Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Tajuk ni sebenarnya tajuk lagu kumpulan HUJAN. Aku sebenarnya sayu gak bila ramai student aku yang tak tau aku dah tak de kat IPGKTI.
Masa BIG tu ada pelajar siap berbincang BIG2 dengan aku.
Ada call aku, en ni masa kelas encik.
Sabtu lepas, kelas ganti dengan jadual hari Isnin ada yang call aku tanya pasal tutorial.
Tadi ada yang nak hantar jadual waktu praktikum atas meja aku esok.
Ada yang minta aku ajar Autocad bila mereka sem 8 nanti.
Selagi boleh bantu aku bantu pelajar aku ni.
Aku tak sampai hati nak cakap, terutama diwaktu mereka memerlukan aku;
SAYA DAH TAK JADI TUTOR AWAK LAGI
SAYA BUKAN PENSYARAH PEMBIMBING AWAK LAGI
SAYA DAH TAK MENGAJAR AWAK LAGI
dan akhirnya..
SAYA SECARA FIZIKAL DAH TAK DE KAT IPG NI LAGI.
Aku rasa yang sedang berada dalam IPG ni, lama-lama akan tahu aku dah tak de. Mereka yang sedang praktikum: KPLI, KDC PISMP sem 6 tak tau lagi kot. Kalau dah tahu, memang aku jadi macam rangkap 2 lagu ni tapi aku tak kisah pun kalau ada yang dah lupa. Semuanya aku jadikan kenangan. Itu pun yang ADA bila semua sudah tiADA.
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Monday, July 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sedih giler apabila tgk en Ali tulis camtu..... Kami pun sedih gak atas kehilangan En ALi... bukan kehilangan maksudnya kembali ke Rahmatullah... nak g sambung PhD.... anyway, kami akan Tabah mengharungi dan tamatkan kursus kami dengan selamatnya...dun worry... ^^
la ye ker en ali da xngajar kitaorg...patutlah kat roster interaksi kali ni lecturer lain yg incharge pbsm..
anyway, wish u all the best la...
KPLI-KDC Pendidikan Khas Ambilan Nov 2009
Post a Comment