Assalamualaikum dan salam perpaduan
Aku suka istilah ni.
AKU BUDAK U
Biasanya U ni untuk Universiti.
Aku pernah masuk universiti.
Universiti aku yang pertama ialah Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1986-1988. Kawasan berhampiran dengan MINDEF (macam Pentagon kat US). Tempat makan masa tu masih warung-warung lagi. Boleh pilih nak makan kat Telekom atau Padang Tembak. Masa tu aku amik Sarjana Muda Kejuruteraan Kaji Terbang (Aeronautical Engineering). Terbang aku, tak gred.
Universiti aku kedua ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada tahun 1997-1999. Aku masuk selepas menamatkan Diploma Pendidikan Khas pada 1997. Aku amik Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Aku merasa puas juga dapat degree selepas terlepas 11 tahun.
Universiti aku yang ketiga ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai juga. Aku amik Master of Education (VTE). Bayar sendiri dengan duit PTPTN dan tunggakan DG29- DG3. Hampir 10 semester dari 2001 hingga 2006. Tapi aku bersyukur kerana dapat juga Sarjana Pendidikan (PTV) yang diidamkan.
Kini universiti aku yang keempat, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia. Aku baru daftar tadi 30.6.2010. Langkah baru bermula ke arah yang lebih jauh. Walaupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasisiwa aku teruskan juga . Yang penting dapat cuti belajar. Aku pernah buat separuh masa tetapi susah sikit bila di IPG ni. Kerja tak menentu masa dan tempat. Aku berazam akan mencapai segenggam ijazah kedoktoran 3 tahun lagi. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Teruskan Usaha Encik Ali... semoga encik dapat ape yang encik idamkan empat tahun lagi... caye laa pada diri sendiri... rajin rajiinkanlah diri dengan doa, dan juga pelajaran.... walaupun istilah tutor tidak digunakan dalam perkenalan kami, namun , saya mengharapkan bahawa kita dapat menjadi Kawan buat selama-lamanya... dan proses pembelajaran masih lagi berlaku dalam setiap perbualan kita.... ^^
Post a Comment