khamis hari tu ibu aku nak pergi klinik Anna. Nak buang selaput mata sebelah kiri. Ibu kata pembedahan hari Sabtu. Bila masuk klinik, doktor refer pada kad kesihatan dan kata sepatutnya pembedahan mata kanan dan masuk kanta. Sewaktu pemeriksaan, mata kiri ibu aku tak nampak langsung.
Habis pemeriksaan, pembantu tu tanya
"nak jumpa doktor ke nak bedah pada hari Sabtu ni?"
Aku jawab "bedah!"
Ibu aku kata "nak jumpa doktor dulu".
Aku tanya balik
"kenapa nak jumpa doktor lagi? dah 2 kali jumpa doktor! Hari tu jumpa dah kena RM150, kali ni RM50".
Hari Jumaat tu aku bawa ibu ke klinik dan buat appointment pembedahan dan ibu aku sudah menjalani pembedahan mata kanannya. Kos pembedahan RM3000 di klinik Pakar Mata Anna. Sekarang penglihatan ibu aku dah baik.

BAZAAR RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni aku nak cerita mengenai bazaar ramadhan dan acara yang sewaktu dengannya.

AIR KATHIRA ABU BAKAR
Memula nak cerita, kat JB ni memang terkenal dengan air kathira abu bakar. Ia merupakan sejenis minuman yang dibuat daripada air, susu cair, kurma, semangkuk, kismis. Ibu aku nak beli le kathira abu bakar ni. Jadi aku pun drive le ke tempat distributor dia kat Tampoi, depan Angsana. Tempat air ni menumpang kedai barangan perabot kayu jati. Satu ikat RM3.00 je. Aku pun tak tahu macamana boleh popular air ni dan jadi buruan orang terutama Singaporean. Aku tak minat sangat sebab dia mahal, peket kecil dan bahan dah kurang sangat dari dulu. Nak untung lebih. Baik aku beli kathira kat bazar ramadhan RM1 je dan banyak bahan; cincau, buah semangkuk, selasih dll. Kalau RM3 dapat 3 bungkus. Muai meminumnya.

BAZAAR RAMADHAN ANGSANA
Bazaar ramadhan yang menarik hati aku adalah bazaar kat Angsana. Apa pun cerita pasal Angsana dan bandar baru UDA, komen aku satu je... MAHAL dan tak masuk akal. Harga memang langgar dinding seperti kuih 50sen sebiji, air cedok RM2.00 satu peket dan tauhu cedok dalam mangkuk RM2. Tapi  chicken chop hutan bandar buka gerai juga dan ikut harga macam kat kedai asal RM5 je. Kuih raya pulak harganya sampai RM30 sekotak. Kat giant pun dalam RM12-15. Sebenarnya peniaga ambil kesempatan. Masa ni le nak sembelih dan ambil untung sebanyak-banyaknya. Sebab tu pendapatan bazaar ni boleh mencecah RM10,000 ke atas sepanjang bulan Ramadhan almubarak ni. Baju raya pulak tu harga RM100 ke atas kalau beli kat ruang legar. Angsana ni pengurusannya Melayu, peniaga pun Melayu, pasaran pun pelanggan Melayu. Sepatutnya harga berpatutan le dengan tahap pendapatan ekonomi orang Melayu yang sederhana. Ini harga menindas orang Melayu. Sebenarnya alasan tapak sewa mahal tu boleh cover dengan volume pelanggan yang ramai. Kalau aku memang tak shopping le kat sini.

BAZAAR RAMADHAN STADIUM LARKIN, @MART Kempas, SMART Pandan.
Bazaar ni aku suka pergi. Harga pun bepatutan. Air cedok baru RM1. Air katira RM1. Kuih masih 3-4 keping RM1. Parking pun percuma.

Friday, July 27, 2012

MEMANTAU BIL TNB & SAJ RUMAH SEWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku baca paper. ada iklan TNB pasal rumah sewa. Sekarang ada cara memantau penggunaan elektrik rumah-rumah sewa aku. Memula layari link ni:
https://e-services.tnb.com.my/eservices
kemudian daftar akaun. kemudian "connected account"
Aku guna MAJSMTKT20 sebab ruangan kecil.
Data yang perlu dimasukkan adalah nombor akaun dan nombor kontrak bil TNB rumah sewa aku.
Bila aku cek, terperanjat aku kerana ada penyewa yang tidak membayar bil TNB. Geram je.


Account NumberDescriptionAmount Due
03400032634410TAMAN CENTURY0.00
03400068215705LARKIN INDAH108.90
03450065528904TMN RINTING149.90
03460014212400DATO ONN759.15


Bagus juga sistem ni, dapat pantau bil TNB. Dulu pernah rumah aku sewa RM300 tapi bila penyewa keluar bil TNB sampai RM1600.00. Tak berbaloi.
Aku pun tel 1300 88 5454,
Deposit TNB rumah ni RM280, aku tanya le macamana RM759 boleh tak potong lagi?
Dia kata tak de kuasa dan setakat ini belum ada notis pemotongan lagi.
Setakat ni aku dah tel
07 2192000 TNB Johor Bahru
07 3562753 TNB Johor Jaya
07 2528358 TNB Pasir Gudang

Bil air pula aku telefon 07 2247700 SAJ

Account NumberDescription
95429440R5753240TMN RINTING
95429440J7855207DATO ONN

Wednesday, July 18, 2012

KERETA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku ada ada kata kat adik aku nak tukar kereta bila nak pergi Batu Pahat. Ini disebabkan aku dah pulang semula kereta kawan aku. Masalahnya kereta tu isteri dia bawa. Nak tukar dengan van. Kereta tu power steering, van aku "paut steering" beratnya jangan cakap le. Ipar aku pula tu sedang mengandung, nak parking kat menara publicbank bandar. Aku pernah masuk parking kat situ, clearance memang sikit sangat campur kecuraman.
Jadi satu hari adik aku datang rumah. Dia nak beli Grand Livina sebab family dah besar (suami + isteri + 2+1 anak). Dia tanya nak beli kereta tu ke? Aku tanya harga, lepas tu tawar-menawar le. Aku kata le isteri aku tak bekerja, harga adik beradik, student price. Esoknya aku "up sikit" harga sampai jadi.
Kereta ni dulu arwah ayah aku bawa, lepas tu ipar aku. Aku pernah beberapa kali guna kereta ni pergi Batu Pahat. Tetapi lepas grandvalve sebab spark plug patah, aku belum pernah guna lagi.
Adik aku cerita, kereta ni dua pintu tak boleh buka, temperature selalu tinggi, brek kekadang keras dan masalah kunci. Roadtax mati bulan mei 2013. Dapat je, aku betulkan pintu. Pin pemegang pintu patah. Aku beli dua, RM16x 2 = RM32.  Aku tukar minyak enjin juga sebab pekat dan hitam beserta filter. Selainnya aku repair secara berperingkat-peringkat.

LAMPU DASH BOARD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Sejak aku ambil kereta ni, lampu dashboardnya ada dua yang nyala bila malam. Aku tak minat bila jalan malam lampu dashboard tak de. Tak dapat tengok speedometer, cek temperature, dan paras minyak. Jadi aku pun buka dashboard dan kira lampu yang tak menyala. Lampu dashboard kecil ni RM4 satu manakala besar RM1 satu. Bila aku nak pasang yang kecil, lampu tak saiz, jadi kena pulang semula.
Ingat bila dah tukar tu ok le. Aku test pergi Batu Pahat ikut highway pada waktu malam. Memula 4 lampu nyala, kemudian 2 lampu, kekadang padam semua. Ketuk-ketuk, nyala 4 lampu. Letih aku ketuk-ketuk ni. Lepas tu semua lampu dashboard mati terus.
Esoknya aku pergi pomen elektrik kereta kat Jalan Datuk Sulaiman. Dia cek kotak suis, fius OK. Kemudian buka bonet, test guna lampu, lampu nyala. Ambil wayar, buang penebat dan cucuk 2 poin, lampu kecil  dan lampu brek menyala. Sebenarnya lampu dashboard, lampu brek, lampu gear dan lampu kecil ni mempunyai fius yang sama.
"RELAY rosak"
Tukar relay je RM20. Malam tu test buka lampu, sekejap je terus padam. Esoknya aku mengadap balik pomen tu. Dia buka fius, OK. Kemudian dia kepitkan slot tu sebab longgar dan pasang fius. Dah OK sampai hari ni.

FIUS PUTUS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Sabtu lepas, anak aku kat asrama balik. Dia kata nak guna kereta pada Ahad nak pergi librari. Adik dia pun belajar motor pada hari Ahad. Jadi aku suruh dia hantar adik dia dulu baru pergi librari. Aku dengan orang rumah aku keluar naik van.
Anak aku habis kat librari pukul 2.00 ptg. Aku suruh dia amik adik dia sekali balik rumah. Pukul 5.30 petang aku kena hantar dia balik asrama. Aku pun start enjin kereta. Memula hidup lepas tu mati terus tak boleh start. Bunyi pun takde, lampu bateri, minyak enjin, brek tak nyala. Aku lock guna alarm, alarm berbunyi.
Bateri kong?
Starter rosak?
Oleh kerana nak hantar anak aku balik asrama, aku pun start van dan jalan.Balik je aku cuba jumping bateri. Nak hidupkan enjin tak leh, senyap. Pinjam wayar jumping jiran, pun tak leh. Tukar bateri van ke kereta, tak leh juga. Cek kotak fius, semua tak de supply. Aku tanya adik aku, pernah ke kereta ni terduduk macam ni? Dia kata tak pernah.Aku memang agak main fius kat bateri. Untuk mengesahkan aku telefon member, Rashid. Fius ni bukan ada dalam kotak fius. Fius ini merupakan dua wayar merah dan hijau yang dipasang dari bateri ke kotak fius. Aku pernah kena sekali bila kereta proton iswara aku tersenyap terus.
Bateri aku ni kepala +ve ada ikatan yang longgar. Jadi aku pergi le beli kepala +ve RM4 dan fius RM6.
Balik je aku tukar fius dan tukar kepala bateri. pusing je kunci, lampu-lampu dalam kereta menyala. Alhamdulillah.

Wednesday, June 20, 2012

BELTING PUTUS 2

PLUSRONDA pun sampai (lupa ambil nombor plat).
"Ada call PLUSRONDA?"
"Apa masalah encik?"
Aku pun cerita le belting putus dan minta tolong cas bateri. Sebab PLUSRONDA kat Kulaijaya tadi boleh 'jump' kan bateri. Dia pun tengok.
"Bateri weak ke, boleh start?"
Aku kata weak le sebab tadi guna lampu, hidupkan elektrikal van, bateri pun tak cas. Sebenarnya aku malas nak start. Lagipun temperature nanti naik.
Lepas tu dia pun kata OK, tarik keluar tol terdekat SIMPANG RENGGAM. Dia tanya
"handbrake OK?"
"ye" jawab aku.
Sebenarnya kalau kenderaan dah keluar tol, senang nak urusan, beli barang atau panggil pomen. Kalau masih dalam hentian lebuh raya, kena bayar tol, kemudian nak keluar tu jauh. Contoh Hentian Simpang Renggam, masuk daripada tol Sedenak, keluar tol Simpang Renggam. Jauh tuuu...
Jadi PLUSRONDA pun tow guna kain kuning dengan cangkuk. Aku nampak ada kabel hoist belakang kenderaan tu, jadi aku tanya tak pakai kabel hoist ke? Dia kata payah. Aku tengok kabel tu pun dah putus beberapa urat wayarnya. Rakan PLUSRONDA tu bawa van aku dan aku duduk sebelah penumpang.
Sebelum keluar tol Simpang Renggam, PLUSRONDA tu berhenti. Dia tanya aku nak keluar Simpang Renggam ke Macap? Kat Macap dia ada kawan pomen 500m dari tol. Ok le aku kata, lagi dekat. Rupanya dah keluar tol, PLUSRONDA ni dah call kawan dia. Kira pakat le ni. Ada komisyen.
Pomen ni pun mula le kerja buka membuka.
Aku tanya berapa upah?
Dia kata murah je asal boleh jalan.
Aku tanya lagi, barang ade ke? 
Dia kata ada, lepas tu telefon member suruh bawa semua belting kat workshop.
Bila dah buka belting, nak pasang semula semua belting yang ada panjang. Belting aku 825 L belting dia bawa 9150, 9250 dll.



Aku mula panas le. Barang tak de kata ade. Dia pujuk tow ke workshop, upah tow percuma, aku tak nak. Aku dah dengar banyak kes kereta masuk workshop, workshop buka kesemua 4 tayar dan paksa kita bayar kalau nak keluar kereta. Bawa polis atau report polis pun tak menolong (polis pun dah kena bayar dulu) kecuali kau bawa ganster yang betul-betul power je!
Kemudian dia kata ada cara lain... ambil belting dari kereta mazda (tak tau le, orang lain punya kereta dalam workshop dia guna dulu agaknya). Barang terpakai le tu... 2x angin. Aku kata tunggu pagi je.  Dalam 30 minit dia datang balik bawa belting. Aku cakap le betul ke belting tu? tak de kod/ nombor pun. Dia kata asal boleh jalan. Belting tu pun boleh pasang.
Aku start, Alhamdulillah. Kipas dan alternator berpusing. Aku tanya berapa nak kena bayar? Dia kata pusing-pusing RM80. Aku dah agak, dia kira upah buka tali kipas dari kereta lain. Aku kata aku tak cukup duit. Ada RM56, takkan nak bagi semua, aku nak makan lagi... Bank pun dah tutup. Last aku bagi RM50 je. Dia terima. Lagipun aku kena tukar semula belting terpakai kepada belting baru. Aku teruskan perjalanan masuk tol Simpang Renggam dan keluar tol Ayer Hitam.

BELTING PUTUS 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada Selasa lepas, aku drive pergi UTHM. Sampai hentian Kulaijaya, aku pun rehat le sambil makan buah dengan secawan kopi putih. Aku tengok ada proton wira parking sebelah aku menunggu PLUSRONDA. Rupanya kereta dia ada problem starter. Bila aku pun sambung perjalanan, hari dah gelap. Memula aku perasan lampu besar van aku malap. Tiba-tiba aku perasan temperature aku naik tinggi sampai 3/4 sikit lagi jejak High. Kenapa ni? Aku dah isi air pagi tadi. Aku pun panik kejap le, perkara yang selamat ialah kena matikan enjin. Tunggu temperature turun baru sambung perjalanan semula. Dulu aku pernah kena masa van ML1770 nissan cherry cab. Temperature High. Kena tarik ke tol Pagoh. Enjin kena overhaul sebab getah stopper air pecah.
Aku pun lalu lorong kecemasan, hidupkan hazard light. Aku cadang nak keluar tol Sedenak atau hentian Sedenak tetapi dah terlepas. Jadi aku gunakan teknik hidup dan matikan enjin. Bila naik bukit, aku hidupkan enjin, bila turun bukit, aku matikan enjin. Akhirnya sampai hentian Simpang Renggam Arah Utara (SRAU).
Masa aku turun ada nampak air bertakung. Tak pasti dari kenderaan aku atau kenderaan sebelumnya. Aku tengok undercarriage tak de lelehan air. Aku pun buka 'bonet' cek air spare tank. Aku celup jari dalam tank tu, ada air dan panas. Maknanya air dalam sistem tu pusing le. Aku tengok lagi kat bawah bila aku perasan ada macam kabel putus. Aku dah cuak... kabel gear ke... sudah... memang terduduk le van ni.
Aku pun hulurkan tangan mencapai benda asing tu. Macam getah pun ada, ni mesti BELTING.Aku tengok belting pada water pump dan tinggal besi dengan getah je. Jam dah pukul 10.00 malam. Mana nak cari kedai dengan pomen. Masa tu ada kenderaan PLUSRONDA berhenti kat situ. Aku berbual le pasal pomen. Pegawai tu bagi nombor telefon panel bengkel PLUSRONDA 0127006231 (Ah Kow). Aku tanya buka lagi ke? Pegawai tu kata  dia kena datang dan settlekan kerana dia panel PLUSRONDA.





Aku pun rileks le kat hentian SRAU tu.

Tengah pergi balik kerunsingan tu ada 3 orang brother pemandu lori pelawa makan rambutan. Sambil makan sambil berbual.
 "ada apa dik?"
 Aku cakap le belting water pump putus.
"Alternator pun putus le?"
"ye le" jawab aku.
"kenapa tak suruh PLUSRONDA tadi tarik sampai keluar Simpang Renggam?"
"PLUSRONDA tu boleh tarik ke?" soal aku balik.
"Memang dia boleh tarik keluar tol, percuma je!"
"adik call. no dia ada kat resit tol"
Aku tak tau PLUSRONDA tu boleh tarik kereta sebab dulu van aku kena tarik dengan kenderaan macam tow truck tu, ada haidraulik, ada garpu. Ini flat je belakang dia.
Aku pun call, beritahu no plat kenderaan dan lokasi.
Dalam setengah jam, dia pun sampai.