Wednesday, May 20, 2009

PTK - antara gembira dan...

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ini aku menerima ucapan tahniah dari ramai orang. Apa taknya, aku lulus PTK DG41 dengan keputusan umum : 4 dan khusus : 4. Kalau ikut prosedur biasa, aku dah lompat P3. Aku dah pernah dapat P2 dulu masa mula-mula PTK diperkenalkan dan aku lulus. Tapi keputusan ini tidak membawa makna kepada pergerakan gaji aku kerana aku dah menerima perlantikan DG44 aku yang berkuatkuasa pada 16.5.2008. Perkara ni aku dah agak masa aku nak ambil PTK ni dulu. Rujuk blog aku:

http://kelakian.blogspot.com/2009/03/peperiksaan-ptk.html

Jadi tak boleh reverse balik. Aku dah lulus pada tarikh selepas aku dah dapat DG44. PE aku kata kalau aku tolak DG44 pada 2008, perlantikan DG44 aku akan dibuat pada 2010 sebab aku terima pergerakan P3 pada 2009. Implikasinya ialah pemangkuan DG48 aku jadi lebih lambat dari rakan-rakan yang gred sama dengan aku.

Beza gaji? Sebenarnya aku terlepas satu increment. Sekarang ni aku kat P1T3 (RM 3283.55) kalau tak aku barada di P1T4 (RM 3433.83). Bezanya RM 150.28 (sebulan). Kawan aku kata ada hikmahnya dan sepatutnya aku bersyukur. Aku fikirkan balik, betul juga tu. Dah rezeki macam tu. Rezeki aku, aku lelaki.

1 comment:

Halimatussaadiah said...

salam,

baca entry u itu mengenai gred gaji macam nak sama dengan gred gaji saya... tarikh lantikan pun lebih kurang sama.. tapi saya awal januari... orang macam kita ni layak ke dapat pemangkuan dg48? ada dengar apa-apa berita ke? sebab tarikh lantikan time base kita tahun 2008.