Thursday, November 24, 2016

GROUP WHATSAPP

GROUP WHATSAPP Baru ni, organisasi aku memutuskan untuk membentuk satu group whatsapp. Semua personal perlu di add oleh ketua jabatan. Jadi aku pun di’add’ dalam group. Biasa le bila dah ramai, ada le kaki bodek, kaki ampu, yang nak menonjolkan diri dan hantar maklumat yang tidak berkaitan dengan objektif group. Memula rasanya nak left je. Tak bermanfaat. Tak de pula yang nak tegur. Tiba satu ketika, ada orang left. Jadi ada yang bertanya. Hmm… jadi lauk le. Aku respon yang menyampah dengan pantun, lagu dan puisi. Sentap kejap. Handphone aku pun memory kecil. Selalu “hang”. Nak jadi cerita, ada yang berdendam. Aku dah agak perkara ni. Memula, ada yang call aku guna telefon pejabat. Salah guna kuasa dan salah guna kemudahan pejabat. Jadi aku up dalam wassap. Tak berani mengaku dalam wassap. Lepas tu 4 ketua jabatan berusaha cari aku. Dapat pulak tu. Seterusnya serangan dari pentadbiran. Aku diminta melapur apa je yang nak post pada ketua jabatan aku. Lepas tu kena send pada pengerusi group dan tugas pengerusi group send dalam wassap. Apa kes? So aku pun left le. Lebih aman untuk aku.

Friday, January 22, 2016

Assalamualaikum.

Jumpa mini truck ni.


Como ven este Euro Truck de miniaturas? jaja muero por algo asi...

Posted by Alfalta90 on Sunday, September 7, 2014

Friday, December 18, 2015

Teknik Bolinger Band & Moving Average (BBMA)


BBMA Panduan Asas 1 PDF by Ali Mohd

Assalamualaikum,
Jumpa video ni.



bila dah lame giler tak main penutup botol
Posted by Zukieeeee on Thursday, November 26, 2015

Sunday, July 12, 2015



Senaman-Harimau-Penguat-Tenaga-Batin-Lelaki
Posted by Five Point on Friday, March 6, 2015

Thursday, December 4, 2014

GANTI GETAH PINTU KERETA ISWARA.

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Kereta aku masuk air bila hujan. Memang getah pintu pecah.

Thursday, November 27, 2014

PINJAMAN ASB

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku pergi SK Kempas nak buat soal-selidik IPGM. Kebetulan jumpa bekas anak murid aku, Uqbah dan Suzati. Aku pun tanya ,
"Tak buat loan ASB?"
Aku kata kat dia, kalau ada simpanan RM5000 masuk loan bulan Jun. Kalau ada RM10,000 masuk bulan Jan. Aku pun kata loan ASB boleh sampai 30 tahun. Dia tak percaya. So, petang tu aku pergi CIMB. Aku kata anak aku nak loan ASB RM100,000. Dia keluarkan jadual pembayaran sampai 30 tahun. Bayaran bulanan RM539 dengan interest BLR-1.5.Ada yuran proses RM60, insuran yang akan dimasukkan dalam loan.

AIR COND; SIANG PANAS, MALAM SEJUK

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Minggu lepas aku bawa kereta iswara. Air cond memula sejuk, lepas tu panas. Aku pun buka tingkap. Dah banyak kali berlaku. Aku pun parking kereta kat kedai minyak dan buka bonet. Memang sah, kipas kondensor tidak berpusing. Aku pun putarkan kipas tu, pusingle slow.
Petang tu aku pergi kat kedai Taman Johor. Aku kata nak kipas kondensor. Kedai ni bagus sikit. Tak kira staf lelaki ke perempuan, mereka akan pergi tengok sendiri kipas kat kereta.
" Nak ori ke China? "
" Ori RM130, China RM30 "
Aku amik China.
Balik aku suruh anak aku pasang. Aku pesan tanda putaran kipas sebelum buka. Cuma buka 3 nat dan 3 skru. Akhirnya kipas berjaya dipasang dan aircond sejuk seperti sediakala.

EKZOS PATAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
 Hari ni aku start van. Asalnya nak repair kerusi. Tapi bila start dia bunyi kling-klong. Kuat lak tu. Aku dah ingat enjin problem. Lepas tu aku letak kaki kat ekzos. bunyi pun hilang. Tonggeng bawah van, aku tengok ekzos patah.
Jadi, kena le welding ekzos. Patut le Sue kata minyak Taman Sri Pulai sampai IPGKTI 3 kali pergi balik RM60. Aku pergi kedai ekzos kat Taman Desa Rahmat. Tokey tu nak tukar tabung sekali RM150. Siap welding dia nak pasang gasket sebab ada bocor kat manifold 2-1. Van aku guna sistem 4-2-1 tapi banyak kedai sekarang terus guna 4-1.
Kos keseluruhan RM150 + RM10 = RM160.

Friday, September 5, 2014

BERAPA AKU DAH LOAN SEBENARNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berapa loan aku sebenarnya?
Tajuk yang menarik. Bila CTOS dan CCRIS dah declare aku tak boleh buat loan lebih dari RM5,000 dengan bayaran bulanan RM53, aku kenalah tahu berapa loan aku dah buat sebenarnya. Biasanya aku ni kalau loan dah tinggal sikit, aku akan kecilkan amaun loan aku supaya interest rendah. Tapi dah lama aku tak buat. Jadi aku pun pergi le bank-bank aku.
Pinjaman           Loan                       Baki Loan
ASB1            RM100,000                RM83,000
ASB2            RM104,000                RM92,000
Rumah           RM103,000                RM89,000
Bank Rakyat  RM  70,000                RM61,000
Kereta           RM  51,000                  Baru lagi
Bank Islam    RM  37,000                  Baru lagi

Contohnya, jika ASB1 dah tinggal RM83,000 aku akan amik loan RM85,000 untuk bulanan lagi rendah. Tapi RM100,000 ni sijil dan menjejaskan dividen dan bonus yang diterima. Satu lagi, tempoh aku boleh loan tinggal 10 tahun sahaja.

PINJAMAN PERIBADI - BANK RAKYAT

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku terima mesej dari BANK RAKYAT. Dia kata interest 2.48%. Aku pun call le 072360595. Cakap dengan En Ishak. Dia minta no kad pengenalan.
"Pinjaman tahun 2011, RM70,000.00. Sekarang berbaki RM61,500.00 dan bulanan RM770."
Aku fikir kalau nak buat loan yang sama RM70,000, boleh dapat lebih kurang RM7000 tunai.Jadi aku pun tanya
"Kalau loan RM70,000 macamana?"
Ishak kata loan RM70,000, bulanan RM716. Lebih RM16 sahaja kalau overlap.
Kalau buka akaun kedua, RM10,000 bulanan dalam RM111.
Dia suruh datang Bank Rakyat, aku kata kerja dan minta dia datang. Aku dah bayangkan, sebelum ni kalau nak loan dengan Bank Rakyat, kena isi borang bank Rakyat, Isi Borang ANGKASA, minta Ketua Jabatan tandatangan, cop rasmi, slip gaji yang disahkan, cari saksi, minta surat pengesahan pencen dari perkhidmatan dan macam-macam lagi. Urusan ni kena jumpa banyak pegawai dan jabatan. Lepas tu, pegawai ni pun canang satu IPG, aku boat loan.
Petang tu juga Ishak hantar En Zul dengan borang siap print, tinggal tandatangan sahaja. Dia minta salinan kad pengenalan, slip gaji 3 bulan. Tak perlu jumpa personel di IPG. Borang lain dia kata dah ada kat ofis. Eh, senangnya.
Aku kata nak loan RM80,000. Balik tu aku cari agreement lama. Aku dapati insuran untuk RM70,000 dalam RM1825. Maknanya kalau overlap, lebih lagi. Aku tanya kalau RM20,000 insuran hanya dalam RM80 je. tapi ansuran RM225
Esoknya Zul pun siap kira-kira potongan oleh ANGKASA dan mendapati had potongan ANGKASA adalah 53.5%.
"Jangan takut, boleh lulus punya sebab tidak melebihi 60% potongan gaji"
Aku senyum je, boleh lepas ke?
Dalam loan ni, perkara yang menjadi kemestian adalah laporan atau semakan CCRIS dan CTOS dari Bank Negara. Esoknya aku telefon Zul. Zul pun cerita satu per satu laporan CCRIS dan CTOS. Ada beberapa loan aku kena terangkan pada beliau.
a. RM104,000
b. RM100,000
c. RM  37,000
d. RM103,000
e. RM  51,000
Aku pun cerita le, a dan b, ASB. c- Bank Islam. d-rumah Larkin Indah. e- kereta.
Zul pun minta maaf, RM20,000 tak boleh walaupun slip gaji lepas. Dia kira-kira kalau nak juga boleh RM5,000. Bersih lepas tolak setem dan insuran dalam RM4,700 dan bulanan RM53 itu pun dengan syarat kena tunjukkan salinan surat pinjaman ASB.
Dulu loan aku kat Bank Rakyat boleh lepas bila aku tunjukkan perjanjian sewa rumah sebagai pendapatan tambahan tetapi aku belum nak tunjuk lagi kali ni.

EMAS PUBLIC GOLD - SOLD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 3hb ni, aku pergi le pejabat Public Gold kat Taman Perling. Memula aku call pejabat, tanya harga jual 20g, dia kata dalam RM25XX. Sampai je aku pun naik. Ada pelanggan lain masa tu. Dalam menunggu, aku pun tanya,
"Beli emas ke?"
"Ya". "Beli juga ke?"
Aku cakap nak jual bar 10g dan 20g.
"Tak pajak ke? Ar Rahnu ada"
"Aku kata gold bar tak diterima. Lagipun kena bayar upah simpan."
Dia pun tunjuk pamplet.
"Sekarang Ar Rahnu Bank Rakyat dan pejabat Pos dah terima bar"
Hmm.. dah berubah sekarang ni. Dulu gold bar ni susah nak pajak sejak Bank Rakyat tak terima. Sekarang dah boleh. Tapi buat masa sekarang aku tak nak pajak. Upah simpan adalah ikut harga emas yang dipajak bukan harga yang dipinjam. Gold bar 20g, upah simpan dalam RM25. Kalau 6 bulan dah RM150. Kalau jual tak de upah simpan. Ada lagi gold bar 20g aku kat pajak gadai Koperasi Permodalam Melayu Johor.
Sampai turn aku, kerani tu, Watie kata 20g bar, RM2600. Aku pun setuju le. Aku tolak sekali bar 10g. Aku ingat paling tidak pun RM2600 bahagi dua, RM1300. Rupanya 10g tu RM1284. Kurang RM16. Silap aku tak tanya dulu. Aku beli emas ni masa tengah tinggi, 20g = RM3600. Aku pun tak nak simpan lagi dan guna duit. Jadi jual le 50g.
Watie kata esok sebelum pukul 6.00 ptg duit masuk Maybank.

Thursday, August 28, 2014

AUTO CLUTCH MODENAS KRIS

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Motor aku boleh start. Bila masuk gear satu,dia tersentak dan terus mati. Jadi tak boleh nak jalan le. Aku pergi kedai motor, tanya sebab. Tauke kata bawa motor dulu baru tau. Aku cakap le motor tak boleh gerak. Tauke tu kata bawa naik lori le.
Aku telefon Hussin Sarju. Dia dah pindah Batu Pahat. Dia kata sintom-sintom macam tu biasanya clutch. Aku tanya motor aku mana ada clutch tangan macam Yamaha RXZ. Dia kata motor kapcai memang ada clutch dalam enjin. Aku pun cuba bawa dengan van. Aku baringkan sit. Aku cuba masukkan dengan anak aku tapi tak cukup ruang. Aku mati kutu dibuatnya.

 Bentuk clutch 

Anak aku kata kawan dia boleh repair motor. Hari tu dia datang le. Gode-gode-gode boleh gerak. Tapi kena double stand dulu, start, masuk gear satu, tekan minyak, roda belakang tak boleh jejak. Kemudian perah minyak, tolak tongkat dan lajak. Aku pun try. Gelabah le memula. motor tu lajak laju. Mana nak control handel, masuk gear. Bila perlahan je, enjin mati. Kena double stand, start, masuk gear satu, lajak. Agak-agak confiedent, aku cadang bawa ke kedai motor Taman Seri Bahagia. Sampai trafik light merah, aku perlahan. Mati enjin. Aku pun double stand tapi jauh sikit dari trafic light. Bila hijau, enjin mati. Aku tunggu lampu merah pulak.
Sampai kedai motor, aku pun cakap kat tauke tu,
"masuk gear satu, enjin mati".
Tauke tu hidupkan enjin dan masuk gear satu, enjin mati.
"Ini clutch dalam problem, mau bikin ka?" .
Aku pun jawab
"Bikin la.. berapa?"
"RM100 lebih, boleh?".
"OK".
Dia pun mula buka bolt dan nat guna pneumatik gun. Buka ekzos, pemijak kaki, penendang kaki. Antara alat yang dia guna seperti nat, impact screwdriver, dan special tool untuk buka clutch. Dia pun tunjuk clutch.
"Ini rosak, mau biasa ke baik punya?"
"Baik, berapa?"
"RM90, boleh?"
"Boleh."
Aku pilih minyak enjin yang baik. Selesai dipasang, tauke tu menguji enjin. Sudah OK. Aku minta dia tegangkan rantai dan melaras karburator. Semuanya Autoclutch RM90, minyak enjin RM24, Gasket RM4 berjumlah RM118.

Sunday, August 10, 2014

SEWA RUMAH LARKIN INDAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Baru-baru ni aku rumah aku kat Larkin Indah dah dikosongkan. Ada le kerja repair nak kena buat. Tukar pintu, kunci, lampu dan mengecat. Cuma tabletop sinki aku je dah reput. Aku pun cari le beberapa alternatif. Nak tukar dengan papan, reput semula. jadi round-round kat pandan tu tanye le kedai marmar. Dia kata boleh pakai granite. Satu kaki dlm RM48-60. Aku dah ukur ada dalam 4 kaki x 2 kaki = 8 kaki.

Kipas remote pulak pusing perlahan sangat. Tanya kedai Taman Seri Bahagia nak tukar remote. Dia suruh pergi KDK center kat belakang Petronas Taman Impian Emas. Pergi ENE, dia suruh pergi Jalan Geronggang, Taman Melodies Garden. Bila test, remote OK, board rosak. Kalau pasang sendiri RM114, Kalau kontraktor dia pasang RM178. Dia kata cucuk 2 wayar je. Aku pun beli dan pasang sendiri. Tak sampai sejam pun dah siap.

Sinki tak settle lagi tapi aku nak pakai duit beli tabletop. Tetiba ada call nak sewa rumah. Rupanya agen. Dia kata harga RM1100 tak leh turun. Kalau penyewa nak agreement setahun, deposit sebulan. Agreement 2 tahun, deposit 2 bulan. Agreement tiga tahun, deposit 3 bulan.Jadi agen ni dapat satu customer. Memula customer tu kata esok, tapi agen suruh letak cengkeram. Aku pun bantah le. Aku kata  bayar habis baru ada deal. Aku tak ambil separuh atau tempahan. Lagipun costumer nak masuk bulan September tak bayar bulan Ogos. Aku pun kata le tak bayar bulan Ogos, aku open. Siapa cepat dia dapat.

Agen tu macam bengang juga le. Apa tak nya, kalau aku ambil separuh, tentu dia minta komisen hari tu juga. Komisen separuh sewa kena bagi kat dia walaupun custumer bayar sikit sebab kononnya agreement dah jadi. Pengalaman dulu, aku pernah costumer dah bayar habis, esoknya customer minta balik duit. Aku pulang bahagian aku tapi agen tak nak pulang bahagian dia . Katanya deposit burn. Aku kesian le kat costumer tu. Janji esok customer nak datang tapi tak muncul.Agen tu kata ada 2 costumer nak tengok rumah petang ni. Dia minta kunci rumah. Aku kata "sorry". Nak tengok rumah call aku.

So, iklankan kat mudah. Lebihkurang pukul 1.12 pagi aku post, pagi pukul 8.02 dah ada orang call nak tengok rumah pukul 9.30 pagi. Dia kata aku iklan fully finished. Aku pun tengok semula memang partially finished. Petang tadi 5.40 ptg ada student tengok. Ada juga SMS nak tengok esok pagi.


CERMIN BELAKANG PECAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Blok aku buat marhaban pada 4hb Ogos yang lepas. Malam tu aku beli air batu sebab dah habis. Aku tengok cermin belakang OK je. Esok petang aku nak naik kereta, aku perasan cermin belakang retak seribu. Pecah ke?

Pandangan dari luar kereta.

 Pandangan dari dalam kereta.

Setelah confirm pecah, aku pun tak jadi bawa kereta ni sebab kemungkinan berlubang sewaktu menghidupkan enjin boleh berlaku. Kalau dah berlubang, kena tutup dengan plastik / kanvas untuk menghalang hujan masuk.

Apabila berlaku retak seribu tanpa pecah,
1. Jangan tengok retak secara dekat tanpa pelindung mata.
    Cermin yang retak ni akan berterusan retak dan melantingkan serpihan kaca halus yang menyebabkan
    luka dan memasuki mata.
2. Jangan raba/ rasa permukaan cermin.
    Permukaan ini mewujudkan serpihan yang akan melukakan tangan seperti selumbar.halus.

Jadi aku pun tanya kawan, kat mana nak buat. Kawan cadangkan kat Kg Ungku Mohsin. Aku tanya kat Maxlee harga cermin ni, katanya RM220. Ungku Mohsin, second hand RM70. Upah pasang RM250. Hari Khamis aku bayar cengkeram upah untuk beli barang. Tauke tu kata datang Jumaat 10.00 pagi terus buat.

Esoknya, aku start enjin. Aku dah nampak ada gegaran pada cermin. Tak sampai 1 kilometer, cermin dah bobos masuk dalam kereta. Berlubang dah. Serpihan kaca bertaburan atas kerusi penumpang belakang.

Cermin belakang

 Dah berlubang

 Serpihan kaca atas tempat duduk belakang

Dah sampai kedai, Tauke tu kata barang belum sampai. Memula tu geram sebab dah janji tapi memeikirkan proses pembersihan kaca dan tapak cermin ni ambil masa dalam satu jam juga. Ok le tu. barang sampai pun masa tengah bersihkan silikon lama.

Proses pertama adalah memasang plastik di tempat duduk belakang untuk mengumpul saki baki cermin yang lama yang tertinggal. Selepas itu, mesin penyedut hampagas digunakan untuk menyedut kaca yang masih tertinggal

 
 Saki baki cermin yang tinggal dan melekat pada silikon

 Pekerja menggunakan penyedut hampagas.
Langkah keselamatan : menggunakan pelindung mata.

Penyedut hampagas yang digunakan

Setelah semua kaca lama dibuang, proses mengikis silikon lama dilakukan menggunakan playar, scrapper dan tukul.

 
Sebelum proses membuang silikon
 
 
Hasil tapak cermin yang telah dibersihkan

Operasi seterusnya adalah memasang bingkai pada cermin yang baharu. Perhatikan tayar terpakai digunakan sebagai pengalas cermin.

 
 Pemasangan bingkai

 Seterusnya adalah memasang silikon baru pada tapak cermin

 memasang silikon

Akhir sekali adalah memasang cermin baharu. proses ini memerlukan 3 orang pekerja. Seorang memegang cermin sebelah kiri, seorang sebelah kanan dan seorang mengarahkan supaya cermin berada dalam kedudukan dan basi kiri kanan yang betul. Selepas siap, pita selotep dilekatkan untuk memegang bingkai. Tauke tu kata lepas pukul 6 boleh buka pita tersebut dan tingkap perlu diturunkan untuk mengurangkan tekanan sehingga silikon keras.


Dah siap






Monday, June 16, 2014

DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Semalam adalah hari bapa. Hari bapa jatuh pada Ahad ketiga setiap bulan Jun. Nak belanja ayah aku pun, arwah dah tak de. Jadi semalam, anak aku nak belanja makan malam. Jadi plan le, nak ke Mohd Noor Gear Box, Cenderawasih atau Dataran Bandaraya. Akhirnya pergi Dataran sebab ada steamboat lidi.
 
Papan tanda Lokasi
Steamboat ni ada yang hidang dalam bekas dengan api samada gris atau dapur gas. Kuahnya boleh pilih kuah sup atau tomyam. Steamboat lidi pula, bahan-bahannya yang disediakan dicucuk dengan lidi dan direndam dalam pot kuah, biasanya sup. Selepas itu dihidangkan dalam polisterin dengan kuah kacang campur sos/ sambal dan seumpamanya. Di Dataran, peniaga menggunakan lori panel yang dinding boleh buka kiri, kanan dan belakang.
Makanan steamboat ni boleh dikategorikan kepada 3,
1. makanan laut artificial seperti seperti udang, kek ikan, bebola sotong,
2. sayuran  segar seperti brocoli, kangkung, jagung muda, bendir,
3. daging seperti paru, hati, sosej ayam, telur puyuh,
4. makanan proses seperti tauhu kering, lau chu fah (mcm kuey teow putih).

 
Pengunjung yang menjamu selera

 
Variasi makanan
Harga berdasarkan warna pada lidi seperti Biru (RM1.00), Merah (RM1.50) dan  Hijau (RM2.00).
Selain itu, ada makanan sampingan seperti pepes (RM8.00), tauhu bakar (RM5.00), Bakso (RM5.00), Char kuet teow udang/ sotong.
Selain makanan, terdapat banyak tarikan pada waktu malam di sini dan perniagaan yang dijalankan. Sewa kasut roller blade (RM7.00-RM10.00/ 30 minit), main belon sabun besar (RM2.00-RM5.00/ 30 minit), dan basikal.
Dataran Bandaraya dengan latar belakang Hotel Thistle

Kawasan perniagaan di Dataran ni lokasinya hanya terletak atas tempat kereta bersebelahan thistle Hotel. Kekuatan kawasan ini adalah ia mempunyai kawasan lapang untuk aktiviti masyarakat dan keluarga. Selain itu kemudahan bilik air juga disediakan.

Sunday, June 8, 2014

PENGALAMAN KERJA KFC KSL DAN TAK BAYAR GAJI

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Anak aku cuti politeknik. Semester ni kena keluar asrama dan duduk di rumah sewa. Jadi nak cari kerja untuk bayar yuran dan sewa rumah. Jadi dia pergi le KFC cawangan KSL. Aku pun taktau kenapa pergi situ lak. Dah le 7km dari rumah. Gaji pun tak besar mana. Dia kata KFC bayar RM4.33 sejam. Tempat lain dalam KSL tu RM5.00 dan RM6.00 pun ada.
1 Jun hari tu anak aku dapat gaji. Dia kata sikit sangat. Lagipun dia kerja pada 1 Mei. Jabatan Tenaga Kerja kata sepatutnya majikan bayar 3x gaji. KFC ibupejabat pun kata bayar 3x gaji. Tapi manager dia xbagi 3x gaji. 1 Jun aku pun telefon JTK, dia minta punch kad dan slip gaji. Aku pergi KFC anak aku suruh dia minta punch kad dan slip gaji.
Balik, anak aku kata manager pun dah 2 bulan tak dapat slip gaji. Punch kad dah hantar KL. 4hb aku jumpa manager dia lagi. Aku nak tahu berapa hari kerja, bagaimana gaji 1 Mei dikira dan overtime anak aku. Dia suruh aku telefon dan minta KFC ibupejabat faxkan punch kad tapi bukan fax pada KFC KSL tapi fax kat aku. Aku mana ada mesin fax. Aku tanya, aku yang kena telefon ke? Sepatutnya manager le telefon.
Memandangkan dah 4 hari aku tunggu dah tiada jawapan dan kerjasama dari manager-manager di KFCKSL, aku pun ajak anak aku pergi pejabat buruh dan buat aduan.
Dalam laporan tu, pegawai tu kata mereka akan siasat. Mereka akan minta punch kad dan slip gaji dari manager KFCKSL. Dah tentu KFCKSL yang kena minta punch kad dan slip gaji dari KFC ibupejabat samada salinan atau fax. Mereka akan kira dan pastikan jumlah pembayaran adalah mengikut jumlah yang sepatutnya.

Saturday, June 7, 2014

ENJIN OVERHEAT LAMPAU PANAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Hari ni aku balik Tangkak naik JGS5239. Kereta ni guna NGV. Bahanapi jimat le tapi tol sama je. Lepas tu nak singgah kolej anak aku kat Negeri Sembilan. Masa tengah highway tu, temperature naik tinggi bila anak aku bawa. Aku pun hairan sebab kipas radiator baru tukar. Anak aku pun bila temperature naik tak nak berhenti. Tambah hairan bila aku bawa, temperature tak naik pula. Ada yang tak betul ni. Masa laju, temperature tinggi, masa perlahan temperature OK. Berbagai teori le keluar. 1. Kipas tak de kualiti. Sebab masa beli tu dia tanya nak baik ke biasa? Baik RM100, biasa RM50. Aku beli biasa je. 2. Member pula kata kipas kondenser tak kuat, mempengaruhi putaran kipas radiator. Aku suspek radiator sebab dari cap tu nampak ada bendasing dalam liang. Biasanya karat akan membentuk lapisan macam tanah. Jadi, balik Tangkak, aku pergi le kedai "Membaiki Tangki Air". Kat Tangkak ni terutama depan SMK Tun Mamat, berderet kedai tayar, membaiki Hawa Dingin, Kedai Elektrik Kereta, Servis kenderaan yang berkaitan dengan kereta. Biasanya kedai elektrik kereta paling jarang ditemui. Aku tanya servis tangki berapa? RM50. Buka, cuci dan solder? Ya. OK le. Jadi pomen tu pun buka radiator, buka kipas, dan mula membuang solder yang lama. Penutup atas pun terbuka. Pomen ni tak buka bahagian bawah. Seterusnya dia menjolok setiap liang hingga ke bawah. Memang ada yang tersumbat. Radiator aku jenis satu liang je. Sesetengah orang ada yang guna 3 liang, tebal sikit dah lebih lambat panas. Setelah jolok, dia guna water jet untuk bersihkan liang tu lagi. Siap je, pomen tu guna wire brush untuk membuang sisa timah yang ada dan membersihkan permukaan sebagai persediaan solder semula. Setelah siap solder, pomen menguji bocor dalam tangki. semua lubang ditutup dengan penutup getah dan sedikit tekanan angin dikenakan. Setelah tiada kebocoran, kipas, radiator dimasukkan dalam kereta. Pomen tu provok tukar getah hos air, aku pun setuju. Satu hos RM15 x 2 = RM30. Hos ni bukan tak boleh tukar sendiri, masalahnya dah sekali duduk dan aku tak tau bila kali terakhir tukar dan dah overheated. Pomen ni guna gam dayak sebagai gasket dan silikon. Akhirnya pomen ni provok guna coolent, RM25. Pomen tu bersihkan tangki spare, berkeladak air karat keluar dari tangki. Kos keseluruhan, servis radiator (cabut radiator, buka bahagian atas, buang solder,jolok liang, tembak water jet. berus dawai, solder baru, uji bocor, pasang)RM50, Hos RM30, Coolent RM25, Klip RM5 = RM110 Balik tu aku isi NGV kat Air Keroh dan balik terus ke JB. Sampai hampir Tol Skudai, NGV habis, guna petrol. Temperature normal sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.

KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Anak aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jadi aku pun search guna googlemap. Tengok kena lalu Durian Tunggal, Lebuhraya AMJ, Simpang Ampat, Pulau Sebang, Tampin, Kemus, Johol, Selaru, Kuala Pilah. Kawan-kawan anak aku kata kalau nak balik JB kena naik bas pergi Kuala Pilah, kemudian Kuala Pilah ke Seremban dan Seremban ke JB. Member aku pula kata kalau nak balik Kolej naik bas ke Seremban, lepas tu amik teksi/ kereta sewa dari Seremban terus ke Kolej dalam RM60. Tak perlu naik bas ke Kuala Pilah dan Kuala Pilah ke Kolej. Bagus juga idea tu, takut sampai Kuala Pilah tak de teksi. Bila aku hantar, aku lalu le Simpang Ampat, AFamosa, Kemus, Pulau Sebang, Tampin dan seterusnya. Kata anak aku dari Kuala Pilah ke Seremban dalam 1 jam. Sedangkan dari Tampin ke kolej dalam 30 km atau setengah jam sahaja. Aku pergi le stesen keretapi Tampin buat survey. Sebenarnya masa aku bertugas di Alor Gajah, ada juga le pergi Tampin samada ke Pasar Malam hari Sabtu atau makan Yong Taufu / Roti Canai kat Stesen Keretapi Tampin. Maklumat yang aku dapat adalah terdapat tiga perjalanan keretapi Tampin ke Johor Bahru Central iaitu pukul 10.30 pagi, 4.00 ptg dan 12.30 tghmlm. Tambangnya pula RM25 satu tempat duduk. Kalau rombongan 10 orang dapat potongan 25%. Keretapi ni sit ada, bilik air ada, surau ada. Tiket pun boleh booking online www.ktmb.com.my Dari Johor Bahru Central pula keretapi pukul 8.30 pagi, 2.00 ptg dan 11.30 mlm. Kalau nak ambil pukul 2.00 ptg atau 11.30 mlm, tak sempat le sebab nak masuk kolej sebelum 7.00 mlm. Tempoh perjalan dari Tampin ke JB Central adalah 5 jam. Cuma aku tak dapat tanya lak tambang dari stesen ke kolej tu.

Saturday, May 24, 2014

PROGRAM V INFINITI

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Aku baru sertai satu program V-infiniti.