Tuesday, February 14, 2012

CUKAI PENDAPATAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku terima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dia bagi aku nombor akaun OG21786571020. Selama ni aku bayar zakat je tapi kali ni dah kena cukai pendapatan. Maknanya tiap tahun kena kemaskini dengan e-filing.



LHDN memang cekap mengesan orang. Aku teringat dulu, aku nak buat bayaran semula PTPTN secara manual. Jadi aku pergi le pejabat pos buat money order, pos ke PTPTN. Ada sekali tu, aku tak de sampul surat. Jadi aku guna sampul pejabat. Lepas tu PTPTN telefon pejabat aku dan minta pejabat buat arahan potongan gaji PTPTN. Ketawa kerani pejabat aku. Tu le LHDN.

Tapi kenapa baru sekarang? Sebab dia kesan aku dari BR1M yang ibu aku mintak. Tu le bila orang kata kerajaan bagi RM500 tapi akan korek balik duit dari rakyat, kerajaan menafikan sekeras-kerasnya. Sekarang telah terbukti, aku dikenakan cukai setelah bagi ibu aku RM500. OK juga sebab kalau tak de nombor cukai ni, bila nak bersara ada problem sikit le. Lagipun servis aku tinggal 12 tahun lagi je.

Saturday, February 4, 2012

APA NAK JADI DENGAN PhD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku ada perjumpaan dengan group penyelia aku. Aku hulur print out untuk dia semak. Dia kata dah final baru bagi kat dia. Selagi tak final bincang dengan kawan-kawan jangan bagi kat dia semak.
Aku sebenarnya dah terbakar tahap 'phoenix bangkit dari abu'. Aku ni student, dia penyelia. Apa tugas student? Apa tugas penyelia?
Selama ni aku boring, tiap kali ada masalah dengan pensyarah IPG, aku yang kena settle.
Aku full time, dia orang part time, .
Aku ada time limit, diaorang tak de.
sekarang dah habis semester 3, ada 3 semester lagi.
Masih nak drag masa aku lagi.
Suruh urus kelas.
Itu bukan kerja aku.
Paling sakit hati dia kata hanya pelajar PSM sahaja yang boleh bersemuka dengan dia.

Aku, pasal geram sangat, aku terus balik JB.
Sampai rumah dekat 3.00 pagi.

Tuesday, January 31, 2012

PUSPAKOM DAN INSURAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.







Kakak ipar aku nak tukar nama kereta dari arwah suami dia ke anak dia. Tapi tak boleh sebab nama dalam pusaka kecil tu nama dia. Jadi kena tukar atas nama dia dan buat cek puspakom. Lepas tu baru boleh tukar nama.

Jadi masuk Puspakom Taman Daya, bayar RM25. Cermin depan kereta tu kakak ipar aku baru pasang tinted dan tak lepas ujian lampu. Aku pun kopek tinted tu. Lepas tu pergi JPJ dan isi borang. Bila nombor giliran dipanggil pegawai JPJ tu kata keputusan Puspakom tak de dalam sistem JPJ lagi. Dia suruh pergi Puspakom semula. Aku cakap le print out Puspakom dah dapat macamana tak de dalam sistem? Gunakan print out je le. Pegawai JPJ tu kata tak boleh.


Aku pun balik ke Puspakom. Nasib baik dekat. Jumpa kaunter, dia suruh tunggu. Lepas tu dia ambil semua dokumen, geran, resit, keputusan Puspakom. Lama sangat, aku pun tel perkhidmatan pelanggan Puspakom. Aku pun tanya kenapa jadi macam tu.
Dia kata sistem JPJ tak betul.
Aku kata le kalau tak betul aku takkan datang Puspakom 2 kali.
Aku tanya dia prosedur tukar nama ni datang puspakom sekali ke 2 kali?
Dia pulak dah berlagak, siap kata dengan aku
"Encik jangan nak bising-bising, ni bukan pertama kali kes ni berlaku. Dah beribu pelanggan kita call macam ni."
Aku pun berapi le. Aku cakap kat dia,
"Kalau dah sampai beribu pelanggan komplen, masih ada komplen, nampak sangat awak tak buat kerja." Dia terus terkedu tapi aku tak bagi dia cakap.
"Dulu tukar nama tak payah cek Puspakom. Ini Puspakom nak duit, minta pengguna cek Puspakom. Bukan free, bayar RM25. Patutnya upgrade le service."
Lepas tu aku ungkitlah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, menyusahkan rakyat.

Lepas dapat balik geran dengan dokumen, kakak ipar ajak aku makan kat Kg Melayu. Dalam perjalanan, pegawai Puspakom tadi telefon kakak ipar aku. Beri penjelasan le. Aku pun hairan mana dia dapat nombor telefon kakak ipar aku. Mungkin puspakom Taman Daya bagi dia. Aku malas nak layan.

TUKAR TAYAR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Baru-baru ni tayar aku makan sebelah. Rupanya sebelah dalam tu dah keluar dawai. Jadi kena le tukar. Aku tanya Bumitayar, RM150 sebiji. Silverstone, RM170 sebiji. Aku tanya second, semua tak de. Jadi hari tu aku merayau kat Tmn Sri Bahagia jumpa kedai tayar. Tayar second ada, RM60. Bunga pun banyak. Aku tanya baru berapa? RM125 siap balancing dan tukar tiub. Biasanya tukar tiub kena RM5 satu. Murahnya. Aku pun amik 2 biji sekali sebab nak buat alignment sekali.

Lepas tu aku nak pergi alignment. Jumpa Azhar kat Bumitayar tu dia kata kena buat steering box dulu dan welding frame sebab frame kereta koyak. Dia cadangkan Ah Cai. Aku pun cari Ah Cai dia kata RM100. Aku pun bayar. Aku alignment kedai lain sebab tak buat steering box. Mekanik tu kata RM20, tapi bila bayar kena RM21.20. Ada cukai 6%. Kalau aku tukar tayar RM150, cukai dia RM9. Lain kali aku cari kedai tak de cukai kerajaan.

Apa le kerajaan ni, tak habis-habis nak tekan dan tindas rakyat. Kata rakyat didahulukan. Ni bukan makan KFC (6%), Pizza Hut (16%) atau MC Donald (6%). Pizza Hut paling cekik darah, cukai kerajaan 6% + floor service 10%. Tapi aku heran bila anak dan isteri aku suka makan Pizza Hut. Kalau belanja RM10, cukai je RM1.60, Membazir. Marrybrown je tak de cukai kerajaan.

DAFTAR SEMESTER

Asssalamualaikum dan salam perpaduan.

Aku nak daftar semester online. Dia kata ada hutang RM2095 yuran pengajian + yuran asrama. Jadi aku bayar le kluar duit ASB. Lepas tu daftar online guna www.smap.uthm.edu.my Daftar online ni mudah. Tak perlu jumpa penyelia, dekan dan PPS.
Cara manual:
1. kena ambil borang dari PPS/ fakulti
. walaupun dekan ada kat fakulti, kena tanda tangan penyelia dulu.
2. isi borang dan tanda tangan.
3. minta cop bendahari mengesahkan tiada hutang.
4. jumpa penyelia minta tanda tangan.
5. balik semula ke fakulti, jumpa dekan minta tanda tangan.
6. hantar salinan fakulti.
7. jumpa semula penyelia hantar salinan penyelia.
8. jumpa PPS hantar salinan PPS.

Perkara yang aku malas ialah
1. fakulti, penyelia dan PPS terletak dalam bangunan yang berbeza.
2. penyelia dan dekan tidak boleh diwakili.
3. kekadang tak de atau mesyuarat.

Sebab tu manual ni sebenarnya tak boleh siap satu hari dan membebankan pelajar.
Patutnya isi borang, tanda tangan dan hantar ke fakulti je, yang lain fakulti urus.
Dekan ada ke, tak de ke,
penyelia ada ke, tak de ke,
kita dah daftar.
dulu kat UTM gitu je.
aku tanda tangan, penyelia tanda tangan hantar fakulti je.

FUHH.. MASIH JERKING


Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku dah tukar kondensor, buang minyak, tukar kabel tapi masih jerking lagi. Geram juga. Kena bertindak cepat. Tahun Baru Cina dah dekat. Dulu abang aku balik rumah. Time tu Tahun Baru Cina, kedai banyak tutup. Van dia pula bearing tayar depan pecah. 3 hari terduduk van dia tak leh buat apa. aku bagi dia pinjam van aku. Nasib baik ada kedai cuti 5 hari. Bila kedai dah buka, aku tolong beli barang dan tukarkan bearing.

Sambung cerita aku. masa aku tengok putaran rotor tu, aku kena buka distributor cap. Aku pun ambil kertas pasir dan asah kuprum pada rotor dan terminal tu. Pada cap pula aku tengok terminal dah terhakis banyak juga.




distributor cap






rotor


Jadi aku pergi kedai Maxlee tu beli distributor cap RM28. Aku pun pasang le dengan anak aku. Anak aku pun expert. Syukur aku. Dah pasang, aku start enjin. OK.

Setakat ni alhamdulillah jerking dah hilang. Thank you Allah.

JERKING LAGI.

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Kereta aku jerking lagi. Hari tu dah jadi sekali. Lepas buang minyak pada dapur NGV, dia OK. Kali ni jadi lagi. Masalahnya bila dekat trafik light masa nak mula jalan atau atas bukit. Minggu depan dah Tahun Baru Cina. Aku pergi kedai, semua mekanik tanya dah tukar kabel? Jadi aku pun beli kabel dari distributor ke plug. Memula aku tengok ada empat kabel. Setahu aku ada lima. Aku patah balik tanya tauke tu

"kabel dari coil ke distributor tak de ke?"
"awak guna kereta apa?'
"proton iswara"
"proton iswara, coil dalam distributor."
Alamak! Betul le coil dia dalam distributor. Sebab tu ada 4 kabel je.
Van aku ada 5 sebab coil kat luar.




Cap guna 5 kabel, coil kat luar




cap guna 4 kabel, coil kat dalam distributor
Aku pun tukar kabel RM48. Kebetulan anak aku balik, aku nak ajar dia tukar kabel.

Kabel baru ni dia dah ada nombor 1, 2, 3 dan 4 pada salutannya. Senang le sikit. Kalau tak kena lurut satu persatu.

Ilmu nak pasang kabel ni kena tahu 2 perkara:
- susunan plug
- rotor distributor

Susunan Plug merupakan susunan firing order dalam enjin manakala rotor menentukan putaran percikan api.
kereta aku gunakan firing order 1-3-4-2
rotor berputar arah lawan jam.
Plug berhampiran pulley adalah nombor 1.
Kedudukan 1 pada rotor ditentukan dengan memusingkan tanda pada pulley ke timing pada body..

Jadi anak aku pun pasang.
Lepas tu dia tanya kenapa kabel tu pendek.
Aku pun semak le.
Rupanya dia susun kabel ikut firing order pada plug.
plug 1 kabel no 1
plug 2 kabel no 3
plug 3 kabel no 4
plug 4 kabel no 2


Aku cakap cabut kabel semula.
pasang kabel ikut urutan plug.
kabel no 1 pada plug 1
kabel no 2 pada plug 2
kabel no 3 pada plug 3
kabel no 4 pada plug 4



Cara pasang kabel pada cap dan plug



Anak aku tanya macamana nak dapat firing order?
Aku jawab susun kabel pada distributor cap.
Baru dia faham.
Walaupun dia ambil subjek automotif, banyak ilmu berada pada hands-on.

Dah pasang, aku pun start enjin. OK.

Wednesday, December 28, 2011

MARKAH LNPT

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Baru-baru ni aku ngan member-member jumpa pegawai eksekutif nak tengok markah LNPT
markah aku
2007 - 93.40
2008 - 93.05
2009 - 95.30
2010 - cuti belajar

sebenarnya markah 2010 ada kat bahagian tajaan.

Friday, December 16, 2011

RM 168/g

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Dah lama aku tak buka website publicgold sejak harganya mencecah RM190/g. Semalam aku gatal-gatal buka website publicgold. Aku tengok harga emas 916 RM168.05/g. Emas 20g bar baru RM3504.00. Lebih rendah dari kakak ipar aku beli RM3680.00. Jadi aku pun order satu 20g bar. invois pun dah sampai. Masa aku menaip ni harganya dah naik RM 170.59/g. dengan harga 20g bar RM3548.00.

JERKING

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku cadang nak naik Batu Pahat hari Selasa lepas tapi kereta aku kerap 'jerking'. Susahnya bila kat traffic light, nak mula bergerak. Lambat, enjin nak mati dan 'jerking'. Oleh kerana hari dah petang, aku cadang buat esok pagi. Sebelum ni ada 'jerking', aku tukar palam pencucuh, penapis angin dan tukar minyak enjin. Ok le lepas tu. Di samping itu ada kesan minyak pada luar hos, bocor agaknya.

Mengikut pengalaman aku, 'jerking' ni biasanya melibatkan sistem elektrik atau pembakaran bahanapi. Antara sistem elektrik yang perlu dilihat ialah
- pengagih
- kabel voltan tinggi
- penutup pengagih
- rotor
- kondenser
- penapis angin
- penapis bahan api

Esok pagi, aku tukar kondenser dulu sebelum pergi bengkel. Sampai bengkel aku jumpa John. Aku kata kereta aku 'jerking' dan ada kesan minyak keluar. Selepas periksa, John kata kena buang minyak kat 'dapur'. Aku tanya kena ganti balik minyak tak? John kata tak payah sebab minyak tu mendap dan tidak diperlukan dalam sistem. Aku tanya balik apa kesan kalau tak buang minyak? John kata tuning akan terjejas.

Sambil tu aku minta John cek bearing, tie rod end dan suspension. John kata bearing kiri aku dah berbunyi. Lepas buang minyak, aku hidupkan enjin gunakan petrol sebelum bertukar kepada gas. Bila tukar bahan api gas, enjin mati. John tuning semula enjin aku dan aku terus bergerak ke Batu Pahat.

Tuesday, November 22, 2011

Seminar CIETVT2011

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Bulan lepas aku bentang kertas kat UTHM pada 25.10.2011. Masa tu UTHM buat Post Graduate Seminar 2011. Aku hantar kertas pun last minit dengan LAN. Pada pukul 10.45 mlm 24.10.2011, confirm nama aku naik sebagai pembentang manakala nama LAN tak de.
OK le aku bentang.

Bulan ni 16-17.11.2011 aku bentang kat Naza Talyya, Penang. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIETVT2011). Aku dengan LAN juga. Aderemy pun bentang tapi dia bawa family bercuti sekali.

Aku naik bas dari JB. Tambang RM65, naik Transtar. Aku betolak dari JB pukul 9.30 mlm tiba Penang 6.12 pagi. Banyak singgah, Kuala Lumpur, Simpang Ipoh. Dari bas stand Sungai Nibung naik bas 303 RM2.00 pergi KOMTAR. Dalam 30 minit sampai. Jauh gak. Dari KOMTAR ke NAZA Talyya dekat 30 minit juga. Lalu le depan USM. Tambang RM2.00 juga. LAN dah uruskan penginapan kat NAZA Talyya RM130 semalam x 2 malam = RM260. Dia minta aku RM100 je. Lebih dia sponsor.

Balik naik konsortium ada 27 seater RM55 dan 18 seater RM80. Aku amik 18 seater. Bas ni luas, ada personal video. Bas aku bertolak pukul 9.30 mlm, bas LAN pukul 9.00 mlm. Aku dapat tengok movie Ninja Assassin dengan Legend IP man. Lepas tu dengar lagu tah apa-apa. Bas ni terus ke JB tapi banyak kali berhenti, isi minyak, toilet. Pukul 7.00 pagi sampai JB.

Sunday, October 23, 2011

DEALER BARU

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku cerita aku dah jadi dealer. Jadi akupun cerita-cerita le. Kebetulan ada juga orang nak masuk jadi dealer. Dia keluar RM20.324. Lepas bayar kat Maybank, kita pun naik pejabat PG bagi resit. Semua barang dapat kecuali 20giseries.
Dealer ni nak try pajak kat PG. Upah simpan RM0.80 setiap RM100. Kalau tak tebus dlm 6 bulan, upah simpan bertukar dari RM0.8 kepada RM3 setiap RM100. Nak tebus pun kena bank in duit kat Public Safe campur upah simpan.

Tuesday, October 18, 2011

SET BIO AURA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Baru-baru ni pelanggan bio aura aku call. Dia kata tabung bocor. Jadi aku pun pergi le tengok. Memang tabung B, C, D, E dan F keluar air keliling. Tabung ni biasanya tidak diusik. Jadi aku pun buka le tabung ni, tinggalkan tabung A.

Esoknya aku bawa tabung ni ke stokist. Dia test, tak bocor lak. Dia minta tapak, aku kata tak bawa le. Sebelum beredar, aku minta baki duit aku pada Lynn. Jadi janji hari rabu dia pergi rumah pelanggan aku ni kat Kulai. Rupanya katrij A patah dalam tapak. Jadi dia memang dah spare tapak dan pasang semula tetapi tak boleh nak test sebab katrij A tak pasang. Last tu dia kata Tapak RM52.50 + Katrij A RM33 + Servis RM20 = RM105.50

EMAS EMAS EMAS DEALER PG014362

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 14.10.2011 ni aku dengan sahnya telah menjadi dealer Public Gold dengan kod PG014362. Nak jadi dealer ni kena beli emas dengan Public Gold dalam satu resit berjumlah RM20,000. Tak kira le emas 999.9 atau 916.

Apa kelebihan dealer ni. Dealer boleh dapat komisyen 1% walaupun beli sendiri. Kalau jual kat PG pula boleh dapat 0.5% lagi. Selain itu boleh diupgrade ke priotity dealer dan master dealer. Itu masih jauh lagi. Sekarang ni aku dah boleh cari pelanggan untuk membeli dan menjual emas. Dulu masa jadi costumer tak dapat apa pun.

Sewaktu seminar ari tu, speaker tu kata kalau nak buat duit ada 3 benda kena buat
- beli emas
- jual emas
- pajak emas
- beli dari ahli dan jual semula.

Balik seminar je aku pasang metatrader4 versi UK kat laptop aku. Metatrader ni aku belajar masa main forex dullu.
Kelebihan Public Gold ni, emas dia murah dari emas kedai emas. Selain itu harga emas PG berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Emas public gold juga boleh ditempah harganya(dalam istilahnya "lock") dan tempoh pembayaran 24 jam.
Untung dan berbaloi. Kalau nak tahu banyak, call aku. 0197304478.

INAGT EMAS INGAT keLAKIan!!!

Saturday, October 1, 2011

SEMINAR MAJLIS DEKAN-DEKAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 27 & 28 September 2011, aku ke SMDD2011 di UPM. Sebenarnya aku ada urusan PTPTN. Kena selesai sebelum 30 September. Jadi kebetulan ke KL, aku pun nak uruskan PTPTN. Member bagi info ada pejabat PTPTN di KL Central. Mudah le sikit, tak perlu ke CHASE PERDANA.

Aku sampai kat Puduraya pagi dan sempat solat Subuh berjemaah. Simpan bag besar kena RM0.50 je. Lepas tu pergi Masjid Jamek, KL. Memula ingat nak naik LRT tapi aku jalan je sebab kena tukar Putra kalau nak pergi KL Central. Sampai sana aku cari pejabat PTPTN. Kat tingkat 2, s2-s6.

Selesai je, aku naik komuter RM1.70 ke Serdang. Sampai Serdang kena naik teksi RM10 ke UPM. Kemudian daftar. Aku guna surat jaminan PPS UTHM. Dapat le bag, CD, aturcara, alatulis dan prosiding. Aku dah janji dengan member, Aderemy nak cari hotel malam ni. jadi dia cadangkan Sri Kembangan. Malam tu ada majlis makan malam di IOI Palm Garden, Putrajaya. Nasib baik dia ada GARMIN.

Aku bentang esoknya 28.9.2011; Rabu, pukul 11.00 hingga 1.00 ptg selari dengan remy.

EMAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
No Public Gold: PG014362

Baru-baru ni aku cari maklumat tentang perniagaan/pelaburan emas. Jadi search dalam internet jumpa le member lama, hj hamzah. Aku nak terjah tak berani kalau tak berguru. Buat forex pun habis duit aku dalam akaun demo. Akhirnya dapat juga jumpa bila dia ajak ke rumah, kebetulan ada kawan nak belajar skali, no 15 hijau muda 1.

Sampai je dia kenalkan kawannya, imam masjid taman pelangi. Jadi sambil borak, sambil berkursus. Dia kata ada 2 cara.
1. Pajak, tebus semula.
Sistem ni beli dulu emas, kemudian pajak.
Kalau Ar Rahnu Bank Rakyat, pajak kali pertama dia bagi 65%. pajak seterusnya 70%.
Dapat duit pajak, beli lagi, dapat duit pajak, beli lagi sampai tak leh pajak.
Lepas tu tebus-tebus dapat untung.

2. Pajak, gadaian semula.
Sistem ni pajak sekali je. Lepas tu kalau emas naik dalam RM5 je, buat gadaian semula.

Kemudian dia ada beri beberapa tip;
- ada pajak yang sengaja merendahkan gred emas, contohnya
emas 999 jadi 916
emas 916 jadi 835

tujuannya supaya merendahkan duit pinjaman yang sepatutnya dapat.
Jenis macam ni, rugi kalau kena lelong.

Jadi semalam aku gi le Public Gold. Aku beli :
3 emas i-series 10g 916 dengan harga RM5154 + RM30 pengangkutan = RM5154
Kos pengangkutan memang ada pada semua pengedar kecuali Pulau Pinang.
Pejabat ni tak terima duit cash, so aku kena bayar kat Public Bank.
Duit ni pun sebenarnya duit yuran aku semester 3 aku tangguh bayar.

Lepas tu aku drive ke Bank Rakyat, Larkin Perdana.
Aku ingat dekat 2 jam tunggu baru dapat masuk.
Memula tu dia kata paten sama, tak boleh gadai 3 sekali satu nama.
Dia cadang gadai guna nama aku satu, isteri aku satu, satu lagi simpan (xyah gadai hari tu)
Lepas tu dia tengok dengan kanta pembesar.
Aku pun tengok juga, ada cop 916 dan gambar bunga raya.
Dia masuk mesin ada air. Ujian ketumpatan.
Bila timbang, dia kata mesin cakap emas aku 835.
Harga RM 1500 satu rantai.
Pinjaman RM1000 x 3 = RM3000

Aku pun ingat pesan haji.
Aku pun bengang le, duit dah jadi emas.
Aku setuju dulu sebab nak jadikan pengalaman.
Bertekak pun dia ulang benda yang sama.
Dapat duit, aku pun happy.
Walau pun duit susut tapi aku dah simpan 30g emas untuk masa depan.

Perkara yang aku belajar dan jadikan iktibar:
1. Gadai emas pada waktu pagi. Sebab waktu petang tu, air dah berkeladak sangat.
2. Jangan gadai emas yang sama jenis dan berat pada satu-satu masa.
3. Kalau boleh cari emas 999.9
4. Emas 995 dikira sebagai emas 950 sebab tak de dalam sistem.
5. Emas 10g kurang tumpat dalam ujian air.

Pegawai tu kata ada beza emas syarikat dengan emas kedai emas.
Emas syarikat kasar buatannya.
Aku sokong le.
Beli kat syarikat PG 999.9 baru RM183.8/g manakala Habib Jewels jual RM200/g + upah 132.
Dia juga syorkan aku beli emas pasir sebab senang nak nilai.
Ooo.. patut aku baca ada emas pasir, emas gajah.
Bila aku nak minta 3 surat pajak asing dia kata tak boleh, tapi boleh aku boleh tebus satu-satu?

Friday, September 9, 2011

DAFTAR SEMESTER III

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Aku nak daftar subjek untuk sem ni. Jadi pada 7.9.2011 aku pergi le PPS nak amik borang. Mereka kata boleh buat online di http://smap.uthm.edu.my. Jadi aku pun buat le tapi kena blok sebab ada hutang. Grr...

Esoknya aku bayar le kat bendahari. Pagi tu pegawai dia kata PTPTN takkan bayar hutang tu kena bayar cash. Aku pun bayar le cash RM205. Bila aku update buku bank muamalat, aku tengok akaun aku kena potong RM 205. Ni dah potong 2 kali. Aku tanya bank, dia suruh rujuk bendahari.

Aku pun pergi le bendahari. Aku tanya le kenapa kena potong dalam buku? Dia kata dia tukar status supaya aku boleh daftar dan boleh buat pemotongan PTPTN. Soalannya kenapa pagi tadi dia tak sebut pun pasal potongan tu? Lepas tu kata lepas semua bayar baru boleh pulangkan wang. Lama tu...

Thursday, July 21, 2011

GURU KAUNSELING & SEMINAR

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Hari ni aku pergi seminar kat IPGKTI, Jumpa kawan-kawan lama.
Dia tanya "pembentang ke?"
Aku kata "peserta je"
Jadi aku ikut le seminar tu.
Ucaptama oleh Dr Haili bin Dolhan, Rektor IPG.
Habis dalam pukul 5.30 petang.

Balik je anak aku hulur kertas,
Cikgu kaunseling bagi.
Kertas kelayakan pembahagian komputer netbook.

Semua ni disebabkan aku pergi ke sekolah pada 17.7.2011. Aku tanya
1. pasal apa prestasi anak aku jatuh teruk sangat; lebih dari 20 markah? Cikgu tu kata subjek baru, pelajar tak menguasai.
2. Aku kata le sebenarnya anak aku tu kecewa tak dapat netbook, dia layak tapi gaji ayah besar.
3. Aku pun cerita le adik dia pun patut dapat tapi alasannya sama.
4. Lepas tu dia blah masuk bilik guru.
Lama sangat tunggu, bila aku masuk bilik guru, dia tengah bergayut.
Lepas tu buat terkejut, tak jumpa cikgu rohaina?

Lepas tu baru terserempak, guru kaunseling tu namanya Rohaina Ahmad. Cerita yang sama.
Aku dah kata dengan kaunselor tu jangan jumpa anak aku pasal komputer netbook tu. Dia janji nak motivasi anak aku.

Jadi aku tanya apa dia buat,
Anak aku kata dia tunjukkan senarai pelajar yang terima beserta gaji ibubapa, penjaga.
Kemudian kena soal macam penjenayah,
- siapa awak tak puashati terima netbook ini?
- bebel pasal cikgu anak 9 dan anak 7
- macam ni ayah awak kata pandai?
Bab menghina ni aku meradang lebih-lebih lagi dia janji nak kaunseling.
Tak pe anak dia
nor asyikin binti saman
UiTM Seri Iskandar, perak
Diploma in statistic
tarikh lahir 16.5.1992

Tuesday, July 19, 2011

AC PUMP ROSAK LAGI.

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni sehari suntuk aku duduk kat workshop. Dari 10.00 pagi sampai 4.30 ptg. Aku nak adjust tappet, tengok kenapa petrol tak masuk karburator. Memula tu dia buka cover engine, nak tengok batang AC pump yang masuk dalam tu. Ok. Oleh kerana dah dibuka, aku suruh dia adjust tappet dulu. Dia tukar 4 adjustment valve sebab dah tak leh adjust.

Dia pun check AC pump, minyak tak naik. Dia try pakai pump lain, tak leh juga. Lepas tu aku kata AC pump lama ada kat bonet. Dulu keluar minyak. Dia pun mintak, nak try. Tak leh juga. Kemudian dia pancing guna petrol dalam botol. Baru ada minyak keluar. Katanya AC pump baru aku rosak. Tapi AC pump lama tu minyak menitis.

Aku pun pergi kedai cakap AC pump dulu dah rosak. Cina tu kata warranty 2 minggu je. Aku tak leh buat ape le terus bayar RM45. Dah pasang, mekanik test, keluar minyak, ok. Mekanik tu kata enjin ni kena overhaul sebab crankshaft rosak. Siap je dia buat bil
upah RM 5.00
adjust valve RM5 X4 = RM 20.00
adjust tappet RM 15.00
upah AC pump RM 10.00
Hos paip RM 5.00
JUMLAH RM 55.00

Untuk hari ni je aku habis RM100.00
Esok ada seminar lak kat IPGKTI

YASIIN NIFSU SAABAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 16.7.2011 aku balik Tangkak. Mak mertua aku telefon nak buat kenduri tahlil arwah bapa mertua aku. Anak aku yang nombor 3 tu ada perkhemahan kat sekolah dua hari. Jadi aku pun plan balik hari. Kebetulan pula hari tu bertembung dengan Nifsu Saaban. Ada baca yassin 3X.

Aku nak balik malam tu, jadi lepas hantar org rumah dan anak-anak aku, aku drive ke Ayer Keroh nak isi gas. Habis je majlis, kita pun bertolak balik dalam pukul 11.10 mlm. Biasanya stesen gas kat Ayer Hitam dah tutup. Jadi aku pun drive le ke JB. Rasanya boleh sampai. Lepas Shell Tun Aminah, gas aku habis, aku pun tukar petrol tapi engin mati pulak. Puas start tak hidup. Jam pukul 3.00 pagi.

Aku dengan anak aku tolak kereta parking kat Shell. Dalam pukul 4.30 pagi aku call adik aku. Dia datang dan hantar aku ngan anak-anak balik dulu. Esoknya aku ngan anak aku pergi kat kereta dalam pukul 3.00 petang. Aku cek feul filter minyak kosong. AC pump, minyak tak naik. Lepas cuba beberapa kali, aku tengok tak de perubahan, aku tinggal je. Aku fikir nak tarik je ke stesen gas, nak isi gas. Aku cakap dengan Nazri, dia kata OK. Dalam pukul 9.15 mlm dia datang, aku bawa tali nylon je. Aku tanya stesen mana? Dia kata highway pasir gudang.

Dia pun tarik le kereta aku dengan kereta dia. Tali tu lepas ikat, jarak kereta aku dengan kereta dia satu depa je. Sangat dekat dan perlu kewaspadaan yang tinggi. Sampai stesen gas, aku isi gas dan hidupkan. Alhamdulillah hidup.