Monday, July 19, 2010

WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Sabtu baru ni, 17 Julai aku menyertai satu workshop Miilionaire Mindpower di PWTC, Kuala Lumpur. Sebenarnya pada 3 Julai tu ada workshop yang serupa kat M-Suite, Johor Bahru tetapi aku terpaksa tangguhkan kerana sibuk dengan persiapan bacaan yasin dan tahlil di rumah Bandar Dato Onn.

Untuk sampai Kuala Lumpur ada 2 cara kalau naik pengangkutan awam.
KERETAPI:
Naik keretapi dari stesen Johor Bahru atau stesen Kempas sampai ke stesen Sentul, kemudian naik LRT ke PWTC.
BAS
Naik bas dari stesen bas Larkin berhenti di Stadium Hoki Bukit Jalil. Lepas tu naik LRT ke PWTC. Sekarang bas tidak berhenti di Puduraya lagi.

Aku memang bercadang nak pergi Jumaat malam. Walaupun workshop mula pukul 2.00 ptg, aku tak nak le kelam kabut. Aku ada pengalaman kalau bertolak pagi dan nak sampai cepat dulu. Bila aku sampai stesen bas tu, ulat tu promo,

"KL! KL! SEKARANG JALAN!"

Masa tu pukul 7.30 pagi. Aku bajet kalau 4 jam, pukul 12.30 sampai. Aku pun beli tiket kat ulat tu dan duduk dalam bas. Tunggu, tunggu, tunggu, aku tanya orang yang dah ada dalam bas sebelum aku dia naik pukul berapa?

"Saya naik pukul 7.15 pagi, dia pun kata : SEKARANG JALAN! Sekarang pukul 8.00 belum jalan"Akhirnya pukul 8.30 bas jalan. Itulah pengajaran yang aku dapat kalau nak bertolak pagi Sabtu. Belum masuk cerita dia singgah Taman Sri Skudai kutip penumpang, masuk Terminal One, Seremban hantar orang. Sampai KL jangan cerita le.

Malam tu orang tua aku tolong hantar ke Stesen Keretapi Johor Bahru. Sekarang ni nak beli tiket kena ambik nombor. Tak payah beratur panjang lagi. Satu kemajuan. Sampai turn aku, kerani tu kata pukul tren 11.30 malam dah habis. Tren ni sampai dalam pukul 6.00 pagi. Kelebihannya tren ni, dia ada bilik air.

Jadi kami pun pergi stesen Larkin, nak beli tiket bas. Aku pun pergi dari satu kaunter ke kaunter. Niat tu beli bas paling akhir. Tanya, tanya pukul 1.00 pagi ada tapi penuh. Akhirnya beli pukul 12.30 tghmalam bas Cepat Sedia. Kaunter tu kata kalau nak ke Puduraya kena tambah RM3.00, bayar pada pemandu terus. Bagus le ada pilihan. Seperti dijadualkan pukul 12.50 bas pun bertolak. Aku ambil kain pelikat buat kelubung dan tidur. Kalau bangun pun bukan ada pemandangan, gelap je.

Sampai Bukit Jalil, jam menunjukkan pukul 4.33 pagi. Apa aku nak buat kat Bukit Jalil ni? Aku bukan biasa. Jadi aku pun meneruskan perjalanan dengan bas yang sama ke Puduraya. Lepas bayar RM3.00, aku berada di Puduraya pada pukul 5.30 pagi.

First, aku pergi Masjid Jamek. Aku ingat nak mandi dulu. Boleh bersihkan badan sebelum solat subuh. Rupanya peraturan dah berubah, tak boleh mandi di Masjid Jamek. Bilik mandi lama siap ada 2 mangga. Aku pun redha le. Lepas solat subuh tu, ada taddarus, surah Al Waqiah. Aku pun join. Adalah 3 orang: Iman, aku dengan sorang lelaki. Sepanjang aku pernah ikut tadarrus, ini le taddarus bukan hanya baca tapi siap imam tu bagitau cara pembacaan, hukum idhram, izhaar dan sebagainya. Lepas taddarus tu dia baca tafsir dari kitab lama. Masya Allah. Aku tengok pun rasanya terkial-kial juga nak membunyikannya.

Lepas tu aku keluar pergi makan kat sebelah kaki lima stesen LRT. Buat alas perut. Dalam 7.30 pagi aku ingat nak rehat kat masjid jamek semula tetapi kena tahan kat pintu. Dia kata masjid nak kunci. Aku kata le aku baru sampai nak solat. Dia benarkan tapi berpesan lepas solat, cepat-cepat keluar.

Keluar dari Masjid Jamek, aku target nak mandi kat Masjid India. Imam tu kata tempat mandi dah kunci. Siap pakai pintu berangkai yang tarik ke bawah macam kedai/ bank. Dulu masa aku duduk KL, aku suka iktikaf kat Masjid India ni. Masjid ni meriah dengan jemaah. 24 jam ada orang/ jemaah. Aku belajar tentang budaya jemaah terutama mazhab Hanafi. Sekarang semuanya sepi. Tiada lagi istilah mengimarahkan masjid kat Kuala Lumpur ni. Target akhir aku ialah Masjid Pakistan di Chow Kit. Itupun hampa. Bilik air tengah renovated. Oleh kerana dah pukul 1.00 ptg, aku teruskan perjalanan ke PWTC.

No comments: