Wednesday, July 28, 2010

SCORE A

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni kebetulan kelas ditangguhkan. Jadi aku berjalan sekitar UTHM. Kebetulan pula ada hari Kerjaya dan aku terpandang satu flyers " BE YOUR OWN BOSS IN YOUNG AGE " anjuran Student in Free Enterprise (SIFE) di Theater 2, pukul 3.00 ptg. Bayaran cuma RM3.00 untuk tabung SIFE. Aku pun join.

Masa dijanjikan, aku pun sampai. Aku tengok adalah 4 orang India sedang mundar mandir, pakai kot. Aku ingat student juga sebab muda. Memula sorang tu bagi talk, nama dia Krishnan bercakap tentang score A. Kemudian diikuti oleh seorang lagi India, nama dia Vikey... Rupanya dia adalah jutawan yang tertera dalam flyer tu. Dia menjadi jutawan dalam umur 26 tahun sahaja!! Subhanallah.

Gaya penyampaian menarik, antara jutawan yang dihasilkan oleh syarikat. Terdapat 2 pakej iaitu RM1788 (EP) dan RM5548 (EE). Malam tu ada talk lagi pukul 8.00. Aku datang sebab nak tahu marketing plan dia. Memang best le, cerita mesti pendapatan RM300,000 ke atas dalam masa 3 bulan. Tapi bila kata ada maintain, aku kena fikir balik. Maintain ada 3 cara:
- buat pembelian portal.
- ada 10 pair
- aktifkan satu portal.
Orang dah jadi jutawan, aku pun boleh.

Tuesday, July 27, 2010

KURSUS MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Ahad lepas, 25.07.2010 ada kursus MILLIONAIRE MINDPOWER kat PWTC juga. Dulu workshop, hari ni kursus. Mula pukul 9.00 pagi dah habis pukul 6.00 petang. Aku bertolak pukul 12.30 malam sebelumnya. Sampai Bukit Jalil, bas berhenti kat situ. Aku pun kena le tunggu LRT untuk ke KL.

Aku sampai KL, aku turun kat Bandaraya. Hari ni aku nak test Masjid India. Aku nak mandi kat situ. Sampai bilik air dia ada nota " TAK BOLEH MANDI ". Apa le masjid kat KL ni, semua dah trend macam tu lak. Kalau kat Masjid Kg Melayu tu, lepas subuh ada ceramah agama, diikuti dengan kelas mengaji, kelas kursus haji. Meriah le, takde nak kunci pintu masjid ni. Aku mandi je, tak apa lak hukum mandi aku ni.

Aku sampai PWTC tumpang abang aku. Kebetulan aku turun tangga Maju Junction, dia pun sampai. Dia kata ada 'gerak rasa'. Aku terus daftar dan ambil tempat duduk. aku amik baris kedua bersama Nor Azura, Mohd Radzi, aku dan Norhidayah. Mohd Radzi ni pun buka cerita tentang kursus Dr Azizan yang dihadirinya dan mengira-ngira tarikh lahir. Dia juga pengamal perubatan Islam. Azura ni pramugari MAS kat KLIA. Baru balik dari Korea. Dia ni juga dah masuk scoreA.

Datuk Dr Ibrahim hadir dan memberikan beberapa input. Kebetulan petang ni juga pukul 2.00 ptg cerita Datuk dan datin bersiar di televisyen. Selain teori, ada beberapa latihan amali yang digunakan dan diajar. Pada kursus kali ni, peserta mendapat duit US1 betul dari Datuk Dr Ibrahim. Handout yang diberi banyak membantu.

Habis kursus, aku pun balik selepas solat. Abang aku galakkan aku ambil master reiki kerana boleh menjana pendapatan. Aku sebenarnya bukan tak nak, tapi perlu berfikir jauh. Ni dah nak dekat puasa, lepas tu raya... aku harap ada rezeki bergolek datang.

Wednesday, July 21, 2010

JUMPA DOKTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Semalam aku balik hostel dalam keadaan ber'puasa'. Aku pun heran kenapa panggil puasa sedangkan ayat berlapar lagi molek. Puasakan satu ibadah disertai niat dan syarat-syaratnya. Sampai bilik, aku kemaskan bilik sorang-sorang. Roomate aku tak datang minggu ni.

Pagi ni aku pergi surau solat subuh. Mood aku baik pula hari ni. Lepas solat, baca quran ayat Al Waqiah, baca yasin siap doa dalam semua ayat yang berakhir dengan 'mubin' , baca tahlil, baca ayat-ayat Quran yang boleh dijadikan ubat 10 ayat terakhir Al Hasyr. Peliknya tak rasa penat pun. Aku rasa tenang sekali.

Lepas mandi aku pergi jumpa doktor kat UTHM. Lepas bagi kad matrik, nurse tu siap kata: awak yang kes ulangan tu kan? Bilik no berapa? Aku kata bilik no 7. Terkenal betul aku kat sini.

Masuk bilik doktor, doktor tu tanya aku nak buat apa? Aku kata nak cek satu badan. Dia pun tulis le kertas, pergi makmal dan cek jantung kemudian datang lagi. Aku pergi makmal, nurse tu amik darah masuk dalam balang kaca kecik. Nurse tu kata nak cek jantung pergi kaunter.

Aku pergi kaunter cakap nak cek jantung. Dia bawa masuk bilik dan tanya aku pernah buat tak? Aku kata tak pernah. Lepas tu nurse tu suruh aku keluarkan barangan besi, buka baju dan baring. Nurse tu tanya aku ada sesak-sesak nafas ke? Sedih aku dengar soalan tu. Aku kata tak de tapi saja nak tau tahap kesihatan. Lepas pasang gel dan tampal tiub, dia kata dah selesai. Aku pun tak perasan bila dia start mesin tu tiba-tiba siap. Nurse tu cabut wayar-wayar dan lap gel yang berlebihan dan aku pun keluar. Kebetulan jumpa doktor tu, dia kata jantung aku ok, Alhamdulillah tapi aku kena datang lagi untuk keputusan yang lain-lain

JUMPA DOKTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Minggu lepas aku pergi jumpa doktor UTHM sebab ada bulatan besar kat belakang badan aku. Kat sini sistem dia tu daftar pakai kad matrik lepas tu nama akan ditayang di skrin besar. Aku baru masuk klinik jadi tak tau le skrin tu untuk apa. Ok le tu.

Tiba-tiba nama aku keluar kena bilik 7. Terasa amat banggalah aku berjalan ke bilik 7 tu. Alhamdulillah doktor lelaki.
Dulu aku kena doktor perempuan masa kat JB. Sakit kat bahagian xxx. Aku ingatkan doktor perempuan mestilah malu tapi dia suruh buka seluar. Dengan selambanya aku pun buka sikit tapi dia suruh buka habis. Lepas tu nurse kat dalam tu pun tengok sama sambil senyum-senyum. Aku pula yang malu. Siap belek-belek lagi. Agaknya dah lama tak dapat, aku pulak kena hulur benda tu. Rezeki doktor dengan nurse tu le hari tu.

Sambung cerita UTHM
Doktor tu tanya gatal ke?
Aku kata memang le kekadang gatal.
Tempat lain. celah tuut?
Aku kata ada, aku tanya nak tengok ke?
Dia jawab boleh.
Aku tanya lagi, boleh buka ke?
Dia kata bukalah
Aku pun buka le, baju je, seluar tidak.

Hasil dianogsis dia kata kurap dan tulis ubat. Aku nampak tempat cek tekanan darah manual atas meja dia. Aku tanya boleh cek tekanan darah tak? Doktor pun tak kisah dia tarik mesin kat belakang dia dan pasang ; 136/76 nadi 81. Ok.

Dia tanya nak cek gula? Aku kata ok gak siap tanya boleh cek satu badan tak?
Memang ambik darah ni kena puasa dulu. Tak boleh buat hari tu. Aku pun pergi makmal cek darah: 22.8 Fuyoo.. tinggi tu. Normal dalam 6-8 je.

Mula le doktor tu tanya macam-macam soalan makan ubat apa, macamana kawal? Doktor tu kata orang yang gulanya tinggi:

- memula akan turun berat badan
- mata kabur
- mengalami gatal-gatal,
- tompok hitam
- gatal dan hitam di celah-celah
- penyakit buah pinggang
- sakit jantung
- anu tak naik

Alamak! memang berat badan aku turun, banyak gak kat 10 kg. Gatal dan hitam pun ada. Doktor suruh puasa dan datang balik esok. Aku kata aku nak balik, minggu depan aku datang. Doktor tu kata nanti terlambat sangat, Macam pendek nyawa pulak aku ni. Huhuhu..

Aku pun balik. Aku semak mesin cek gula aku punya. Mesin aku ada memory/ history. Aku tengok 25 pun ada. Banyakkan minum air masak dan kurangkan gula. Cuma hari Ahad tu ada jamuan ulangtahun RBT2 tu aku minum air gas, itu pun sikit je. Nasi memang tak sentuh pun. Kali ni insaf le sikit. Aku harap bacaan ok pada pertemuan akan datang.

Monday, July 19, 2010

WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku sampai di PWTC dan kebetulan ternampak surau. Jadi aku jamak dan qasar solat dzuhur dan asar. Lepas tu baru cari abang aku. Rupanya kalau hari Sabtu ni, banyak syarikat buat talk, funtion kat sini. Aku jumpa ECPI, saham dan macam-macam. Semuanya penuh dan dapat sambutan. Lepas daftar tu, aku pun masuk. Belum pukul 2.00 ptg tapi sit dah hampir penuh.

Dalam 2.30 ptg, penceramah Dato Dr Ibrahim pun tiba menyampaikan ucapan dan ceramahnya. Caranya bertenaga, kecindan, santai dan dapat menarik minat penonton yang hadir. Aku rasa dia menguasai pentas dengan baik. Kira one-man-show. Masa 4 jam berlalu tak dirasakan. Banyak yang diceritakan tentang mindset yang selalu kita alpa menyebabkan kita kurang berjaya.

Habis majlis tu, ada beberapa sesi seperti ambil gambar, beramah mesra dan lain-lain. Aku tengok jam dah pukul 7.12 mlm. Aku cari surau, solat maghrib dan isyak secara jamak dan cari jalan balik ke Bukit Jalil. Rupanya stesen LRT berada sebelah The Mall je. Aku naik LRT sampai stesen Chan Sow Lin sebelum bertukar tren ke Bukit Jalil.

Sampai stesen bas Bukit Jalil, aku beli tiket balik ke Johor Bahru. Aku ingat kat sini ada tiket 1.00 pagi tapi last bas pukul 11.30 malam je. Aku pun beli. Aku naik bas, pasang kain pelikat dan kelubung. Aku sedar dah sampai stesen bas Larkin pukul 3.30 pagi.

\rm600 bioaura

WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Sabtu baru ni, 17 Julai aku menyertai satu workshop Miilionaire Mindpower di PWTC, Kuala Lumpur. Sebenarnya pada 3 Julai tu ada workshop yang serupa kat M-Suite, Johor Bahru tetapi aku terpaksa tangguhkan kerana sibuk dengan persiapan bacaan yasin dan tahlil di rumah Bandar Dato Onn.

Untuk sampai Kuala Lumpur ada 2 cara kalau naik pengangkutan awam.
KERETAPI:
Naik keretapi dari stesen Johor Bahru atau stesen Kempas sampai ke stesen Sentul, kemudian naik LRT ke PWTC.
BAS
Naik bas dari stesen bas Larkin berhenti di Stadium Hoki Bukit Jalil. Lepas tu naik LRT ke PWTC. Sekarang bas tidak berhenti di Puduraya lagi.

Aku memang bercadang nak pergi Jumaat malam. Walaupun workshop mula pukul 2.00 ptg, aku tak nak le kelam kabut. Aku ada pengalaman kalau bertolak pagi dan nak sampai cepat dulu. Bila aku sampai stesen bas tu, ulat tu promo,

"KL! KL! SEKARANG JALAN!"

Masa tu pukul 7.30 pagi. Aku bajet kalau 4 jam, pukul 12.30 sampai. Aku pun beli tiket kat ulat tu dan duduk dalam bas. Tunggu, tunggu, tunggu, aku tanya orang yang dah ada dalam bas sebelum aku dia naik pukul berapa?

"Saya naik pukul 7.15 pagi, dia pun kata : SEKARANG JALAN! Sekarang pukul 8.00 belum jalan"Akhirnya pukul 8.30 bas jalan. Itulah pengajaran yang aku dapat kalau nak bertolak pagi Sabtu. Belum masuk cerita dia singgah Taman Sri Skudai kutip penumpang, masuk Terminal One, Seremban hantar orang. Sampai KL jangan cerita le.

Malam tu orang tua aku tolong hantar ke Stesen Keretapi Johor Bahru. Sekarang ni nak beli tiket kena ambik nombor. Tak payah beratur panjang lagi. Satu kemajuan. Sampai turn aku, kerani tu kata pukul tren 11.30 malam dah habis. Tren ni sampai dalam pukul 6.00 pagi. Kelebihannya tren ni, dia ada bilik air.

Jadi kami pun pergi stesen Larkin, nak beli tiket bas. Aku pun pergi dari satu kaunter ke kaunter. Niat tu beli bas paling akhir. Tanya, tanya pukul 1.00 pagi ada tapi penuh. Akhirnya beli pukul 12.30 tghmalam bas Cepat Sedia. Kaunter tu kata kalau nak ke Puduraya kena tambah RM3.00, bayar pada pemandu terus. Bagus le ada pilihan. Seperti dijadualkan pukul 12.50 bas pun bertolak. Aku ambil kain pelikat buat kelubung dan tidur. Kalau bangun pun bukan ada pemandangan, gelap je.

Sampai Bukit Jalil, jam menunjukkan pukul 4.33 pagi. Apa aku nak buat kat Bukit Jalil ni? Aku bukan biasa. Jadi aku pun meneruskan perjalanan dengan bas yang sama ke Puduraya. Lepas bayar RM3.00, aku berada di Puduraya pada pukul 5.30 pagi.

First, aku pergi Masjid Jamek. Aku ingat nak mandi dulu. Boleh bersihkan badan sebelum solat subuh. Rupanya peraturan dah berubah, tak boleh mandi di Masjid Jamek. Bilik mandi lama siap ada 2 mangga. Aku pun redha le. Lepas solat subuh tu, ada taddarus, surah Al Waqiah. Aku pun join. Adalah 3 orang: Iman, aku dengan sorang lelaki. Sepanjang aku pernah ikut tadarrus, ini le taddarus bukan hanya baca tapi siap imam tu bagitau cara pembacaan, hukum idhram, izhaar dan sebagainya. Lepas taddarus tu dia baca tafsir dari kitab lama. Masya Allah. Aku tengok pun rasanya terkial-kial juga nak membunyikannya.

Lepas tu aku keluar pergi makan kat sebelah kaki lima stesen LRT. Buat alas perut. Dalam 7.30 pagi aku ingat nak rehat kat masjid jamek semula tetapi kena tahan kat pintu. Dia kata masjid nak kunci. Aku kata le aku baru sampai nak solat. Dia benarkan tapi berpesan lepas solat, cepat-cepat keluar.

Keluar dari Masjid Jamek, aku target nak mandi kat Masjid India. Imam tu kata tempat mandi dah kunci. Siap pakai pintu berangkai yang tarik ke bawah macam kedai/ bank. Dulu masa aku duduk KL, aku suka iktikaf kat Masjid India ni. Masjid ni meriah dengan jemaah. 24 jam ada orang/ jemaah. Aku belajar tentang budaya jemaah terutama mazhab Hanafi. Sekarang semuanya sepi. Tiada lagi istilah mengimarahkan masjid kat Kuala Lumpur ni. Target akhir aku ialah Masjid Pakistan di Chow Kit. Itupun hampa. Bilik air tengah renovated. Oleh kerana dah pukul 1.00 ptg, aku teruskan perjalanan ke PWTC.

Wednesday, July 14, 2010

Kaedah Penyelidikan

Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan?

Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa "Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan". Berikutan kenyataan itu, ratusan surat diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah:

  • kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan,
  • saiz kelas yang terlalu besar,
  • guru tidak mengadakan kelas pemulihan,
  • tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan,
  • latihan guru yang ketinggalan zaman,
  • pelajar yang tidak minat,
  • tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya.

Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?.

Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.

Di akhir Bab ini anda akan dapat:

  • memberi definisi penyelidikan
  • menerangkan langkah-langkah penyiasatan saintifik
  • menjelaskan ciri-ciri pernyataan masalah
  • menggubal soalan penyelidikan yang baik

Definisi Penyelidikan

Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara.
Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?.

Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah

  • sistematik,
  • terkawal,
  • empirikal.

Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti Masalah dan menggubal Soalan Kajian atau Hipotesis
2. Mereka bentuk Kajian untuk menjawab soalan Kajian atau menguji hipotesis

3. Mengumpul dan Menganalisis Data

4. Menjawab Soalan Kajian - menerima/menolak hipotesis

Sumber diubahsuai daripada http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan/Bab1Apa.html


KELAS 1- KAEDAH PENYELIDIKAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku masuk kelas pertama, kaeedah penyelidikan.
Pensyarah : P.M Mohd Yusof bin Abd Hadi

Hari ni aku masuk kelas MPM.
Ada bunyi teet.. teet..
Macam bunyi alarm bateri backup tak off.
Ada le mengganggu kelas.

Jadi bunyi dijadikan modal penyelidikan.

Masalah kajian

Sorotan Penulisan





FALSAFAH PENYELIDKAN

Manusia sering menghadapi masalah.
Setiap masalah perlu diselesaikan segera.
Penyelesaian masalah perlukan seseorang membuat keputusan.
Membuat keputusan melibatkan ketidakpastian dan risiko.

Untuk mengurangkan risiko, keputusan perlu berdasarkan bukti dan fakta.

Proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti dan fakta untuk mempuat keputusan
adalah proses penyelidikan.

Thursday, July 8, 2010

TELEKOM

Assalamaualaikum dan salam perpaduan

Hari tu aku daftar untuk unicool pack. Pakej telefon, streamyx dan netbook HP. Semalam aku terima telefon dari kedai telefon Batu Pahat, dia tanya nak pakej mana? Unicool atau 1Malaysia?
Aku tanyaleh apa bezanya.

Dia kata pakej unicool dapat netbook manakala 1Malaysia dapat desktop. Aku tak nak le desktop. Aku nak netbook sebab laptop aku pun spec dah lama. Hardisk cuma 60GB, RAM 512 DDR2 dan processor Intel Celeron. Kata anak saudara aku HP ni Hardisk 150GB dan upgrade tak perlu line baru, guna line sedia ada.

Masalahnya telekom ni kata kena buat line baru. Pemasangan baru dan no telefon dan akaun streamyx baru. Kemudian telefon ni kena pakai i-talk? Confuse aku. Tak kisah le, janji dapat netbook. Bila dah siap pemasangan baru no lama boleh dipotong. Aku tanya bila dapat? Dia kata prosesnya sebulan.

Aku amik pakej unicool, speed 1M, RM68 sebulan, deposit RM75 dan pemasangan RM50.

PENDAFTARAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni satu rombongan menaiki bas untuk pendaftaran bagi member yang belum mendaftar di UTHM. Aku pun menumpang juga sebab nak hantar filem x-ray ngan laporan perubatan. Selepas tu ada taklimat Dekan.

Oleh kerana Dekan sibuk, Ketua jabatan Jabatan Ikhtisas Pendidikan pun menggantikannya. Ada beberapa ayat yang menarik perhatian aku.

SEHARI SEBARIS AYAT, LAMA-LAMA DAPAT PHD
HEBAHKAN TAJUK TESIS YANG ANDA BUAT!
BINA KUMPULAN PERBINCANGAN

Memang betul katanya.
Hebahan pun betul juga. Selama ni aku takut nak cakap tajuk tesis aku ni sebab belum mantap lagi. Mungkin kalau aku hebahkan, aku akan dapat bantuan dari rakan-rakan lain.
mpti01 lib001

Wednesday, July 7, 2010

RUMAH TAK SIAP

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku dah mengisi borang aduan kecacatan pada 7.6.2010. Hari ni dah 7.7.2010. Semalam aku telefon le juruteknik awam, Johorland tu. Tanya pasal kerosakan elektrik rumah aku. Jawapan dia buat aku terbakar dan sakit hati yang amat sangat.

"Apa rosak rumah awak? Apa yang awak komplen dulu? Kontraktor elektrik datang hari Sabtu je."

Apa yang buat aku marah ialah dari Sabtu lepas laporan 7.6.2010 sampai Sabtu aku telefon ada 4 hari Sabtu berlalu.
12/6,
19/6,
26/6 dan
3/7.

Apa dia dah buat pada 4 hari Sabtu lepas hingga aku kena tunggu lagi satu hari Sabtu? Dah sebulan, tiada tindakan hingga aku kena telefon. Kalau aku tak telefon tak bergeraklah kerja. Harapkan dia telefon aku, tak delah. Aku bukan buat aduan lisan, aku isi borang. Bukalah borang tu, baca. Kalau tanya aku gitu-gitu, buat apa isi borang?

Ini rumah yang ketiga aku beli. Dua rumah lain tu tak de masalah pun juruteknik dia. Buat komplen je 3 hari dah call, buat appointment dan minta buka pintu ke, suruh tunggu ke. Ni 4 minggu senyap sunyi.

Tadi aku dah call peguam. Peguam kata dari tarikh report pemaju ada masa sebulan untuk membaiki dan menyenggara rumah tersebut. Peguam pun mengeluh, siap sebut susahle Johorland ni. Dah sebulan, jubin dan retak dalam rumah tak berusik pun. Aku pun hairan macamana dia boleh bagi kunci dengan 90% jubin dalam bilik air retak? Potongan gaji dah nak mula, tapi rumah tak leh duduk lagi.

Masa aku buat bacaan yasin ngan tahlil tu, bilik bawah dengan floor atas tu tak de elektrik pun. Malu gak aku pada saudara-mara yang datang. Semua tak berani nak naik atas, gelap gelita.

Monday, July 5, 2010

BILA AKU SUDAH TIADA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Tajuk ni sebenarnya tajuk lagu kumpulan HUJAN. Aku sebenarnya sayu gak bila ramai student aku yang tak tau aku dah tak de kat IPGKTI.

Masa BIG tu ada pelajar siap berbincang BIG2 dengan aku.
Ada call aku, en ni masa kelas encik.
Sabtu lepas, kelas ganti dengan jadual hari Isnin ada yang call aku tanya pasal tutorial.
Tadi ada yang nak hantar jadual waktu praktikum atas meja aku esok.
Ada yang minta aku ajar Autocad bila mereka sem 8 nanti.
Selagi boleh bantu aku bantu pelajar aku ni.

Aku tak sampai hati nak cakap, terutama diwaktu mereka memerlukan aku;
SAYA DAH TAK JADI TUTOR AWAK LAGI
SAYA BUKAN PENSYARAH PEMBIMBING AWAK LAGI
SAYA DAH TAK MENGAJAR AWAK LAGI
dan akhirnya..
SAYA SECARA FIZIKAL DAH TAK DE KAT IPG NI LAGI.

Aku rasa yang sedang berada dalam IPG ni, lama-lama akan tahu aku dah tak de. Mereka yang sedang praktikum: KPLI, KDC PISMP sem 6 tak tau lagi kot. Kalau dah tahu, memang aku jadi macam rangkap 2 lagu ni tapi aku tak kisah pun kalau ada yang dah lupa. Semuanya aku jadikan kenangan. Itu pun yang ADA bila semua sudah tiADA.

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu


Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Sunday, July 4, 2010

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah. First time dalam hidup aku lead bacaan tahlil arwah dan yasin. Pagi ni dimulakan dengan meminjam sejadah, surah yasin dan rehal dari surau tempat aku. Semalam aku dah pindahkan sedikit barang seperti pinggan mangkuk, tikar dan setup meja. Aku teruskan latihan jika ada kelapangan. Hari ni juga kena beli airbatu, buah, plastik sampah, pinggan kertas, cawan polisterina.

Jemputan dijangka sampai pukul 7.45mlm. Lepas Maghrib, aku pun tunggu le depan rumah kekonon menyambut tetamu. Sampai pukul 8.00mlm belum ada sorang pun sampai. Lepas tu ibu aku telefon nak datang. Aku SMS alamat. Ibu aku suruh ajak adik aku sekali, aku pun jemput.

Pukul 8.15mlm, kak Milah dan keluarga sampai, diikuti oleh Abg Mail, Nani, Dol dan ibu aku. Memula memang makan dulu, solat isyak dan majlis tahlil. Aku memula sangkakan makanan tak cukup tetapi kuasa Allah, ada tetamu yang datang membawa berkat (makanan). Akhirnya semua dapat makan ada lebih lagi. Kak Long dan Hisham tak dapat hadir kerana anaknya berada dalam wad. Asri balik setelah sesat mencari rumah aku.

Lepas doa solat Isyak, majlis pun bermula. Aku pancarkan LCD bahan yang aku dah siapkan kat dinding. Senang semua nak tengok. Aku siap pakai cordless microphone lagi. Bila sebutan ASTAGFIRULLAH AL ADZIM bergema, bermulalah majlis tahlil ini dipimpin oleh aku.

Nak jadi cerita semasa majlis berlangsung, adik aku telefon. Aku pun kelam kabut le terutama nak tanya arah jalan, aku sempat minta Abg Mohd Shah pimpin. Abis je call dia bagi aku balik majlis ni. Habis je majlis, adik aku pun sampai.

Aku puji le sikap adik beradik belah isteri aku ni. Bila aku sangkut, mereka akan menolong mengajar dan membimbing aku meneruskan bacaan. Ini membuatkan bacaan aku tidak tertekan sangat. Aku bersyukur le dengan pengalaman ni. Dalam umur aku sekarang, tak mustahil satu hari nanti aku kena juga memimpin majlis sebegini. Sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman.

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam ada majlis bacaan yasin dan tahlil kat rumah baru aku, Bandar Dato Onn. Majlis ni bergilir rumah adik beradik belah isteri aku. Dimulakan dari rumah Kak Long, Abang Mail, Kak Milah, rumah aku dan seterusnya adik-adik dia yang lain.

Uniknya majlis ni kalau panggil imam surau ke masjid handle, senang le. Sediakan makan untuk jemaah yang datang. Tapi majlis tahlil ni, tuan rumah yang kena baca (aku le!). Aku ni tak pernah lead majlis yasin dan tahlil ni, cuma jemaah je.

Aku perlu buat persiapan rapi sebab aku bukannya lancar membaca jawi ni. Lagipun semasa menyertai bacaan dalam majlis pun aku pening. Lepas baca yasin, biasanya yang bawa ada macam-macam cara menyudahkannya. Jadi seminggu sebelum majlis, aku jumpa abang long aku. Belajar urutan bacaan. Aku search internet mencari MP3 bacaan tahlil tapi tak de. Last aku rakam bacaan yasin dan tahlil kat surau tempat aku.

Next aku scan ayat-ayat yang patut termasuk doa sebab aku ni kategori rabun gak. Aku besarkan yasin tu dari kecik pada kertas A4. Baru jelas dan terang. Siap buat PDF lagi. Selain itu aku perlu membuat persiapan rumah dengan memasang lampu dan kipas. Semuanya berjalan seperti dirancangkan. Aku minta juga dari orang tua aku nama-nama arwah yang nak disekalikan dalam majlis tersebut. Akhirnya, aku SMSkan jemputan ke semua adik-beradik untuk bersama menyertai majlis ini.

Thursday, July 1, 2010

AKU BUDAK U

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku suka istilah ni.
AKU BUDAK U
Biasanya U ni untuk Universiti.

Aku pernah masuk universiti.
Universiti aku yang pertama ialah Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1986-1988. Kawasan berhampiran dengan MINDEF (macam Pentagon kat US). Tempat makan masa tu masih warung-warung lagi. Boleh pilih nak makan kat Telekom atau Padang Tembak. Masa tu aku amik Sarjana Muda Kejuruteraan Kaji Terbang (Aeronautical Engineering). Terbang aku, tak gred.

Universiti aku kedua ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada tahun 1997-1999. Aku masuk selepas menamatkan Diploma Pendidikan Khas pada 1997. Aku amik Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Aku merasa puas juga dapat degree selepas terlepas 11 tahun.

Universiti aku yang ketiga ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai juga. Aku amik Master of Education (VTE). Bayar sendiri dengan duit PTPTN dan tunggakan DG29- DG3. Hampir 10 semester dari 2001 hingga 2006. Tapi aku bersyukur kerana dapat juga Sarjana Pendidikan (PTV) yang diidamkan.



Kini universiti aku yang keempat, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia. Aku baru daftar tadi 30.6.2010. Langkah baru bermula ke arah yang lebih jauh. Walaupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasisiwa aku teruskan juga . Yang penting dapat cuti belajar. Aku pernah buat separuh masa tetapi susah sikit bila di IPG ni. Kerja tak menentu masa dan tempat. Aku berazam akan mencapai segenggam ijazah kedoktoran 3 tahun lagi. Insya Allah.

BIG 2 : KAYAK

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni masuk hari kedua BIG. Aku datang subuh ke kem. Aku nampak En Arif dah menunaikan solat berjemaah. Aku bisik kat dia, aku datang lambat sikit, ada pemeriksaan kesihatan. Dalam pukul 10.00, aku tengok peserta aktiviti air ada lagi kat kem. Aku menawarkan diri untuk mengikuti aktiviti air.

Aktiviti dimulakan dengan streching atau regangan. Kemudian diikuti oleh water confident, pelajar belajar mengapungkan diri dalam air. Next ialah asas kayak dan steer. Kayak ni jika nak pusing kanan, kayuh sebelah kiri dan sebaliknya.

Aku dah lama tak berkayak ni sejak badan makin montel. Aku tanya Tok Mat, ada saiz aku ke kayak ni? Dia kata ada. Aku pun try le. Sejak dulu lagi aku tak boleh duduk depan sebab kaki aku panjang. Jadi aku pun duduk belakang tapi tak selesa juga. Raymond dan En Puad banyak tolong aku.

Mula-mula test, ok. Bila kayak betul-betul, aku ngan Puad dapat potong beberapa kayak sehingga semua berkumpul dipertengahan jalan. Setelah disambung, aku berasa sangat pelik kerana kayak aku tak boleh kayuh ke depan. Kedudukannya selari dengan arus. Kedudukan ni sangat bahaya kerana kalau ombak datang, kayak boleh terbalik. Aku pernah terbalik dulu waktu berkayak KLMS tahun 1992. Itu kira jurulatih dengki tapi dia dah ajar asas melepaskan diri dulu.

Aku rasa ada dekat 20 minit tak boleh bergerak dari kedudukan tersebut dan semua kayak dah jauh meninggalkan kami. Rakan aku cuba kayuh kiri dan kanan tapi kedudukannya masih sama. Aku pun terfikir, buat refleksi. Adakah ini balasan kerana mempersendakan kayak lain yang lebih lambat tadi? Akhirnya, sangkaan aku betul, kayak aku senget hampir terbalik dan telah dimasuki air. Aku pun malu gak sebab aku je yang tertinggal, jauh pulak tu..

Tiba-tiba bot marin yang mengiringi kami tu patah balik mendapatkan aku. Mereka tunda aku menghampiri kumpulan yang lain. Waktu tu belakang kayak dah tenggelam separas air. Kemudian aku kata kat rakan aku, baik berhenti dulu kat kawasan ternakan kupang tu. Ada yang tak betul, kata aku. Sampai kat kelong tu, aku pun duduk kat pelantar. Baru belakang kayak tu timbul dan aku perasan ada air mencurah keluar. Kayak tu bocor rupanya, patut le banyak air masuk.

Sampai tempat memasak, aku pun flat dan baring. Usia telah membataskan tenaga yang ada. Aku bersyukur kerana dengan persiapan dan perancangan rapi, semuanya selamat tiba dan meneruskan aktiviti memasak. Lepas memasak, makan. Lepas makan, balik semula berKAYAK.