Monday, June 16, 2014

DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Semalam adalah hari bapa. Hari bapa jatuh pada Ahad ketiga setiap bulan Jun. Nak belanja ayah aku pun, arwah dah tak de. Jadi semalam, anak aku nak belanja makan malam. Jadi plan le, nak ke Mohd Noor Gear Box, Cenderawasih atau Dataran Bandaraya. Akhirnya pergi Dataran sebab ada steamboat lidi.
 
Papan tanda Lokasi
Steamboat ni ada yang hidang dalam bekas dengan api samada gris atau dapur gas. Kuahnya boleh pilih kuah sup atau tomyam. Steamboat lidi pula, bahan-bahannya yang disediakan dicucuk dengan lidi dan direndam dalam pot kuah, biasanya sup. Selepas itu dihidangkan dalam polisterin dengan kuah kacang campur sos/ sambal dan seumpamanya. Di Dataran, peniaga menggunakan lori panel yang dinding boleh buka kiri, kanan dan belakang.
Makanan steamboat ni boleh dikategorikan kepada 3,
1. makanan laut artificial seperti seperti udang, kek ikan, bebola sotong,
2. sayuran  segar seperti brocoli, kangkung, jagung muda, bendir,
3. daging seperti paru, hati, sosej ayam, telur puyuh,
4. makanan proses seperti tauhu kering, lau chu fah (mcm kuey teow putih).

 
Pengunjung yang menjamu selera

 
Variasi makanan
Harga berdasarkan warna pada lidi seperti Biru (RM1.00), Merah (RM1.50) dan  Hijau (RM2.00).
Selain itu, ada makanan sampingan seperti pepes (RM8.00), tauhu bakar (RM5.00), Bakso (RM5.00), Char kuet teow udang/ sotong.
Selain makanan, terdapat banyak tarikan pada waktu malam di sini dan perniagaan yang dijalankan. Sewa kasut roller blade (RM7.00-RM10.00/ 30 minit), main belon sabun besar (RM2.00-RM5.00/ 30 minit), dan basikal.
Dataran Bandaraya dengan latar belakang Hotel Thistle

Kawasan perniagaan di Dataran ni lokasinya hanya terletak atas tempat kereta bersebelahan thistle Hotel. Kekuatan kawasan ini adalah ia mempunyai kawasan lapang untuk aktiviti masyarakat dan keluarga. Selain itu kemudahan bilik air juga disediakan.

Sunday, June 8, 2014

PENGALAMAN KERJA KFC KSL DAN TAK BAYAR GAJI

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Anak aku cuti politeknik. Semester ni kena keluar asrama dan duduk di rumah sewa. Jadi nak cari kerja untuk bayar yuran dan sewa rumah. Jadi dia pergi le KFC cawangan KSL. Aku pun taktau kenapa pergi situ lak. Dah le 7km dari rumah. Gaji pun tak besar mana. Dia kata KFC bayar RM4.33 sejam. Tempat lain dalam KSL tu RM5.00 dan RM6.00 pun ada.
1 Jun hari tu anak aku dapat gaji. Dia kata sikit sangat. Lagipun dia kerja pada 1 Mei. Jabatan Tenaga Kerja kata sepatutnya majikan bayar 3x gaji. KFC ibupejabat pun kata bayar 3x gaji. Tapi manager dia xbagi 3x gaji. 1 Jun aku pun telefon JTK, dia minta punch kad dan slip gaji. Aku pergi KFC anak aku suruh dia minta punch kad dan slip gaji.
Balik, anak aku kata manager pun dah 2 bulan tak dapat slip gaji. Punch kad dah hantar KL. 4hb aku jumpa manager dia lagi. Aku nak tahu berapa hari kerja, bagaimana gaji 1 Mei dikira dan overtime anak aku. Dia suruh aku telefon dan minta KFC ibupejabat faxkan punch kad tapi bukan fax pada KFC KSL tapi fax kat aku. Aku mana ada mesin fax. Aku tanya, aku yang kena telefon ke? Sepatutnya manager le telefon.
Memandangkan dah 4 hari aku tunggu dah tiada jawapan dan kerjasama dari manager-manager di KFCKSL, aku pun ajak anak aku pergi pejabat buruh dan buat aduan.
Dalam laporan tu, pegawai tu kata mereka akan siasat. Mereka akan minta punch kad dan slip gaji dari manager KFCKSL. Dah tentu KFCKSL yang kena minta punch kad dan slip gaji dari KFC ibupejabat samada salinan atau fax. Mereka akan kira dan pastikan jumlah pembayaran adalah mengikut jumlah yang sepatutnya.

Saturday, June 7, 2014

ENJIN OVERHEAT LAMPAU PANAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Hari ni aku balik Tangkak naik JGS5239. Kereta ni guna NGV. Bahanapi jimat le tapi tol sama je. Lepas tu nak singgah kolej anak aku kat Negeri Sembilan. Masa tengah highway tu, temperature naik tinggi bila anak aku bawa. Aku pun hairan sebab kipas radiator baru tukar. Anak aku pun bila temperature naik tak nak berhenti. Tambah hairan bila aku bawa, temperature tak naik pula. Ada yang tak betul ni. Masa laju, temperature tinggi, masa perlahan temperature OK. Berbagai teori le keluar. 1. Kipas tak de kualiti. Sebab masa beli tu dia tanya nak baik ke biasa? Baik RM100, biasa RM50. Aku beli biasa je. 2. Member pula kata kipas kondenser tak kuat, mempengaruhi putaran kipas radiator. Aku suspek radiator sebab dari cap tu nampak ada bendasing dalam liang. Biasanya karat akan membentuk lapisan macam tanah. Jadi, balik Tangkak, aku pergi le kedai "Membaiki Tangki Air". Kat Tangkak ni terutama depan SMK Tun Mamat, berderet kedai tayar, membaiki Hawa Dingin, Kedai Elektrik Kereta, Servis kenderaan yang berkaitan dengan kereta. Biasanya kedai elektrik kereta paling jarang ditemui. Aku tanya servis tangki berapa? RM50. Buka, cuci dan solder? Ya. OK le. Jadi pomen tu pun buka radiator, buka kipas, dan mula membuang solder yang lama. Penutup atas pun terbuka. Pomen ni tak buka bahagian bawah. Seterusnya dia menjolok setiap liang hingga ke bawah. Memang ada yang tersumbat. Radiator aku jenis satu liang je. Sesetengah orang ada yang guna 3 liang, tebal sikit dah lebih lambat panas. Setelah jolok, dia guna water jet untuk bersihkan liang tu lagi. Siap je, pomen tu guna wire brush untuk membuang sisa timah yang ada dan membersihkan permukaan sebagai persediaan solder semula. Setelah siap solder, pomen menguji bocor dalam tangki. semua lubang ditutup dengan penutup getah dan sedikit tekanan angin dikenakan. Setelah tiada kebocoran, kipas, radiator dimasukkan dalam kereta. Pomen tu provok tukar getah hos air, aku pun setuju. Satu hos RM15 x 2 = RM30. Hos ni bukan tak boleh tukar sendiri, masalahnya dah sekali duduk dan aku tak tau bila kali terakhir tukar dan dah overheated. Pomen ni guna gam dayak sebagai gasket dan silikon. Akhirnya pomen ni provok guna coolent, RM25. Pomen tu bersihkan tangki spare, berkeladak air karat keluar dari tangki. Kos keseluruhan, servis radiator (cabut radiator, buka bahagian atas, buang solder,jolok liang, tembak water jet. berus dawai, solder baru, uji bocor, pasang)RM50, Hos RM30, Coolent RM25, Klip RM5 = RM110 Balik tu aku isi NGV kat Air Keroh dan balik terus ke JB. Sampai hampir Tol Skudai, NGV habis, guna petrol. Temperature normal sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.

KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Anak aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jadi aku pun search guna googlemap. Tengok kena lalu Durian Tunggal, Lebuhraya AMJ, Simpang Ampat, Pulau Sebang, Tampin, Kemus, Johol, Selaru, Kuala Pilah. Kawan-kawan anak aku kata kalau nak balik JB kena naik bas pergi Kuala Pilah, kemudian Kuala Pilah ke Seremban dan Seremban ke JB. Member aku pula kata kalau nak balik Kolej naik bas ke Seremban, lepas tu amik teksi/ kereta sewa dari Seremban terus ke Kolej dalam RM60. Tak perlu naik bas ke Kuala Pilah dan Kuala Pilah ke Kolej. Bagus juga idea tu, takut sampai Kuala Pilah tak de teksi. Bila aku hantar, aku lalu le Simpang Ampat, AFamosa, Kemus, Pulau Sebang, Tampin dan seterusnya. Kata anak aku dari Kuala Pilah ke Seremban dalam 1 jam. Sedangkan dari Tampin ke kolej dalam 30 km atau setengah jam sahaja. Aku pergi le stesen keretapi Tampin buat survey. Sebenarnya masa aku bertugas di Alor Gajah, ada juga le pergi Tampin samada ke Pasar Malam hari Sabtu atau makan Yong Taufu / Roti Canai kat Stesen Keretapi Tampin. Maklumat yang aku dapat adalah terdapat tiga perjalanan keretapi Tampin ke Johor Bahru Central iaitu pukul 10.30 pagi, 4.00 ptg dan 12.30 tghmlm. Tambangnya pula RM25 satu tempat duduk. Kalau rombongan 10 orang dapat potongan 25%. Keretapi ni sit ada, bilik air ada, surau ada. Tiket pun boleh booking online www.ktmb.com.my Dari Johor Bahru Central pula keretapi pukul 8.30 pagi, 2.00 ptg dan 11.30 mlm. Kalau nak ambil pukul 2.00 ptg atau 11.30 mlm, tak sempat le sebab nak masuk kolej sebelum 7.00 mlm. Tempoh perjalan dari Tampin ke JB Central adalah 5 jam. Cuma aku tak dapat tanya lak tambang dari stesen ke kolej tu.

Saturday, May 24, 2014

PROGRAM V INFINITI

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Aku baru sertai satu program V-infiniti.

TUKAR KIPAS BLOWER DAN SUIS

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Hari ni aku tukar kipas blower air con dan suis. Blower tu aku tukar kit; satu ammature dan carbon brush RM35. Suis tu RM30. Casing guna yang lama. Suis tu tak berapa jadi. Bila buka lower tu, habuk carbon brush lama memang tebal. kena bersihkan dulu.

TUKAR TAYAR

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Aku tukar tayar JCM2839. Ada skru tembus. Tayar ni guna rim 14. JGS5329 guna rim 13. Jadi kena tukarlah sebab bunga luar dia pun dah haus. Aku tanya kedai kat Sri Bahagia. RM160 satu. Oleh kerana dua tayar depan dah haus, aku tukar dua-dua sekali RM320. Kemudian buat aligmnent, camfer dan tukar skru cam RM55. Camfer ni yang buat makan tayar tak sekata.

TUKAR DISTRIBUTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Anak aku balik kerja hari tu kata enjin kereta JGS5329 mati-mati. Dah le balik tengah malam, nasib baik ada kawan tolong tolakkan. Lepas komplen tu aku bawa le dari rumah ke BENAFE sebab tertinggal barang lepas jumpa master trader. Ok je aku bawa. Ada hari tu, aku suruh anak aku bawa kereta hitam sebab ada urusan bank. Tiba-tiba simpang Jalan Serampang enjin mati tiba-tiba. Senyap je. Sudah elektrikal ni. Start tak boleh. Nasib baik turun bukit. Start tak leh, aku lurut dan masuk gear dua. Dalam istilah automotif dipanggil "kick start". Hidup pula. Aku nak pergi kedai eletrikal kereta kat Jalan Datuk Sulaiman. Sampai Jalan Landak Maman, mati lagi. Kali ni naik bukit. Start tak boleh. Anak aku tolak. Hidup lagi. Aku terus pergi kedai elektrikal. Aku kata kat mekanik tu. Dia tanya, you dah bikin ke? Aku cakap le ni elektrikal bukan mekanikal. Guna gas. Aku kata le dia hidup. lepas tu kosong, mati. Ooo.. Dia macam overheated dia mati le. Aku pun buka bonet. Pomen tu terus kata ini distributer punya hal. Bila coil dia panas, enjin mati. Aku macam tak percaya. Sebegitu mudah. Aku tanya le tak leh tukar barang ke, carbon brush, coil. Dia kata distributor tak boleh tukar barang. Aku pun pergi le MAXLEE Sri Bahagia beli distributor. Aku nasihatkan bila beli distributor beli condensor sekali supaya kita boleh ingat terikh tukar serentak. Condensor lama aku tak tahu bila tarikh belinya. Jadi condensor baru RM12 + distributor RM150. Distributor ni patutnya kena setting dengan timing light. 12-15 darjah. Sekiranya setting tak betul, enjin akan "advanced" sangat atau "retard". Petang tu, aku buka distributor. Aku pelik juga sebab minyak ada dalam distributor cap. Maknanya minyak enjin masuk melalui coil ke cap. Sebab itu overheat atau coil berlaku pintas. Aku pun pasang balik. Dapatkan laras yang sesuai. Dah siap.

TUKAR KIPAS RADIATOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Hari ni aku tukar motor kipas radiator. Kipas tu dah bunyi. Takut nanti berhenti, temperature naik pula. Tukar kat PROSAGA Kempas. Kereta JGS5329. Harga kipas RM50 (biasa) dan RM100 (baik). Kipas ni ada satu wire bumki, satu supply dan satu sensor pada radiator. Upah RM20 je. Lepas pasang bunyi pun dah tak de.

Saturday, May 3, 2014

BUKU REKOD PERKHIDMATAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Hari ni aku nak cerita pasal buku rekod perkhidmatan (BRK). Buku ni penting dalam perkhidmatan kerajaan kerana pengisiannya secara manual sama ada tulis tangan, cop dan tanda tangan pegawai. Ada beberapa perkara yang perlu dicatatkan dalam buku rekod ini seperti tarikh mula berkhidmat, lantikan pertama, pengesahan, lantikan semasa, pengesahan semada. Selain itu, pengisian kursus yang dihadiri, tarikh mula menduduki kompleks institusi pendidikan, beli komputer dengan pinjaman kerajaan, beli rumah dengan pinjaman kerajaan, cuti belajar, penerimaan imbuhan-imbuhan dan tarikh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Tarikh mula berkhidmat : 1.12.1992 Tarikh lantikan pertama : 1.3.1993 Tarikh sah jawatan : 1.3.1996 Tarikh kemasukan jawatan berpencen : 1.4.1996 Tarikh naik pangkat terkini : 116.5.2008 Tarikh pergerakan gaji : 1 April Rekod cuti Pengumpulan cuti rehat : 47 Opsyen bersara : 60 Tangga gaji pada 1.1.2002 P1T6 Tangga gaji pada 1.4.2002 P1T7 1.5.2004 Tarik mula menduduki KIP Anjakan gaji 2004 Dari P1T8 ke P2T9 Lulus PTK Pemberhentian pembayaran komputer Julai 2008 Tandatangan rumah dato Onn 8.9.2008 pergerakan gaji DG41 ke DG44 P2T14 RM3020.53 ke P1T2 RM 3133.27

Saturday, April 19, 2014

TEMUDUGA

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Pada 17.4.2014 anak aku dpt temuduga ukcg ujian kelayakan calon guru.

Tuesday, March 4, 2014

BENGKEL ONLINE LEARNING PAT 2014

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

username IC
password : Jhdt_1266

Pada 2 dan 3 Mac 2014 aku menghadiri kursus ONLINE LEARNING (OLL) di makmal komputer C4. C4 ni tak de kena mengena dengan bom dalam kes pembunuhan AL TANTUYA. Tapi famous le lepas kes tu.

Aku mengajar subjek EDU3101. Katanya kena buat OLL. Aku pun buat le OLL tapi pensyarah lain yang mengajar subjek yang sama buat dek je. Ada ura-ura mengatakan OLL untuk PPG je, PISMP tak perlu. Penyelaras OLL tekankan OLL, katanya PISMP akan gunakan juga OLL.

Memula teruk juga aku nak buat. Knowledge ICT aku tinggi juga le tapi bila guna platform kementerian ni, kena belajar juga. Setakat blog, slideshare, scribd boleh buat  tetapi benda ini termasuk dalam sekatan KPM Kekadang bengang juga.Walaupun aku minat ICT, aku tak minat sosial network maupun campur tangan dan ambil "port". Aku malas le WhatAssp, WeChat dan Instagram.

So bila dapat  peluang belajar ni, aku dapat menyelaraskan pengetahuan aku dengan kehendak kerja aku. Penyelaras bengkel pun tahu tahap kemahiran aku. Cakap sikit dah faham, siap lebih-lebih lagi.

Apa yang aku belajar?
Buat Assignment
Masukkan video
- pilih video yuotube
- klik share
- klik embeded
- copy
- dalam assignment klik HTML
- paste dalam dialog box.

Buat Quiz (aneka pilihan)
- memula buat soalan dalam Question bank.
- pilih multiple answer
- masukkan solan dalam dialog box
- masukkan jawapan dalam answer
- jawapan yang betul perlu meletakkan skor 100%
- save

- klik add activities
- pilih Quiz
- nanti ada pop up Question Bank, klik [show all]
- klik save and display
- klik switch role, pilih student
- jawab le..

Kuiz ni boleh set tarikh masa buka dan masa tutup.



Wednesday, February 26, 2014

LAMAN WEB JABATAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

ID ali
password 681204

Aku dihantar untuk mesyuarat laman web jabatan aku, Jabatan  Penyelidikan dan Inovasi Profesion Keguruan. Jabatan yang paling panjang nama dalam IPG aku. Singkatannya JPIPK.

Aku datang je mesyuarat, fasilitator dah perkenalkan aku sebagai "EXPERT'. Aku senyum je. Sebagai staf yang baru melapor diri tak sampai 2 bulan, tentulah kena belajar benda baru.Orang lain pun pelik dan kagum pada aku.

Tugas aku memperkemaskan organisasi jabatan secara online. Oleh kerana ada perubahan penstrukturan, aku kema buat carta organisasi baru. KJ suruh letak gambar. Jadi aku minta gambar dari PAP dan minta dia emelkan. Siap le carta tu. Kemudian aku masukkan gambar aktiviti. Aku masukkan gambar yang ada dalam simpanan aku. Gambar kena pilih sebab ada yang dah bersara dan berpindah kena keluarkan. Aku ingatkan nak 'copy n paste' tapi dia minta URL. Browse pulak tak de. Aku pun masukkan gambar dalam slideshare dan photobucket dan paste URL dalam tu. Siap.

Bila tunjuk kat KJ guna intranet IPG, gambar tak keluar. Aku jumpa pegawai teknologi maklumat (PTM). Rupanya slideshare dan photobucket kena blok dengan KPM. Macamana ni?? Aku call penyelaras laman web, dia kata kena upload dalam website IPG dulu. Aku pun try.... OK.
Nak tengok laman web tu, klik http://www.ipgkti.edu.my/index.php/jpipk

HRMIS

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Banyak pengkalan data yang diwujudkan dalam kementerian. EMIS, e-PANGKAT, SPLG dan HRMIS.
Baru-baru ni aku diarah mengemaskini HRMIS. Aku pun berinisiatif tanya Pegawai Sumber Maklumat. Dia check dan kata tiada rekod dijumpai. Dia suruh jumpa S.T Shida. Aku pun pergi le cakap password tak de.

Dia cakap dia pun tak tahu. Aku kata 'reset le'. Dia kata nanti dia hubungi aku. Dah dua minggu tak de cerita, aku gi ofis. Dia ni banyak amik cuti. Dah berapa kali datang, "Shida cuti.". Satu hari, dia ada. Tiba-tiba dia kata dah bagi. Aku angin le. Janji nak call, tak call, tapi kata dah bagi. Aku tanya bila? Lepas tu suruh aku pergi kat komputer dia masukkan ID dan password. Aku cuba le tapi tak dapat. Dia pun kata aku lupa, dia tak tau password. Lepas tu dia reset. Bab ni aku geram, boleh reset pun.Bila dah boleh buka, tengok last log in September 2008!

Time ni dia senyap le, aku lak bebel. Aku cakap tengok sendiri dari 2008 tak pernah update pun. Pejabat buat apa? Dia pun buat terperanjat beruk! Eh! Selama ni macamana dapat kenaikan gaji dan prestasi? Aku nak cakap je, "Kau ni memang bodoh ke bangang! Cuti belajar mana ada markah prestasi!".

So nombor ID guna IC, password jhdt1266.

Tuesday, February 18, 2014

CIMB LEBIH TERUK LEPAS PENYENGGARAAN 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Cerita ni sambungan dari CIMB LEBIH TERUK LEPAS PENYENGGARAAN 1.
Jadi 14hb tu aku pergi lagi ke CIMB Kebun Teh. Sebab kalau pergi CIMB lain tentu kena tukar kadATM. Memang aku conform le sebab terbukti CIMB kerja tak senonoh.
Sejak kedatangan aku 6 Feb 2014 ke CIMB Kebun Teh, nampaknya CIMB tak buat apa pun untuk menyelesaikan masalah aku. Bila sampai baru le nak cari punca telefon sana-sini. Akhirnya, menurut pegawai tersebut, aduan telah dibuat di ibu pejabat CIMB, KL.
Aku dicadangkan sementara kad ATM aku disiasat, aku boleh mengeluarkan wang melalui buku simpanan. Aku pun ingat nak keluarkan semua dan pergi le kat kaunter. CIMB ni tak isi borang nak keluarkan duit. Bila nombor dipanggil, aku pun pergi kat kaunter, bagi IC. Pegawai tu minta aku imbas jari. Memula sekali, kali kedua, kemudian kali ketiga. Aku agak cip IC aku rosak. Lepas tu pegawai tu panggil superior, 3 pegawai  datang tengok skrin komputer. Kalau superior terperanjat, aku lagi le. Aku cakap dengan dia, jangan main-main. Ini bank masuk gaji saya. Dah 2 minggu xleh keluar ni.

Superior dia kata "encik xleh keluar pakai buku. Sistem CIMB mendapati aku dikategorikan sebagai "DECEASED" setelah sistem di "upgrade". "DECEASED" adalah istilah pemegang akaun telah meninggal dunia. Sebab itu semua urusan akaun aku 
Aku meninggal dunia? 
Betul le CIMB ni. Dia kata penyelesaian tidak boleh dibuat secara dalam talian melainkan aku perlu menyelesaikan sendiri dengan CIMB Kota Tinggi yang jaraknya lebihkurang 100 km pergi dan balik dari CIMB Kebun Teh. Aku tengah bekerja dan merasa upgrading CIMB ni tak berbaloi kalau perlu menyelesaikan masalah ini secara manual atau luar talian ataupun datang sendiri ke CIMB lain.
MEMANG TERUK CIMB ni.

NO KPPK

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu, aku hantar emel kat KPPK pasal pemangkuan DG44. Aku tanya le, aku dapat DG44 (KUP) sebelum time based. Jadi perlu ke tunggu surat time based?
Pegawai dia kata tak perlu, tapi ada yang dapat 2 surat dan ada yang dapat 3.
Jadi aku pun tanya no KPPK.
No KPPK aku adalah 97815
Jadi kita pun bincang pasal pemangkuan DG44 pada 16.5.2008. Dia pun story le pasal kes pemangkuan DG44(KUP) di mana pengalaman PPPLD digunakan untuk pemangkuan DG44dan tidak boleh digunakan kepada time based DG48. Kerugian berlaku kepada pegawai yang dipaksa menggunakan PPPLD untuk pemangkuan DG44 kerana pengalaman ini tidak boleh dipindahkan untuk kenaikan ke gred GD48 secara time based.
Kenapa?
Pegawai yang menerima DG44 pada 16.5.2008 walaupun seminggu lagi tarikh time based akan hilang kelayakan menggunakan pengalaman PPPLD maksima 3 tahun untuk ke gred DG48. Oleh itu, terdapat pegawai yang melambatkan tarikh atau menolak DG44(KUP) pada 16.5.2008 dan menerima DG44 secara time based.
Katakan,
Pegawai A menerima DG44(KUP) pada 16.5.2008 sedangkan seminggu lagi dia mendapat DG44 time based, Pegawai ini tidak layak menggunakan PPPLD untuk kenaikan DG48. Maka time based DG48 beliau adalah 8 tahun dari tarikh DG44 (KUP) iaitu 16.5.2016.
Pegawai B, menolak DG44 (KUP) dan menerima DG44 time based, pegawai ini boleh menggunakan pengalaman PPPLD untuk kenaikan DG48. Sekiranya pegawai ini ada bersamaan 3 tahun pengalaman PPPLD, maka kenaikan DG48 adalah 2016 - 3 tahun pengalaman PPPLD, kenaikan GD48 time based adalah pada 2013.
Perbezaan kenaikan DG48 pada 2013 dengan 2016 adalah jauh berbeza.

Friday, February 14, 2014

CIMB LEBIH TERUK LEPAS PENYENGGARAAN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku pelanggan CIMB. Banyak urusan kewangan aku dengan CIMB ni macam gaji, bayaran elektronik, perbelanjaan mastercard E-Debit. Pada 31 Jan hingga 3 Feb 2014 lalu, perkhidmatan CIMB tidak dapat digunakan kerana proses menaiktaraf sistem CIMB. Jadi aku agak 4 Feb dah clear dan kad boleh digunakan. Aku pun belanja, bayar guna E-Debit CIMB. Tak boleh. Pergi ATM pun tak boleh guna. Keluar "urusniaga tidak dibenarkan".
So 6 Feb aku pergi kaunter CIMB Kebun Teh.  Jadi aku pun tanya pegawai tu kenapa kad ATM takleh guna?
Jawab dia:
- kad encik dah tamat tempoh ke? Kalau dah tamat, kena tukar.
- bila last guna? kalau dah lebih 6 bulan tak pakai kad ni rosak sendiri.
- cip dia rosak.
- tak update buku akaun.
Aku jadi marah le dia keluar soalan macam tu. Aku ni kat depan dia, Paling tidak pun minta le kad ATM, teliti tarikh luput, baru tanya soalan.

Aku pun bawa dia pergi mesin ATM. Dia tengok aku cucuk kad ATM, masuk nombor pin lepas tu bila buat pilihan, urusniaga dibatalkan. Dia siap gosok cip tu dan gosok dengan pemadam lagi. Lepas tu suruh tukar kad, isi borang dan dia kata
"ini berbayar RM12."
Aku tanya garenti ke boleh guna lepas tukar?
Kalau rosak macam mana?
Kena bayar RM12 lagi?
Dia jamin lepas tukar boleh guna. Kalau rosak ganti free. Lepas dapat kad, aku try. Masih tak boleh meneruskan urusniaga. Aku dah angin. RM12 dah kena potong. Kad tak leh pakai. Dah le tu ada potongan RM394.00 yang tak tahu mana sumbernya dan pasal apa.
Lepas tu baru nak check sistem dan aku kena jawab soalan macam penjenayah.
- Ada buat pinjaman ASB? Dimana? Ada tunggakan? Kalau ada, bank akan tolak secara automatik.
Aku kata kat dia, CIMB tak pernah potong pinjaman ASB dari saving akaun aku. Aku bayar terus dalam akaun.
Dia kata biasa Encik, CIMB akan potong dari saving dan tak maklum pada pelanggan. Sementara dia bebel-bebel macam aku ni tak pernah bayar pinjaman ASB tu, aku suruh dia check tunggakan ASB aku. Bila tengok payment clear, dia cari alasan lain.
- Ada orang lain gunakan kad?
- Ada swipe kad dimana-mana?
- Ada buat pinjaman 1 Rasa? Aku pun tak pernah dengar dan mohon pinjaman tu.
Kemudian dia kata CIMB Kota Tinggi suruh tahan. Dia suruh aku call Kota Tinggi. Aku pun cakap le yang aku ni datang sendiri kat bank CIMB bukan telefon. Takkan CIMB dengan CIMB tak boleh telefon?
Dia pun call. Katanya ada Earmark tu adalah tahanan wang seperti cagaran sebelum bayaran dijelaskan sepenuhnya oleh bank. Ada pembayaran pada MBJB RM394.00 pada 6 Feb 2014. Aku kata pembayaran tu dah jelas pada 30.1.2014, kenapa potong lagi? Maknanya MBJB potong 2 kali.
Aku tunjuk dia resit dan SMS. Aku bayar MBJB pada 30.1.2014 pukul 11.33 pagi. Aku keluar duit dari mesin ATM pukul 12.30 tgh dengan RM394.00 telah dipotong. Kenapa potong lagi?
Dia kata biasa le CIMB pegang cagaran dua minggu setelah pembayaran telah dijelaskan. Duit yang dipotong itu akan dikreditkan dalam akaun lepas 2 minggu dari transaksi. Aku kata kat dia, dulu aku isi minyak RM40.00 pakai kad CIMB, CIMB potong RM200.00 dan kreditkan semula lepas 3 hari bekerja. Kenapa sekarang simpan sampai 2 minggu? Ini bukan biasa, ini penindasan. Dia jawab, eh! ye ke?
Aku pun tanya kad ATM apa cerita. Dia pergi kat mesin dah kad masih belum boleh digunakan. Dia bagi lagi alasan, dah guna 3 kali memang macam tu. Cuba try esok mesti OK. Aku pun try le 7hb, 8hb, 9hb, 10hb 11 hb, 12hb, 13hb. Hampeh tak boleh guna. Sama je cerita.
Teruk le perkhidmatan CIMB ni lepas naik taraf.Sebenarnya sistem yang rosak bukannya kad.

PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Aku pergi pemeriksaan puspakom pada 13.1.2014.
Keputusannya gagal kerana brek dan gelincir sisi.
Aku pun cakap le kat brother tu aku baru buat alignment seminggu,
Dia kata saya bukan kedai alignment, saya test je. Mesin kata gagal.

Aku tak puas hati sebab seminggu sebelum inpection tu aku tukar tayar depa 2 biji, lower arm dan buat adjust chamber dengan alignment. Lepas tu buang minyak brek dan tukar baru.
Inspection kedua sebelum 12.2.2014. Jadi 10.2 tu aku gi kedai kata nak alignment dan baru alignment sebelum inspection. Dia kata kalau dah alignment tapi masih gagal, kena check benda lain. Dia pun check,
katanya lower arm kanan yang aku baru tukar tu dah rosak lagi, stering box rosak, stabilizer bush rosak.

Mak oii, banyaknya. Aku tanya le cost, lower arm tu RM128, stering box RM280, stabilizer bush RM60. Duit pun tak berapa ada sebab kad ATM CIMB aku tak boleh guna. Sistem rosak. Aku tak buat le. Esoknya aku cari Zaini, Alhamdulillah lepas.

Wednesday, February 5, 2014

TIMES UP!! BALIK KERJA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Sesuai dengan tajuk, aku dah kembali bekerja setelah lanjutan pengajian aku ditolak oleh bahagian tajaan pendidikan KPM.
Jadi, 30.12.2013 aku lapor diri kat tajaan. Aku mohon balik IPGKTI. IPGM tak de halangan. Kerja le balik tapi tak dapat balik KH, ada access. Jadi masuk PIPK. Not bad le.

Sunday, April 28, 2013

KONVOKESYEN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Pada 22.4.2013 yang lalu, aku menghadiri konvokesyen anak aku.
 
 
 








Friday, April 12, 2013

Bandar Dato Onn

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Masa terdekat ni, dua orang penghuni aku akan mengosongkan rumah di Tmn Rinting dan Bandar Dato Onn. Kedua-duanya membeli rumah baru.
Selalunya apa yang berlaku ialah nak cari semula resit asal untuk pemulangan deposit sewa, deposit api n air.
Rumah Dato Onn tu memula kata nak kosongkan akhir Mac, bila call melarat sampai 2 April, 5 April dan akhirnya 10hb baru kosong. Rumah ni dah ada penyewa, Nahar. Aku ambil deposit sewa RM1.3k, sewa RM1.3k, deposit tnb RM150, deposit saj RM 150, deposit access card RM50. Dia minta 2 access card. Aku bagi le. Jawatankuasa penduduk ni kena bayar RM70.
Rumah Dato Onn dah selesai, tinggal rumah taman rinting.

Wednesday, November 21, 2012

ALAT PENSTABIL VOLTAN KERETA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni 21.11.2012 aku beli alat penstabil elektrikal kereta MAX POWER CONTROLLER kat booth UTHM. Benda ni macam aku tak percaya je. Dulu ada member nak jual RM500, RM399, RM250. Cucuh kat tempat rokok dan ada kotak besar siap suis. Yang ni aku tengok simple je macam tak de wayar dan kotak besar. Semalam aku dah survey harganya RM199.00 dan ada baju free gift.
Kereta aku ni elektrikal dia problem sikit. Kalau buka radio, bila masuk gear je radio akan problem. Kalau buka signal pun macam tu. Aku plan nak tambah kabel earth. Aku pun beli satu try le kat kereta. Nampak macam ada kesan. Radio tak terganggu lagi. Katanya dapat menjimatkan minyak sehingga 15%,
Setakat ini belum nampak jimatnya.
boleh layari www.rmfpower.com

Friday, November 9, 2012

KAD DISKAUN SISWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku ambil kad diskaun siswa kat pusat pengajian siswazah. Kad diskaun siswa diwujudkan untuk melayakkan pelajar macam aku membeli barangan dan perkhidmatan dengan harga diskaun. Selama ini aku perhatikan ada logo kad diskaun siswa kat Marrybrown, KFC, Mydin. Tapi tengok je le sebab tak de kad. Sekarang dah ada kad.

PERGI KATO

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pagi Sabtu 27.10.2012 aku pergi KATO, tempat trade in gearbox hari tu. Boss dia ni panggil pekerja check. Rupanya seal sump tank dia bocor. Jadi pekerja tu buka sump tank tu, pakai silikon dan skru semula. Lepas test, pekerja tu cek, tiada kebocoran.

Monday, October 29, 2012

MAIN REPAIR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada Khamis, 25.10.2012 sehari sebelum hari raya aidil adha, aku repair kereta kat BAYU, Larkin Indah. Aku nak tukar timing belt dengan water pump. Biasanya kalau aku nak major repair aku datang awal dalam 9.30 pagi. Aku bawa van sebab nak beli barang dan anak aku bawa kereta. Masa aku sampai tu memang tak de kereta. Yusop (pomen) bagitau lower arm sebelah kiri, tie rod end kiri kanan, steering rod bush kiri kanan, pemegang steering rack, sate kiri kanan kena tukar. Aku minta dia tulis dalam kertas barang apa nak beli. Nasib baik aku tak beli barang dulu sebab aku ingat belah kanan problem.
Dapat je maklumat, aku bawa van ke kedai MAXLEE.

LOWER ARM RM 38

LOWER ARM BUSH RM 7
STEERING RACK BUSH RH RM 6
STEERING RACK BUSH LH RM 6
PWR STEERING BOOT RM 6
SUSPENSION PIN KIT (2) RM 10
TIE ROD END OUT (2) RM 30
RACK END PWR STEERING (2) RM 56
COOLANT RM 5
DRIVE SHAFT LH RM 100
UPAH RM 160
ALIGNMENT RM 18

PWR STEERING PUMP RM 120
UPAH RM 45

Masa Yusop jack kereta aku, aku nampak gearbox ada lelehan. Alamak bocor lak.
Aku tanya Yusop nak tukar seal motor power steering tapi dia kata tak buat.
Bila tukar tie rod end atau steering rod, alignment perlu dilaras semula. Ini kerana bengkel kereta hanya tukar barang sahaja. Jadi aku pun buat alignment kat Larkin Bomba. Kena RM18. Masa dia pulas steering, pomen tu kata power steering aku nak sumbat. Aku tanya dia boleh buat ke? dia kata
"ni kedai tayar dan alignment, tak buat repair."
Dia cadangkan cari barang kat kedai potong Jalan Tangki Air, dua kedai dari hujung dan pasang kedai sebelahnya. Harga motor power steering RM120, harga pasang RM45.
Jumaat raya, hari Sabtu kena pergi kedai KATO semula.

TUKAR AUTO TRANSMISSION GEARBOX

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pada Sabtu, 13.10.2012 aku tukar auto tramsmission gearbox kat KATO, Jalan Tampoi. Kedudukannya depan Esso dan sebelah Petronas NGV. Dah ada beberapa tempat aku survey, KATO ni ambil RM1400 siap pasang dan trade in gearbox lama. Depan KATO ada kedai POTONG body, dia ambil RM1000 trade in juga tapi tak pasang. Nak pasang cari kedai lain. Satu lagi kat depan CELCOM, sebelah tokong Cina. Dia ambil RM1600.
Setelah timbang tara, aku pilih KATO, ada gurantee 3 bulan, siap pasang. POTONG body memang murah tapi kena cari kedai buka dan pasang gearbox. Kedai depan CELCOM, cekik darah. Lepas pasang, test. Pickup kurang.

Thursday, October 11, 2012

CADANGAN PROPOSAL

Semalam aku hantar cadangan proposal kajian aku.
Hari tu Khamis 13.9.2012 aku janji nak hantar cadangan proposal. Aku sampai pukul 5.55 ptg. Nasib baik dia belum balik. Tapi bila aku semak, rujukan tak masuk. Pulak dah. Penyelia aku suruh masukkan dulu. Hantar esok cepat, dia nak pergi Terengganu.
Aku datang pagi, dia ada talimat kat dewan baru. Tengahari dia keluar, aku hulur le proposal. Penyelia aku sempat pesan, beri satu salinan pada penyelia kedua. Penyelia kedua aku pulak dah berangkat ke Jordan. Dia emel balik 2.10.2012 kalau nak jumpa dalam 7.10.2012. Lamanya...
Pada 24.9.2012, penyelia aku suruh contact Dr Lai suruh mohon tarikh dan penyelia. Aku pun telefon le. Memula Dr Lai suruh SMS je butiran, aku dah SMS, dia suruh email lak. Cabaran ni... tapi aku emel juga le, jangan melawan.
Member aku Roslan dah buat temu janji dengan penyelia dia Jumaat 26.9.2012. Oleh kerana penyelia ada hal, perjumpaan dipercepatkan 25.10.2012 (Khamis) pagi. Petang tu dia nak balik, dah isi kereta dengan beg baju. Masa berbual tengah makan tu dia offer nak bantu kajian aku. Dia sanggup balik Jumaat. Aku pun setuju. Banyak juga dia bantu terutama dalam memantapkan DV dengan IV aku.
Aku jumpa balik penyelia 3.10.2012. Aku tanya macamana cadangan, nak baiki apa-apa ke? Dia kata baru baca Bab 1, lepas tu dia komen Bab 1 aku tak sama dengan yang dulu, Bab 2 dan Bab 3 tak baca lagi. Ye ke? Aku perlu bantuan kat bab3 ni, dia tak baca lak. Lepas tu aku gi fakulti, nak kejar penyelia ke dua. Walaupun dia kata nak jumpa 7.10.2012, aku langgar je. Jumpa je aku tanya Dr busy ke? Petang sikit boleh? Boleh...
Petang tu aku dah siapkan beberapa rajah supaya senang nak rujuk. Ada le bantuan tentang rajah dan sedikit mengenai objektif.
Aku perasan persoalan kajian dengan analisis data tu macam ada tak kena je. Siapa lagi aku nak tanya? Tarikh hantar proposal akhir hari ni... aku teringat member aku, Dr Mohd Kasim, IPG THO. Aku call, dia ada. Aku buat appointment pukul 9.00 pagi. Sampai je aku bincang. Ada beberapa cadangan, multiple regression, analisis faktor, model. Aku tunjukkan persoalan kajian dan ada perubahan sikit. Alhamdulillah.
Balik aku print satu salinan. Tengah print, Dr Lai hantar emel ingatkan hantar proposal. Aku ingat nak potostat tapi kedai tu tak potostat 80gg. Print je 80gm. Aku pun print, bind kulit warna hijau, comb dan plastik depan belakang. Lepas tu gi fakulti. Aku tel Dr lai, dia kata kena hantar personal pada pengerusi dan penilai. Adooii.
Kebetulan pula pengerusi aku keluar dari pejabat. Aku pun kejar, maaf Dr, ni kertas cadangan saya untuk 17.10.2012. Awak ke? Alamak, apa jenis soalan ni? Ye, saya. Ok, saya terima. Fuuhh lega.
Ada dua lagi satu kat Pusat Penyelidkan Inovasi satu kat Pusat Pendidikan Berterusan. Aku call, satu suruh hantar kat bilik, satu suruh hantar kat PA. Dapat ditunaikan.
Sekarang kena concentrate powerpoint presentation. Harap doa ibu, semua kawan-kawan semoga segala perkara dipermudahkan.



Thursday, September 27, 2012

AUTOMATIC TRANSMISSION2

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Sebenarnya semasa aku tukar ATF dulu, aku ada tanya kedai Maxlee tu, automatic tansmission tu ada filter ke, dia kata tak de. Aku tanya member, dia kata wira ada, saga tak pasti.Sebelum aku balik JB, aku pergi library buat research kat youtube. Aku taip "gear automatic repair".
Gear automatic ni bidang baru bagi aku. Aku tanya bengkel pun dia kata "tukar gearbox", tukar ATF. Gear automatic aku ni pun aku macam heran jugak. Macam berhantu. Masa kat JB, aku tengok 'stick dip' dia tak jejak HOT tapi bila sampai Batu Pahat 'stick dip' menunjukkan lebih dari HOT. Kebetulan pula aku isi minyak power steering. Minyak power steering kurang, minyak gaerbox melimpah. Aku cerita kat member, dia gelakkan aku.

AUTOMATIC TRANSMISSSION

Assalamulaikum dan salam perpaduan

Kereta aku guna gear automatic. Biasanya kalau lepas 20 km/h, gear kedua akan engage, lepas 40 km/h, gear ke tiga akan engage seterusnya lepas 60 km/h, gear keempat akan engage. Masa pergi Desaru hari tu, masa nak balik, gear keempat tak engage. Enjin menderam masa balik dari Desaru.
Tanya member, dia kata tukar minyak Automatic Transmission Fluid (ATF). Aku pun tukar minyak ATF. Dah OK.
Masuk minggu ke dua, anak aku guna kereta pergi rumah terbuka cikgu dia kat Kota Tinggi. Dia telefon kata dia ada kat Jaya Jusco Johor Jaya, gear keempat tak engage. Memula aku tak yakin. Bila dia bawa balik kereta, aku pun test. Memang tak engage. Tengok minyak ATF ada tapi lebih dari dip "HOT"
Apa kesan bila gear tak engage?
Bila gear tak engage, RPM akan tinggi.
Biasanya RPM untuk gear satu, dua, tiga dalam 3000 rpm je sebelum engage. Gear empat ikut kelajuan kereta.
Bila enjin melebihi 4000-6000 rpm, engin akan cepat panas maka radiator akan kurang air melibatkan kenaikan temperature engin.
Jadi pemanduan kena berhati-hati sebab mata kena pandang pada RPM (jangan lebih 4000 rpm), Speedometer (maintain 60-70 km/h) dan Temperature (jangan sampai lebih separuh panas).
Aku bawa kereta aku  pergi Batu Pahat dengan kelajuan 60-70km/h. Seksanya...
Sampai Batu Pahat aku tanya kawan aku. Aku kata dah tukar minyak ATF. Dia kata memang kena TUKAR GEAR BOX. Aku fikir balik, kena tukar ke?
Malam tu aku tanya brother kat kafe TSN, ada pomen boleh repair gearbox automatik tak?
Dia suruh tanya ayah dia sebab pomen ayah dia dah tua dan memilih pelanggan tapi expert. Umur dalam 70 tahun. Esoknya aku tahan ayah dia, aku tanya pomen tu. Dia call pomen tu dan pomen tu kata kereta kena tinggal 2-3 hari. nak check.
Aku dah nak balik. Aku kata lain kali. Lagipun kat rumah aku ada tool, jack hidraulik dan van untuk beli barang.

Tuesday, August 28, 2012

STARTER & BATERI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni mak cerita pasal starter kereta. Hari tu kereta aku tak boleh start. Aku tak pasti le bateri lemah atau starter. Tapi aku suspek starter sebab dah cas bateri pun masih tak leh start. Jadi pergi le kedai elektrik kereta kat Jln Dato Sulaiman. Kena RM65. Anak aku yang buka starter tu jadi aku suruh dia pasang balik. Masa masuk bateri lama tak de respon pun. Jadi aku amik bateri van dan masuk dalam kereta. Baru pusing kunci je, starter berasap, terminal negatif bateri dah cair. Aku tanya kenapa? Dia kata ada  2 wayar dan dia salah pasang wayar positif. Aku pun ambil bateri kereta dan pasang kat van. Tak boleh start. Jadi aku pun tolak dan hidup. Lepas tu waktu ikat klip kepala bateri ke terminal ketat sangat, klip tu patah. Dah kena beli bateri dengan kepala bateri. Aku pun pergi le kedai; kepala bateri RM4.50 dan bateri RM130.

Wednesday, August 22, 2012

URUT TRADISIONAL CINA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Sabtu 18.8.2012 hari terakhir puasa, pinggang aku amat sakit. Aku try buat terapi elektrik, angkat berat, sapu minyak panas. Last aku tuam guna "hot water bottle (HWB)", baru lega sikit.
Apa tu HWB?  HWB merupakan bekas getah untuk diisi air panas. HWB aku bewarna hijau. Kemudian bekas ini ditutup untuk memerangkap haba panas. Haba panas ini ditekap pada bahagian yang ingin dilegakan. Jika terlalu panas, balut dengan tuala/ kain.
Pagi tu aku pergi pasar tani sebab nak beli beberapa lauk raya seperti serunding, kuah kacang, lemang. Esoknya lepas solat raya, aku bertolak ke Tangkak. Aku rasa memang tak larat tapi aku pergi juga sebab ibu aku pun ke KL rumah abang aku. Malam tu, pinggang aku bertambah sakit. Aku isi HWB dengan air panas dan tuam kat pinggang, belakang dada dan peha. Malam tu juga family wife aku buat meeting, jadi aku pun turun. Biras aku tanya, nak urut tak? Cara Kung Fu. Memang sakit tapi mujarab. Dia kata dulu dia kena seminggu sakit pinggang, periksa sampai Pantai Medical, Melaka. Aku pun setuju.
Pagi tu aku datang pukul 8.00 pagi. Apek tu kata pukul 9.30 pagi buka. Ambil nombor dulu. Aku  dapat nombor 1. Sampai masa, gilirin aku.
Dia tanya sakit apa?
Aku kata le sakit pinggang. Dah 3 hari sakit, tak dapat tidur.
Dia tanya dah XRay?
XRay? kena XRay dulu ke?
Dia kata mungkin batu karang.
Oooo....
Lepas tu aku kena baring. Dia cek guna siku kat tulang belakang.
Ini sakit? tak..
Ini sakit? sakit..
Aku rasa dia sapu cecair kat tulang belakang dan mula le Kung Fu dia.
Lepas tulang belakang, tepi punggung, pelipat lutut, hujung kaki.
Sakitnya tak terucap le.
Tahan aje le.
Lepas urut, dia suruh jalan.
Kemudian dia suruh letak tangan kat dinding.
Dia tarik bahu aku dengan lutut kat tulang aku.
Bengkok badan aku.
Akhirnya dia  bagi ubat herba.
Bayarannya RM25 urut dan  RM25 ubat.

Nama kedai dia
WONG SENG KEK
NO 144 JALAN SOLOK,
84900 TANGKAK.
Dekat Pasar.
masa operasi
SELASA- AHAD: 9.00 pagi hingga 8.00 mlm.
ISNIN - cuti.
no tel : 069782043
no hp: 0126256546

Thursday, August 2, 2012

KLINIK PAKAR MATA ANNA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Khamis hari tu ibu aku nak pergi klinik Anna. Nak buang selaput mata sebelah kiri. Ibu kata pembedahan hari Sabtu. Bila masuk klinik, doktor refer pada kad kesihatan dan kata sepatutnya pembedahan mata kanan dan masuk kanta. Sewaktu pemeriksaan, mata kiri ibu aku tak nampak langsung.
Habis pemeriksaan, pembantu tu tanya
"nak jumpa doktor ke nak bedah pada hari Sabtu ni?"
Aku jawab "bedah!"
Ibu aku kata "nak jumpa doktor dulu".
Aku tanya balik
"kenapa nak jumpa doktor lagi? dah 2 kali jumpa doktor! Hari tu jumpa dah kena RM150, kali ni RM50".
Hari Jumaat tu aku bawa ibu ke klinik dan buat appointment pembedahan dan ibu aku sudah menjalani pembedahan mata kanannya. Kos pembedahan RM3000 di klinik Pakar Mata Anna. Sekarang penglihatan ibu aku dah baik.

BAZAAR RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni aku nak cerita mengenai bazaar ramadhan dan acara yang sewaktu dengannya.

AIR KATHIRA ABU BAKAR
Memula nak cerita, kat JB ni memang terkenal dengan air kathira abu bakar. Ia merupakan sejenis minuman yang dibuat daripada air, susu cair, kurma, semangkuk, kismis. Ibu aku nak beli le kathira abu bakar ni. Jadi aku pun drive le ke tempat distributor dia kat Tampoi, depan Angsana. Tempat air ni menumpang kedai barangan perabot kayu jati. Satu ikat RM3.00 je. Aku pun tak tahu macamana boleh popular air ni dan jadi buruan orang terutama Singaporean. Aku tak minat sangat sebab dia mahal, peket kecil dan bahan dah kurang sangat dari dulu. Nak untung lebih. Baik aku beli kathira kat bazar ramadhan RM1 je dan banyak bahan; cincau, buah semangkuk, selasih dll. Kalau RM3 dapat 3 bungkus. Muai meminumnya.

BAZAAR RAMADHAN ANGSANA
Bazaar ramadhan yang menarik hati aku adalah bazaar kat Angsana. Apa pun cerita pasal Angsana dan bandar baru UDA, komen aku satu je... MAHAL dan tak masuk akal. Harga memang langgar dinding seperti kuih 50sen sebiji, air cedok RM2.00 satu peket dan tauhu cedok dalam mangkuk RM2. Tapi  chicken chop hutan bandar buka gerai juga dan ikut harga macam kat kedai asal RM5 je. Kuih raya pulak harganya sampai RM30 sekotak. Kat giant pun dalam RM12-15. Sebenarnya peniaga ambil kesempatan. Masa ni le nak sembelih dan ambil untung sebanyak-banyaknya. Sebab tu pendapatan bazaar ni boleh mencecah RM10,000 ke atas sepanjang bulan Ramadhan almubarak ni. Baju raya pulak tu harga RM100 ke atas kalau beli kat ruang legar. Angsana ni pengurusannya Melayu, peniaga pun Melayu, pasaran pun pelanggan Melayu. Sepatutnya harga berpatutan le dengan tahap pendapatan ekonomi orang Melayu yang sederhana. Ini harga menindas orang Melayu. Sebenarnya alasan tapak sewa mahal tu boleh cover dengan volume pelanggan yang ramai. Kalau aku memang tak shopping le kat sini.

BAZAAR RAMADHAN STADIUM LARKIN, @MART Kempas, SMART Pandan.
Bazaar ni aku suka pergi. Harga pun bepatutan. Air cedok baru RM1. Air katira RM1. Kuih masih 3-4 keping RM1. Parking pun percuma.

Friday, July 27, 2012

MEMANTAU BIL TNB & SAJ RUMAH SEWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku baca paper. ada iklan TNB pasal rumah sewa. Sekarang ada cara memantau penggunaan elektrik rumah-rumah sewa aku. Memula layari link ni:
https://e-services.tnb.com.my/eservices
kemudian daftar akaun. kemudian "connected account"
Aku guna MAJSMTKT20 sebab ruangan kecil.
Data yang perlu dimasukkan adalah nombor akaun dan nombor kontrak bil TNB rumah sewa aku.
Bila aku cek, terperanjat aku kerana ada penyewa yang tidak membayar bil TNB. Geram je.


Account NumberDescriptionAmount Due
03400032634410TAMAN CENTURY0.00
03400068215705LARKIN INDAH108.90
03450065528904TMN RINTING149.90
03460014212400DATO ONN759.15


Bagus juga sistem ni, dapat pantau bil TNB. Dulu pernah rumah aku sewa RM300 tapi bila penyewa keluar bil TNB sampai RM1600.00. Tak berbaloi.
Aku pun tel 1300 88 5454,
Deposit TNB rumah ni RM280, aku tanya le macamana RM759 boleh tak potong lagi?
Dia kata tak de kuasa dan setakat ini belum ada notis pemotongan lagi.
Setakat ni aku dah tel
07 2192000 TNB Johor Bahru
07 3562753 TNB Johor Jaya
07 2528358 TNB Pasir Gudang

Bil air pula aku telefon 07 2247700 SAJ

Account NumberDescription
95429440R5753240TMN RINTING
95429440J7855207DATO ONN

Wednesday, July 18, 2012

KERETA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku ada ada kata kat adik aku nak tukar kereta bila nak pergi Batu Pahat. Ini disebabkan aku dah pulang semula kereta kawan aku. Masalahnya kereta tu isteri dia bawa. Nak tukar dengan van. Kereta tu power steering, van aku "paut steering" beratnya jangan cakap le. Ipar aku pula tu sedang mengandung, nak parking kat menara publicbank bandar. Aku pernah masuk parking kat situ, clearance memang sikit sangat campur kecuraman.
Jadi satu hari adik aku datang rumah. Dia nak beli Grand Livina sebab family dah besar (suami + isteri + 2+1 anak). Dia tanya nak beli kereta tu ke? Aku tanya harga, lepas tu tawar-menawar le. Aku kata le isteri aku tak bekerja, harga adik beradik, student price. Esoknya aku "up sikit" harga sampai jadi.
Kereta ni dulu arwah ayah aku bawa, lepas tu ipar aku. Aku pernah beberapa kali guna kereta ni pergi Batu Pahat. Tetapi lepas grandvalve sebab spark plug patah, aku belum pernah guna lagi.
Adik aku cerita, kereta ni dua pintu tak boleh buka, temperature selalu tinggi, brek kekadang keras dan masalah kunci. Roadtax mati bulan mei 2013. Dapat je, aku betulkan pintu. Pin pemegang pintu patah. Aku beli dua, RM16x 2 = RM32.  Aku tukar minyak enjin juga sebab pekat dan hitam beserta filter. Selainnya aku repair secara berperingkat-peringkat.

LAMPU DASH BOARD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Sejak aku ambil kereta ni, lampu dashboardnya ada dua yang nyala bila malam. Aku tak minat bila jalan malam lampu dashboard tak de. Tak dapat tengok speedometer, cek temperature, dan paras minyak. Jadi aku pun buka dashboard dan kira lampu yang tak menyala. Lampu dashboard kecil ni RM4 satu manakala besar RM1 satu. Bila aku nak pasang yang kecil, lampu tak saiz, jadi kena pulang semula.
Ingat bila dah tukar tu ok le. Aku test pergi Batu Pahat ikut highway pada waktu malam. Memula 4 lampu nyala, kemudian 2 lampu, kekadang padam semua. Ketuk-ketuk, nyala 4 lampu. Letih aku ketuk-ketuk ni. Lepas tu semua lampu dashboard mati terus.
Esoknya aku pergi pomen elektrik kereta kat Jalan Datuk Sulaiman. Dia cek kotak suis, fius OK. Kemudian buka bonet, test guna lampu, lampu nyala. Ambil wayar, buang penebat dan cucuk 2 poin, lampu kecil  dan lampu brek menyala. Sebenarnya lampu dashboard, lampu brek, lampu gear dan lampu kecil ni mempunyai fius yang sama.
"RELAY rosak"
Tukar relay je RM20. Malam tu test buka lampu, sekejap je terus padam. Esoknya aku mengadap balik pomen tu. Dia buka fius, OK. Kemudian dia kepitkan slot tu sebab longgar dan pasang fius. Dah OK sampai hari ni.

FIUS PUTUS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Sabtu lepas, anak aku kat asrama balik. Dia kata nak guna kereta pada Ahad nak pergi librari. Adik dia pun belajar motor pada hari Ahad. Jadi aku suruh dia hantar adik dia dulu baru pergi librari. Aku dengan orang rumah aku keluar naik van.
Anak aku habis kat librari pukul 2.00 ptg. Aku suruh dia amik adik dia sekali balik rumah. Pukul 5.30 petang aku kena hantar dia balik asrama. Aku pun start enjin kereta. Memula hidup lepas tu mati terus tak boleh start. Bunyi pun takde, lampu bateri, minyak enjin, brek tak nyala. Aku lock guna alarm, alarm berbunyi.
Bateri kong?
Starter rosak?
Oleh kerana nak hantar anak aku balik asrama, aku pun start van dan jalan.Balik je aku cuba jumping bateri. Nak hidupkan enjin tak leh, senyap. Pinjam wayar jumping jiran, pun tak leh. Tukar bateri van ke kereta, tak leh juga. Cek kotak fius, semua tak de supply. Aku tanya adik aku, pernah ke kereta ni terduduk macam ni? Dia kata tak pernah.Aku memang agak main fius kat bateri. Untuk mengesahkan aku telefon member, Rashid. Fius ni bukan ada dalam kotak fius. Fius ini merupakan dua wayar merah dan hijau yang dipasang dari bateri ke kotak fius. Aku pernah kena sekali bila kereta proton iswara aku tersenyap terus.
Bateri aku ni kepala +ve ada ikatan yang longgar. Jadi aku pergi le beli kepala +ve RM4 dan fius RM6.
Balik je aku tukar fius dan tukar kepala bateri. pusing je kunci, lampu-lampu dalam kereta menyala. Alhamdulillah.

Wednesday, June 20, 2012

BELTING PUTUS 2

PLUSRONDA pun sampai (lupa ambil nombor plat).
"Ada call PLUSRONDA?"
"Apa masalah encik?"
Aku pun cerita le belting putus dan minta tolong cas bateri. Sebab PLUSRONDA kat Kulaijaya tadi boleh 'jump' kan bateri. Dia pun tengok.
"Bateri weak ke, boleh start?"
Aku kata weak le sebab tadi guna lampu, hidupkan elektrikal van, bateri pun tak cas. Sebenarnya aku malas nak start. Lagipun temperature nanti naik.
Lepas tu dia pun kata OK, tarik keluar tol terdekat SIMPANG RENGGAM. Dia tanya
"handbrake OK?"
"ye" jawab aku.
Sebenarnya kalau kenderaan dah keluar tol, senang nak urusan, beli barang atau panggil pomen. Kalau masih dalam hentian lebuh raya, kena bayar tol, kemudian nak keluar tu jauh. Contoh Hentian Simpang Renggam, masuk daripada tol Sedenak, keluar tol Simpang Renggam. Jauh tuuu...
Jadi PLUSRONDA pun tow guna kain kuning dengan cangkuk. Aku nampak ada kabel hoist belakang kenderaan tu, jadi aku tanya tak pakai kabel hoist ke? Dia kata payah. Aku tengok kabel tu pun dah putus beberapa urat wayarnya. Rakan PLUSRONDA tu bawa van aku dan aku duduk sebelah penumpang.
Sebelum keluar tol Simpang Renggam, PLUSRONDA tu berhenti. Dia tanya aku nak keluar Simpang Renggam ke Macap? Kat Macap dia ada kawan pomen 500m dari tol. Ok le aku kata, lagi dekat. Rupanya dah keluar tol, PLUSRONDA ni dah call kawan dia. Kira pakat le ni. Ada komisyen.
Pomen ni pun mula le kerja buka membuka.
Aku tanya berapa upah?
Dia kata murah je asal boleh jalan.
Aku tanya lagi, barang ade ke? 
Dia kata ada, lepas tu telefon member suruh bawa semua belting kat workshop.
Bila dah buka belting, nak pasang semula semua belting yang ada panjang. Belting aku 825 L belting dia bawa 9150, 9250 dll.



Aku mula panas le. Barang tak de kata ade. Dia pujuk tow ke workshop, upah tow percuma, aku tak nak. Aku dah dengar banyak kes kereta masuk workshop, workshop buka kesemua 4 tayar dan paksa kita bayar kalau nak keluar kereta. Bawa polis atau report polis pun tak menolong (polis pun dah kena bayar dulu) kecuali kau bawa ganster yang betul-betul power je!
Kemudian dia kata ada cara lain... ambil belting dari kereta mazda (tak tau le, orang lain punya kereta dalam workshop dia guna dulu agaknya). Barang terpakai le tu... 2x angin. Aku kata tunggu pagi je.  Dalam 30 minit dia datang balik bawa belting. Aku cakap le betul ke belting tu? tak de kod/ nombor pun. Dia kata asal boleh jalan. Belting tu pun boleh pasang.
Aku start, Alhamdulillah. Kipas dan alternator berpusing. Aku tanya berapa nak kena bayar? Dia kata pusing-pusing RM80. Aku dah agak, dia kira upah buka tali kipas dari kereta lain. Aku kata aku tak cukup duit. Ada RM56, takkan nak bagi semua, aku nak makan lagi... Bank pun dah tutup. Last aku bagi RM50 je. Dia terima. Lagipun aku kena tukar semula belting terpakai kepada belting baru. Aku teruskan perjalanan masuk tol Simpang Renggam dan keluar tol Ayer Hitam.