Sunday, August 31, 2008
HARGA NAIK LAGI
Semalam dia kata dah naik RM3.00 untuk ujian paras gula dan RM1.00 untuk tekanan darah. Dalam hati aku kata "cekik darah betul!!". Aku cuma buat check paras gula je. Dia tanya nak check tekanan darah, aku kata tak payah. Lagipun naik darah dengar harga baru tu. Aku kata nak check tekanan darah kat bawah, percuma (kebetulan ada check tekanan darah, BMI dan lemak oleh NIC percuma kat paras bawah).
Aku tanya bila naik, dia kata 27hb Ogos lepas. Hmm.. masa minyak naik dia tak naik, masa minyak turun lak dia naik. Sepatutnya sebagai kedai yang menyediakan barangan kesihatan, anggap le pemeriksaan tekanan darah ni sebagai sumbangan kepada masyarakat sihat. Dulu masa free pun dah untung banyak. Ni kalau dah cas, lagi banyak le untung.
RAMADHAN DATANG LAGI
Dalil berpuasa, Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui"
- Surah Al Baqarah; Ayat: 183-184
Ramadhan datang lagi. Umat Islam akan mula berpuasa dari 1 ramadhan hingga akhir ramadhan (29 atau 30 hari). Jadi aku pun surf le internet nak cari ayat niat puasa dan audionya sekali. Tiba-tiba aku terjumpa satu e-book RISALAH RAMADHAN. Aku ingat masa last belajar ni kat sekolah menengah, dalam subjek agama Islam. Sekarang dah ada e-book. OK le tu. Nak baca KLIK SINI
Isinya menarik dan lengkap. Antaranya:
Tuntunan Ibadah di Bulan Ramadhan
Risalah Ramadhan
Daftar Isi :
• Keutamaan Bulan Ramadhan

• Keutamaan Puasa
• Kekhususan dan Keistimewaan Bulan Ramadhan
• Hukum-Hukum yang berkaitan dengan Puasa Ramadhan
• Sunnah-Sunnah Puasa
• Hukum Orang Yang Tidak Berpuasa
• Hal-Hal Yang Membatalkan Puasa
• Pesan dan Nasihat
• Qiyam Ramadhan
• Membaca Al-Qur'an di Bulan Ramadhan dan Lainnya

• Kadar Bacaan Yang Disunnahkan
• Al-Qur'anul Karim Syari'at Sempurna
• Hukum Melagukan Al-Qur'an
• Sedekah di Bulan Ramadhan
• Tafsiran Ayat-ayat Tentang Puasa
• Pelajaran dari Ayat-ayat Tentang Puasa
• Manfaat Puasa
• Berpuasa Tapi Meninggalkan Solat
• Catatan Penting
• Puasa Yang Sempurna
• Tujuan Puasa
• Petunjuk Nabi dalam Berpuasa

• Puasa Yang Disyari'atkan
• Sebab-sebab Ampunan di Bulan Ramadhan
• Adab Puasa
• Tentang Sepuluh hari Akhir di Bulan Ramadhan
• 'Umrah di Bulan Ramadhan
• Lailatul Qadar
• Taubat dan Istighfar
• Syarat-syarat Taubat
• Berpisah dengan Ramadhan
• Peringatan
• Catatan Penting
• Fatwa-Fatwa Penting
• Zakat Fitrah
• Hikmah Disyari'atkan Zakat Fithrah
• Hari Raya
• Petunjuk Nabi di Hari Raya
• Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
• Rahsia Puasa
Sunday, August 24, 2008
KURSUS BESTARI KH KOHORT 3 IPTI
Dari 21/7/08 hingga 15/8/2008 telah diadakan kursus bestari Kemahiran Hidup kohort 3 di C10 IPTI. Seramai 19 orang guru daerah Johor telah dilatih dengan kemahiran dan teknologi komputer.
Mod kursus ialah 4 minggu di IPTI dan 4 minggu untuk pengurusan professional di sekolah masing-masing.
Saturday, August 23, 2008
TERAPI SEMULAJADI - IKAN
Semalam aku pergi Carrefour Tebrau. Ada satu kedai ikan baru buka. Bukan ikan hiasan tapi terapi ikan. Aku tak berani katakan perubatan ikan, lagipun resit dia tulis AQUA SPA. Letak kaki atau tangan dalam kolam, ikan tu datang... jeng - jeng -jeng. Dia gigit, makan kulit-kulit mati ngan urut urat kita. Bayaran promosi dia RM12 selama 30 minit. Lepas 31 Ogos dia naik RM18 setengah jam. Dia kata kebaikan buat benda ni ada dalam internet. Jadi aku pun surf le, dan boleh baca kat sini KLIK SINI
ikan-ikan berduyun mengerumuni kakiAku buat terapi ni sebab nak tolong usahawan Melayu sambil santai lepas shopping. Cuma kalau boleh tu aku cadangkan beberapa perubahan seperti gunakan bekas fiber glass sebab kolam sekarang mudah bocor (angin), kerusi dengan kusyen yang selesa sikit dan muzik.
Thursday, August 21, 2008
NAK TELEFON BARU..
Baru-baru ni dia nak tukar telefon NOKIA N70.

Jadi sibuklah aku anak beranak pergi survey kedai ke kedai, supermarket ke supermarket, hypermarket ke hypermarket. Kesimpulannya, harga NOKIA N70
- second hand dari RM500 ke atas -warranty 3 bulan
- baru dari RM680 - RM900 - warranty setahun
Aku bukannya tak nak beli, tapi aku tak berkenan dari segi mentaliti anak aku tu atau asas pembelian. Dia asyik cerita kekawan dia pakai NOKIA N70. Mak diorang belikan. Masalahnya, mak diaorang bekerja, mak anak aku tak kerja. Terpengaruh le tu.
Bila aku tanya kenapa NOKIA N70, jawapannya Motorola tu tak boleh tambah memori (built-in), lagu sikit, dan memory dah penuh. Jadi tujuannya adalah untuk hiburan je. Sedangkan NOKIA N70 tu boleh buat video call, surf internet, 3G, bluetooth, kamera dan banyak lagi. Punah segala teknologi yang NOKIA 70 cipta hanya kerana nak dengar lagu. Memory kad pun boleh sampai 1GB aje. Aku kata kat dia kalau nak dengar lagu beli le MP3 2GB baru RM59.90 je. Anak zaman sekarang. Itu le masalah bila anak kita berkawan dengan anak orang senang. Lagipun dari segi umur dia baru 13 tahun.

Adik dia tak kisah pun pakai NOKIA 1110. Baru RM150 je, tak de lagu, tak de video, tak de camera, tak de memori kad. Itu ari aku beli MP3 pun aku bagi dia sebab abang dia tak nak. Zaman aku dulu nak dengar lagu beli 'walkman' pasang kaset. Lepas tu ada diskman, itupun besar lagi. Sekarang MP3 kecik je sebesar kotak mancis. Betul le kata orang..
Wednesday, August 20, 2008
AUDIT ISO 2008
Audit datang lagi. Kali ni peringkat dalaman je.
Walaupun dalaman kena amik serius juga.
Audit yang akan dilihat dari 1 mac 2008- 31 Julai 2008.
Jumaat 8hb Ogos lalu diadakan bimbingan oleh LPS maktab.
Diedarkan struktur organisasi IPTI yang baru.
Pada hari Selasa 12 hb Ogos audit pun bermula
Peringkat pensyarah hanya LAM PT09 je terlibat
4 orang terpilih dari jabatan aku.
Aku salah sorang daripadanya.
Dah lama aku siapkan folio tu.
Yang datang audit jabatan aku dari jabatan IP
Aku yang ketiga.
Dia pun tengok le..
BERMULALAH SOALAN..
Dia pun tanya
" Jadual waktu yang disahkan KJ, .. ada
" Sukatan Pelajaran LK dan AutoCAD, Pedidikan Moral.. ada
" LAM PT09-01 LK dan AutoCAD, .. ada, pendidikan moral mana?
Alamak aku terlupa nak print, tapi dah dapat.
Aku pun cakap "belum print.. tapi ada dalam pen drive
Aku pun tunjuk pen drive
"Hmmm.. ni boleh dapat CAR, bila dapat tu?
Aku cakap le semalam petang dari Jabatan lain, sebab tu ada sedikit masalah komunikasi
"OK aku tulis belum terima..
KJ sudah pasang telinga dan jeling dari belakang divider depan komputer.
Cekap KJ aku ni.
Lega aku..
Lain-lain macam senarai nama pelajar, PT09-02 dan PT09-03 lepas. Minit mesyuarat pengesahan penerimaan PT09-03 pun ada, KJ dah hulur semalam.
Bila aku buka PT09-01 Pendidikan Moral yang diberi, aku tengok diaorang pakai versi Feb 2007. Nasib baik aku tak print dulu. Kalau tak.... problem. Audit tu nak tengok kepatuhan ISO versi Feb 2008. Tapi sekurang-kurangnya aku dah lalui audit ni. Aku tak lari pun.
Aku kan lelaki.
Friday, August 15, 2008
PERUBATAN ALTERNATIF - LINTAH
EEE.. macam geli je. Aku ada dengar juga cikgu-cikgu dalam kursus bestari KH cerita.
Lintah ... bla.. bla .. bla lintah. Order lintah..
Aku ingat main-main, rupanya betul. Ada cikgu yang datang kursus tu bisnes lintah. Bawa lintah dalam kereta.
Petang tu diaorang kata kat aku,
"En, kalau nak tengok lintah, Hj Burn tengah buat ni kat Jabatan Teknologi Pendidikan"
Aku pun gi tengok.
Ada 4 ekor lintah kat belakang, bawah tengkok dia
Gemok-gemok lintah dia..
Hj Yusof pun buat. Ada 2 ekor,
Satu kat kaki kiri dan satu kat kaki kanan.
Aku pun beli le 5 ekor.
Nak buat kat umah. Lagipun dah tengok caranya.
Nak buat sekarang dah pukul 5.00 ptg
Nak solat asar lagi..
Lepas solat asar aku pun buat.
Aku buat kat kaki.
Dua kiri dan dua kanan.
Pertama jatuh dalam sejam kemudian.
dan paling last dalam 11.30 mlm.
Bagusnya biar dia jatuh sendiri.
Kalau nak tanggalkan titikkan air.
JANGAN TARIK ATAU PAKSA!!!
kerana giginya akan patah dan tertinggal dalam kulit.
Maknanya proses ni antara 1 hingga 5 jam.
Bergantung kuantiti darah kotor yang ada pada tempat tu.
Kalau banyak sekejap je dah jatuh.
Kalau sikit tu yang lambat.
Lintah ni tak boleh kongsi, takut jangkitan.
Selepas lintah jatuh, taburkan serbuk kunyit + kopi. Walaupun begitu, proses penyembuhan luka mengambil masa dalam 24 jam untuk darah berhenti mengalir. Tampal dengan plaster.(Tengok pesakit)
PROSES BEKAM LINTAH KAT LENGAN
Mula mencari point darah
Nak dapat penerangan, panduan dan belian, hubungi:
Supplier Cikgu Mohd Asyraf
Tel : 019 7272455
Sekolah Taman Rinting 2
emel: asyraf6057@yahoo.com.my
Wednesday, August 13, 2008
AYAM OH AYAM..
Aku pun gi le stall ayam proses yang aku selalu beli. Terperanjat aku tengok harganya. Dari biasanya bawah RM7.00 dah melepasi sehingga RM7.30 sekilo.
Macamana ni??
Kementerian Hal Ehwal Pengguna pun nampaknya buat tak reti je. Dah le harga petrol naik (terasa juga le), harga barang makanan pun naik melampau. Nampaknya rantaian harga dah berlaku.Rantaian harga bermaksud apabila harga minyak/petrol naik, harga perkhidmatan (lori/ upah) naik, harga barang naik dan pengguna terima bebannya (berbelanja lebih).
Petikan Utusan Malaysia
ARKIB : 21/03/2008
Dunia rasai kenaikan harga barang keperluan
Oleh Mowardi Mahmud (WARTAWAN UTUSAN)
UMUM kini merasai harga barang makanan menjadi semakin mahal. Keperitan membayarnya, bukan lagi isu yang terpencil tetapi membesar menjadi masalah sejagat yang kian mendesak dan membimbangkan. Pada akhir-akhir ini, berita-berita yang menyorot permasalahan berkenaan harga barangan mulai giat terpampang di dada akhbar, sekali gus bakal memperlihatkan wajah buruk seterusnya. Kalau sebelum ini, kelaparan dan kebuluran dilihat tertumpu kepada benua Afrika, tetapi masa telah berubah – ia menyelinap ke negara-negara sedang membangun, malah negara maju juga tidak terkecuali.
Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Makanan Dunia (WFP) sendiri mengakui bilangan negara yang penduduknya mengalami kelaparan dan ketiadaan makanan dijangka bertambah termasuk Indonesia, Yemen dan juga Mexico. Senario ini dilihat akan menjadi lebih ketara dengan berlakunya kenaikan harga bahan mentah, kekurangan bekalan, meningkatnya harga minyak mentah dunia dan perubahan iklim. Kesemua faktor berkenaan saling berkait dan memberikan kesan secara langsung ataupun sebaliknya.
Keadaan cuaca dunia yang tidak menentu menjejaskan hasil tanaman sekali gus mengurangkan keupayaan pengeluaran sedangkan permintaan terus meningkat dari semasa ke semasa. Keadaan ini diburukkan pula oleh kenaikan harga minyak kerana ia menjadi kos lebih mahal dalam rantaian makanan daripada penanaman hinggalah pengedaran.
Peningkatan harga minyak mentah telah memberikan kesan yang signifikan dalam masyarakat sejagat sejak komoditi emas hitam itu meningkat harganya mencecah paras AS$80 setong pada tahun lalu sebelum kini kekal berada di atas paras AS$100 setong. Pada harganya yang mahal, kehidupan menjadi lebih getir dan masalah kelaparan kian ketara.
Peningkatan tinggi harga minyak akan menyukarkan sesetengah negara dunia menanggung subsidi yang sedia diberikan kepada rakyatnya kerana lebih tinggi harga minyak mentah, lebih banyak wang yang terpaksa dibayar untuk menampungnya.
Berdasarkan hakikat itu, peningkatan harga minyak bakal terus menjejaskan kehidupan harian penduduk dunia. Malah, terdapat negara yang telah meningkatkan harga bahan api berkenaan. Sungguhpun begitu, tindakan berkenaan telah menyebabkan Pakistan kehilangan dana yang diperlukan untuk memajukan negara dan bakal menyukarkan kerajaan baru untuk mentadbir negara kerana kantung wangnya semakin menunjukkan tanda defisit di samping kadar inflasi yang tinggi.
Kadar inflasi tahunan Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 25 tahun kepada 6.6 peratus dalam bulan Januari terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga makanan sebanyak 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Lebih menakutkan, penilaian telah dibuat ke atas 30 buah negara yang bakal dilanda krisis bekalan makanan akibat keadaan cuaca buruk hingga menyebabkan meningkatnya permintaan untuk mengisi mulut-mulut yang kelaparan. Sekiranya perkara ini berterusan, dunia akan menyaksikan lebih ramai penduduk yang bakal kelaparan, lebih teruk lagi kebuluran kerana barang makanan yang mahal dan mampu dimiliki oleh mereka yang benar-benar berkemampuan sahaja.
Diedit dari sunber asal: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Monday, August 4, 2008
PC FAIR
Tajuk : PC FAIR
Tempat : Persada Johor Bahru
Tarikh : 1-3 Ogos 2008
Jumaat lepas aku pergi PC FAIR kat tempat aku. Pengunjung punya le ramai. Sesak pun sesak. Parking pun payah. Aku suka survey dulu. Ada le barang nak survey mcm
- Hardisk 160 GB
- pen drive 2 GB
- LCD projector
- MP3/ MP4/ MP5
- Modem + wireless acess point
- Card reader
Banyak syarikat terlibat dalam menjayakan PC FAIR ni. Aku tengok yang datang banyak dari kalangan student tak kira le IPG/ IKM/ UTM/ UiTM/ Kolej Jururawat dan sebagainya termasuk le pengunjung antara bangsa seperti mamat-mamat bangladesh dan mat saleh.
Harga boleh tahan murah. Itu ari tengok kat Low Yat pun SD card 4GB - RM 73 dan pen drive 2GB - RM 29. Aku beli kat PC FAIR SD card 4GB - RM 58, Pen drive 2GB - RM 23, MP3 1GB - RM 59. Ok le tu. Wireless + modem + 4 port + 1 usb cuma RM 140. Aku dah pasang benda ni kat rumah. Sekarang notebook aku dah boleh guna wireless.
Nak cerita aku nak beli RAM dan Hardisk untuk notebook,
Aku cakap kat tokey tu, " nak hardisk 160GB untuk notebook."
Dia tanya, "u punya SATA ke PATA?"
SATA, PATA? amenda tu? Setau aku ada satu je SATA ni dah ada PATA lak.
PATI tu aku tau le Pendatang Asing Tanpa Izin.
Aku tanya RAM lak, "RAM berapa harga?"
Dia kata, " DDR ke DDR2.."
Adooii.. pening kepala aku.
Nak beli mesti kena confirm betul-betul.
Ni kena balik amik notebook. Senang nak crite.
LCD projector paling murah RM 1599 dengan voucher lampu RM 500 dan presenter + laser.
Sekarang ni ada Hardisk antishock. Dia ketuk-ketuk, ngeri aku tengok
Aku tak beli dulu. Menteri kewangan kata tunggu budget 2009.
Aku kena utamakan keluarga. Akukan LELAKI
Saturday, July 12, 2008
PINJAMAN ASB
Baru-baru ni aku buat terbaca promosi pinjaman ASB.
Promosi terbaru pinjaman ASB daripada CIMB,
merupakan yang terendah di pasaran buat masa ini:
Pakej 1:Faedah 5.3% untuk 3 tahun pertama, dan KPA – 0.75% tahun seterusnya
Pakej 2:Faedah 5.8% untuk 5 tahun pertama, dan KPA – 0.75% tahun seterusnya.
Aku galakkan juga sesiapa yang ada duit lebih tu buat le.
ASB ni kalau loan kira macam menabung juga le.
Kalau baca pamplet pinjaman, memang rendah TETAPI
Pinjaman ASB CIMB ini sebenarnya belum masuk insuran.
Insuran lak ikut umur pemohon dan tempoh pinjaman.
Lagi tinggi umur, lebih lama tempoh, lagi tinggi insuran.
Bayar pun tinggi le.
Dulu aku buat juga dalam 2 tahun lepas
TAWAKKAL je.
Susahnya tahun pertama je. BAYAR PENUH
Kalau RM700 sebulan x 12bulan = RM8400
Dapat dividen RM8000
Alhamdulillah..
Lepas tu bonus dan dividen boleh cover lebihkurang 11 bulan.
tambah pun dalam RM400 je.
Jadi tahun ni aku try buat lagi.
Logik aku senang je.
Kalau ada RM10000 simpan dalam ASB cuma dapat dividen RM800 je
Kalau RM10000 dijadikan sebagai modal, loan RM100000, dapat dividen RM8000
Mana nak?
RM10000 jadi RM800 ke
RM 10000 jadi RM8000 setahun.
Bezanya dalam RM7200, bukan sikit.
Modal RM10000 tu duit kita juga bukan duit orang.
Tahun ni aku kena RM 697 untuk 3 tahun pertama.
Lepas tu RM712 untuk tahun berikutnya.
Insuran kena dalam RM4036, ikut umur dan tempoh.
Itu le azam aku.
Aku dah tak nak masuk lagi saham internet yang tak tentu pulang modalnya.
Tak payah masuk skim jutawan sana-sini, nak jadi jutawan kena cari orang.
Tak de orang tak de duit.
Lagipun tak kacau orang.
Kalau kau orang nak try, terpulang...
Campurkan lebihkurang RM30 dari dalam pamplet untuk insuran.
Aku sarankan mulakan dengan yang kecil dulu, RM 10000, RM20000
Ikut kemampuan.
Aku pun buat ikut kemampuan LELAKI aku.
Thursday, July 10, 2008
AQIQAH - KAEDAH YANG BETUL
Mungkin kita terperanjat le sikit. Tapi artikel ni nampak lengkap menceritakan alternatif dalam Islam dan amalan yang betul. Jadi.. kita kongsi
Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
Oleh ZUNAIDAH ZAINON
ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ.
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.
Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.
Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. “Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini.
Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu. Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah
- persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar.
- Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.
“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.Adat cukur jambulAdat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Tuesday, July 8, 2008
DAH BELI BAYAR LE..
Monday, July 7, 2008
RUMAH BARU
Assalamualaikum dan salam perpaduan
Ni cerita nak beli rumah baru.
Aku nak beli rumah baru.
Kira 'landed house' le (pinjam cakap salesman yang jual tu).
Apa tu 'landed house'?
Maksudnya rumah yang atas tanah seperti teres, semi-D, Bungalow.
Bukan apartment, condominium, flat dan seumpamanya
Kenapa??
aku agak harga rumah akan naik.
ye le minyak naikkan..
So beli le sekarang.
Betul ke tindakan aku ni.. entah le
Lagipun aku belum ada 'landed house' lagi.
Jadi aku pun jalan-jalan cari rumah.
Dekat tempat kerja aku ada beberapa projek yang sedang nak buat.
First aku pergi AMAN LARKIN
Bukaan 18'x65'
Build up area 1800 sqft
2 setengah tingkat
Pegangan 99 tahun
Harga : RM 227,185.00
Review:
Ada beberapa kelebihan rumah ni.
1. Lokasinya
- berhampiran tempat kerja. Boleh balik petang makan tengahari.
- 100 m dari Masjid Larkin jalan kaki pun boleh sampai
- stesen minyak Petronas kat hujung simpang.
- kedai makan kat Jalan Gagah
- stesen bas Larkin pun dekat 10 minit memandu
kelemahannya:
* status tanah: 99 tahun
Cuma boleh 3 generasi je.
katakan aku 60 tahun, anak aku 60 tahun, cucu aku lagi..
Lepas tu tak de rumah..
* Tanah rendah, kemungkinan banjir
* bukaan kecil untuk letak dua kereta bersebelahan ataupun belakang.
member bagitau dia amik
Coryota 20' x 70' baru RM187,xxx.xx
Coryota 22' x 70' baru RM 212,xxx.xx
Jadi berkobar-kobar le aku pergi ngan family
Rumah besar sikit dan mampu milik.
Rupanya harga dah naik. Saleman tu kata itu harga 3 bulan lepas...
20' x 70' dengan build up area 1460 sqft RM 219,xxx.xx
20' x 70' dengan build up area 1780 sqft RM 236,xxx.xx
22' x 70' dengan build up area 2084 sqft RM 265,xxx.xx
Memang sah harga dah naik.
Kalau ikut build up area Aman Larkin lagi luas dan murah.
So aku pergi survey lagi
Kali ni pergi Kempas Indah
Rumah dah siap
Jasmine, 22' x 70' build up area 2034 sqft .RM 218,xxx.xx
Dah ada orang duduk.
Tapi aku nak potong gaji kalau boleh 2010. Ada plan lain.
Lagipun rumah dah siap ni kalau loan lambat bayar, banyak interest kena bayar.
Luas dan murah dari Setia Tropika
Aku pun tolak
Suatu hari aku pergi bank CIMB
Nak jadi cerita jumpa flyer Bandar Dato Onn.
Tengok harga macam OK je, so jalan-jalan cari rumah.
Dia ada
Celocia 1, 2 dan 3
Cleome 1, 2 dan 3
Aku amik Cleome 2, 24' x 70' RM244,750.00 build up area 2222 sqft
Aku rasa sesuai dengan keluasan bilik untuk anak-anak aku membesar
Aku harap tindakan aku betul..
Aku kan lelaki.
Tuesday, April 1, 2008
OLAHRAGAWAN LELAKI
Tempat: padang Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Tarikh : 22 Mac 2008
Masa : 7.30 pagi - 1.oo ptg
Banyak le peserta yang datang dari SKTU, STAR, Bandar Tinggi, Taman Pelangi.
Emak bapak pun ramai. Banyak acara anak aku masuk dan menang. Tapi yang tak disangka, anak aku jadi olahragawan lelaki sukan pra sekolah zon bandar 2008
menerima hadiah dari pengerusi
menjulang tangan rakan-rakan
Friday, March 21, 2008
AUDIT ISO
17-19 Mac yang lalu
Bila audit je, semua gelabah
dari golongan marhain sampai golongan bawahan
nak kekal prestasi baik
takut terjumpa benda yang salah
tidak akur
tersungkur
maka
berlakulah pengumuman-pengumuman
hantar ini dan itu
sebelum sekian-sekian tarikh
itu pun dikira telah amik tindakan
telefon berdering-dering
bilik cetak sampai habis kertas
mencetak pelbagai bahan
dari sukatan-sukatan
borang-borang
minit-minit mesyuarat
hebatnya audit ni..
aku??
aku lelaki, kan?
ingat nak control hensem dan mancho
tapi gelabah juga
audit nak tengok hasilkerja
dari 1 sept 2007 sampai 14 Feb 2008
Nak tahu apa berlaku?
Tiba-tiba je
Perancangan Semester 2007 aku hilang
kena buat balik le
aku pun bukan pandai simpan dalam fail
agak-agak nak failkan, ada le..
agak-agak lupa, hilang le..
masalahnya nak rujuk kat mana?
dokumen Feb 2007 dah lupus
dokumen Mei 2005 lagi le tak de
kat web ada Feb 2008 je
(cepat pulak pegawai dokumen tukar)
KJ pun panik
hancuusss
Telefon le kekawan
minta copy pen drive
minta emel kan itu ini
kena sebut betul-betul
LAM kena betul PT09-01, PT09-02, PT09-03
versi kena betul Mei 2005, Feb 2007, Feb 2008
Akhirnya
nama aku tak dalam senarai kena audit
lepas siksa kejap
Lega???
tidak lagi
Ogos nanti dia mari lagi..
Jumpa lagi..
Aku tunggu..
Aku lelaki..
Sunday, March 9, 2008
PILIHANRAYA
Keputusan pun dah dikeluarkan
Kepada yang menang, tahniah!
Kepada yang tumbang, kena fikir sendiri le.

Ada 2 petikan akhbar yang menarik minat aku
— KUALA LUMPUR Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.
“Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.
Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.
Anwar layak bertanding pada pertengahan April.
Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.
Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.” “Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,” kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.
“Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.” Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.
Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.
“Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.
- Bernama
MIC tenggelam dalam tsunami politik
09/03/2008 4:12am
KUALA LUMPUR 9 Mac – Pilihan Raya Umum 2008 mencatat sejarah hitam bagi MIC apabila presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah dalam pertandingan. Berbanding kemenangan 100 peratus yang dicatatnya pada pilihan raya umum 2004, pada pilihan raya kali, parti berasaskan kaum India itu hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Keputusan setakat ini menunjukkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, tetapi memenangi empat kerusi di Johor.
Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu, yang memimpin parti itu sejak sekian lama, kalah di Sungai Siput, yang menjadi kubunya sejak 1974.
Bagaimanapun, setiausaha agung parti itu Datuk S. Subramaniam dan seorang lagi calonnya S.K. Devamany terselamat dalam tsunami politik yang melanda MIC, apabila masing-masing berjaya memenangi kerusi Parlimen Segamat dan Cameron Highlands. Ketua Penerangan MIC Datuk M. Saravanan pula terselamat daripada bencana itu apabila menang kerusi Parlimen Tapah. Timbalan presiden parti itu, Datuk G. Palanivel juga tumbang di Hulu Selangor manakala naib presidennya Datuk S. Sothinanthan kalah di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Seorang lagi naib presiden MIC Datuk S. Veerasingam, yang berpindah daripada kerusi Parlimen Tapah ke Sungkai, juga kalah.
Ketua Pemuda MIC, Datuk S.A. Vigneswaran turut menjadi korban apabila kalah bagi kerusi Parlimen Kota Raja, manakala Ketua Wanita MIC mengalami nasib serupa di Kapar.
Di Subang, muka baru S. Murugesan juga kecundang dalam cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat. - Bernama
Saturday, March 1, 2008
TEST DRIVE - RUSH, INNOVA DAN AVANZA
Tak de jam, tak payah koyak kopun dapat bawak family sekali.
Lalu kat showroom toyota susur 5, nampak ada ramai orang. Pelancaran SUV Toyota RUSH. So aku settlekan kerja-kerja perbankan dan datang semula untuk pandu uji. Sampai je, ada amoi namanya JUNE layan aku dan family. Dia tanya nak TEST DRIVE??? Pucuk dicita ulam mendatang le. Minta lesen memandu? No hal le.
Mula-mula bawa RUSH 1500 cc. Aku bawa versi manual. Cluth tinggi so kena buat driving adjustment. Rasanya macam underpowered. Body berat. Interior pada aku kecil. Aku tak minat kereta apabila aku duduk, kepala jejak siling dan memang pada sit belakang sekali tu kepala aku jejak. Memang tak minat. Satu lagi steering dia tak stabil. Sampai showroom, dia offer.. test drive INNOVA
INNOVA ni 2000 cc. versi automatik. Kuasa ok, tapi bila auto tu biasa le, pickup mula tu kurang. Selesa, kepala tak jejak siling, steering stabil. Harga RM107,XXX.XX
Turun je dia tanya, nak test drive AVANZA??
AVANZA 1500 cc automatik dengan ABS. Dia kata semua avanza ada ABS. Tak macam INNOVA dan RUSH, hanya versi G sahaja yang ada ABS. Puas hati. Kombinasi enjin dan berat body yang seimbang. Pickup mula lebih ok dari INNOVA. Puas hati gak. Kepala tu cecah sikit tapi tak macam RUSH. Harga RM 77,XXX.XX. Loan Public, Maybank dan Ambank.
Hati aku nak test drive HI-LUX, walaupun sebuah pickup tapi nampak bergaya le.
Lepas test drive tu amoi pun buka crite pasal payment. Rupanya 1 dan 2 mac 2008 ada promosi rebat bayaran muka sebanyak RM1500.00. So downpayment cuma RM 58XX.XX, bulanan RM 774 je selama 9 tahun. Dia tanya nak trade in ke? Kira-kira pun dapat RM 4000 je. Kena tambah lagi RM 18XX.XX lagi.
Aku cakap nanti. Van aku tu dah banyak bocor, air-con pun dah lama tak buat. Bila hujan, dalam van basah dan cermin pun berkabus. tapi aku belum bersedia dengan komitmen bayaran bulanan ni. Lain kali le.
RAJA LAWAK NABIL- BEBAS
Terdapat dua slot dalam video klip ni.
Satu lawak yang kreatif, bersih, dan menghiburkan
Tag beliau ialah "Lu Fikir Le sendiri"
Saksikan...
Tuesday, February 26, 2008
SELAMAT HARI JADI ISTERIKU
Aku dah beberapa kali datang ke sini samada dengan kawan-kawan ataupun family. Landskap memang menarik le dengan kolam air pancut, tiga skrin besar dengan LCD, siaran astro dan meja kayu klasik.
So aku order le siakap masam manis, asparagus, udang barter, nasi putih dan air teh panas. Amik air panas pun sebab anak sulung aku tu tak sihat.
Dulu masa member sekerja nak belanja, aku cadangkan MYFRIEND tapi mereka tolak kerana servisnya lambat. Tapi bila aku pergi semalam, sekarang waiter order pakai walkie-talkie terus ke dapur. Lepas order je, tak sampai 5 minit pinggan dah sampai. Satu peningkatan yang baik.
Jadi adale beberapa gambar yang aku amik buat kenangan. Lepas abis makan, aku pun beri hadiah kat isteri aku. Terkejut dia. Nak tahu hadiah apa?
HASILKERJA STUDENT
Memang berbakat le nak jadi pelakon, juru gambar dan jurutera bunyi.
Friday, February 22, 2008
Thursday, February 21, 2008
VIRUS
Sebab tu masa present, aku suruh dia bawa laptop sendiri dan cucuk kabel. Safety. Selamat komputer urusetia. Dulu, masa kursus bestari pernah buat rewang macam tu. Pensyarah datang bawa pen drive, cucuk. Satu hari je, lps tu angkut ke JTMK...FORMAT!!
Siapa yang angkut???
Aku le... AKU LELAKI
MS FRONTPAGE vs PUBLISHER
Program ni kena guna kod HTML atau Java Script. Aku tak expert sangat dengan program selain MSfrontpage. Jadi ajar le dalam MSfrontpage. Tapi cuma sorang je yang ada frontpage. Yang lain guna publisher. Siap ustaz tu kata aku pakai perisian zaman hang tuah, hantu punya ustaz.
Lepas tu ada suara-suara nak suruh buat dalam publisher.
Macamana ni...
Nak tak nak kena le turun padang. Belajar le sikit-sikit. Aku tau publisher ni ada html dan java script tapi tak tahu tools dia. Dulu ada En Kamaruddin tu nak bantu tapi aku dah tepu. Baru belajar Frontpage dah nak belajar publisher. Itu pun dengan buku Zaidatun Tasir, gambar dia duduk kat riba Jamaluddin Harun, laki dia. Aku kenal sangat dengan dia tu, dulu dia pemeriksa tesis first degree aku. Dia dah ada doktor sekarang. Katanya dah dapat PM sebab banyak buat buku. Rezeki dia.
Lepas tu semua kata senang publisher tapi cakap mulut je, ajar tak nak. Jadi aku pun malas le nak belajar. Tapi pagi ni tercabar juga le. So... aku pun test kat komputer orang. Nak dapatkan pendapat atau bantuan. Mana tau ada pensyarah yang lagi skill dari aku yang boleh bantu. Aku gunakan "soft skill" dan all the experience, akhirnya aku dapat juaga menghasilkan satu embed youtube di publisher. Thanks to nyonya Ang Chwee Pin.
Ada yang tak dapat buka youtube pasal program tak update. Agaknya baru pertama kali masuk. VIRGIN lagi. Nasib baik Azyan Zuhaila bantu updatekan. Aku bab-bab perisian ni surrender le lebih-lebih lagi bila dh masuk 2-3 level. Ustaz tanya nak update kerpersky pun aku buat dono je. "tak de dalam syllabus". Lepas tu aku blah..
Aku dah pernah guna kerpersky dan AVG tapi aku lebih minat Avast. Setakat AVG aku boleh tolong le update kan tapi kerpersky ni biasanya dia suruh bayar.
Tuesday, February 19, 2008
MEMORY FULL
Ishh. baru 140 shot dah full? apa taknya, video banyak amik space.
Video apa??
Video bisness.
Video Heliza AF5
Video dalam klas - praktikum
Tengok le nanti. aku nak letak dalam blog ni.
GILA GLAMOUR
Aku suka perhatikan gelagat mamat sekor ni..
Peserta je, kalau cakap, nak berlagak.
(Ini ada le kes-kes terdahulu)
Konon-konon nak tunjuk blog dia kat member lain..
Lepas tu cerita le.. student boleh tahu pergerakan dia, bla.. bla.. bla..
Bila orang tanya, minta bayaran plak.
Malam tu aku diam-diam le tengok blog dia.OK le aku tengok. Aku tumpang bangga le bila pensyarah UPGRADE knowledge ICT dah ada blogger, tapi aku geli sikit bila baca
"Sebelum ini pegawai PPD XXXX Sains YYYY"
Apa persepsi pelajar bila baca statement ni?
Kalau biodata, tulis le semua sekolah yang pernah berkhidmat.
Grand sangat ke PPD tu sampai tak boleh tinggal?
Hina sangat ke sekolah?
Inilah kata orang KACANG LUPAKAN KULIT
Jangan macam tu.. ingat asal usul kita.
Aku bangga dengan sekolah lama yang aku pernah berkhidmat. SMTKT dan SMVAG. Walaupun ada yang kata sekolah SMVAG tu macam kandang ayam, aku tetap bangga. Sebab di situ aku mencari rezeki dan menabur bakti pada ramai anak bangsa. Banyak kenangan di sana. Memancing waktu petang kat sawah, pergi masjid lalu pelantar atas sawah memang best le sekolah tu. Aku enjoy dengan sekolah dan persekitarannya.
Aku suka KEKAL begini.
Aku pun blogger juga tapi suka LOW PROFILE.
Tapi ramai yang tahu kebolehan aku. Tak payah cakap kuat-kuat pun. Aku LELAKI
KEHILANGAN ANAK MURID
Semalam aku terima berita. SMS dari siapa pun aku tak pasti.
KEHILANGAN!!!
Bukan hilang macam Sharlini..
tapi telah menemui Illahi.
AL FATIHAH!!
Memang aku tak berapa rapat dengan anak murid aku, tapi aku kenal dia sebagai tutee aku. KPLI JQaf 2006. Lagipun dia KO. Muda lagi orangnya. Kelakar pun ya.
Bila aku terima berita, aku cuba hubungi rakan-rakannya tapi semua nombor telefon mereka telahku padam. Akhirnya aku balik ke rumah kerana pasti ada saki baki no mereka dalam buku telefonku.
Ya... Husna, penolong KO. Gadis yang menyenangkan. Aku call
" Assalamualaikum en, Husna tengah drive, kami nak ke rumah arwah ustaz" jawabnya.
Aku sedikit tersentak, betul SMS yang aku terima.
Aku tak beri perhatian sangat tentang butir perbualan yang aku ingat ada disebutkan nama Ustaz Kamaruddin, bekas pekerja Kementerian Hal Ehwal Pengguna, Kota Tinggi.
Aku bertanyakan alamatnya,
"15-6 Jalan Bakariah, Muar."
Aku berpesan pada mereka supaya menghantar berita-berita terkini.
Pukul 2.40 ptg aku terima panggilan dari Husna, dia dah sampai tapi masih belum mendapat mencari cerita kerana tidak kenal siapa-siapa di sana. tapi jenazah belum sampai lagi. Kemudian Nurul Khairiyah SMS memberikan berita yang sama. Ramai sungguh rakan sekelas ustaz ni yang menziarahinya.
Akhirnya aku terima SMS yang menyentuh perasaan KELELAKIAN aku tentang penyempurnaan tugas; manusia kepada manusia dan manusia kepada Allah:
ARWAH NAJIB HANTAR BABY DIAORANG YANG BARU 5 BULAN KE NURSERY. HANTAR ISTERI YG BARU DAPAT JQAF TAHUN INI KE SK LABIS. PASTU BARULAH NAK KE SK BKT KEPONG TEMPAT DIA MENGAJAR. LORI TU MASUK JALAN DIA REMPUH DEPAN KERETA. DENGAR CERITA DADA DIA TERUK.
DENGAR CERITA DIA TENGAH PUASA SEBAB ISTERI DIA DAPAT KERJA. USTAZ KAHAR JQAF DARI JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR DATANG JUGA. ALMARHUM DIKEBUMI LEPAS ASAR TADI "
Sayu membacanya...
Sebelum meninggal, beliau menjalankan tugas yang sebaik-baiknya sebagai seorang ayah, isteri dan umat yang soleh.
ALFATIHAH kepada MUHAMMAD NAJIB BIN DIMYATI pada 18.2.2008. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.









