Wednesday, December 28, 2011
MARKAH LNPT
Baru-baru ni aku ngan member-member jumpa pegawai eksekutif nak tengok markah LNPT
markah aku
2007 - 93.40
2008 - 93.05
2009 - 95.30
2010 - cuti belajar
sebenarnya markah 2010 ada kat bahagian tajaan.
Friday, December 16, 2011
RM 168/g
Dah lama aku tak buka website publicgold sejak harganya mencecah RM190/g. Semalam aku gatal-gatal buka website publicgold. Aku tengok harga emas 916 RM168.05/g. Emas 20g bar baru RM3504.00. Lebih rendah dari kakak ipar aku beli RM3680.00. Jadi aku pun order satu 20g bar. invois pun dah sampai. Masa aku menaip ni harganya dah naik RM 170.59/g. dengan harga 20g bar RM3548.00.
JERKING
Aku cadang nak naik Batu Pahat hari Selasa lepas tapi kereta aku kerap 'jerking'. Susahnya bila kat traffic light, nak mula bergerak. Lambat, enjin nak mati dan 'jerking'. Oleh kerana hari dah petang, aku cadang buat esok pagi. Sebelum ni ada 'jerking', aku tukar palam pencucuh, penapis angin dan tukar minyak enjin. Ok le lepas tu. Di samping itu ada kesan minyak pada luar hos, bocor agaknya.
Mengikut pengalaman aku, 'jerking' ni biasanya melibatkan sistem elektrik atau pembakaran bahanapi. Antara sistem elektrik yang perlu dilihat ialah
- pengagih
- kabel voltan tinggi
- penutup pengagih
- rotor
- kondenser
- penapis angin
- penapis bahan api
Esok pagi, aku tukar kondenser dulu sebelum pergi bengkel. Sampai bengkel aku jumpa John. Aku kata kereta aku 'jerking' dan ada kesan minyak keluar. Selepas periksa, John kata kena buang minyak kat 'dapur'. Aku tanya kena ganti balik minyak tak? John kata tak payah sebab minyak tu mendap dan tidak diperlukan dalam sistem. Aku tanya balik apa kesan kalau tak buang minyak? John kata tuning akan terjejas.
Sambil tu aku minta John cek bearing, tie rod end dan suspension. John kata bearing kiri aku dah berbunyi. Lepas buang minyak, aku hidupkan enjin gunakan petrol sebelum bertukar kepada gas. Bila tukar bahan api gas, enjin mati. John tuning semula enjin aku dan aku terus bergerak ke Batu Pahat.
Tuesday, November 22, 2011
Seminar CIETVT2011
Bulan lepas aku bentang kertas kat UTHM pada 25.10.2011. Masa tu UTHM buat Post Graduate Seminar 2011. Aku hantar kertas pun last minit dengan LAN. Pada pukul 10.45 mlm 24.10.2011, confirm nama aku naik sebagai pembentang manakala nama LAN tak de.
OK le aku bentang.
Bulan ni 16-17.11.2011 aku bentang kat Naza Talyya, Penang. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIETVT2011). Aku dengan LAN juga. Aderemy pun bentang tapi dia bawa family bercuti sekali.
Aku naik bas dari JB. Tambang RM65, naik Transtar. Aku betolak dari JB pukul 9.30 mlm tiba Penang 6.12 pagi. Banyak singgah, Kuala Lumpur, Simpang Ipoh. Dari bas stand Sungai Nibung naik bas 303 RM2.00 pergi KOMTAR. Dalam 30 minit sampai. Jauh gak. Dari KOMTAR ke NAZA Talyya dekat 30 minit juga. Lalu le depan USM. Tambang RM2.00 juga. LAN dah uruskan penginapan kat NAZA Talyya RM130 semalam x 2 malam = RM260. Dia minta aku RM100 je. Lebih dia sponsor.
Balik naik konsortium ada 27 seater RM55 dan 18 seater RM80. Aku amik 18 seater. Bas ni luas, ada personal video. Bas aku bertolak pukul 9.30 mlm, bas LAN pukul 9.00 mlm. Aku dapat tengok movie Ninja Assassin dengan Legend IP man. Lepas tu dengar lagu tah apa-apa. Bas ni terus ke JB tapi banyak kali berhenti, isi minyak, toilet. Pukul 7.00 pagi sampai JB.
Sunday, October 23, 2011
DEALER BARU
Hari tu aku cerita aku dah jadi dealer. Jadi akupun cerita-cerita le. Kebetulan ada juga orang nak masuk jadi dealer. Dia keluar RM20.324. Lepas bayar kat Maybank, kita pun naik pejabat PG bagi resit. Semua barang dapat kecuali 20giseries.
Dealer ni nak try pajak kat PG. Upah simpan RM0.80 setiap RM100. Kalau tak tebus dlm 6 bulan, upah simpan bertukar dari RM0.8 kepada RM3 setiap RM100. Nak tebus pun kena bank in duit kat Public Safe campur upah simpan.
Tuesday, October 18, 2011
SET BIO AURA
Baru-baru ni pelanggan bio aura aku call. Dia kata tabung bocor. Jadi aku pun pergi le tengok. Memang tabung B, C, D, E dan F keluar air keliling. Tabung ni biasanya tidak diusik. Jadi aku pun buka le tabung ni, tinggalkan tabung A.
Esoknya aku bawa tabung ni ke stokist. Dia test, tak bocor lak. Dia minta tapak, aku kata tak bawa le. Sebelum beredar, aku minta baki duit aku pada Lynn. Jadi janji hari rabu dia pergi rumah pelanggan aku ni kat Kulai. Rupanya katrij A patah dalam tapak. Jadi dia memang dah spare tapak dan pasang semula tetapi tak boleh nak test sebab katrij A tak pasang. Last tu dia kata Tapak RM52.50 + Katrij A RM33 + Servis RM20 = RM105.50
EMAS EMAS EMAS DEALER PG014362
Pada 14.10.2011 ni aku dengan sahnya telah menjadi dealer Public Gold dengan kod PG014362. Nak jadi dealer ni kena beli emas dengan Public Gold dalam satu resit berjumlah RM20,000. Tak kira le emas 999.9 atau 916.
Apa kelebihan dealer ni. Dealer boleh dapat komisyen 1% walaupun beli sendiri. Kalau jual kat PG pula boleh dapat 0.5% lagi. Selain itu boleh diupgrade ke priotity dealer dan master dealer. Itu masih jauh lagi. Sekarang ni aku dah boleh cari pelanggan untuk membeli dan menjual emas. Dulu masa jadi costumer tak dapat apa pun.
Sewaktu seminar ari tu, speaker tu kata kalau nak buat duit ada 3 benda kena buat
- beli emas
- jual emas
- pajak emas
- beli dari ahli dan jual semula.
Balik seminar je aku pasang metatrader4 versi UK kat laptop aku. Metatrader ni aku belajar masa main forex dullu.
Kelebihan Public Gold ni, emas dia murah dari emas kedai emas. Selain itu harga emas PG berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Emas public gold juga boleh ditempah harganya(dalam istilahnya "lock") dan tempoh pembayaran 24 jam.
Untung dan berbaloi. Kalau nak tahu banyak, call aku. 0197304478.
INAGT EMAS INGAT keLAKIan!!!
Saturday, October 1, 2011
SEMINAR MAJLIS DEKAN-DEKAN
Pada 27 & 28 September 2011, aku ke SMDD2011 di UPM. Sebenarnya aku ada urusan PTPTN. Kena selesai sebelum 30 September. Jadi kebetulan ke KL, aku pun nak uruskan PTPTN. Member bagi info ada pejabat PTPTN di KL Central. Mudah le sikit, tak perlu ke CHASE PERDANA.
Aku sampai kat Puduraya pagi dan sempat solat Subuh berjemaah. Simpan bag besar kena RM0.50 je. Lepas tu pergi Masjid Jamek, KL. Memula ingat nak naik LRT tapi aku jalan je sebab kena tukar Putra kalau nak pergi KL Central. Sampai sana aku cari pejabat PTPTN. Kat tingkat 2, s2-s6.
Selesai je, aku naik komuter RM1.70 ke Serdang. Sampai Serdang kena naik teksi RM10 ke UPM. Kemudian daftar. Aku guna surat jaminan PPS UTHM. Dapat le bag, CD, aturcara, alatulis dan prosiding. Aku dah janji dengan member, Aderemy nak cari hotel malam ni. jadi dia cadangkan Sri Kembangan. Malam tu ada majlis makan malam di IOI Palm Garden, Putrajaya. Nasib baik dia ada GARMIN.
Aku bentang esoknya 28.9.2011; Rabu, pukul 11.00 hingga 1.00 ptg selari dengan remy.
EMAS
No Public Gold: PG014362
Baru-baru ni aku cari maklumat tentang perniagaan/pelaburan emas. Jadi search dalam internet jumpa le member lama, hj hamzah. Aku nak terjah tak berani kalau tak berguru. Buat forex pun habis duit aku dalam akaun demo. Akhirnya dapat juga jumpa bila dia ajak ke rumah, kebetulan ada kawan nak belajar skali, no 15 hijau muda 1.
Sampai je dia kenalkan kawannya, imam masjid taman pelangi. Jadi sambil borak, sambil berkursus. Dia kata ada 2 cara.
1. Pajak, tebus semula.
Sistem ni beli dulu emas, kemudian pajak.
Kalau Ar Rahnu Bank Rakyat, pajak kali pertama dia bagi 65%. pajak seterusnya 70%.
Dapat duit pajak, beli lagi, dapat duit pajak, beli lagi sampai tak leh pajak.
Lepas tu tebus-tebus dapat untung.
2. Pajak, gadaian semula.
Sistem ni pajak sekali je. Lepas tu kalau emas naik dalam RM5 je, buat gadaian semula.
Kemudian dia ada beri beberapa tip;
- ada pajak yang sengaja merendahkan gred emas, contohnya
emas 999 jadi 916
emas 916 jadi 835
tujuannya supaya merendahkan duit pinjaman yang sepatutnya dapat.
Jenis macam ni, rugi kalau kena lelong.
Jadi semalam aku gi le Public Gold. Aku beli :
3 emas i-series 10g 916 dengan harga RM5154 + RM30 pengangkutan = RM5154
Kos pengangkutan memang ada pada semua pengedar kecuali Pulau Pinang.
Pejabat ni tak terima duit cash, so aku kena bayar kat Public Bank.
Duit ni pun sebenarnya duit yuran aku semester 3 aku tangguh bayar.
Lepas tu aku drive ke Bank Rakyat, Larkin Perdana.
Aku ingat dekat 2 jam tunggu baru dapat masuk.
Memula tu dia kata paten sama, tak boleh gadai 3 sekali satu nama.
Dia cadang gadai guna nama aku satu, isteri aku satu, satu lagi simpan (xyah gadai hari tu)
Lepas tu dia tengok dengan kanta pembesar.
Aku pun tengok juga, ada cop 916 dan gambar bunga raya.
Dia masuk mesin ada air. Ujian ketumpatan.
Bila timbang, dia kata mesin cakap emas aku 835.
Harga RM 1500 satu rantai.
Pinjaman RM1000 x 3 = RM3000
Aku pun ingat pesan haji.
Aku pun bengang le, duit dah jadi emas.
Aku setuju dulu sebab nak jadikan pengalaman.
Bertekak pun dia ulang benda yang sama.
Dapat duit, aku pun happy.
Walau pun duit susut tapi aku dah simpan 30g emas untuk masa depan.
Perkara yang aku belajar dan jadikan iktibar:
1. Gadai emas pada waktu pagi. Sebab waktu petang tu, air dah berkeladak sangat.
2. Jangan gadai emas yang sama jenis dan berat pada satu-satu masa.
3. Kalau boleh cari emas 999.9
4. Emas 995 dikira sebagai emas 950 sebab tak de dalam sistem.
5. Emas 10g kurang tumpat dalam ujian air.
Pegawai tu kata ada beza emas syarikat dengan emas kedai emas.
Emas syarikat kasar buatannya.
Aku sokong le.
Beli kat syarikat PG 999.9 baru RM183.8/g manakala Habib Jewels jual RM200/g + upah 132.
Dia juga syorkan aku beli emas pasir sebab senang nak nilai.
Ooo.. patut aku baca ada emas pasir, emas gajah.
Bila aku nak minta 3 surat pajak asing dia kata tak boleh, tapi boleh aku boleh tebus satu-satu?
Friday, September 9, 2011
DAFTAR SEMESTER III
Aku nak daftar subjek untuk sem ni. Jadi pada 7.9.2011 aku pergi le PPS nak amik borang. Mereka kata boleh buat online di http://smap.uthm.edu.my. Jadi aku pun buat le tapi kena blok sebab ada hutang. Grr...
Esoknya aku bayar le kat bendahari. Pagi tu pegawai dia kata PTPTN takkan bayar hutang tu kena bayar cash. Aku pun bayar le cash RM205. Bila aku update buku bank muamalat, aku tengok akaun aku kena potong RM 205. Ni dah potong 2 kali. Aku tanya bank, dia suruh rujuk bendahari.
Aku pun pergi le bendahari. Aku tanya le kenapa kena potong dalam buku? Dia kata dia tukar status supaya aku boleh daftar dan boleh buat pemotongan PTPTN. Soalannya kenapa pagi tadi dia tak sebut pun pasal potongan tu? Lepas tu kata lepas semua bayar baru boleh pulangkan wang. Lama tu...
Thursday, July 21, 2011
GURU KAUNSELING & SEMINAR
Hari ni aku pergi seminar kat IPGKTI, Jumpa kawan-kawan lama.
Dia tanya "pembentang ke?"
Aku kata "peserta je"
Jadi aku ikut le seminar tu.
Ucaptama oleh Dr Haili bin Dolhan, Rektor IPG.
Habis dalam pukul 5.30 petang.
Balik je anak aku hulur kertas,
Cikgu kaunseling bagi.
Kertas kelayakan pembahagian komputer netbook.
Semua ni disebabkan aku pergi ke sekolah pada 17.7.2011. Aku tanya
1. pasal apa prestasi anak aku jatuh teruk sangat; lebih dari 20 markah? Cikgu tu kata subjek baru, pelajar tak menguasai.
2. Aku kata le sebenarnya anak aku tu kecewa tak dapat netbook, dia layak tapi gaji ayah besar.
3. Aku pun cerita le adik dia pun patut dapat tapi alasannya sama.
4. Lepas tu dia blah masuk bilik guru.
Lama sangat tunggu, bila aku masuk bilik guru, dia tengah bergayut.
Lepas tu buat terkejut, tak jumpa cikgu rohaina?
Lepas tu baru terserempak, guru kaunseling tu namanya Rohaina Ahmad. Cerita yang sama.
Aku dah kata dengan kaunselor tu jangan jumpa anak aku pasal komputer netbook tu. Dia janji nak motivasi anak aku.
Jadi aku tanya apa dia buat,
Anak aku kata dia tunjukkan senarai pelajar yang terima beserta gaji ibubapa, penjaga.
Kemudian kena soal macam penjenayah,
- siapa awak tak puashati terima netbook ini?
- bebel pasal cikgu anak 9 dan anak 7
- macam ni ayah awak kata pandai?
Bab menghina ni aku meradang lebih-lebih lagi dia janji nak kaunseling.
Tak pe anak dia
nor asyikin binti saman
UiTM Seri Iskandar, perak
Diploma in statistic
tarikh lahir 16.5.1992
Tuesday, July 19, 2011
AC PUMP ROSAK LAGI.
Hari ni sehari suntuk aku duduk kat workshop. Dari 10.00 pagi sampai 4.30 ptg. Aku nak adjust tappet, tengok kenapa petrol tak masuk karburator. Memula tu dia buka cover engine, nak tengok batang AC pump yang masuk dalam tu. Ok. Oleh kerana dah dibuka, aku suruh dia adjust tappet dulu. Dia tukar 4 adjustment valve sebab dah tak leh adjust.
Dia pun check AC pump, minyak tak naik. Dia try pakai pump lain, tak leh juga. Lepas tu aku kata AC pump lama ada kat bonet. Dulu keluar minyak. Dia pun mintak, nak try. Tak leh juga. Kemudian dia pancing guna petrol dalam botol. Baru ada minyak keluar. Katanya AC pump baru aku rosak. Tapi AC pump lama tu minyak menitis.
Aku pun pergi kedai cakap AC pump dulu dah rosak. Cina tu kata warranty 2 minggu je. Aku tak leh buat ape le terus bayar RM45. Dah pasang, mekanik test, keluar minyak, ok. Mekanik tu kata enjin ni kena overhaul sebab crankshaft rosak. Siap je dia buat bil
upah RM 5.00
adjust valve RM5 X4 = RM 20.00
adjust tappet RM 15.00
upah AC pump RM 10.00
Hos paip RM 5.00
JUMLAH RM 55.00
Untuk hari ni je aku habis RM100.00
Esok ada seminar lak kat IPGKTI
YASIIN NIFSU SAABAN
Pada 16.7.2011 aku balik Tangkak. Mak mertua aku telefon nak buat kenduri tahlil arwah bapa mertua aku. Anak aku yang nombor 3 tu ada perkhemahan kat sekolah dua hari. Jadi aku pun plan balik hari. Kebetulan pula hari tu bertembung dengan Nifsu Saaban. Ada baca yassin 3X.
Aku nak balik malam tu, jadi lepas hantar org rumah dan anak-anak aku, aku drive ke Ayer Keroh nak isi gas. Habis je majlis, kita pun bertolak balik dalam pukul 11.10 mlm. Biasanya stesen gas kat Ayer Hitam dah tutup. Jadi aku pun drive le ke JB. Rasanya boleh sampai. Lepas Shell Tun Aminah, gas aku habis, aku pun tukar petrol tapi engin mati pulak. Puas start tak hidup. Jam pukul 3.00 pagi.
Aku dengan anak aku tolak kereta parking kat Shell. Dalam pukul 4.30 pagi aku call adik aku. Dia datang dan hantar aku ngan anak-anak balik dulu. Esoknya aku ngan anak aku pergi kat kereta dalam pukul 3.00 petang. Aku cek feul filter minyak kosong. AC pump, minyak tak naik. Lepas cuba beberapa kali, aku tengok tak de perubahan, aku tinggal je. Aku fikir nak tarik je ke stesen gas, nak isi gas. Aku cakap dengan Nazri, dia kata OK. Dalam pukul 9.15 mlm dia datang, aku bawa tali nylon je. Aku tanya stesen mana? Dia kata highway pasir gudang.
Dia pun tarik le kereta aku dengan kereta dia. Tali tu lepas ikat, jarak kereta aku dengan kereta dia satu depa je. Sangat dekat dan perlu kewaspadaan yang tinggi. Sampai stesen gas, aku isi gas dan hidupkan. Alhamdulillah hidup.
SEMINAR IPGK ILMU KHAS
Minggu lepas pada 13-14 Julai aku pergi Seminar di IPGK Ilmu Khas. Aku bertolak dengan bas pukul 12.30 tghmalam. Bajetnya sampai pagi antara 5-6 pagi kat Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.
Pagi tu aku mendaftar. Kena yuran RM50. Dapat bahan CD, abstrak, tentatif program. Secara keseluruhannya berjaya cuma bila adakan sesi selari hingga 6 bilik berlainan blok dan tingkat, peserta terkejar-kejar tempat. Ada pengerusi yang mempercepatkan masa pembentangan yang membuat peserta tertinggal separuh jalan.
Malam tu aku tidur kat International Youth Council (IYC). Bilik RM80 dengan deposit RM50. Dengan bayaran setinggi ni, sarapan pun tak de. Kalau Sri Malaysia ada juga sarapan. Habis je seminar dalam pukul 2.00 ptg, aku pun naik teksi ke TBS dan balik JB.
Friday, July 1, 2011
SEKATAN JALANRAYA
Hari Rabu 29.6.2011 aku pergi Batu Pahat. Aku tak ikut highway lalu jalan dalam je. Jimat duit tol. Dalam perjalanan, ada road-block. Polis tu suruh aku ketepi. Dia tengok road tax, hidup lagi. Aku tanya ada apa? Dia tak jawab. Dia bincang dua orang lepas tu dia kata:
"Minta lesen dan IC.."
"Buka bonet belakang.
Bonet aku ni penuh dengan buku, beg baju, tikar getah, jam dan kotak alat. Apahal pulak ni.
Rupanya sekarang ni polis tengah sibuk nak mencegah perhimpunan haram. Jadi semua yang dicurigai diperiksa. Ni kira nak cari sepanduk, baju kuning dan apa-apa bahan provokasi. Malamnya aku tengok TV3, cerita perhimpunan haram, tangkapan orang awam yang pakai baju BERSIH 2.0 dan segalanya tentang 9 Julai 2011.
Thursday, June 23, 2011
ASRAMA & AC PUMP BARU
Pada 20.6.2011 aku hantar anak ke sekolah macam biasa. Kemudian aku terbau macam bau cat. Anak aku kata bau petrol. Aku fikir biasa le pagi-pagi ni orang panaskan enjin, jadi bau tu masuk dalam kereta. Balik aku terdengar bunyi macam air kena besi panas. Aku pun buka bonet. Rupanya ada minyak menitis melalui pam petrol (pomen sebut AC pump). Wah masalah besar ni.
Aku pun pergi le kedai sparepart, RM45 biasa punye, RM80 baik punyeer. Aku telefon tuan kereta dia buat tak tahu, jadi aku le kena betulkan. Aku pun jumpa Hussin confirmkan. Husin mengesahkan diagfram AC pump aku bocor, kena ganti juga le sebab aku nak naik Batu Pahat.
Esoknya, 21.6.2011 aku naik Batu Pahat. Sampai dah dekat maghrib. Nak ambil kunci asrama, pejabat dah tutup.Lepas solat aku pergi le makan sup kambing dengan Malek dan Sharinee. Malam tu aku telefon Shukur nak tumpang tidur.
Esok pagi aku dah keluar. Oleh kerana rumah Shukur dekat dengan SMV Batu Pahat, aku jumpa Hj Rashid dulu nak timing light distributor. Lepas tu aku ke IPGKTHO. Jumpa le kawan-kawan En Rosli, Hamizan dengan Sapuan tengah berbual. Aku pun tanye le lepasan RBT tu mengajar subjek apa kat sekolah? Diaorang kata KH! Alamak habislah persoalan dengan objektif kajian aku. Kena betulkan. En Rosli kata nak dapat info graduan konvokesyen kena telefon Hj Rosehan. Itu hari aku email KPPK minta data beban guru, dia tak bagi. SULIT katanya, tunggu menteri umum dulu. Bagus KPPK ni dia layan pelanggan. Kalau emel UTHM, memang senyap le.
Turun dari IPGKTHO aku singgah KKTM. Nak ambil duit deposit kad. Dulu jumpa Pn Ayu. Kali ni jumpa Suhaidah. Tak dapat pun duit tu. Dia kata komputer rosak, komputer meletup. Data tak de dan lain-lain.
Abis urusan tu aku ke UTHM nak ambil kunci asrama. Masa tu pukul 10.40, kerani tu kata En Hisham tak de. Aku pun pergi librari untuk pulang buku dan baca buku. Petang tu dia ada. En Hisham kata ada satu bilik je. Aku kata nak satu bilik duduk 2 orang, Dia kata tak boleh. Bilik tu untuk seorang je. Dia tak boleh tambah katil. Jadi dia bagi aku bilik 324, Asrama Tun Syed Naser. Lokasinya dalam UTHM. OK le senang nak bergerak. Dekat dengan arked. Jadi malam ni aku tidur kat bilik aku sendiri. Syukurlah blok ni ada wi-fi. Senang nak cari bahan.
Sunday, May 29, 2011
ACCESS CARD
Jumaat lepas, jef yang sewa rumah aku call. Dia minta tolong buat access card sebab peraturan sekuriti dah ketat. Leceh sekarang ni, tak ade card kena turun, tulis buku hari-hari. Aku masa tu masih kat Batu Pahat. Jadi aku kata bila balik aku settlekan.
Jef kata semua sekuriti muda yang lama kena tukar selepas kes kecurian didedahkan dalam akhbar. Kalau nak buat kad kat pemaju kena RM50. Aku ada perasan ada kedai kat Giant tu boleh buat pendua alarm remote. Aku cuba tanya, RM38 je. Aku pun buat satu, bagi kat jef.
AIR CON
Semalam aku pergi kedai Din kat Batu Pahat. Kereta aku ni pasang aircon tapi berbahang walaupun baru 3 bulan. Memula Din kata ada bocor, siap guna tester. Tukar O seal, buat kena RM30 + RM30 isi gas aircon. Aku pun tunggu le, kereta banyak. Masa nak isi gas tu, regulator tu tak turun bila engin ramp.
Din kata kompressor problem, macamana? Nak isi gas tak?
Aku nak kata apa, isi je le. Awal-awal tak bagitau. Regulator ori RM700-RM800, recon RM350. Aku buat lain kali je.
Friday, May 27, 2011
YASIIIN DAN TAHLIL ARWAH
Tahlil arwah dan yasiin 40 hari arwah ayah aku dah berlalu pada 23 Mei 2011. Majlis dibuat di rumah ayah aku di Century Garden. Oleh kerana rumah ini kecil, hanya saudara terdekat dan 12 orang pelajar aku semester 7 yang hadir. Itu pun dah penuh.
Menu masakan ialah nasi tomato, ayam sambal, dalca. Air teh 0, soya dan campuran tahu cedok dengan soya. Air soya dengan tahu ceduk tu aku beli kat Kg Bakar Batu. Satu flask besar dan satu flask kecil cuma RM30 je.
Belah ayah aku, untie Tom, Paman Yunus dan Bibi Samina. Belah ibu aku, Cik Lela dan suami, Cik Rose sekeluarga. Abang aku dari KL turun dan sampai pada 1.00 pagi. Aku bersyukur semua berjalan dengan baik. Khemah dari sekolah adik aku, kipas besar dari kempas. Aku menguruskan PA sistem, tikar, Yasiin, sejadah dan rehal.
Solat maghrib dan Isya dijalankan di rumah tersebut. Inilah kali pertama rumah aku dijadikan tempat membaca yasiin dan tahlil. Sebenarnya aku terharu kerana semuanya berlaku setelah ayah aku tiada lagi.
Malam tu abang aku bertolak balik ke KL kerana beliau shif pagi esoknya. Alhamdulillah.
MESYUARAT AGUNG LARKIN INDAH
Pada 22 Mei 2011 (Ahad) yang lepas, JMB apartment Larkin Indah telah mengadakan mesyuarat agung untuk mempersetujui bayaran RM25 kepada pemaju sebagai kutipan sewa parking dari pemilik petak.
Selepas ucapan dari pengerusi, COB Pesuruhjaya Bangunan, mula le majlis. Ramai yang tidak berpuashati terhadap sikap pemaju yang ditunjukkan. Akhir majlis, keputusannya ialah Bayaran ditangguh sehingga pemaju menyiapkan semua aduan penduduk dan penyenggaraan yang terbengkalai.
Wednesday, May 11, 2011
SUBPOENA / SAPINA
Tentu pelik dengan entri hari ni. Selalunya kalau orang kata sapina mungkin lebih difahami. Menurut Wikipedia, Subpoena ialah writ dari agensi kerajaan, biasanya mahkamah yang mempunyai kuasa untuk meminta keterangan testimoni saksi dalam perbicaraan.
Terdapat 2 jenis sapina ni iaitu:
-melalui perbualan telefon ataupun secara bersemuka.
-dokumen-dokumen sokongan.
Kenapa kena hadir? Itu rahsia le. Panjang cerita.
Aku pun tak tau kena hadir ke mahkamah. Dulu masa polis tu ambil statement kata aku tak yah naik mahkamah, dia je settlekan. Sekarang nak aku pergi lak. Telefon hari Isnin, Rabu kena naik. Dia pun cakap baik-baik, nanti DPP ajar, kita baca statement balik, bla.. bla.. bla..
Pagi tadi pukul 7.30 pagi aku pergi le. Parking kat Pejabat Pos Besar, Johor Bahru. Ikut buku, pukul 8.30 pagi. Polis tu sampai kat pukul 9.10 pagi, DPP pukul 9.20 sampai. Ni yang aku malas, Polis, DPP ngan hakim sama je tak tepati waktu. Lepas DPP, lawyer tertuduh bincang dengan hakim, katanya pukul 2.00 ptg baru nak mula. Aku lak kena datang esok pagi. Buang masa betul le. Tau aku sarapan dulu. Ini le sistem kita, pincang dari bawah sampai ke atas.
Jadi aku pun balik le. Prepare esok nak datang lagi.
Tuesday, May 3, 2011
CIKGU GILA-GILA
Baru ni aku tengok youtube. Itupun pasal ada tajuk besar dalam metro pasal cikgu. jadi aku buka le http://www.youtube.com/user/CikShidaDariParit.
Bila merujuk http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/ , nama sebenarnya Roshida Abd Aziz. Hasil kerja sendiri, edit sendiri dengan moviemaker je. Seorang guru sekolah rendah yang berjaya memasuki TV3, Hot FM, Sinar Harian dan menandatangani kontrak dengan Colour Bar Pictures Sdn Bhd dan mencapai 1 juta pelawat dalam youtube. Mimingnya merangkumi penyanyi tempatan dan luar negara dan terdapat dalam Inggeris, Melayu dan Hindi.
Cuma, bila popular melebihi guru besar, penghulu, exco, JPNJ, PPD mula le orang nak dia ni diambil tindakan. Soalnya kenapa? bukan dia keluar kenyataan apa-apa pun. Hobinya pun bukan mengganggu orang. Siapa nak tengok, tengok. Siapa boring tutup le, itu je.
Tuesday, April 26, 2011
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA PERUMAHAN
Aku nak cerita pasal TTPP. Tempatnya di Menara Ansar Tingkat 20, antara Persada dengan Kota Raya.
Itu hari aku pergi le nak komplen pasal pemaju rumah aku. Memula dia kata ada kes. Jadi aku pun buatlah salinan Sales and Purchase Agreement, ambil gambar dan isi borang. Dah siap, aku pun hantar. Dia kata tak boleh bawak kes, aku pun balik. sekian.
TAHLIL MAK NGAH (MAIMOON BT KASSIM)
Alfatihah untuk almarhumah Maimoon binti Kassim.
Semalam aku pergi rumah adik ibu, Cik Maya. Dia buat tahlil untuk arwah kakak dia di 1 presint 10/3B. Katanya majlis lepas asar. Aku sampai dalam 4.30 ptg. Aku sampai je, Cik Maya dan suaminya tak de.
Anak dia, Jojo accident pukul 11.00 pagi tadi. Dia nak ambil kueh dan kakak ipar Cik Maya di Terminal Larkin. Lokasi accident kat Jalan Tampoi, depan kilang eveready. Kereta Toyota Rushnya gagal dikawal berhampiran selekoh, langgar divider dan terbang menghempap bumbung kereta1, golek-golek langgar lagi kereta2 sebelum menghentam sebuah lagi kereta3 yang cuba mengelak. Semua tayar keretanya pecah, dah keadaan kereta amat teruk; kemek depan dan belakang. Kalau tengok dari gambar kereta yang remuk tu, tentu orang kata paling tidak pun patah atau kecederaan serius. JOJO? dia selamat, balik rumah dan cuma sengal je.
Dalam banyak-banyak tu, Cik Ros pun berkata; bulan ni banyak kematian; dimulai dengan
Mak Ngah
Ayah
Bapa Cik Semek
Oleh sebab insiden yang tak dijangka, majlis tahlil bermula pukul 5.30 petang. Aku pun insaf juga. Itu le, bila Allah panggil, tiada siapa dapat menghalang. Sekurang-kurangnya aku bersyukur Jojo masih selamat dan belum masuk dalam senarai tahlil pada hari ini.
Wednesday, April 20, 2011
TAHLIL ARWAH
Hari ni aku ambil giliran melaksanakan tahlil arwah ayah aku 7 hari. Aku dah uruskan dari hari Isnin dengan berbincang bersama AJK surau KIP dan dapat persetujuan mereka. Aku hubungi tukang masak surau KIP, En Zainal. Dia bagi menu; daging masak kicap, sayur kubis, ikan kering dan sambal belacan. Jadi pagi tadi aku pergi pasar membeli barangan yang dinyatakan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.
Sambil-sambil tu aku terkenangkan seperkara...
Dah 7 hari aku tak de ayah. Aku ingat lagi, bila aku tukar lampin ayah malam Rabu tu, aku tengok ayah sedang tidur selepas makan dan minum. Aku berharap dapat jumpa ayah pada Khamis esoknya. Memang aku jumpa ayah tetapi jenazahnya sahaja. Itu le bila dah tak de ayah baru rasa nak ada ayah.
Ayah aku akan cuba tolong habis-habisan kalau aku ada masalah. Aku ingat dulu van aku mati kat Sedenak. Dia sanggup bawa pomen dari JB. Lepas tu esoknya dia cari pomen dari Kulai pula, Man Botak gelarannya. Setiap malam 3 hari berturut-turut dia pergi ke sana. Pomen ni lak mula kerja lepas pukul 6.30 petang. Kalau ada masalah tunggu besok sebab kedai sparepart tak buka malam. Masa tu van aku kat parking tol Sedenak. Bila tayar aku bocor kat Carrefour, tak de tayar spare (tayar spare pun bocor), malam-malam dia datang. Bila aku mesyuarat/ kursus, dia bagi makan ikan keli aku dan hantar anak-anak aku ke sekolah.
Ayah aku banyak kawan dan peramah. Sampai akhir hayatnya, dia menjadikan rakan satu wadnya sebagai rakan. Pernah adik aku ditegur kerana menghina rakan sewadnya.
"Ayah pakai penutup hidung, kawan ayah ada Tibi, tu yang berjangkit tu.."
"Dia kawan ayah, bila anak-anak balik, dia jaga ayah.."
Sewaktu dalam wad, dia pernah bercerita kenapa duduk di Taman Century; bukannya di kawasan Melayu seperti Majidee, Kampung Melayu ataupun Bakar Batu. Dia kata ayah nak anak-anak ayah tak macam anak orang lain. Kalau duduk di kawasan Melayu atau setinggan, anak ayah akan hancur. Prinsip ini yang menyebabkan ayah menolak tawaran membeli ataupun membangunkan rumah di kawasan setinggan. Memang sejak kecil, aku dan adik beradik yang lain dipaksa ayah menghafal sifir dan membaca suratkhabar News Strait Times. Kemudian kena terjemah petikan akhbar dalam bahasa Melayu. Seksanya masa kecil, tetapi bila masuk universiti, aku tidak mempunyai masalah membaca buku rujukan Inggeris yang tersusun di rak kerana tiada pelajar Melayu nak berebut buku Inggeris. Tugasan yang diberi biasanya aku dapat selesaikan dengan cepat.
Sewaktu ayahku masih bekerja Shell, hidup kami senang. Setiap akhir tahun, kami sekeluarga akan berjalan keliling Malaysia. Kadang-kadang Pantai Timur, kadang-kadang Pantai Barat. Kalau ayah penat, kita akan tidur hotel. Tak tahu aku berapa banyak duit ayah habis untuk perjalanan itu.
Sebenarnya, ayah aku yang suruh aku ambil borang jadi cikgu. Agaknya dia pun pening masa tu gaji aku kecil je. Alhamdulillah, ada rezeki aku sampai ke kedudukan aku sekarang. Walaupun ketika hidup, ayah aku tak banyak cakap sangat, tapi aku tahu aku ada ayah. Sekarang ni, dah tak de suaranya. Aku dah tak de ayah lagi..
Banyak jasa ayah pada aku dan banyak jasa ayah pada orang lain. Hati aku tersentuh bila ayah ceritakan dia meminjam duit orang lain untuk membayar kos pelajaran anak-anak, betapa susah nak dapatkan penjamin untuk borang perjanjian universiti, rakan dan lawan sepanjang hidupnya. Nama-nama seperti arwah Cikgu Mohd Noor, Bala, Ah Kau, Ng, Lim, Cikgu Mawi, Pakcik Roslan adalah mereka yang dikenang budinya oleh ayah.
Selepas hari pertama aku menghantar ayah ke pusara Bukit Alif, aku kembali pada pagi hari keempat untuk melihat ayah. Daun-daun pandan dan bunga yang ditabur atas pusara telah kering. Liang kosong sebelah ayah dipenuhi air. Kebetulan pagi itu ada jenazah sampai, seorang lelaki 80 tahun. Tukang gali menyedut air dan menyemadikan jenazah tersebut disebelah ayah. Ayah, sekarang ayah dah ada kawan baru.
Ayah, aku doakan ayah berada bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Diterangi kubur ayah dan diluaskan kubur ayah serta berbau wangi seperti syurga firdausi.
Sunday, April 17, 2011
ALLAHYARHAM AYAHANDA JEMALI BIN OMAR
Aku harap mereka yang baca blog aku ni dapatlah sedekahkan Alfatihah kepada arwah ayahanda aku, JEMALI BIN OMAR yang meninggal pada 14.4.2011 pukul 6.15 pagi. Beliau telah selamat disemadikan di T6513 , Pusara Bukit Alif Johor Bahru.
Sebenarnya pagi tu aku patut berada di UTHM Batu Pahat, tapi aku tak pergi. Adik ipar aku telefon pukul 6.45 pagi, kata ayah tak de nadi dan nafas dan dia dah telefon ambulan. Anak aku yang sulung dah ke sekolah kat SMV Yahya Aldatar. Pukul 7.05 pagi dia telefon, paramedik sahkan dah meninggal dunia. Maka apa yang aku fikir ialah bermulalah tugas aku sebagai anak untuk menguruskan jenazah ayah aku.
Aku terus ke rumah adik aku di Bukit Kempas di mana jenazah ayah aku berada. Di situ ada beberapa jiran; termasuk aku ada 4 lelaki. Makcik Tom, adik ayah pun ada. Perkara pertama ialah memindahkan jenazah ke ruang tamu untuk memudahkan urusan. Jenazah perlu diikat kepalanya supaya mulut tidak terlalu terbuka. Kemudian tangannya perlu diletakkan dalam keadaan qiam, di atas perut. Oleh kerana ayah aku memakai pampers, ia perlu dibersihkan dan disalin. Kain ayah aku perlu ditukar lain yang mukanya perlu ditutup.
Dalam masa terluang, aku ambil anak aku kat sekolah sebelum jenazah dimandikan. Aku nak mereka lihat atuk mereka untuk kali terakhir. Aku kata dengan anak aku nak jumpa atuk. Anak aku yang bongsu suka, kata dia boleh tengok atuk. Yang dia tak tahu atuk dia dah meninggal. Semua aku dah ambil kecuali kat SMV sebab kena balik untuk mandikan jenazah. Lagipun adik aku ada kat Balai Polis untuk repot polis dan dapatkan permit kubur. Nasib baik bila aku sampai, abang ipar aku offer nak ambilkan. Alhamdulillah, bantuan Allah datang tanpa disangka-sangka.
Jenazah dimandikan pada pukul 11.00 pagi. Aku dan adik lelaki aku melibatkan diri dalam memandikan jenazah ayah aku. Sambil memandikan mayat, tukang mandi mengajar cara-cara memandikan mayat dengan tertib. Kena bersihkan perut dia, bersihkan celah kuku tangan dan kaki, korek telinga dan hidung. Dalam ruang mandi tu, ada aku, paman yunus (adik ayah), bahagia (adik aku), cik semek (laki cik ros), cik wahid (anak pak hitam), faizal (anak mak ngah). Habis mandi, aku megambilkan wuduk untuk jenazah ayah aku atas bimbingan tukang mandi.
Lepas tu jenazah diletakkan pada kain putih yang telah disediakan awal. Jenazah dicelakkan, ditabur minyak wangi, daun pandan dan dikafankan. Setelah siap, ada ruang masa untuk hadirin melihat jenazah sebelum ditutup dan disolatkan. Adik perempuan aku tiba selepas mayat disolatkan. Dia nak tengok jenazah tapi tak de orang nak buka. Tapi akhirnya dapat juga bila pemandu van jenazah tu rakan baik aku, En Sulaiman Mohd Noor tolong buka. Alhamdulillah, sekali lagi bantuan Allah tiba tanpa disangka-sangka.
Sebelum jenazah meninggalkan rumah, diaorang tolak aku; kena bagi ucapan. Aku biasa tengok imam yang buat tapi kali ni aku kena buat sebab anak lelaki ayah aku. Memula aku bagi salam menghadap jenazah. Tapi dibetulkan sepatutnya mengadap luar, jenazah dibelakang aku. Ucapannya ialah
"Pada hari ini, saya ingin meminta maaf kalau ada salah silap ayah saya, minta halal makan minumnya, minta didoakan kebaikannya. Seterusnya jika ada ayah saya terhutang pada hadirin, bolehlah dituntut dari kami supaya jenazah ayah saya menjadi jenazah yang baik, Alfatihah!"
Kemudian setiap langkah berhenti dan dibacakan alfatihah hingga masuk ke dalam van jenazah menuju ke kubur. Jenazah diturunkan ke liang lahad dan ditimbus dengan tanah. Talkin dan doa dibacakan. Bila aku sampai ke rumah, abang aku dari Kuala Lumpur dah tiba.
KELUAR WAD
Pada 13.4.2011 ayah aku dah boleh discas dari wad. Pagi-pagi lagi Shankar kata dah boleh keluar. Ayah aku sangat gembira, ingatkan dapat keluar pagi. Bila aku tanya nurse, dia kata keluar pukul 2.00 ptg lepas kursus Tibi kat wad dada. Oleh kerana ayah aku tak boleh jalan, wakil kena datang, aku le.
Bila maklum kat ayah aku, dia kata nak tidur dulu. Aku pun biar dia tidur dulu. Petang tu aku datang ayah aku tinggal berdua je. Kawan-kawan lain dah pindah bilik. Ayah aku pun dah bangun. Jadi aku bawa ayah aku ke bilik air dengan kerusi roda untuk salin pampers. Dia kata tak nak pakai pampers. Aku pun ikutkan je. Lepas tu dia ziarah kawan-kawan kat bilik sebelah. Aku tengok kawan-kawan dia sedih dan terharu. Ayah aku menitiskan air mata juga. Aku ucapkan terima kasih pada mereka kerana jaga ayah aku sepanjang di wad ini. Dalam wad ini aku tengok hubungan persahabatan sangat kuat, tak kira bangsa atau agama.
WAD
Ayah aku dimasukkan ke wad Dahlia HSA pada Rabu 6.4.2011 kerana matanya kuning setelah memakan ubat Tibi selama 9 hari. Biasanya doktor akan tanya banyak soalan:
- sebab apa masuk?
- berak kaler apa?
- ada muntah darah?
- kencing warna apa?
- boleh makan ke?
Dalam banyak soalan yang serupa (dari bilik persediaan sampai 4 doktor bertanya soalan yang serupa) terbit soalan yang pelik dan aku tak percaya keluar dari mulut doktor tu.
- Pakcik, sekarang pagi ke, petang ke malam?
- Sekarang pakcik kat mana?
Memula tu aku ingat ayah aku senang le nak jawab. Tapi bila dia terkial-kial aku pun hairan.
Soalan ke dua tu dia jawab betul kat Hospital, tapi bila tanya hospital mana, dia jawab Putri bukan HSA. Rupanya kuman Tibi boleh menyebabkan hilang imbangan dan ingatan.
Setelah disahkan mengidap Tibi, beliau dipindahkan ke wad Tibi pada 7.4.2011. Nak masuk wad Tibi i kena pakai mask. Memula katil 20 sebelum dipindahkan ke katil 11. Malam tu adik beradik ibu aku datang. Cik Kamal pernah dulu kena Tibi dan bagi peransang pada ayah aku dan pesakit lain dalam wad tu. Esoknya adik beradik ayah datang.
Ayah aku ni dia tak nak nurse perempuan mandi atau salinkan pampers. Tu yang dia tunggu aku, adik aku atau nurse lelaki datang. Ada sekali tu bontot dia melecet sebab basah sangat. Kebaikan duduk wad ni, baju, kain, cadar, selimut dan alas boleh tukar bila-bila masa kalau dah basah atau kotor. Ayah aku kena gunakan kerusi roda untuk bergerak dari katil ke bilik air. Banyak kawan ayah aku kat sini; Idris, Shankar dll
Dalam satu perbualan, ayah aku bertanyakan mengenai status rumah aku. Aku kata le semua belum habis bayar. Dia kata tindakan aku tu betul tapi amat merbahaya. Lalu dia menasihatkan aku supaya membeli rumah kedai. Aku ada tanya pasal abg sulung aku, dia kata abg aku banyak bantu dalam menguruskan rumah. Dia kata aku rajin menulis, sebab tu dia suruh aku jadi cikgu.
Bacaan paras gula dalam darah ayah aku sekitar 4-5.5 je. Tekanan pun rendah sebab tu dia kena masuk darah 2 pain; Khamis satu pain dan Jumaat 1 pain. Ayah aku darah jenis B.
MAFIZA
06.06.2012 (100) baki RM 200
02.05.2012 (100) baki RM 300
10.04.2012 (100) baki RM 400
28.02.2012 (100) baki RM 500
02.01.2012 (100) baki RM 600
08.12.2011 (100) baki RM 700
15.11.2011 (100) Baki RM 800
18.10.2011 (100) Baki RM 900
13.10.2011 (110.50 Ganti barang)
JUMLAH Rm1000
12.09.2011
17.08.2011
5.7.2011 (200)
21.6.2011
18.4.2011
14.3.2011
16.2.2011
5.1.2011
20.12.2010
syaripa
11.03.2012
MIAN
21.10.2011 250
17.09.2011 (RM500) (Ogos&Sept)
20.07.2011 (RM500) (Jun&Julai)
16.06.2011 (April)
16.04.2011 (Mac)
18.3.2011 (Feb)
13.2.2011 (Jan)
16.12.2010
JEFF
09.10.2011
12.09.2011
08.04.2011
UMMAI FARRAH
ok
LYNN
1560 - 400
1160
10.10.2011 RM500 (650)
Wednesday, March 23, 2011
KEMATIAN
Minggu lepas aku terima 2 berita kematian. Satu jiran aku meninggal setelah sakit sekian lama. Satu lagi kematian pilihan..
Apa maksud kematian pilihan?
Ceritanya berkenaan Makcik aku kat Singapura. Dia ni ada kencing manis. Kaki dah kena potong kiri dan kanan sampai atas peha. Selain tu darah tinggi dan lemah jantung. Doktor memberi pilihan kepada adik beradik, jika makcik aku terkena strok lagi; samada nak tamatkan riwayatnya atau tidak? Samada dengan memberikan gas atau menanggalkan sistem sokongan sekarang.
Memandangkan makcik aku dah tak de kaki dan tersiksa lama, semua adik beradik menandatangani persetujuan diberhentikan sistem sokongan kalau berlaku sekali lagi strok pada makcik aku ni. Aku tak berani nak komen.
Saturday, February 26, 2011
CCRIS
Hari tu aku pergi RHB easy. Nak tambah pinjaman pelaburan ASB isteri aku. Tak banyak pun, RM50,000 je. Jadi jumpa le salesman dia. Bayaran bulanan cuma RM255 sebulan tambah RM15 untuk MRTA selama 5 tahun, lepas tu RM4XX. Menariknya, kelulusannya serta merta. Tak yah nak tunggu 2 minggu, sebulan.
Jadi, lepas periksa cip dan ibu jari, dia pun klik-klik apa yang patut. Masuk umur, jumlah pinjaman, jangkamasa pinjaman, cek CTOS, akhirnya cek CCRIS. Keputusannya: DISAPRROVE sebab sangkut CCRIS.
Salesman tu kata kena pergi bank negara tingkat 3, kalau nak semak. Aku pun pelik sebab isteri aku tak bekerja. Loan dia satu je RHB easy, payment OK je tak de sangkut. Mula le fikir macam-macam. Jadi apa-apa hal pun kena pergi Bank Negara.
Aku dengan isteri pun pergi Bank Negara, sebelah Hong Kong Bank dengan Bukit Timbalan. naik tingkat 3. Jumpa pegawai tu dia pun print CCRIS. Aku pun terpinga-pinga baca jadual tu.
Apa yang ada dalam senarai CCRIS?
1. Senarai pinjaman; peribadi, bersama dan lain-lain
2. Senarai bank yang dipinjam
3. Jumlah pinjaman
4. Bayaran bulanan
5. Kedudukan bayaran 12 bulan terakhir
Tiba-tiba ada pegawai panggil masuk bilik perbincangan.
Dia tanya beberapa soalan:
- ada jamin orang beli motor?
- ada jamin orang beli barangan SINGER?
- ada jamin orang beli barangan COURT MAMMOTH?
Aku jawab le TAK DE, aku tanya balik kenapa?
Dia kata syarikat ni boleh sebabkan kita sangkut CCRIS kerana penjamin akan turut dimasukkan nama sebagai peminjam. Maknanya macam buat akaun bersama.
Kalau peminjam tak bayar, kita pun macam tak bayar, kira bank sangkut le. Jahatnya!
Dia pun terangkan,
Ni ada 2 bulan tak bayar Public Bank!
Rupanya pinjaman tu akaun bersama aku dengan isteri aku. Masa tu aku kena guna nama dia sebab keluar KWSP dia beli rumah. Jadi kalau aku sangkut bayar, akaun isteri aku pun sangkut sekali. Katanya kalau bayar habis pun, 15 Mac baru CCRIS tu clear.
Aku pun kata, takkan dua bulan, selalunya aku bayar tiap bulan. Lagipun bank kalau call kata bayar RM2XX, RM3XX je. Takkan sangkut? Dia suruh aku semak dengan Public Bank. Aku agak-agak kalau sebulan RM640, dua bulan RM1280!
Aku pun call Public Bank, dia kata balance aku cuma RM312 je untuk Januari, Februari due pada 1 Mac. Maknanya tak de le 2 bulan. Teruk betul bank ni, kurang setengah bulan, tulis 2 bulan.
Ini le kelemahan sistem. Kerajaan kata pinjaman tak perlu cek CTOS / CCRIS. Tapi Bank Negara masih mengeluarkan senarai CTOS / CCRIS. Siapa jadi mangsa? Aku le, AKU LELAKI
SOLAT JUMAAT
Dah beberapa kali aku solat Jumaat kat UTHM ni sejak kelas bertukar hari Jumaat. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku. Maklum le UTHM ni ada ramai pelajar antarabangsa dan pelbagai budaya yang boleh dipelajari.
Sepanjang masa, aku perhatikan saf hadapan banyak dipenuhi dengan pelajar asing, terutama pelajar Timur Tengah dan mereka datang awal. Orang tempatan cuma ada 3-5 orang je. Jemaah ni datang awal dan meluangkan masa membaca Al Quran sementara menanti azan dzuhur. Mungkin budaya mereka sejak dari negara asal lagi. Sebelum dzuhur juga, ada bacaan Al Quran oleh qari melalui pembesar suara.
Jika ada peperiksaan, masjid ni jadi tempat perbincangan dalam kalangan mahasiswa UTHM. Mereka saling bantu-membantu rakan-rakan dalam memahami tajuk yang akan diuji nanti. Dari segi kebajikan, kadang-kala ada air manis sejuk (sirap/oren/ mangga) disediakan untuk jemaah. Kalau nasib baik, ada sumbangan nasi berlauk dari jemaah yang ingin bersedekah.
Di UTHM ni, qunut nazilah tidak dibacakan oleh imam seperti masjid lain di Johor. Aku tak pasti kenapa, mungkin kerana ke"antarabangsaan"nya. Menariknya di sini, selepas habis solat Jumaat, aku perhatikan jemaah antarabangsa ni akan berkumpul untuk beramah-mesra sesama mereka. Aku pun tak faham sangat apa diaorang cakap sebab masa tu diaorang guna bahasa ibunda mereka; Libya, Pakistan, Somalia, Mesir dan lain-lain.
Masa aku solat kat UPM, UTM pun suasana ni memang ada. Pelajar asing berkumpul sesama mereka. Pada masa ni le nak jumpa "orang kampung" dan berkongsi cerita dan pengalaman. Sama juga kalau rakyat kita berada di luar negara. Masa tu le nak ingatkan negara kita, jumpa kawan-kawan sebangsa dan seagama dan masa tu juga orang faham kalau kita cakap MELAYU. betul tak?
Thursday, February 10, 2011
BIO AURA
KERETA AYAH AKU
Hari Ahad tu aku dah janji dengan ayah aku nak betulkan kereta dia pagi. Dalam pukul 10.00 pagi ibu aku telefon dah boleh ambil. Jadi aku, anak aku dengan ayah aku pergi kat kereta dan buka starter. Ayah aku kata dulu kat Kg Melayu, wayar starter tu pernah putus dan mekanik dah sambung. Aku memula sangka kedudukan starter kat bawah, nak kena jack. Rupanya starter tu kat atas. Senang le kerja aku. Tempat kerja memang sempit, kat celah-celah manifold. Sekali tu tangan aku masuk tak leh keluar. Sakit pinggang juga nak buka nat. Kalau ada rachet dengan extender senang gak buat kerja.
Lepas tu bawa sampel starter tu pergi kedai. Kedai ni hari Ahad buka separuh hari. Cina tu tanya kereta apa? Aku kata Iswara Aeroback. Dia pun keluarkan starter SAGA tapi bukaan lubang gear kecil dan panjang. Dia cari lagi, ada yang sama tapi Wira 1.6. Kereta dah modified le tu. Aku pun bayar RM125.
Balik kat kereta, aku pun pasang. Bateri memang flat le. Aku guna charger dan start, ada crank dan hidup. Alhamdulillah! Masa ikat skru tu, ada hos pecah lak. Hos ni kalau dah keras, dia akan retak bila nak masuk semula. Terpaksa le pergi kedai tu semula beli hos lak. Nasib baik kedai masih buka lagi. Bayar lagi RM30. Sampai rumah ayah aku, aku pun tukar hos tu.
Esoknya ayah aku kat rumah adik aku. Adik aku dah pergi kerja bawa kereta, jadi aku kena hantar ayah aku balik rumah dia. Dia tanya kenapa brek keras macam enjin tak hidup (servo le tu)? Aku pun pergi le rumah ayah aku, test. Memang brek dia keras. Aku ramp engin, lama-lama dia turun. Rupanya aku tukar hos masa enjin mati dan tak start semula. Sebab tu angin tak masuk servo. Lepas aku test run 2-3 kali baru servo berfungsi semula. Selesai kerja aku.
Bila fikir jadi perkara macam ni, aku memang galakkan anak aku masuk bidang automotif. Selain untuk kerja, boleh buat part time kalau dia sambung belajar kat mana-mana. Aku kata kat dia, ilmu ni ilmu buat duit. Modal pun kecil je, set spannar dengan playar je. Nak complete lagi beli le rachet, spark plug spannar, filter spannar dan ball bearing caliper.
TAHUN BARU CINA - TAHUN ARNAB2
Hari Sabtu 5.2.2011 dah ada kedai sparepart yang buka. Abang aku dah beli tiket bas ke KL pukul 6.00 ptg kalau van tak hidup. Aku call dia tanya nak beli barang tak? Dia kata okey. Aku suruh dia beli bearing dengan gris. Dekat pukul 12.00 tgh baru buka tayar dia. Memang bearing pecah.
Aku pun buka nat, tarik disk brek keluar. Keluarkan bearing lama tapi ada satu bearing dah lekat/ jem. Ketuk tak nak keluar. Aku cakap dengan abang aku housing bearing ni buat kat bengkel, aku tak berani. Lagipun nak balik rumah aku ambil grinder. Sampai kedai dia kata kena press. Kedai tu tak de pulak mesin press. Nak press, kedai tutup lagi.
Macamana ni.. Aku kata kat abang aku pakai dulu housing tu, nanti balik KL buat semula sebab ada calar. Lepas amik grinder, aku grind sikit dan ketuk. Alhamdulillah besi tu keluar. Pasang bearing baru ni ada cara. Bearing tu kena 'masukkan gris' dulu. Ada caranya, dulu aku belajar dengan cikgu Azhar (Lepau) SMT Kota Tinggi. Lepas pasang, aku suruh abang aku test, OK! Dalam pukul 4.14 ptg baru siap.
Lepas ni kereta ayah aku pulak. Siapa lagi nak buat kalau bukan AKU. Akukan LELAKI
TAHUN BARU CINA - TAHUN ARNAB
Memula aku nak ucap selamat tahun baru Cina pada rakan-rakan berbangsa Cina/ Tionghua. Tahun ni tahun ARNAB. Kebanyakan kedai Cina tutup dari Khamis hingga Isnin, ada yang lajak sampai Rabu depan.
Hari Rabu 2.2.2011 aku tukar bush lower arm van aku. Rumit gak kerja ni sebab kena buka, press dan pasang semula. Masalahnya bila buat bengkel biasa, alatan tak cukup terutama saiz bar yang nak tolak keluar masuk tu. Besi lama 'melekat' pula tu. Kena potong guna oksi-asetelina. Aku masuk pukul 11.00 pagi, keluar dekat maghrib. Lepas tu nak alignment pulak sebab rasa steering tu berat. Aku pergi BBU, dia kata steering rack aku rosak, dah nak tanggal, tak leh alignment. Sabtu tu aku ada jemputan kat Mersing tetapi kerosakan ni bukan boleh buat main.
Khamis malam 3.2.2011, ibu aku nak belanja semua anak-anak makan di ZZ corner, Jalan Petri sebelah JKR Daerah JB. Lagipun adik aku nak balik KL rumah mentua dia 12.30 tghmalam. Jadi abang aku akan bawa anak-anak dia, ibu dan ayah aku manakala aku bawa family aku. Sampai Bomba Larkin, bearing van abang aku rosak, abang aku patah balik ambik kereta ayah aku.
Lepas makan, semua akan ke rumah aku sementara menghantar adik aku ke Terminal Larkin. Adik aku dah jalan dulu. Tiba-tiba kereta ayah aku tak boleh start. Nasib baik aku belum jalan. Masa tu charger, jumper, spannar dan playar ada dalam van. Kereta ayah aku pun takde barang tu. Aku call adik aku minta dia ambil barang dalam van aku kat rumah dan patah balik.
Jumper tak boleh, charger pun tak boleh. Ayah aku suruh ambil bateri van lak. Dulu pun pernah rosak gak macam ni kat Kg Melayu. Tak boleh hidup. Aku pun balik rumah dan hantar ibu aku dulu. Abang aku dan ayah aku tinggal. Dah pasang bateri pun tak hidup juga. Ayah aku suruh tinggalkan je dan balik sebab nak hantar adik aku kat terminal Larkin.
Esoknya tahun baru cina, kedai memang tutup le. Aku jumpa kedai melayu yang buka tapi dia tanya aku "barang ada tak?". Kereta ayah aku tidur kat situ 2 hari.
Friday, February 4, 2011
KRITIK ARTIKEL
Aku ingin berkongsi mengenai tugasan kritik artikel. Aku pernah buat masa Sarjana dulu. Memula tu dapat markah rendah. Pensyarah aku kata aku cuma buat ringkasan sahaja (summary) bukan kritik artikel. Lepas tu aku tengok member yang dapat markah tinggi dan aku buat semula dan hantar. Ada le perubahan.
APA YANG PERLU DALAM KRITIK ARTIKEL?
1. Kenalpasti kandungan artikel (Umum)
" Artikel ini menceritakan mengenai pengurusan kewangan..
2. Gunakan ayat penulis merujuk kepada pengarang artikel
" Penulis merujuk kepada penggunaan kad kredit dan cara berbelanja yang...
" Penulis mengajak pembaca menyelami isu..
3. Nyatakan laras artikel: ekonomi, teknologi, sosial
" Artikel ini menggunakan laras bahasa ekonomi seperti pendapatan, berbelanja...
4. Nyatakan kekuatan atrikel yang dibaca
" Kekuatan artikel ini ialah isu yang dikupas meliputi ..
" Terdapat beberapa kekuatan artikel ini seperti..
5. Nyatakan kelemahan artikel
" Kekurangan artikel ini dapat dilihat dari segi sasaran pembaca...
6. Kaitkan dengan pembacaan dari artikel lain mengenai tajuk yang sama
" (dari pengalaman atau pembacaan lain)
7. Cadangan
" Artikel ini lebih kuat jika penulis dapat menyelitkan data-data sokongan seperti perangkaan dari Bank Negara..
(dari pengalaman atau pembacaan lain. Masukkan dalam rujukan)
CONTOH KRITIK ARTIKEL
Artikel ini menceritakan mengenai globalisasi. Penulis memulakannya dengan idea globalisasi yang dimulakan dari Marshall Mc Muhan (1964). Seterusnya penulis menjurus kepada globalisasi budaya dan evolusinya sehingga sekarang. Laras bahasa pelbagai seperti ekonomi dan sains sosial menjadi pilihan dalam penyampaian artikel ini.
Saya dapati kekuatan artikel ini ialah bagaimana penulis mengolah pelbagai isu dalam budaya iaitu isu tempatan dan isu antarabangsa. Isu antarabangsa yang dikenalpasti ialah serangan-serangan syarikat media dan perjanjian-perjanjian yang memaksa negara lain menerima budaya antarabangsa ini manakala isu tempatan ialah bagaimana negara-negara ini hendak mengekalkan budaya sedia ada dan menolak beberapa budaya dari luar. Ini disulitkan lagi apabila penyebaran media, ekonomi dan sosial yang berlaku tidak dapat dihalang kerana rakyat tempatan dapat mengakses siaran-siaran tersebut tanpa had. Contoh-contoh negara yang dapat mengekalkan identiti mereka seperti Jepun dan China dengan budaya tempatannya. Penulis juga menggunakan banyak rujukan ilmiah yang menyokong penulisannya. Penulis juga dapat menyediakan contoh-contoh nama dan syarikat multinasional yang dikenali seperti Bill Gates, Yahoo, Pepsi, Mc Donalds supaya penulisannya tidak janggal dan berkesan
Kelemahan artikel ini ialah ia sepatutnya diterjemah dalam Bahasa Malaysia supaya penyampaiannya dapat difahami. Ayat seperti kondisi, meme, kontaminasi perlu disertakan dengan glossari supaya maknanya jelas dan bukan diteka-teka oleh pembaca. Selain itu data-data empirikal juga tidak disertakan untuk menyokong artikel ini. Secara keseluruhan, artikel sesuai dibaca oleh pelajar dan pendidik kerana ia dipenuhi dengan informasi dan rujukan ilmiah.
Friday, January 21, 2011
BAIKI KERETA
Kereta aku kena major repair, antaranya:
- lower arm
- excel belakang
- panel speedometer
- lampu besar depan
Jadi, aku survey le berapa tempat tanya upah servis.
Jalan Tasek/ Tangki air
-RM20 untuk lower arm sebelah, RM40 untuk tukar panel speedometer dan RM90 untuk tukar axle
D'Bayu Jalan Datin Halimah
-RM15 untuk lower arm sebelah, RM30 untuk tukar panel speedometer dan RM70 untuk tukar axle
Lepas tu aku pergi beli barang kat Maxlee, Sri Bahagia:
Axle - RM330
Lower arm - RM 90
Sate - RM12
Lampu Besar Kanan - RM55
Panel Speedometer -RM160
Sampai D'Bayu, dia tukar axle dulu. Tengah tukar tu aku tengok brek belakang bocor RM60, kasut brek pulak dah haus RM40. Memang kena tukar le. Aku jalan-jalan bawah kereta tu, aku tengok getah driveshaft dah koyak. Alamak koyak le duit aku ni. Dapat driveshaft second Rm20, ganti oil seal RM12. Top up minyak gearbox RM28. Tapi kedai ni ambil upah RM130 je. Alang-alang tu aku tukar minyak engin sekali. Nanti nak jalan jauh, takut lupa. Esok kena buat alignment lak, steering tak stabil.
Biasa le, bila servis kereta ni, banyak benda-benda tak dirancang akan berlaku, tapi terpaksa le betulkan. kalau datang lain kali, kena duduk lagi 4-5 jam.
Jadi total aku keluar duit hari tu, beli barang kat Maxlee RM585 + D'bayu RM300 = RM885. Lumayan tu. Yuran pengajian aku tak bayar lagi, barang koperasi anak aku pun tak habis bayar. Huk..huk..huk..
Sunday, January 16, 2011
SMV TANJUNG PUTERI
Anak aku dapat tawaran memasuki SMV Tanjung Puteri dalam bidang Automotif. Surat tawaran datang hari Jumaat, jadi urusan surat berhenti sekolah, kokurikulum dan SPBT tu tak dapat buat lagi tetapi photostat dan gambar dah siap. Sekarang ni dah tek de filem lagi. Semua guna CD, 4 keping gambar pasport RM12.
Pagi tadi, aku dengan anak aku belajar naik bas. Nak uji masa yang diambil dari Terminal Larkin ke sekolah. Mujur boleh naik satu bas je. Hari ni aku naik bas Maju ke Kota Tinggi tapi berhenti kat Polis Depoh. Cakap kat driver tu Stadium tertutup. Aku dapati bas ni melalui 2 buah sekolah iaitu depan Hutan Bandar dan Sekolah Tamil Jalan Yahya Awal. Kemudian belok ke Lebuhraya Lingkaran Dalam, depan Danga City Mall terus masuk bandar, pusing City Square dan berhenti depan Polis Depoh. Lepas tu kena jalan kaki ke sekolah.
Hari ujian ni, masa yang diambil dalam 30 minit tetapi kalau hari sekolah, aku rasa boleh jejak 45 minit bila lalu depan sekolah dan traffic light. Tambang RM 2.70 kalau pakaian biasa dan RM1.30 kalau berbaju sekolah. Jadi pergi balik pada hari sekolah dalam RM2.60 sehari. Anak aku kena belajar naik bas sebab masa balik dia tak tentu. Anak aku kata nak balik berhenti depan JPN/ RJCC. Kalau naik dari terminal, dia pusing bandar baru pergi JPN/ RJCC. Baik naik bas turun kat City Square lepas tu naik bas ke JPN/ RJCC. Tak de pun aku nak cuba minta asrama sebab kalau naik bas ni, paling tidak pun 6.15 dah nak kena ada kat Terminal Larkin.
Automotif ni banyak kelebihan, antaranya:
- ilmu dia merangkumi banyak bidang seperti mekanikal, elektrikal.
- ilmu hands on.
- boleh bekerja sendiri.
- dapat pendapatan tambahan
- pasaran tersedia, banyak orang beli kereta. Nak servis, tukar barang dll
Katakan kalau dia dapat sambung belajar ke Universiti nanti, ada kereta member nak servis, tampal flyer "PERKHIDMATAN SERVIS KERETA SISWA" senang-senang je dapat duit. Upah tukar minyak hitam, RM10; tukar brek, RM 20. Lepas le duit makan tengahari. Sekarang ni zaman nak cari kerja pun payah. Aku hanya sediakan ilmu, selebihnya pada dia. Kalau dapat buka bengkel lagi bagus.
Tuesday, January 11, 2011
LAWATAN ILMIAH 2
Dari segi lojistik, sekarang EPRD dah pindah ke Putrajaya. Kami disambut oleh En Zulkifli Ali dan En Karim. Nak masuk EPRD ni kena jadi ahli. Keahlian warga KPM percuma je. Kena isi borang dan bawa surat pengesahan pelajar/ jabatan. Kawan-kawan aku bawa borang pengesahan pelajar, aku lupa lak. Aku call anak aku suruh dia scan dan send melalui email pada aku. En Zulkifli tu kata aku boleh email surat tu pada dia, nanti dia print. Jadi aku pun email pada En Zulkifli. Settle!
Nak tahu second view aku?
Aku memang terperanjat sangat. Banyak betul bahan dia, berubah dari dulu. koleksi tesis doktor falsafah bersepah-sepah. Nak cari sekarang kena guna OPAC, macam perpustakaan UTHM. Pengguna boleh akses dari luar melalui laman web librarykpm.moe.gov.my. Personel pun dah ramai dan boleh bantu. Bahan pun dah 2 tingkat dan nak penuh pun. Aku gelak bila dia kata kalau nampak dia dan staff baca surat khabar pagi-pagi tu bukan buang masa tetapi memang salah satu kerja mencari bahan-bahan dalam surat khabar untuk koleksi bahan. Memang betul le tu. Bila jumpa bahan, dia potong dan simpan dalam fail.
Lepas EPRD, aku pergi makan tengahari kat Serdang. Makan nasi, ikan bakar, sayur dengan air jagung cuma RM5.00. Mungkin murah sebab berhampiran UPM, harga student. Sarapan pagi tadi kat Putrajaya aku makan sotong, kerang, nasi putih dan kopi kena RM9.00.
Lepas makan, aku pergi UPM, Serdang. Aku tak tau pun diaorang dah tulis surat nak buat lawatan. Cekap betul geng ni. Memang besar library dia. Jurnal, tesis, buku, artikel dan macam-macam ada. Masa aku belek tesis Doktor Falsafah tu aku jumpa tesis Azizi Aziz, pensyarah UTM. Dia cuma buat mata pelajaran KH tingkatan 3 je. Latif cukup gelak tengok tajuk tesis tu. Kat sini tesis boleh potostat setakat 24 helai pertama sahaja. Bukan mula muka surat 1, tapi dari kulit pertama, tak sampai setengah bab 1 pun. Acara lawatan ilmiah ni habis dalam pukul 4.20 ptg dan kami bertolak pulang ke IPGKTI.
Balik dari lawatan ini, aku terfikir sejenak,
Kenapa aku tak boleh mula lagi tesis aku ni?
Memang tesis doktor falsafah kurang di UTHM, tapi takkan jurnal pun kurang?
Kalau jurnal ni boleh ada kat EPRD, UPM, takkan tak de kat UTHM?
Nampak sangat aku belum explore habis tempat aku sendiri.
Satu azam baru timbul, aku harap ini jadi penggerak aku untuk memulakan pengumpulan bahan dengan lebih tekun. Aku boleh!
LAWATAN ILMIAH
Hari ni Mian SMS, dah bayar sewa.
Semalam aku pergi ke UTHM. Aku nak cari bahan untuk tesis aku, ambil borang geran insentif siswazah, nak bayar duit sewa asrama. Aku tumpang member aku, Noor Hakim Rafai. Dulu dia ni satu sekolah teknik JB dengan aku. Lepas tu aku jumpa semula masa buat master kat UTM. Sekarang dah jadi pensyarah kat UTHM.
Banyak le cerita keluar pasal sekolah, cikgu, member-member yang dah lama tak jumpa. Urusan bayaran sewa dan pertanyaan borang tak selesai kerana Shafei pergi melawat pada waktu pagi dan solat masa petang. Ini kan masa kerja. Geram betul aku.
Dalam pukul 2.20 ptg, Normah telefon aku, "kau tau tak geng IPG nak pergi EPRD?". Tersentak aku, "pukul berapa?". "6 ptg mesti ada kt IPG!". Aku tak bawa baju lak tu. Kalau tak aku boleh naik kat Ayer Hitam je. Aku telefon Hakim, dia kata nak balik pukul 5.00 ptg. Aku call Zairy kata nak ikut minta bas tunggu. Aku sampai lewat sebab hujan sangat lebat. Dalam 6.50 ptg aku sampai dan bas pun jalan.
Lebih kurang pukul 12.30 tghmalam, aku sampai putrajaya. Mereka dah booking 3 kuaters dengan setiap kuaters tu sewanya RM50 sehari. Ada le sikit collection untuk sewa, minyak, tol dan bayaran saguhati pemandu. Kalau dah kaki mengeteh, malam tu ngeteh sampai kul 2.30 pagi. Esok nak bangun pagi. Pukul 7.00 pagi nak bergerak ke EPRD.
Wednesday, January 5, 2011
RM 100 M, BUDAK U LAGI
Pendaftaran subjek untuk sem 2 telah bermula dari 13.12 - 31.12.2010. Aku dah daftar subjek Penyelidikan PBE1200 dengan Statistik MBE1223 sem ni. Kelas pun dah bermula pada 3.1.2011. Aku datang awal sebab nak uruskan borang prestasi P.S.D 6/93 tapi keputusan belum keluar lagi. Memula tu surat kelulusan cuti belajar aku sangkut, tak kuar-kuar dari bahagian tajaan. Telefon 2-3 kali, last-last aku minta dia fax kat IPG aku. Akhirnya surat tu sampai 30.12.2010. Lepas tu kena tunggu slip keputusan peperiksaan dari Pusat Pengajian Siswazah UTHM. Katanya hari ni senat meeting. Aku nak hantar sebelum 15.1.2011, hari ni dah 5.1.2011. Sem ni kelas aku Khamis ngan Jumaat. Kalau datang Khamis dah 13.1.2011, lepas tu nak jumpa penyelia lagi, kalau dia ada. Kalau tak hantar, gaji tak naik tahun depan.
Hari ni aku pergi library, ambil tesis yang aku tempah minggu lepas. Sampai kat kaunter dia kata dah masuk rak. Aku cari dari pukul 4.00 ptg sampai 9.30 mlm, tak jumpa. last aku minta pustakawan tu cari, pun tak jumpa. Dia kata esok dia cari lagi. Pejam celik dah nak masuk 2 semester aku kat UTHM ni.