Saturday, December 25, 2010

HOME STAY

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Selasa 21.12 aku pergi Batu Pahat dengan family. Roslan pun datang dengan family. Dia tinggal kat D'impian Inn, berhampiran Kampus Pusat Bandar UTHM. Aku sampai kemudian, nak check in kat sana juga tapi dia kata tinggal yang RM225. Mahalnya!

Lepas tu aku gi UTHM nak uruskan pendaftaran kat PPS, bayar yuran dan ambil sijil seminar PGS dulu. So nak jadi story, jumpa Roslan kat PPS. Aku kata le tak de tempat nak bermalam dan bercadang nak tidur kat rumah tamu. Sebenarnya semua universiti ada rumah tamu dan student macam aku boleh menyewanya jika ada kekosongan. Roslan kata ada homestay RM120, tiga bilik, 2 aircond. Kebetulan pulak rumah tamu penuh kerana ada debat emas. Aku call Roslan dan dia kata ada kekosongan.

Pukul 5.00 petang, tuan dia datang bawa kunci. Rumah teres satu tingkat. Bila masuk rumah, ada 3 bilik tapi satu tu dia buat stor. 2 bilik ada aircon, ada dapur gas, washing machine, air bertapis dan peti sejuk. Malam tu aku tidur situ. Homestay tu milik KOSNAN BIN SUNDA 0197242171/ AMINAH 0197386921. Puas hati juga dan aku rekomen le sapa-sapa yang nak cuba.

Thursday, December 23, 2010

BANDAR DATO ONN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku panggil rakan aku minta tolong pasang loceng. Ada 2 loceng kat rumah aku. Satu tingkat atas dan satu tingkat bawah. Nak tengok wiring tu, aku pergi le rumah ustaz depan rumah aku. Ustaz tu kata "wayar loceng ada kat belakang suis kipas, pasang kipas dulu baru loceng tu hidup"

Patut le aku tak jumpa supply live. Hari tu electrician datang pun tak jumpa wayar life. Test pakai direct 3 pin beru loceng bawah berbunyi. Loceng bawah bunyi, loceng atas problem. Dah try macam-macam, ada trip, ada on suis lampu kemudian on suis kipas baru loceng atas bunyi. Ni mesti wiring!

Jadi pada 5.12 aku pun hantar komplen kat feedback JLand. Dalam 11.12, juruteknik JLand pun SMS aku. Datang le cakap ayat-ayat ulangan "Ni pejabat ambil berat kes ni, kita utamakan en dulu. Sepatutnya electrician datang sini hari ni. Tapi tak sempat.." Aku pun layan le dia tulis borang kecacatan.

14.12 datang le electrician dengan 'main contractor'. Main contractor tak masalah, balik je electrician tu, satu floor atas rumah aku trip. Aku SMS juruteknik JLand, dia kata Sabtu electrician datang. Aku terbakar le. Aku tanya kenapa Sabtu, janji hari ni siap.. Khamis tak boleh ke? Dia kata nanti dia adjust. Sabtu tu electrician datang. Entah apa dia buat, potong sana, potong sini, loceng bawah je hidup. Loceng atas senyap. Aku SMS lagi, tah apa dia merapu aku pun tak faham. Aku hantar lagi feedback pertikaikan syarikat electrician tu. Sendiri pasang wayar, sendiri tak dapat cari.

Esoknya juruteknik JLand telefon. Kata syarikat tu kena tarik wayar lain, ada kena pecah sikit dinding dan main contractor akan simen dan cat. Aku cakap le, syarikat tu pasang ikut plan ke ikut suka hati? Dia ketawa je. Aku tanya lagi "dah baca komplain tu?" Juruteknik JLand ni kerja tak serius. Dah 9 bulan berlalu, bukan kejar masa tapi memanjangkan masa.

Sunday, December 12, 2010

KHATAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Musim cuti sekolah ni, antara aktiviti yang biasa ialah majlis walimatul urus, pindah sekolah, ziarah saudara-mara dan berkhatan. Ini ada sedikit info berkenaan khatan untuk dikongsi bersama.

KHITAN/ KHATAN/ MASUK JAWI/ CIRCUMCISION/ SUNAT adalah perkara yang sama iaitu memotong sedikit kulit hujung kemaluan untuk tujuan kesihatan, kebersihan dan keagamaan.
Kewajipan berkhatan ni ada dalam beberapa hadis antaranya:

1. Daripada Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah saw bersadba kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud "Bersihkan dirinu dari rambut kufur dan berkhatanlah"

2. Daripada Ibnu Abbas katanya "seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya tidak boleh dimakan"

Anak ketiga aku dah bersuara nak sunat tahun ni. Perkara pertama nak buat ialah cari klinik yang ada perkhidmatan ni. Sunat sekarang ni ada jenis jahit dan clamp. Jenis clamp ni aku hanya dengar cerita je, tak pernah tengok. Dulu anak sulung aku buat kat Klinik Penawar. Pandan. Kali ni nak cari dekat sikit. Jadi aku pergi UDA. Memula tu tanya Klinik Faizal, kena appoiment 3 hari RM120 je. Kemudian tanya Klinik Wan Suhaimi, dia kata pukul 6.30 ptg, RM130. Aku pun confirm.

Habis sunat, anak aku pun pakai kain ala-ala orang bersunat. Orang lepas sunat ni kena pantang macam orang bersalin juga. Makan kena jaga, kurangkan berjalan dan banuak berehat.

Monday, December 6, 2010

BANDAR DATO ONN2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Tempat aku baru dilancarkan penjualan lot perumahan Perjiranan 11. Aku perhatikan harganya mencecah dari RM300,00 - RM 500,00 bagi rumah 24'X70'. Ngeri tengok harganya. Siapa yang mampu duduk rumah macam tu? Rumah aku RM245,000 pun bayar RM1,426 sebulan. Aku tak rasa le rumah ini untuk kakitangan kerajaan

Dua hari lepas harga ron 95 naik 5 sen lagi. Ron 97 dah naik lagi awal. Harga barangan nampaknya seperti tidak boleh dikawal lagi. Kos sara hidup makin tinggi tapi gaji macam tu juga. Kerajaan bagi bonus RM500 setahun tapi kenaikan harga barang dalam setahun macamnana?

BANDAR DATO ONN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Aku ada rumah kat Bandar Dato Onn. Aku sewakan pada student. Student tu pun dah keluar pada pertengahan Nov lepas. Jadi aku kena cari penyewa baru. Aku iklankan kat mudah.my. Ramai juga yang respon. Ada dalam 20 orang juga.

Macam-macam kerenah, bila call nak tengok rumah je, aku kena pergi. Memula dulu rumah aku kosong je. Lampu guna wayar dua lembar yang putih dan putih line merah/biru. Lepas kena kutuk dengan prospek, aku tukar lampu kalimantang. Aku tak buat kabinet, tak de renovate pun. Banyak juga permintaan minta buat grill. Kipas dia semuanya remote. Aku survey kipas remote tu sampai RM300 sebiji. Kalau ada 7 kipas, 7 x RM300 = RM 2100. Itu yang sebulan pasang satu kipas. Grill aku buat sikit-sikit sampai complete. Design simple, kotak je.

Sampai 30 Nov aku dah risau. Tak de orang yang berminat nak sewa. Maksudnya bayar deposit dan sewa bulan Dis. Setakat cakap confirm, tunggu 2-3 hari banyak le. Pada 2 Dis, ada seorang prospek datang tengok rumah dan bayar deposit. Aku kata aku serah kunci bila dah bayar penuh. Dia janji nak bayar penuh esoknya. Esoknya dia call, datang bayar dan aku bagi kunci rumah pada dia. Alhamdulillah.

Walaupun dia dah bayar, aku tak sedap hati juga le. Aku lengkapkan kipas dan lampu dengan duit deposit dia. Ada satu kipas dengan lampu tu tinggi siling mencecah 17kaki, gayat juga. Aku buat tangga tegak dengan staging nak pasang. Nasib baik anak-anak aku tolong, kerja setengah mati wooo. Tadi aku baru pindahkan besi grill lebih aku ke Larkin. Kira rumah ni dah clear dan sedia didiami.

Tuesday, November 30, 2010

SEMINAR PGS 2010

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku baru je balik dari Post Graduate Seminar 2010 pada 29-30 Nov, anjuran Pusat Pengajian Siswazah dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan UTHM. Banyak juga pembentangan dari pelajar UTHM dan Universiti lain seperti UTEM, Melaka.

Ada satu peserta ni, Daniel Mohd Nor. Bila aku berbual, rupanya dia ni senior aku kat SMTJB dan MPT. Dah jadi pensyarah kat UTHM ni. Dia kata nak bentang paper kat Manila 11-13 Dis ni. Aku tanya tempat tinggal macamana? Dia kata cari sendiri. Payah gak negara orang ni. Masalah utama tentu le makanan. Sebenarnya membentang kertas kerja ni di luar negara ni ada merit/ poin untuk SKT, jadi bentang kat Indonesia, Bangkok, Singapura, Filipina tu biasa je. Untuk pelajar, yuran sahaja ditanggung universiti manakala yang lain tanggung sendiri.

Ada banyak le input yang boleh didapati tapi banyak pembentangan dari bidang teknikal seperti mekanikal, awam selain pendidikan. Aku utamakan input dari doktor falsafah sebab nak dapatkan view. Setakat ni aku masih lagi blur. Malam tadi ada dinner, NC turun sama. Ada preview negara-negara asal pelajar seperti Iraq, Somalia, Pakistan. Sambutan dan jeritan bila gambar pemimpin Libya ditayangkan di skrin oleh pelajar Libya. Mereka nampaknya sangat menyokong pemimpin mereka ni walaupun jauh.

Seminar ni tamat dalam pukul 1.00 ptg kerana kekurangan penyertaan. Dekan PPS ada juga sentuh perkara ni dalam ucaptama beliau tetapi aku tak salahkan pelajar kerana masih ada yang menduduki peperiksaan pada masa yang sama. Tak rugi datang seminar ni.

BIO AURA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 18 Nov hari tu aku terima call dari seseorang. Dia nak minta sampel air bio aura dan minta aku demo kebaikan air ni. Aku pun datang le. Tunjuk le demonstrasi macam kat blog aku tu. Dia sedang compare bio aura dengan jenama lain, dia kata dia akan call kalau jadi.

21 hb tu dia call kata nak beli. Aku pun pergi rumah dia, 123 jalan mas 3, taman mas bawa satu set bio aura. Aku pasang le dan run test air. Tak sampai 5 minit, terdapat kebocoran pada katrij E. Aku call CDM Lynn, dia kata bawa balik stokis. Aku pun buka set tu dan balik. Aku janji customer tu esok nak datang pagi.

Esoknya aku pergi le stokis. CDM Lynn kata tak boleh tukar gitu je. Kena beli katrij baru RM135, katrij tu dia hantar balik syarikat. Aku pun argue le, baru 5 minit dah bocor. Garranty macamana? Takkan customer tu nak keluar duit RM135 baru pakai 5 minit je. Beli dah le RM2080, pakai tak sampai 5 minit kena keluar RM 135 lagi, gile ke! Dia pun belit le, benda dah lama, simpan tak betul, kalau syarikat tak gantikan nanti stokis rugi jadi agen/ customer kena tanggung kos tu. Macam ni berniaga rupanya. Dulu masa nak suruh join, manis mulut, baik bukan main. Ada masalah, kita tolong awak, sekarang mana kata-kata dulu? Dah kaya sombong takut rugi. Bila aku bising, dia kata orang lain pun rosak juga, dah beratus-ratus tak bising pun.

Aku janji hari ni nak pasang set hari ni tapi dia kata sebulan baru syarikat respon, nak ganti atau tidak. Dalam masa yang sama costumer tu nak set lain, bengang betul aku. Banyak masalah kalau test masa ambik set ni dari stokis. Pertama mesti lalukan air dalam filter A. Bila lalu je air, warna filter tu akan bertukar kuning -confirm punye. Nak jual baru tentu kena beli filter baru RM74, kena beli hos baru RM33. Siapa nak tanggung kos ni? Dah le beli RM2080, aku kena keluar duit lagi kalau rosak. Dulu aku ada le ingat nak tolong jualkan set kekawan yang tak jalan. Tapi kalau dah jadi macam ni, aku dah tak percaya dengan CDM Lynn ni. Pergi mampus le dia! Abis satu set yang ada pada aku ni, habis le.

Saturday, November 20, 2010

SUIS LAMPU ROSAK

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Malam raya haji ari tu, aku keluar makan dengan family, ayah dan ibu aku. tengah nak parking tu, aku tutup lampu besar, tiba-tiba ada macam spring tendang. Lampu susah nak tutup. Mesti suis lampu ni rosak. Lepas makan, aku minta ayah aku songsong balik rumah pasal lampu besar takde.

Dulu member pernah cerita buat suis dia rosak juga, dia buat kat Jalan Datuk Sulaiman, Taman Century depan kedai 88. Aku pun pergi tanya boleh repair ke? Dia jawap kena tukar satu set, sparepart sudah ada jual. Satu set tu termasuk le suis signal, wiper, lampu kecil, besar dan tinggi. Upah tukar cuma RM18 je.

Aku pergi kedai sparepart, harga cuma RM65. Aku kena beli juga le kalau tak tak boleh keluar malam. Lepas tu aku pergi kedai tu semula. Dia buat tak lama dalam 30 minit je. Lepas ni nak buat speedometer lak. Meter speedometer tu RM165 tak tahu bila nak betulkan??

QURBAN ALAF BARU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Memula aku ucapkan selamat hari raya Aidil Adha. Raya ni juga dikenali sebagai hari raya qurban. Aku nak cerita tentang qurban dulu dan sekarang. Dulu kalau korban kena cari lembu, kambing nak buat qurban. tambat kat rumah , surau atau masjid menunggu hari disembelih. Ada juga yang sembelih kat tempat penternakan dan bawa balik daging. Hari untuk ibadah qurban ni 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijah. Daging dapat le sikit dan selebihnya sedekah fakir miskin, dan masyarakat setempat.

ITU DULU..

Sekarang ni lain. Telefon je badan-badan yang akan menjalankan ibadah qurban ni, bank in duit je. Lembu disembelih kat luar negara spt Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Kalau dengar IKIM, ada ezqurban, muslim aid dan lain-lain. Itu hari masa kakak ipar buat kenduri arwah 100 hari, ada le jemaah cerita pasal ezkurban, katanya dapat sijil dan dinyatakan negara mana qurban tu dilaksanakan. Ustaz kat radio tu pun kata le pasal niat, ikhlas dan lain-lain untuk menghalalkan qurban zaman moden ni. Katanya nak mengelakkan pembaziran daging kalau buat dalam negara. Aku tak berani nak komen sebab ustaz yang kata. Dulu orang nak tengok binatang sembelihan yang yang dikurbankan, sekarang orang tak kisah pun. Dunia dah berubah.

Monday, November 8, 2010

LAST KELI'S

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam adalah kali terakhir aku bersama penternakan ikan keli. Petang semalam ada seorang pembeli besi buruk telah melawat kolam aku. Kebetulan pula En Osman dan En Nazri panggil dia untuk menjual barang terpakai yang telah lama dikumpulkan.

Memula dia tanya "kolam apa tu?"
Aku kata le "kolam ikan keli."
Dia tanya "banyak ke?"
Aku kata "dalam 50 ekor"
Aku tak tau pun jumlah sebenar ikan keli tu. Dari dulu kalau ada orang tanya, aku kata ada 50 ekor lebih kurang.
Dia tanya "berapa sekilo?"
Aku jawab "seekor RM1, nak berapa ekor?"
Dalam tu En Osman pun promosi, ikan keli ni best. Bakar masa gotong royong habis.

Jadi orang tu memula nak 10 ekor je. Lepas tu En Nazri kata le takkan 10 ekor, nak jamu saudara mara lagi. Fikir balik, orang tu kata "ambik semua!"

"Alhamdulillah!" campur terkejut gak. Nak tangkap ikan keli ni kena buang air dulu. Aku ingat nak timba tapi lambat le, kemudian aku buka tali biar kanvas jatuh. Kemudian kena kira seekor-seekor. Ada le 57 ekor tapi aku kira 55 je; lebih tu jariah je.

Aku kutip sehingga ikan terakhir. Dalam hati aku gembira sebab kerja aku dah selesai tapi sedih gak sebab aku minat makan ikan ni lagipun puas makan, saiz ikan dah besar. Tak dapat seekor RM1 kat pasaran. Aku cium ikan keli yang last aku ambil.

Jadi secara rasminya aku telah menutup semua kolam aku dan selesai satu lagi misi aku. Aku memang kena selesaikan misi ini sebab AKU LELAKI.

Sunday, October 31, 2010

KURSUS USAHAWAN INTERNET

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 28.10.2010 aku pergi Seminar Usahawan Internet di Kelana Jaya anjuran Koperasi Pembangunan Usahawan Internet. Seminar tu percuma dan mula pukul 2.30 ptg- 4.30 ptg. Masa tu aku kat Batu Pahat so aku plan nak balik hari. Aku drive sampai bandar Batu Pahat dan perasan meter gas aku ada satu mata je. Alamak! perjalanan bas dalam 3 jam 30 minit. Aku bertolak pagi ke Bas Stand Batu Pahat dan berjaya menaiki bas S&S Ekspress pukul 8.00 pagi.

Aku sampai Bukit Jalil pukul 11.30 pagi. Aku naik LRT Bukit Jalil pergi Masjid Jamek sebelum bertukar tren putra LRT ke Kelana Jaya. Dari situ aku naik teksi ke Giant lepas tu jalan kaki ke tempat tu 50c Kelana Mall. Kena RM5.00 ikut meter. Aku naik teksi ni pun lepas tahan 5 bas yang kata tak lalu Giant tu.

Seminar ni dikendalikan oleh usahawan internet, Nizzura. Banyak tip dia bagi tapi dalam masa 2 jam ni, memang le tak boleh cerita banyak. Setakat aku tahu ialah
- bagaimana nak buat duit dengan click bank.
- tukar visitor kepada customer
- minat, hobi, skill
- pelanggan, produk, promosi
- penggunaan facebook untuk cari prospek dan group

Menarik tu memang le tapi masa aku terhad. Banyak aku nak tanya tapi kelas abis pukul 5.20ptg. Aku nak kejar balik sebelum 7.30 mlm kat Bukit Jalil dan sebelum 11.00 malam di Ayer Hitam (tempat isi gas Petronas terhampir). Jadi aku tinggalkan majlis tu dan naik bas. Sampai LRT Kelana Jaya Dalam 5.55 ptg ke Masjid Jamek. Sampai Masjid Jamek tu orang nak beli tiket beratur panjang. Dalam 6.40 ptg aku dapat tiket. Dalam masa beratur tu tetiba ada orang menjerit. Aku ingatkan apa, orang depan aku bagitau ada "FLASH SMOKE"

Apa tu FLASH SMOKE? ia adalah sekumpulan pelajar/belia yang membuat persembahan percuma/ berbayar di tempat awam yang ramai orang dalam bentuk tarian dan bunyi. Persembahan ni tak lama dalam 5-7 minit je. Lepas tu diaorang edar macam promosi tiket teater pada penonton.

Aku sampai LRT Bukit Jalil dalam 7.03 mlm. Sampai Bas Stand tu aku beli tiket. Kerani tu kata aku ada 20 minit sebelum naik bas, jadi aku sempat solat, beli makanan sikit dan naik bas. Aku sampai Batu Pahat pukul 10.15 malam. Aku drive kereta aku pergi Ayer Hitam dan sampai dalam 10.55 mlm. Sempat isi gas sebelum berpatah balik ke asrama Batu Pahat. Lepas kemaskan barang dan isi dalam kereta. aku pandu balik ke JB.

Wednesday, October 27, 2010

Cadangan proposal

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku bentang cadangan proposal pada peringkat penyelia utama dan penyelia bersama. Oleh kerana penyelia utama aku ni Ketua Jabatan, aku kena bentang dalam bilik mesyuarat yang digunakan untuk mesyuarat bersama dekan, timbalan dekan dan lain-lain.

Habis pembentangan, biasalah dapat feedback. Aku puji le penyelia-penyelia aku ni. Dia bagi maklumbalas macamana nak berfikir cara PHD. Soalan kenapa, kenapa, kenapa dan apakah sumbangan aku dalam kajian ni buat aku terfikir gak. Dia kata kajian aku belum sampai tahap PHD dari segi objektif kajian dan persoalan kajian. Hmm pening gak aku. tapi aku kena terus berusaha sebab ini impian aku.

Antara komen mereka ialah:
- adakah sijil MARA diiktiraf JPA?
- apakah artikulasi pelatih MARA?
- letakkan sekurang-kurangnya 2-4 penulis dalam satu perenggan
- apakah bentuk bimbingan

Memang aku kena banyak membaca. Mulakan dari latihan dan pilih apa yang dapat disumbang dalam latihan tersebut.

MINGGU BUSy

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Lama juga tak menulis dalam blog ni. Kebelakangan ni aku sibuk gak. Kena pindahkan kolam dari Kg Melayu ke Larkin, runtuhkan kolam, pindahkan besi ke Dato Onn, pindah kanvas ke Larkin. Semua ni pasal tuan rumah tu bagi date-line 15 Oktober kena clearkan, kalau tak kena bayar sewa.

Dua minggu lepas, ikan aku mati satu kolam. Silap aku juga sebab pindahkan ke kolam depan rumah. Aku tak perasan kolam tu bocor. Air kering. Kerugian tu adat le. Ikan besar aku masih selamat sebab dalam kolam dia lagi. Dalam terfikir mana nak pindah ikan aku tu, blok aku nak buat gotong royong + jamuan. Aku buat alasan aku sponsor ikan keli bakar. Jadi ada sebab nak pindah operasi kat Larkin. Ikan tu pun dah tak banyak dalam 100 ekor je, jadi buka kolam kecik je.

Dalam pada tu aku nak buat grill kat rumah aku, Dato Onn dan Larkin Indah. Penyewa Larikin Indah tu kata anak dia dah besar, dah capai selak pintu, takut keluar balkoni. Lama gak dia duduk rumah aku tu; dari anak dara, kahwin, dapat baby, sekarang anak dia dah boleh capai pembuka pintu. Dalam kesibukan tu kakak ipar aku minta aku buatkan grill dapur besan jiran dia di Kg Melayu, sebab masuk pencuri pukul 4.00 pagi. Nak siap hari tu juga. Tak pe duit masyuk.

Dalam masa yang sama aku ada 4 assignment nak kena hantar. Fuhh... Lecturer dah bagi 3 bulan lepas. Penulisan masalah kajian baru siap 2, kemudian nak cari dan interview warga emas lagi 2 orang lagi. Lepas interview ada penulisan lagi. Banyak betul le benda kena buat.

Sejak pindah ikan keli ke Larkin, dalam 3 hari pertama, banyak ikan yang mati. Ada juga orang berdekatan datang beli. Aku jual seekor seringgit je aku tak nak timbang sebab tak de timbang. Seekor tu ada le dalam 600-800 gm. Aku nak sauk ikan keli hidup, dia orang nak yang dah mati tu sebab nak tunggu ikan keli tu mati lambat. Kira siapa beli untung le. Ikan pun dah besar sangat antara satu kaki hingga 2 kaki pun ada. Anak aku pun turut mempromosikan ikan keli aku kat sekolah. Ramai gak cikgu dia yang order. Itu hari order ikan keli goreng, ikan keli siap bersih dan ikan keli dah mati di garam.

Masa gotong-royong tu aku bakar ikan keli aku. Nak jaga kualiti. Bakar pun bukan ada rempah, balut aluminium foil je. Jadi dalam dia masak dan basah. Kalau bakar terbuka, dia kering. Alhamdulillah, habis ikan keli aku tu. Anak-anak jiran aku yang minat ikan keli bakar tu dengan air asam yang disediakan oleh Nazri.

Dua minggu lepas aku hantar sebahagian assignment aku. Hantar pada kelas hari Rabu. Lecturer lak last minute suruh present, last minute bagi format, guna powerpoint dan minta handsout pada Khamis esoknya. Nasib baik aku bawa pinter. Esoknya, aku jadi orang yang pertama present beserta handsout untuk lecturer. Room mate aku, Roslan pun bentang hari tu juga. Minggu lepas pulak aku dah hantar baki assignment aku. Alhamdulillah.

Assignment dah hantar, ikan dah pindah, aku ada masa untuk siapkan grill dan proposal aku.

Wednesday, October 13, 2010

AL FATIHAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Khamis lalu aku terima panggilan dari anak saudara aku dalam pukul 12.45tgh.
"Ayah kritikal!"
Aku memang kenal biras aku ni. Baru beberapa hari keluar wad dan aku ke rumahnya. Memang dia ni kurus dan masih berbual-bual mesra. Baik orangnya, selalu menolong orang.
Selang 15 minit kemudian, aku terima call dari kakak ipar aku,,
"Abang Din dah tak de!"
Aku sedikit terkedu. Aku tak sempat pun nak bersiap pun. Baru ramadhan lepas biras aku meninggal, syawal ni sorang lagi dah pergi menemui Illahi. Dalam pukul 6.50 petang, abang ipar aku call. Dia kata malam tu lepas isyak jenazah dikebumikan.
Waktu aku sampai, lepas berwudhuk. imam terus mulakan solat jenazah. Selesai je solat, jenazah dimasukkan ke van jenazah dan pergi. Bila anak arwah cakap dengan aku minta aku maafkan ayahnya, aku jadi sebak dan sayu juga. Aku dah maafkan kesalahannya tapi suasana tu buat aku menjawab ringkas je.
Alfatihah kepada Allahyarham Jamaluddin bin Hj Ismail. Semuga ruhnya ditempatkan di kalangan orang beriman,

Wednesday, October 6, 2010

SEMINAR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku menghadiri seminar pada 5-6 Oktober 2010. Sememangnya seminar ni menjadi satu platform untuk menambah ilmu dan markah dikira dalam penulisan progress report. Seminar ni tajuknya
2nd World Congress Technical and Vocational Education Training (TVET)

Akhir ucap utama, speaker tu kata "Happy Teacher Day!", aku macam termangu-mangu. Demam turun kapalterbang ke? Bila pengacara beritahu, baru aku tahu iaitu 5 Oktober 2010 adalah hari guru sedunia. Kenapa Malaysia tak sekalikan Hari Guru 5 Oktober setiap tahun?

Kalau kongress tu world, tentulah speakernya bercakap dalam bahasa Inggeris. Speaker utama datangnya dari Filipina, Professor pelawat dari German. Seronok juga dengar seminar ni, ada ayat-ayat yang aku belajar seperti
- hand the floor to ...
- give a big applause to

Dalam seminar ni, aku kena bayar RM100. Dapat le beg, CD, pen, memo pad, sijil dan tag. Rasanya berbaloi juga datang seminar ni cuma aku belum berapa pandai nak soal soalan. Aku kena up kan skill ni juga nanti.

Friday, October 1, 2010

BERAYA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni anak murid aku nak beraya. Fauzi, orang yang menyewa rumah kat Larkin Indah pun nak datang. So pagi ni lepas hantar anak aku, aku pun pergi TESCO, beli le bahan-bahan nak buat makan. Semalam aku dah ambil keli untuk dibakar

Petang tadi aku bakar keli dengan bantuan Azrie. Tak semua anak murid aku datang; Raymond, Petrus, Nick, Umar, Azrie, Suhaimi, Yaya, nabilah dan Kak Long. Yang lain ada mesyuarat, bola dsbg.

Pagi tadi aku collect sewa taman rinting. teruk juga rumah aku tu. Air rumah atas serap dalam simen. Masa masuk tu dia baru cat tapi dah berkulat. Selain tu, air tangki melimpah. Aku janji nak tolong settlekan.

Dalam pukul 11.00 mlm adik aku call, nak beraya. Aku kata OK le. Aku kan abang..

Wednesday, September 22, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku dijemput menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di IPGKTI sebagai penerima anugerah. Aku pun datang le. Kalau dulu, buat kat Hotel dengan makan-makan tapi sekarang buat kat Dewan Kuliah. Tu pun disekalikan dengan mesyuarat bulanan staf. Aku pun terima anugerah yang diberi. Dapat sijil dengan duit.
Alhamdulillah, syukur pada Allah ada lagi rezeki lain.

TIMING BELT

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 20 hb yng lalu aku beli timing belt kat Maxlee, Sri bahagia. Selalunya aku beli jenis Mitsubishi kaler Hijau, 100,000 km. Sekarang dah ada banyak jenis, tetapi jenama GAIDO banyak terjual kerana buatan Malaysia dan ada jaminan oleh syarikat. Harga GAIDO seperti berikut,
60,000 km = RM 65
100,000 km = RM 95
Aku amik 100,000 km sebab lebih tahan lama.

Esoknya aku pergi kedai, upah pasang RM50je kat D'bayu, Jalan Datin Halimah. Ini tempat aku buat clutch plate dulu. Aku suruh dia adjust tappet sekali. Tukar timing belt ni kena buka tayar sebelah penumpang hadapan. Lepas tu buka skru pada takal, tukar oil seal, tukar tensioner, buka mounting. Kemudian kena selaraskan sewaktu memasukkan belting atas dan bawah berdasarkan tanda yang terdapat pada pulley.

Adjust tappet pula ialah melaraskan bukaan dan tutup injap supaya berlaku pada masa yang betul. Kadangkala berlaku injap terbuka bukan pada waktunya menyebabkan kehilangan kuasa enjin.

Setelah siap, mekanik tu kata "camshaft atas bengkok! pulley goyang". Dia kata ia berpunca dari enjin pernah kering. Aku iakan aje. nanti le. Lepas servis tu, aku dapati ada peningkatan kuasa enjin kereta aku. Alhamdulillah.

Friday, September 10, 2010

REZEKI DARI KUBUR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni dah raya. Alhamdulillah. Aku baca paper, ada yang dah sambut raya awal dua hari. Astagfirullah. Tapi kali ni aku nak cerita rezeki dari kubur. Macam menyeramkan je...

Tengahari tadi aku pergi ke tanah perkuburan Bukit Alif, sebelah Taman Orkid, JB. Biasanya kalau kat tanah perkuburan ni suram, tetamunya hanya orang yang ingin menziariahi pusara saudara-mara. Yang datang tu sedekahkan fatihah, yassin atau bersihkan perkarangan kubur.

Tapi PELIKnya pusara ni meriah. Selain orang yang datang berziarah, ia dipenuhi dengan penjual - penjual yang mencari rezeki. Ada air botol mineral (air mawar kot!), bunga bewarna warni, air tin dan air botol. Aku ingat kalau jual kuih raya yang tak habis malam raya pun laku. Ramainya orang yang datang dan parking pun tak teratur. Maklumlah semua datang berkereta. Bukan sikit penjual, ada dalam 30 orang lebih.

Itu le, rezeki di mana-mana, rezeki dari kubur!

Thursday, August 26, 2010

PC FAIR UTHM

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku pergi UTHM, ada kelas. Aku tengok ada banner "PC FAIR UTHM 24-26 Ogos 2010". Aku ingat mesti penyertaan sikit je. Maklumlah peringkat dalaman. Tapi aku pergi juga le nak tengok. Tempatnya di Dewan Tun Ibrahim Ismail, UTHM

Aku pun masuk dan teruja. Penyertaan tak mengecewakan. Macam PC FAIR kat Persada. Netbook, laptop, desktop, hardisk, pendrive, aksesori komputer memang banyak. Harga pun murah juga.
Pendrive 4G baru RM22
Kipas cooler RM13, 12, 10, 7
4 USB port RM5

Aku tengok student yang beli pun dahsyat juga, beli laptop, printer, shell skrin, mp5. Sekarang ni student banyak beli printer jenis CISS, dakwat kat luar. Boleh print banyak dan refill baru RM10 je. Printer aku katrij hitam je RM50. Baru hitam, lain-lain RM40 satu kaler. Aku rasa tak jatuh standard PC FAIR ni dah memang berbaloi sebab market memang tersedia. Tambahan pula PTPTN dah release dan student ni telah membuat pelaburan yang betul.

Wednesday, August 25, 2010

IKAN KELI

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Dua hari lepas aku terima tempahan ikan keli. Dia nak 165 ekor siap siang. Semalam aku pergi jumpa buyer ni 0127814819, kerja kat dewan makan SKMA Waddin. Aku bagi 3 sampel untuk dia pilih 6, 8 dan 10 ekor sekilo. Dia pilih 10 ekor sekilo. Ini le kali pertama aku terima tempahan ikan keli bersih dalam kuantiti yang banyak, kecil pulak tu. Aku nak hantar semalam petang, dia tak bagi, dia kata nak esok pagi juga. Jadi petang tu aku sauk le ikan mengikut saiz yang dipersetujui. Aku masukkan juga ikan besar sikit, biar puas makan. Sebab harga dah set kat bilangan ikan bukannya kilogram.

Malam tu aku siang le. Bengkok juga badan aku ni. nasib baik isteri aku tolong. Sebab ada 2 proses, belah dan buang perut. Kalau 1 ekor ikan ambil 1 minit,

1 minit x 165 ekor = 165 minit.
165 minit / 60 minit = 2.75 jam

Penatnya. Esok nak drive gi kuliah lak.
Lepas siang tu kena cari ais lak tengah-tengah malam. Nak bagi sejuk ikan tu. Nasib baik jumpa kat kedai mamak. Esoknya aku drive gi Batu Pahat, masa tu baru terasa sakit jari-jari terkena sengat keli semalam. Bila nak putar kunci, nak buka lampu.. adoii. Tapi aku tak nangis le. aku kan lelaki.

DEMAM

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Minggu lepas anak aku demam. Mula hari Rabu, masa aku tak de pulak tu. Memula yang bongsu, kemudian yang sulung, yang tengah, dan seterusnya. Anak aku ni demam, badan panas dan muntah. Bila muntah, batal puasa. Balik je aku belikan ubat demam, ubat selesema dan kool fever satu kotak.

Semalam anak aku demam lagi, aku pun bawa gi klinik sebab nanti 3 hari aku takde. HA tu tanya
Dah berapa hari demam?
Anak aku kata 4 hari.
Terus dia tulis FBV dalam kad. Aku pun tak tahu FBV tu apa, Facebook kot? HA tu kata kena check darah. Sekarang ni prosedur, demam lebih 4 hari suspek denggi. Anak aku pun gi beri darah, tapi bila nak hantar makmal dah tutup. Jumpa HA tu, dia bagi ubat dulu dan minta nombor telefon. Kalau ada kes, dia telefon semula. Waktu ambil suhu, dia kata 37 darjah je. Dia bagi antibiotik.
Sekarang ni memang nyamuk banyak kat dalam rumah aku. Kalau anak aku tidur tu memang "main gitar" mengggaru sana sini. Aku memang ada belikan kelambu tapi tak nak guna. Bahaya juga tu.

Sunday, August 22, 2010

AL FATIHAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Aku ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga kakak ipar aku atas pemergian suaminya ke rahmatullah pada jam 5.55 petang 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan yang lalu.

Al Fatihah kepada MOHD SHAH bin HJ MOKRI semuga ruhnya dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayangi dia.

TIP PANDUAN TUNING KENDERAAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku terbaca artikel ni masa buat rujukan NGV, aku rasa ia berguna sebagai panduan.

First kita kena faham dulu definisi tuning atau tune-up engine nih....
Selalunya kalau kita adjust engine rpm org akan cakap dah "tuning" engine...
Sebenarnya tune-up/tuning engine bukan sekadar melaras/adjust rpm.

Sebelum membuat tune-up engine ada beberapa perkara asas yg perlu diperiksa tidak kira engine kawalan electronic (MPI/EFI/ECI dll) atau kawalan Carburetor iaitu periksa :

1)Battery Conditions
-Check Open Circuit Voltage ... biasanya 12V ++
-Check Ketumpatan Bandigan Battery (Specific Gravity ) melalui Hydrometer
-check paras air battery (Electrolyte Level)
-kekemasan tamatan (Terminal (-) dan (+) )
-Battery Cable (-) dan (+)

2)Valve Clearance Adjustment (Valve Tappet)
- Periksa dan laras valve clearance mengikut spesifikasi pengeluar.
*Sesetengah model sekarang menggunakan Hydraulic Lifter dan tak perlu pelarasan ....kecuali yg menggunakan Shim. Sekiranya valve clearance tak betul ianya akan effect kepada pembakaran dlm cylinder engine... menyebabkan engile idle speed unstable .

3)Engine Vacuum Test
-Periksa kadar vacuum dlm engine supaya menepati kehendak pengeluar. Ini juga penting bagi mengawal kelajuan idle engine.

4)Compression Test
-periksa tekanan mampatan setiap cylinder bagi mengesan sebarang kebocoran samada dari piston ring, gasket, valve seat dan lain2 tempat.

5)Fuel Delivery System -periksa fuel pump, filter, piping dan injectors atau carburetor

6)Air induction System
-periksa/tukar air cleaner. periksa intake manifold bg sebarang kebocoran ....serta throttle body.

7)Ignition System
-periksa sparking plugs,
-HT cable ,
-Distributor Cap,
-Ignition Coil dll.

Sekiranya perkara2 seperti diatas didapati OK dan menepati kehendak spesifikasi pengeluar baru kerja 'Fine Tune-Up" dapat dilakukan.... maksudnya selepas semua tadi OK baru kita dapat melaras Ignition Timing dan Idle Speed (rpm) sesebuah engine tadi.

Kalau engine kawalan Carburetor 3 pelarasan perlu dilakukan :
-Ignition Timing (Inspect/Adjust) menggunakan Timing Light
-CO adjustment dengan melaras M.A.S (Mixture Adjusting Screw) dgn berpandukan kepada CO machine bagi memeriksa kadar Carbon Monoxide engine.
-Idle Speed dengan melaras S.A.S (Speed Adjustment Screw)

Kalau engine kawalan electronic atau EFI pula , kita perlu menggunakan Scanner atau Computer mengikut model kenderaan tersebut. Melalui Scanner/Computer tadi kita dapat mengesan sebarang Fault Code dan dapat membaca live data dari sensors engine bagi membuat analisis mengenai sesebuah engine.

Di samping itu juga ada sesetengah engine perlu dilaras rpm atau ignition timingnya melalui Scanner/Computer tadi... tanpa scanner tadi pelaras tidak dapat dilakukan dgn sempurna.... Kesimpulanya disini, "Tuning" bukan sekadar melaras kelajuan engine (rpm) dan imbangmasa nyalaan (Ignition Timing) semata-mata tetapi perkara2 atau pemeriksaan lain (seperti di atas) juga perlu dilakukan sebelum melakukan "Tuning" engine tadi bagi memastikan dan mendapatkan prestasi atau performance engine yang optimum dan sentiasa mengikuti kehendak spesifikasi pihak pengeluar sesebuah kenderaan tersebut supaya jangka hayat sesebuah engine dapat bertahan lebih lama secara tak langsung dapat menjimatkan kos pembaikan kepada pihak pemiliknya.

Tetapi sekarang kebanyakkan bengkel telah menyalah ertikan maksud "Tuning" ini iaitu dengan hanya melaras engine rpm dan ignition timing secara manual atau secara computer ianya di panggil "sudah tuning lu punya engine"....dengan mengabaikan beberapa pemeriksaan dan perlarasan lain yg telah saya sebutkan tadi.

Selepas itu para pelanggan akan di charge dengan harga yang tidak munasabah....contohnya kereta proton jenis EFI charge tuning lebih kurang dari RM60-RM150 dengan hanya menyambung Scanner dan melaras rpm aje.....itu bukan tuning namanya,,,,,, Tuning perlu dilakukan mengikut kehendak atau recommendation pihak pengeluar dengan merujuk kepada "Periodical Maintenance Service" yang terdapat dalam Service manual sesebuah kenderaan....

Thursday, August 19, 2010

KEMALANGAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku dapat berita mengejutkan. Biras aku kemalangan dan berada di Hospital Muar. Masih tidak sedarkan diri. Masa tu aku kelas, jadi lepas kelas aku pun pergi dari Batu Pahat. Aku sampai dalam 2.30 ptg. Mencari juga mana wadnya.

Aku tanya orang, dia kata rujuk pendaftaran wad. Aku tanya kat kaunter tu
"ada pesakit nama XXX?"
Dia pun semak,
"Kalau ikutkan, dia sekarang ni kat Bilik XRay, lepas tu masuk wad. Cuba tengok kat bilik XRay"
Aku pun pergi le bilik XRay. Sampai muka pintu, ada troli diusung keluar. Aku amati pesakit yang terbaring tu.

"Eh, XXX!"
Mukanya masih ku kenal, dengan lehernya dipasang servical colar. Ada le kesan jahit dan darah kat kawasan muka. Tangan dengan kaki aku tengok OK je. Dia tolak troli tu ke ICU. Aku tanya nurse tu tapi disapa oleh kakak ipar ku dari belakang. Kebetulan adik biras aku tu nurse juga. Dia yang banyak membantu. Aku tanya kakak ipar aku
"dah sedar?"
"dah, dah boleh cakap!"
Aku tengok kakak ipar aku ni tabah, sabar dan tenang. Sikitpun tak nampak nak nangis. Tapi bila doktor kata kritikal 50%-50%, barulah nak menitis air mata. Aku tak kisah apa doktor tu nak cakap, tapi dari pemerhatian, aku rasa biras aku ni boleh sembuh. Doktor cuma nak kita bersedia segala kemungkinan je, jadi kalau berlaku apa-apa kita tak salahkan dia. Kira psiko le tu. Aku juga minta bantuan abang aku hantarkan tenaga reiki untuk biras aku ni supaya cepat sembuh.

Alhamdulillah. Selain biras aku yang lain, adik beradik biras aku dan ramai juga staf Telekom yang datang menziarah tapi tak boleh masuk sebab doktor sedang membuat rawatan lagi. Masa aku masuk tu pun doktor masih betulkan gigi dia. Aku tunggu dan teman kakak ipar aku tu sampai pukul 5,00 petang sebab aku nak balik Batu Pahat sebelum malam. Sejak akhir-akhir ni, pemanduan malam aku tak berapa awas terutama kalau tar yang takde garisan putih tambah lampu jalan takde.

Aku telefon kakak ipar aku dalam pukul 7.15 malam (dah dekat waktu berbuka)
"kat mana?"
dia jawab
"masih kat sini (hospital) nak ke mana lagi? suami kat sini.."
"buka macamana?"
"buka kat sini le."
Terharu aku dengar. pengorbanan seorang isteri. Kalau aku yang terbaring, siapa yang akan ada disisi aku nanti?

Wednesday, August 18, 2010

NGV 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Gigi lari satu mata.. Maksudnya apabila pemasangan timing belt tu tidak mengikut tanda yang ditentukan pengeluar.
Kadang-kadang sebab pemasangan tu visual, boleh berlaku sewaktu pemasangan, gigi tu bergerak: terkehadapan atau kebelakang. Kereta aku guna palang, manakala van aku gunakan gigi. Gigi lagi payah sebab boleh pusing apabila masukkannya.

Aku pun minta bantuan kawan aku, Hussin. Dia ni kawan serumah semasa belajar degree dulu, guru automatif. Dia ni dah lama tak pegang enjin. Aku pun cerita masalah, akhirnya dia setuju nak tengok. Aku pun buka bonet dah cover timing belt. Dia buka cover head engin dan check. Dia kata ok. Dia pun test kereta, cluth nak abis katanya. Nak kepastian tanya Rashid.


Aku pun tefikir juga (memang aku suka berfikir pun).
Kalau tuning dah OK,
Timing belt dah OK,
Aku nak cuba tengok timing enjin lak.

Malam tu aku buat pembacaan. Aku surf internet. Baca pasal NGV dan masuk forum. Maklumat yang aku dapat ialah:
- Timing NGV tinggi sikit dari normal (10°) iaitu antara 12°-15°
- RPM untuk petrol adalah 1200 untuk mendapatkan RPM NGV 1000
- tappet untuk NGV mesti dibuat di kedai servis NGV sahaja tidak boleh kedai bengkel bukan NGV

Hari Selasa aku naik SMT Batu Pahat jumpa Rashid. Aku kata nak test guna timing light. Aku sampai dalam 3.45 ptg. Dia pun keluar timing light.
"start enjin!"
dia pun baca "20"
patut le, tinggi sangat.
Nasib baik aku tak buka timing belt ari tu.
Aku cerita le timing NGV antara 12°-15°
Dia pun adjust pada 12°
Aku minta dia test clutch. Memang ada masalah pressure plate sikit tapi clutch belum habis lagi. Aku berpuashati dan meneruskan perjalanan aku.

NGV 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku nak cerita pasal engin kereta aku yang menggunakan NGV. NGV adalah singkatan untuk Natural Gas Vehicle. Kelebihan sistem ini ialah harga gasnya yang masih rendah dan menjimatkan tetapi kos pemasangannya agak mahal dalam RM3000-RM5000 ke atas.

Kereta NGV aku ni mendak sangat. Tekan minyak sampai lantai cuma pergi 60-70km/h. RPM jejak sampai 5000, nak sampai kat merah.

Jadi aku pun tanya kawan,
Mana nak servis?
Dia tanya aku pasang kat mana?
Aku kata kat Taman Gaya.
Kau jumpa Atai, minta dia cuci "dapur"

Dapur? Istilah baru ni. Dapur ni kira macam ruang campuran gas. Kira dapur ni bahasa pasar le. Aku pun pergi, jumpa Atai. aku tanya pendapat dia. Dia kata kemungkinan-kemungkinan:
- tuning lari
- tappet tak align
- api tak kuat

Kos?
tuning (RM10), adjust tappet (RM15)

Dia pun memulakan proses adjust mengadjust. Ramp sikit-sikit. Lepas tu, dia suruh aku try. Aku pun test, aku kata takde perubahan pun! dia pun adjust "api" tapi tak boleh sebab distributor aku dah langgar dinding. Aku tanya reversekan tak boleh ke? Dia kata tak boleh, nanti jadi retard, kita nak advance.

Apa tu retard dan advance?
Ia merupakan proses melaras permulaan percikan api dari palam pencucuh dalam ruang pembakaran. Ia juga berkaitan dengan pergerakan naik turun piston yang dipandu oleh crankshaft.
Retard berlaku apabila percikan api berlaku sebelum piston berada pada kedudukan tinggi (Top Death Centre). Ini menyebabkan engin sukar hidup/ berat.
Advance berlaku apabila percikan api berlaku apabila piston pada kedudukan atas dan mula menurun. Biasanya darjah 10°, 12° dan 15° digunakan menunjukkan sudut turun lengan piston.
bacaan lanjut
Maksud langgar dinding ialah distributor tu dah tak boleh pusing lagi sebab slot tu dah habis.

Aku pun hairan sebab biasanya ada ruang untuk adjust. Aku pun telefon kawan aku tanya kenapa boleh langgara dinding? Dia kata timing belt lari satu gigi.

Thursday, August 12, 2010

SAHUR RAMADHAN 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku terjaga pukul 3.15 pagi. Lepas solat sunat, aku pun keluar. Aku capai air mineral je.
"Mana nak sahur ni?"
"Nak makan apa?"
Aku kena segera sebab nak kejar masa ke UTHM. Sampai Petronas sebelum masuk Highway Senai, aku isi minyak. Aku nampak Maggi Cup. Aku pun bayar, isi air panas dan makan. Slurrrp! Inilah juadah sahur aku. Kemudian aku meneruskan perjalanan. Sampai Air Hitam, aku singgah le Petronas Jalan Kluang nak isi gas tapi tak buka lagi. Gas ada lagi 2 mata. Ingat nak cari teh panas tapi tak sempat, dah masuk waktu imsak.
Cadangan awal aku nak balik hostel dulu, mandi. Tapi sebab dah ngantuk sangat, lepas solat subuh di sebuah Masjid, aku tidur dalam kereta. Lepas tu aku parking kat luar kampus bandar dan sambung tidur lagi sampai 7.20 pagi. Aku barada dalam kelas sebelum 8.00 pagi. Harap aku tak tertidur dalam kelas.

RAMADHAN 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam bulan ramadhan dah tiba. Lepas sahur aku dan anak-anak pergi surau untuk solat subuh berjemaah. Subuh ni memang happenning, ramai jemaah. Aku jumpa kawan aku, Saiful, Abu Hurairah, Yunus, Hussin, Nizam. Imam solat tu Ustaz Nahi, pensyarah baru tempat aku.

Pagi tu aku kena pindah ikan, jadikan 2 kolam. Kalau lambat, ikan boleh mati. Selain tu kena isikan air supaya ikan boleh bergerak. Dalam pukul 1.50 ptg semuanya siap. Lepas tu aku pergi rumah aku kat Bandar Dato Onn. Dia dah ganti jubin yang rosak. Lepas kemas rumah, pergi lak bazaar ramadhan. Macam-macam ada, sup, nasi berlauk, mee, apam balik, kuih-muih dan air. Kemudian singgah Masjid Bomba, ada bubur lambuk. Anak aku ambik 2 bungkus

Petang tu aku ngan family berbuka kat masjid. Aku suka berbuka kat masjid sebab senang dan ringkas. Lepas berbuka, terus solat maghrib. Kalau nak sambung lepas solat pun boleh. Malam ni atau pagi esok aku kena pergi UTHM, ada kelas pagi.

KELI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari selasa lepas aku dapat panggilan daripada Sharom (buyer ikan keli aku dulu). Dia nak beli keli aku 200kg. Alhamdulillah.
Dia telefon aku dalam 11.30 pagi. Dia nak saiz 6 ekor sekilo. Katanya dulu ada 4 ekor sekilo susah nak jual. Aku kata ada, boleh amik hari ni pukul 3.00 ptg ni sebab esok dah puasa. Dia pun setuju.
Nak sediakan ikan ni bukan senang. Memula kena buang air dulu sampai cetek/kering. Kalau ada tulang, daun, fiber dia boleh sumbatkan saluran dan air mengalir lambat. Kemudian, nak pindahkan ikan, pilih ikan (grading) dan buka kolam baru untuk pemindahan. Selebihnya urusan dia naikkan dalam lori.
Aku timbang le ikan kat kolam kedua, 6 ekor dalam sekilo setengah. Wah dah lebih ni. Kena reject nanti. Kena cari kecil lagi. Mana nak cari ni semua dah besar sangat tapi kena cari gak le, orang dah nak. Kolam ketiga tu banyak yang kecik, 8 ekor sekilo. Besar tak banyak.
Pukul 3.20 ptg, pekerja dia datang naik lori. Dia tengok kolam kedua aku, aku terdiam.
"Ambik semua" katanya
Fuh.. lega aku sebab boleh kaut semua. Bersih satu kolam aku. cuma ada beberapa ekor je yang diasingkan sebab besar sangat. Kolam ketiga tu ada yang dia ambil tapi tak banyak le. Hari tu dapat 184 kilo. Habis je, aku tutup satu kolam. Tinggal lagi 2 kolam aku. Satu kolam ikan kecik dan satu kolam ikan giant (lebih 16 inci).
Habis je kerja hari tu, aku belikan diri aku 3 potong ayam "wholeleg", sebuah jam tangan dan jam loceng.

Wednesday, July 28, 2010

SCORE A

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni kebetulan kelas ditangguhkan. Jadi aku berjalan sekitar UTHM. Kebetulan pula ada hari Kerjaya dan aku terpandang satu flyers " BE YOUR OWN BOSS IN YOUNG AGE " anjuran Student in Free Enterprise (SIFE) di Theater 2, pukul 3.00 ptg. Bayaran cuma RM3.00 untuk tabung SIFE. Aku pun join.

Masa dijanjikan, aku pun sampai. Aku tengok adalah 4 orang India sedang mundar mandir, pakai kot. Aku ingat student juga sebab muda. Memula sorang tu bagi talk, nama dia Krishnan bercakap tentang score A. Kemudian diikuti oleh seorang lagi India, nama dia Vikey... Rupanya dia adalah jutawan yang tertera dalam flyer tu. Dia menjadi jutawan dalam umur 26 tahun sahaja!! Subhanallah.

Gaya penyampaian menarik, antara jutawan yang dihasilkan oleh syarikat. Terdapat 2 pakej iaitu RM1788 (EP) dan RM5548 (EE). Malam tu ada talk lagi pukul 8.00. Aku datang sebab nak tahu marketing plan dia. Memang best le, cerita mesti pendapatan RM300,000 ke atas dalam masa 3 bulan. Tapi bila kata ada maintain, aku kena fikir balik. Maintain ada 3 cara:
- buat pembelian portal.
- ada 10 pair
- aktifkan satu portal.
Orang dah jadi jutawan, aku pun boleh.

Tuesday, July 27, 2010

KURSUS MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Ahad lepas, 25.07.2010 ada kursus MILLIONAIRE MINDPOWER kat PWTC juga. Dulu workshop, hari ni kursus. Mula pukul 9.00 pagi dah habis pukul 6.00 petang. Aku bertolak pukul 12.30 malam sebelumnya. Sampai Bukit Jalil, bas berhenti kat situ. Aku pun kena le tunggu LRT untuk ke KL.

Aku sampai KL, aku turun kat Bandaraya. Hari ni aku nak test Masjid India. Aku nak mandi kat situ. Sampai bilik air dia ada nota " TAK BOLEH MANDI ". Apa le masjid kat KL ni, semua dah trend macam tu lak. Kalau kat Masjid Kg Melayu tu, lepas subuh ada ceramah agama, diikuti dengan kelas mengaji, kelas kursus haji. Meriah le, takde nak kunci pintu masjid ni. Aku mandi je, tak apa lak hukum mandi aku ni.

Aku sampai PWTC tumpang abang aku. Kebetulan aku turun tangga Maju Junction, dia pun sampai. Dia kata ada 'gerak rasa'. Aku terus daftar dan ambil tempat duduk. aku amik baris kedua bersama Nor Azura, Mohd Radzi, aku dan Norhidayah. Mohd Radzi ni pun buka cerita tentang kursus Dr Azizan yang dihadirinya dan mengira-ngira tarikh lahir. Dia juga pengamal perubatan Islam. Azura ni pramugari MAS kat KLIA. Baru balik dari Korea. Dia ni juga dah masuk scoreA.

Datuk Dr Ibrahim hadir dan memberikan beberapa input. Kebetulan petang ni juga pukul 2.00 ptg cerita Datuk dan datin bersiar di televisyen. Selain teori, ada beberapa latihan amali yang digunakan dan diajar. Pada kursus kali ni, peserta mendapat duit US1 betul dari Datuk Dr Ibrahim. Handout yang diberi banyak membantu.

Habis kursus, aku pun balik selepas solat. Abang aku galakkan aku ambil master reiki kerana boleh menjana pendapatan. Aku sebenarnya bukan tak nak, tapi perlu berfikir jauh. Ni dah nak dekat puasa, lepas tu raya... aku harap ada rezeki bergolek datang.

Wednesday, July 21, 2010

JUMPA DOKTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Semalam aku balik hostel dalam keadaan ber'puasa'. Aku pun heran kenapa panggil puasa sedangkan ayat berlapar lagi molek. Puasakan satu ibadah disertai niat dan syarat-syaratnya. Sampai bilik, aku kemaskan bilik sorang-sorang. Roomate aku tak datang minggu ni.

Pagi ni aku pergi surau solat subuh. Mood aku baik pula hari ni. Lepas solat, baca quran ayat Al Waqiah, baca yasin siap doa dalam semua ayat yang berakhir dengan 'mubin' , baca tahlil, baca ayat-ayat Quran yang boleh dijadikan ubat 10 ayat terakhir Al Hasyr. Peliknya tak rasa penat pun. Aku rasa tenang sekali.

Lepas mandi aku pergi jumpa doktor kat UTHM. Lepas bagi kad matrik, nurse tu siap kata: awak yang kes ulangan tu kan? Bilik no berapa? Aku kata bilik no 7. Terkenal betul aku kat sini.

Masuk bilik doktor, doktor tu tanya aku nak buat apa? Aku kata nak cek satu badan. Dia pun tulis le kertas, pergi makmal dan cek jantung kemudian datang lagi. Aku pergi makmal, nurse tu amik darah masuk dalam balang kaca kecik. Nurse tu kata nak cek jantung pergi kaunter.

Aku pergi kaunter cakap nak cek jantung. Dia bawa masuk bilik dan tanya aku pernah buat tak? Aku kata tak pernah. Lepas tu nurse tu suruh aku keluarkan barangan besi, buka baju dan baring. Nurse tu tanya aku ada sesak-sesak nafas ke? Sedih aku dengar soalan tu. Aku kata tak de tapi saja nak tau tahap kesihatan. Lepas pasang gel dan tampal tiub, dia kata dah selesai. Aku pun tak perasan bila dia start mesin tu tiba-tiba siap. Nurse tu cabut wayar-wayar dan lap gel yang berlebihan dan aku pun keluar. Kebetulan jumpa doktor tu, dia kata jantung aku ok, Alhamdulillah tapi aku kena datang lagi untuk keputusan yang lain-lain

JUMPA DOKTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Minggu lepas aku pergi jumpa doktor UTHM sebab ada bulatan besar kat belakang badan aku. Kat sini sistem dia tu daftar pakai kad matrik lepas tu nama akan ditayang di skrin besar. Aku baru masuk klinik jadi tak tau le skrin tu untuk apa. Ok le tu.

Tiba-tiba nama aku keluar kena bilik 7. Terasa amat banggalah aku berjalan ke bilik 7 tu. Alhamdulillah doktor lelaki.
Dulu aku kena doktor perempuan masa kat JB. Sakit kat bahagian xxx. Aku ingatkan doktor perempuan mestilah malu tapi dia suruh buka seluar. Dengan selambanya aku pun buka sikit tapi dia suruh buka habis. Lepas tu nurse kat dalam tu pun tengok sama sambil senyum-senyum. Aku pula yang malu. Siap belek-belek lagi. Agaknya dah lama tak dapat, aku pulak kena hulur benda tu. Rezeki doktor dengan nurse tu le hari tu.

Sambung cerita UTHM
Doktor tu tanya gatal ke?
Aku kata memang le kekadang gatal.
Tempat lain. celah tuut?
Aku kata ada, aku tanya nak tengok ke?
Dia jawab boleh.
Aku tanya lagi, boleh buka ke?
Dia kata bukalah
Aku pun buka le, baju je, seluar tidak.

Hasil dianogsis dia kata kurap dan tulis ubat. Aku nampak tempat cek tekanan darah manual atas meja dia. Aku tanya boleh cek tekanan darah tak? Doktor pun tak kisah dia tarik mesin kat belakang dia dan pasang ; 136/76 nadi 81. Ok.

Dia tanya nak cek gula? Aku kata ok gak siap tanya boleh cek satu badan tak?
Memang ambik darah ni kena puasa dulu. Tak boleh buat hari tu. Aku pun pergi makmal cek darah: 22.8 Fuyoo.. tinggi tu. Normal dalam 6-8 je.

Mula le doktor tu tanya macam-macam soalan makan ubat apa, macamana kawal? Doktor tu kata orang yang gulanya tinggi:

- memula akan turun berat badan
- mata kabur
- mengalami gatal-gatal,
- tompok hitam
- gatal dan hitam di celah-celah
- penyakit buah pinggang
- sakit jantung
- anu tak naik

Alamak! memang berat badan aku turun, banyak gak kat 10 kg. Gatal dan hitam pun ada. Doktor suruh puasa dan datang balik esok. Aku kata aku nak balik, minggu depan aku datang. Doktor tu kata nanti terlambat sangat, Macam pendek nyawa pulak aku ni. Huhuhu..

Aku pun balik. Aku semak mesin cek gula aku punya. Mesin aku ada memory/ history. Aku tengok 25 pun ada. Banyakkan minum air masak dan kurangkan gula. Cuma hari Ahad tu ada jamuan ulangtahun RBT2 tu aku minum air gas, itu pun sikit je. Nasi memang tak sentuh pun. Kali ni insaf le sikit. Aku harap bacaan ok pada pertemuan akan datang.

Monday, July 19, 2010

WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku sampai di PWTC dan kebetulan ternampak surau. Jadi aku jamak dan qasar solat dzuhur dan asar. Lepas tu baru cari abang aku. Rupanya kalau hari Sabtu ni, banyak syarikat buat talk, funtion kat sini. Aku jumpa ECPI, saham dan macam-macam. Semuanya penuh dan dapat sambutan. Lepas daftar tu, aku pun masuk. Belum pukul 2.00 ptg tapi sit dah hampir penuh.

Dalam 2.30 ptg, penceramah Dato Dr Ibrahim pun tiba menyampaikan ucapan dan ceramahnya. Caranya bertenaga, kecindan, santai dan dapat menarik minat penonton yang hadir. Aku rasa dia menguasai pentas dengan baik. Kira one-man-show. Masa 4 jam berlalu tak dirasakan. Banyak yang diceritakan tentang mindset yang selalu kita alpa menyebabkan kita kurang berjaya.

Habis majlis tu, ada beberapa sesi seperti ambil gambar, beramah mesra dan lain-lain. Aku tengok jam dah pukul 7.12 mlm. Aku cari surau, solat maghrib dan isyak secara jamak dan cari jalan balik ke Bukit Jalil. Rupanya stesen LRT berada sebelah The Mall je. Aku naik LRT sampai stesen Chan Sow Lin sebelum bertukar tren ke Bukit Jalil.

Sampai stesen bas Bukit Jalil, aku beli tiket balik ke Johor Bahru. Aku ingat kat sini ada tiket 1.00 pagi tapi last bas pukul 11.30 malam je. Aku pun beli. Aku naik bas, pasang kain pelikat dan kelubung. Aku sedar dah sampai stesen bas Larkin pukul 3.30 pagi.

\rm600 bioaura

WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Sabtu baru ni, 17 Julai aku menyertai satu workshop Miilionaire Mindpower di PWTC, Kuala Lumpur. Sebenarnya pada 3 Julai tu ada workshop yang serupa kat M-Suite, Johor Bahru tetapi aku terpaksa tangguhkan kerana sibuk dengan persiapan bacaan yasin dan tahlil di rumah Bandar Dato Onn.

Untuk sampai Kuala Lumpur ada 2 cara kalau naik pengangkutan awam.
KERETAPI:
Naik keretapi dari stesen Johor Bahru atau stesen Kempas sampai ke stesen Sentul, kemudian naik LRT ke PWTC.
BAS
Naik bas dari stesen bas Larkin berhenti di Stadium Hoki Bukit Jalil. Lepas tu naik LRT ke PWTC. Sekarang bas tidak berhenti di Puduraya lagi.

Aku memang bercadang nak pergi Jumaat malam. Walaupun workshop mula pukul 2.00 ptg, aku tak nak le kelam kabut. Aku ada pengalaman kalau bertolak pagi dan nak sampai cepat dulu. Bila aku sampai stesen bas tu, ulat tu promo,

"KL! KL! SEKARANG JALAN!"

Masa tu pukul 7.30 pagi. Aku bajet kalau 4 jam, pukul 12.30 sampai. Aku pun beli tiket kat ulat tu dan duduk dalam bas. Tunggu, tunggu, tunggu, aku tanya orang yang dah ada dalam bas sebelum aku dia naik pukul berapa?

"Saya naik pukul 7.15 pagi, dia pun kata : SEKARANG JALAN! Sekarang pukul 8.00 belum jalan"Akhirnya pukul 8.30 bas jalan. Itulah pengajaran yang aku dapat kalau nak bertolak pagi Sabtu. Belum masuk cerita dia singgah Taman Sri Skudai kutip penumpang, masuk Terminal One, Seremban hantar orang. Sampai KL jangan cerita le.

Malam tu orang tua aku tolong hantar ke Stesen Keretapi Johor Bahru. Sekarang ni nak beli tiket kena ambik nombor. Tak payah beratur panjang lagi. Satu kemajuan. Sampai turn aku, kerani tu kata pukul tren 11.30 malam dah habis. Tren ni sampai dalam pukul 6.00 pagi. Kelebihannya tren ni, dia ada bilik air.

Jadi kami pun pergi stesen Larkin, nak beli tiket bas. Aku pun pergi dari satu kaunter ke kaunter. Niat tu beli bas paling akhir. Tanya, tanya pukul 1.00 pagi ada tapi penuh. Akhirnya beli pukul 12.30 tghmalam bas Cepat Sedia. Kaunter tu kata kalau nak ke Puduraya kena tambah RM3.00, bayar pada pemandu terus. Bagus le ada pilihan. Seperti dijadualkan pukul 12.50 bas pun bertolak. Aku ambil kain pelikat buat kelubung dan tidur. Kalau bangun pun bukan ada pemandangan, gelap je.

Sampai Bukit Jalil, jam menunjukkan pukul 4.33 pagi. Apa aku nak buat kat Bukit Jalil ni? Aku bukan biasa. Jadi aku pun meneruskan perjalanan dengan bas yang sama ke Puduraya. Lepas bayar RM3.00, aku berada di Puduraya pada pukul 5.30 pagi.

First, aku pergi Masjid Jamek. Aku ingat nak mandi dulu. Boleh bersihkan badan sebelum solat subuh. Rupanya peraturan dah berubah, tak boleh mandi di Masjid Jamek. Bilik mandi lama siap ada 2 mangga. Aku pun redha le. Lepas solat subuh tu, ada taddarus, surah Al Waqiah. Aku pun join. Adalah 3 orang: Iman, aku dengan sorang lelaki. Sepanjang aku pernah ikut tadarrus, ini le taddarus bukan hanya baca tapi siap imam tu bagitau cara pembacaan, hukum idhram, izhaar dan sebagainya. Lepas taddarus tu dia baca tafsir dari kitab lama. Masya Allah. Aku tengok pun rasanya terkial-kial juga nak membunyikannya.

Lepas tu aku keluar pergi makan kat sebelah kaki lima stesen LRT. Buat alas perut. Dalam 7.30 pagi aku ingat nak rehat kat masjid jamek semula tetapi kena tahan kat pintu. Dia kata masjid nak kunci. Aku kata le aku baru sampai nak solat. Dia benarkan tapi berpesan lepas solat, cepat-cepat keluar.

Keluar dari Masjid Jamek, aku target nak mandi kat Masjid India. Imam tu kata tempat mandi dah kunci. Siap pakai pintu berangkai yang tarik ke bawah macam kedai/ bank. Dulu masa aku duduk KL, aku suka iktikaf kat Masjid India ni. Masjid ni meriah dengan jemaah. 24 jam ada orang/ jemaah. Aku belajar tentang budaya jemaah terutama mazhab Hanafi. Sekarang semuanya sepi. Tiada lagi istilah mengimarahkan masjid kat Kuala Lumpur ni. Target akhir aku ialah Masjid Pakistan di Chow Kit. Itupun hampa. Bilik air tengah renovated. Oleh kerana dah pukul 1.00 ptg, aku teruskan perjalanan ke PWTC.

Wednesday, July 14, 2010

Kaedah Penyelidikan

Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan?

Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa "Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan". Berikutan kenyataan itu, ratusan surat diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah:

  • kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan,
  • saiz kelas yang terlalu besar,
  • guru tidak mengadakan kelas pemulihan,
  • tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan,
  • latihan guru yang ketinggalan zaman,
  • pelajar yang tidak minat,
  • tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya.

Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?.

Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.

Di akhir Bab ini anda akan dapat:

  • memberi definisi penyelidikan
  • menerangkan langkah-langkah penyiasatan saintifik
  • menjelaskan ciri-ciri pernyataan masalah
  • menggubal soalan penyelidikan yang baik

Definisi Penyelidikan

Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara.
Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?.

Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah

  • sistematik,
  • terkawal,
  • empirikal.

Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti Masalah dan menggubal Soalan Kajian atau Hipotesis
2. Mereka bentuk Kajian untuk menjawab soalan Kajian atau menguji hipotesis

3. Mengumpul dan Menganalisis Data

4. Menjawab Soalan Kajian - menerima/menolak hipotesis

Sumber diubahsuai daripada http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan/Bab1Apa.html


KELAS 1- KAEDAH PENYELIDIKAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku masuk kelas pertama, kaeedah penyelidikan.
Pensyarah : P.M Mohd Yusof bin Abd Hadi

Hari ni aku masuk kelas MPM.
Ada bunyi teet.. teet..
Macam bunyi alarm bateri backup tak off.
Ada le mengganggu kelas.

Jadi bunyi dijadikan modal penyelidikan.

Masalah kajian

Sorotan Penulisan





FALSAFAH PENYELIDKAN

Manusia sering menghadapi masalah.
Setiap masalah perlu diselesaikan segera.
Penyelesaian masalah perlukan seseorang membuat keputusan.
Membuat keputusan melibatkan ketidakpastian dan risiko.

Untuk mengurangkan risiko, keputusan perlu berdasarkan bukti dan fakta.

Proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti dan fakta untuk mempuat keputusan
adalah proses penyelidikan.

Thursday, July 8, 2010

TELEKOM

Assalamaualaikum dan salam perpaduan

Hari tu aku daftar untuk unicool pack. Pakej telefon, streamyx dan netbook HP. Semalam aku terima telefon dari kedai telefon Batu Pahat, dia tanya nak pakej mana? Unicool atau 1Malaysia?
Aku tanyaleh apa bezanya.

Dia kata pakej unicool dapat netbook manakala 1Malaysia dapat desktop. Aku tak nak le desktop. Aku nak netbook sebab laptop aku pun spec dah lama. Hardisk cuma 60GB, RAM 512 DDR2 dan processor Intel Celeron. Kata anak saudara aku HP ni Hardisk 150GB dan upgrade tak perlu line baru, guna line sedia ada.

Masalahnya telekom ni kata kena buat line baru. Pemasangan baru dan no telefon dan akaun streamyx baru. Kemudian telefon ni kena pakai i-talk? Confuse aku. Tak kisah le, janji dapat netbook. Bila dah siap pemasangan baru no lama boleh dipotong. Aku tanya bila dapat? Dia kata prosesnya sebulan.

Aku amik pakej unicool, speed 1M, RM68 sebulan, deposit RM75 dan pemasangan RM50.

PENDAFTARAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni satu rombongan menaiki bas untuk pendaftaran bagi member yang belum mendaftar di UTHM. Aku pun menumpang juga sebab nak hantar filem x-ray ngan laporan perubatan. Selepas tu ada taklimat Dekan.

Oleh kerana Dekan sibuk, Ketua jabatan Jabatan Ikhtisas Pendidikan pun menggantikannya. Ada beberapa ayat yang menarik perhatian aku.

SEHARI SEBARIS AYAT, LAMA-LAMA DAPAT PHD
HEBAHKAN TAJUK TESIS YANG ANDA BUAT!
BINA KUMPULAN PERBINCANGAN

Memang betul katanya.
Hebahan pun betul juga. Selama ni aku takut nak cakap tajuk tesis aku ni sebab belum mantap lagi. Mungkin kalau aku hebahkan, aku akan dapat bantuan dari rakan-rakan lain.
mpti01 lib001

Wednesday, July 7, 2010

RUMAH TAK SIAP

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku dah mengisi borang aduan kecacatan pada 7.6.2010. Hari ni dah 7.7.2010. Semalam aku telefon le juruteknik awam, Johorland tu. Tanya pasal kerosakan elektrik rumah aku. Jawapan dia buat aku terbakar dan sakit hati yang amat sangat.

"Apa rosak rumah awak? Apa yang awak komplen dulu? Kontraktor elektrik datang hari Sabtu je."

Apa yang buat aku marah ialah dari Sabtu lepas laporan 7.6.2010 sampai Sabtu aku telefon ada 4 hari Sabtu berlalu.
12/6,
19/6,
26/6 dan
3/7.

Apa dia dah buat pada 4 hari Sabtu lepas hingga aku kena tunggu lagi satu hari Sabtu? Dah sebulan, tiada tindakan hingga aku kena telefon. Kalau aku tak telefon tak bergeraklah kerja. Harapkan dia telefon aku, tak delah. Aku bukan buat aduan lisan, aku isi borang. Bukalah borang tu, baca. Kalau tanya aku gitu-gitu, buat apa isi borang?

Ini rumah yang ketiga aku beli. Dua rumah lain tu tak de masalah pun juruteknik dia. Buat komplen je 3 hari dah call, buat appointment dan minta buka pintu ke, suruh tunggu ke. Ni 4 minggu senyap sunyi.

Tadi aku dah call peguam. Peguam kata dari tarikh report pemaju ada masa sebulan untuk membaiki dan menyenggara rumah tersebut. Peguam pun mengeluh, siap sebut susahle Johorland ni. Dah sebulan, jubin dan retak dalam rumah tak berusik pun. Aku pun hairan macamana dia boleh bagi kunci dengan 90% jubin dalam bilik air retak? Potongan gaji dah nak mula, tapi rumah tak leh duduk lagi.

Masa aku buat bacaan yasin ngan tahlil tu, bilik bawah dengan floor atas tu tak de elektrik pun. Malu gak aku pada saudara-mara yang datang. Semua tak berani nak naik atas, gelap gelita.

Monday, July 5, 2010

BILA AKU SUDAH TIADA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Tajuk ni sebenarnya tajuk lagu kumpulan HUJAN. Aku sebenarnya sayu gak bila ramai student aku yang tak tau aku dah tak de kat IPGKTI.

Masa BIG tu ada pelajar siap berbincang BIG2 dengan aku.
Ada call aku, en ni masa kelas encik.
Sabtu lepas, kelas ganti dengan jadual hari Isnin ada yang call aku tanya pasal tutorial.
Tadi ada yang nak hantar jadual waktu praktikum atas meja aku esok.
Ada yang minta aku ajar Autocad bila mereka sem 8 nanti.
Selagi boleh bantu aku bantu pelajar aku ni.

Aku tak sampai hati nak cakap, terutama diwaktu mereka memerlukan aku;
SAYA DAH TAK JADI TUTOR AWAK LAGI
SAYA BUKAN PENSYARAH PEMBIMBING AWAK LAGI
SAYA DAH TAK MENGAJAR AWAK LAGI
dan akhirnya..
SAYA SECARA FIZIKAL DAH TAK DE KAT IPG NI LAGI.

Aku rasa yang sedang berada dalam IPG ni, lama-lama akan tahu aku dah tak de. Mereka yang sedang praktikum: KPLI, KDC PISMP sem 6 tak tau lagi kot. Kalau dah tahu, memang aku jadi macam rangkap 2 lagu ni tapi aku tak kisah pun kalau ada yang dah lupa. Semuanya aku jadikan kenangan. Itu pun yang ADA bila semua sudah tiADA.

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu


Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Sunday, July 4, 2010

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah. First time dalam hidup aku lead bacaan tahlil arwah dan yasin. Pagi ni dimulakan dengan meminjam sejadah, surah yasin dan rehal dari surau tempat aku. Semalam aku dah pindahkan sedikit barang seperti pinggan mangkuk, tikar dan setup meja. Aku teruskan latihan jika ada kelapangan. Hari ni juga kena beli airbatu, buah, plastik sampah, pinggan kertas, cawan polisterina.

Jemputan dijangka sampai pukul 7.45mlm. Lepas Maghrib, aku pun tunggu le depan rumah kekonon menyambut tetamu. Sampai pukul 8.00mlm belum ada sorang pun sampai. Lepas tu ibu aku telefon nak datang. Aku SMS alamat. Ibu aku suruh ajak adik aku sekali, aku pun jemput.

Pukul 8.15mlm, kak Milah dan keluarga sampai, diikuti oleh Abg Mail, Nani, Dol dan ibu aku. Memula memang makan dulu, solat isyak dan majlis tahlil. Aku memula sangkakan makanan tak cukup tetapi kuasa Allah, ada tetamu yang datang membawa berkat (makanan). Akhirnya semua dapat makan ada lebih lagi. Kak Long dan Hisham tak dapat hadir kerana anaknya berada dalam wad. Asri balik setelah sesat mencari rumah aku.

Lepas doa solat Isyak, majlis pun bermula. Aku pancarkan LCD bahan yang aku dah siapkan kat dinding. Senang semua nak tengok. Aku siap pakai cordless microphone lagi. Bila sebutan ASTAGFIRULLAH AL ADZIM bergema, bermulalah majlis tahlil ini dipimpin oleh aku.

Nak jadi cerita semasa majlis berlangsung, adik aku telefon. Aku pun kelam kabut le terutama nak tanya arah jalan, aku sempat minta Abg Mohd Shah pimpin. Abis je call dia bagi aku balik majlis ni. Habis je majlis, adik aku pun sampai.

Aku puji le sikap adik beradik belah isteri aku ni. Bila aku sangkut, mereka akan menolong mengajar dan membimbing aku meneruskan bacaan. Ini membuatkan bacaan aku tidak tertekan sangat. Aku bersyukur le dengan pengalaman ni. Dalam umur aku sekarang, tak mustahil satu hari nanti aku kena juga memimpin majlis sebegini. Sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman.

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam ada majlis bacaan yasin dan tahlil kat rumah baru aku, Bandar Dato Onn. Majlis ni bergilir rumah adik beradik belah isteri aku. Dimulakan dari rumah Kak Long, Abang Mail, Kak Milah, rumah aku dan seterusnya adik-adik dia yang lain.

Uniknya majlis ni kalau panggil imam surau ke masjid handle, senang le. Sediakan makan untuk jemaah yang datang. Tapi majlis tahlil ni, tuan rumah yang kena baca (aku le!). Aku ni tak pernah lead majlis yasin dan tahlil ni, cuma jemaah je.

Aku perlu buat persiapan rapi sebab aku bukannya lancar membaca jawi ni. Lagipun semasa menyertai bacaan dalam majlis pun aku pening. Lepas baca yasin, biasanya yang bawa ada macam-macam cara menyudahkannya. Jadi seminggu sebelum majlis, aku jumpa abang long aku. Belajar urutan bacaan. Aku search internet mencari MP3 bacaan tahlil tapi tak de. Last aku rakam bacaan yasin dan tahlil kat surau tempat aku.

Next aku scan ayat-ayat yang patut termasuk doa sebab aku ni kategori rabun gak. Aku besarkan yasin tu dari kecik pada kertas A4. Baru jelas dan terang. Siap buat PDF lagi. Selain itu aku perlu membuat persiapan rumah dengan memasang lampu dan kipas. Semuanya berjalan seperti dirancangkan. Aku minta juga dari orang tua aku nama-nama arwah yang nak disekalikan dalam majlis tersebut. Akhirnya, aku SMSkan jemputan ke semua adik-beradik untuk bersama menyertai majlis ini.

Thursday, July 1, 2010

AKU BUDAK U

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku suka istilah ni.
AKU BUDAK U
Biasanya U ni untuk Universiti.

Aku pernah masuk universiti.
Universiti aku yang pertama ialah Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1986-1988. Kawasan berhampiran dengan MINDEF (macam Pentagon kat US). Tempat makan masa tu masih warung-warung lagi. Boleh pilih nak makan kat Telekom atau Padang Tembak. Masa tu aku amik Sarjana Muda Kejuruteraan Kaji Terbang (Aeronautical Engineering). Terbang aku, tak gred.

Universiti aku kedua ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada tahun 1997-1999. Aku masuk selepas menamatkan Diploma Pendidikan Khas pada 1997. Aku amik Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Aku merasa puas juga dapat degree selepas terlepas 11 tahun.

Universiti aku yang ketiga ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai juga. Aku amik Master of Education (VTE). Bayar sendiri dengan duit PTPTN dan tunggakan DG29- DG3. Hampir 10 semester dari 2001 hingga 2006. Tapi aku bersyukur kerana dapat juga Sarjana Pendidikan (PTV) yang diidamkan.



Kini universiti aku yang keempat, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia. Aku baru daftar tadi 30.6.2010. Langkah baru bermula ke arah yang lebih jauh. Walaupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasisiwa aku teruskan juga . Yang penting dapat cuti belajar. Aku pernah buat separuh masa tetapi susah sikit bila di IPG ni. Kerja tak menentu masa dan tempat. Aku berazam akan mencapai segenggam ijazah kedoktoran 3 tahun lagi. Insya Allah.

BIG 2 : KAYAK

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni masuk hari kedua BIG. Aku datang subuh ke kem. Aku nampak En Arif dah menunaikan solat berjemaah. Aku bisik kat dia, aku datang lambat sikit, ada pemeriksaan kesihatan. Dalam pukul 10.00, aku tengok peserta aktiviti air ada lagi kat kem. Aku menawarkan diri untuk mengikuti aktiviti air.

Aktiviti dimulakan dengan streching atau regangan. Kemudian diikuti oleh water confident, pelajar belajar mengapungkan diri dalam air. Next ialah asas kayak dan steer. Kayak ni jika nak pusing kanan, kayuh sebelah kiri dan sebaliknya.

Aku dah lama tak berkayak ni sejak badan makin montel. Aku tanya Tok Mat, ada saiz aku ke kayak ni? Dia kata ada. Aku pun try le. Sejak dulu lagi aku tak boleh duduk depan sebab kaki aku panjang. Jadi aku pun duduk belakang tapi tak selesa juga. Raymond dan En Puad banyak tolong aku.

Mula-mula test, ok. Bila kayak betul-betul, aku ngan Puad dapat potong beberapa kayak sehingga semua berkumpul dipertengahan jalan. Setelah disambung, aku berasa sangat pelik kerana kayak aku tak boleh kayuh ke depan. Kedudukannya selari dengan arus. Kedudukan ni sangat bahaya kerana kalau ombak datang, kayak boleh terbalik. Aku pernah terbalik dulu waktu berkayak KLMS tahun 1992. Itu kira jurulatih dengki tapi dia dah ajar asas melepaskan diri dulu.

Aku rasa ada dekat 20 minit tak boleh bergerak dari kedudukan tersebut dan semua kayak dah jauh meninggalkan kami. Rakan aku cuba kayuh kiri dan kanan tapi kedudukannya masih sama. Aku pun terfikir, buat refleksi. Adakah ini balasan kerana mempersendakan kayak lain yang lebih lambat tadi? Akhirnya, sangkaan aku betul, kayak aku senget hampir terbalik dan telah dimasuki air. Aku pun malu gak sebab aku je yang tertinggal, jauh pulak tu..

Tiba-tiba bot marin yang mengiringi kami tu patah balik mendapatkan aku. Mereka tunda aku menghampiri kumpulan yang lain. Waktu tu belakang kayak dah tenggelam separas air. Kemudian aku kata kat rakan aku, baik berhenti dulu kat kawasan ternakan kupang tu. Ada yang tak betul, kata aku. Sampai kat kelong tu, aku pun duduk kat pelantar. Baru belakang kayak tu timbul dan aku perasan ada air mencurah keluar. Kayak tu bocor rupanya, patut le banyak air masuk.

Sampai tempat memasak, aku pun flat dan baring. Usia telah membataskan tenaga yang ada. Aku bersyukur kerana dengan persiapan dan perancangan rapi, semuanya selamat tiba dan meneruskan aktiviti memasak. Lepas memasak, makan. Lepas makan, balik semula berKAYAK.