Thursday, April 29, 2010

SUKAN IPGKTI - LAKSAMANA JOHAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ini merupakan hari sukan IPGKTI. Sebenarnya pagi ni aku sibuk mencari pensyarah lelaki dan wanita untuk memasuki acara staf. Nasib baik senarai aku dah print. Jadi aku cari le kat padang. Ada yang sporting dan ada yang spring. Maklumle, umur pensyarah dalam 40 tahun ke atas (dah menopaus pun ada) .

Tanya sorang,
- i've got history sakit jantung
- lutut bengkak
- bahu sakit, baru lepas urut
- dah tua
- obess

Oleh itu aku terpaksa mengambil staf sokongan. Mereka ni walaupun 50 tahun masih steady, siap offer diri lagi. Agaknya pensyarah ni kurang jaga kesihatan.

Dari perasmian, paluan kompang dan gerak silat nampak kemas dan tersusun. Acara balapan/trek dimulakan. Terdapat juga jemputan taska semaian subur, jemputan lari berganti-ganti dari sekolah-sekolah berhampiran mewarnai sukan tersebut.

Kebanyakan acara trek dimenangi oleh Laksamana. Lepas Laksamana, Laksamana lagi, Laksamana lagi. Apabila diumumkan johan keseluruhan Laksamana, aku sedikit terharu. Terharu bukan kerana Laksamana menang, tapi student aku menang dengan usaha mereka sendiri. Secara tak langsung mereka menjaga nama baik aku sebagai Ketua Pensyarah Penasihat.

SUKAN IPGKTI 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Sukan IPG aku akan bermula pada 29 April 2010. Maka raptai penuh telah dijalankan pagi tadi. Dimulakan dari ketibaan tetamu diiringi dengan silat, gendang india, gendang cina dan paluan kompang.

Ada sekali tu aku tegur le pertunjukan silat tu, nampak longgar dan tak tersusun. Dalam memartabatkan silat ni walaupun tahap demo, gerakan perlu kemas dan tersusun. Aku pernah masuk beberapa pertunjukan demonstasi pada satu zaman dahulu. Latihan mestilah diulang sampai kemas. Memang sakit le jatuh atas simen, tak masuk kena tumbuk, pulas dan banting. Kumpulan ni demo atas rumput, sepatutnya kurang masalah. Paling penting kena ada jurulatih untuk memperkemas gerakan dan memilih buah.

Antara yang perlu dilihat ialah jarak serangan, masa dan kombinasi serangan. Kadangkala jarak terlalu jauh menyebabkan rakan tidak dapat melakukan serangan seterusnya dan nampak seperti dibuat-buat dan berlaku tunggu-menunggu. Aku tanya gak kenapa teragak-agak? Dia kata sepatutnya kena tendang tapi tak rasa tendangan. Lepas teguran aku, nampak mereka dapat memperbaiki persembahan mereka.

Lepas raptai tu, hujan pun turun. Aku pun duduk le kat astaka tu sebab parking kereta jauh. Tiba-tiba rakan aku panggil,

"kau ketua penasihat rumah LAKSAMANA, kan?"

Aku terkesima.
Aku ni ketua penasihat?

Aku memang tahu aku rumah laksamana tapi tak tau lak aku ketua penasihat. Malunya aku. Nama pensyarah pun aku tak de. Sukan dah nak habis, tinggal esok. Rumah lain ada gak buat meeting. Aku tak buat pun.

So untuk menebus kemaluan aku tu, first thing aku cari nombor telefon ketua rumah laksamana. Namrod namanya. Aku kenal dia, pemain bola sepak IPG. So aku kena cari nama pensyarah laksamana. nasib baik dia ada dan emel pada aku. Malam tu ada hiasan khemah laksamana. Aku pun turun dalam 8.45 mlm.

Bila aku sampai je, aku terkejut tengok padang yang begitu penuh. Mereka berlatih lagi malam tu. Dengan sound sistem yang baik dan kombinasi lebihkurang 70 pelajar, memang "happening". Aku pun jengok khemah yang dihias. Mereka bekerja dalam gelap. Tak de lampu kat khemah tapi mereka masih tekun menyiapkan khemah ni. Dekat pukul 11.00 mlm, aku pun balik.

SUKAN IPGKTI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Sukan IPG aku akan bermula pada 29 April 2010. Maka bermulalah beberapa acara saringan, saringan akhir dan akhir. Aku ditugaskan sebagai refri padang. Jadi kerja aku berlegar sekitar gelanggang lontar peluru, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lontar cakera dan lembing. Tugas aku memastikan peralatan lontaran dan pengiraan ukuran yang betul selain peraturan acara dipatuhi.

Pada acara akhir tu, hujan pun turun dengan lebatnya. Aku pun duduk le kat astaka tu sebab parking kereta jauh. Tiba-tiba dalam hujan lebat tu aku nampak peristiwa yang menarik hati dan sempat aku rakamkan.

Sunday, April 25, 2010

RUMAH BARU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Rumah aku kat Taman Dato Onn dah siap. Aku dah ambil kunci. Khamis lalu dah bayar cagaran TNB untuk pasang meter. Jadi semalam aku ngan family pergi le nak tengok. Rumah memang puas hati. Ada retak sikit-sikit tu nanti aku boleh komplen.

Bila aku buka pintu belakang (backyard) aku terperanjat. Aku ingat pagar tak siap pasang. Apa le pemaju. Rupanya kontraktor sebelah buat extend dan buka pagar aku. Lepas tu pecah dalam kawasan rumah aku. Wah ini sudah lebih. Aku pun call no yang pemaju bagi buat komplen.


Jawapan yang dia bagi buat aku tak puas hati. Dia kata jiran-jiran kena tolak ansur. Masalahnya aku bukan komplen dia buat dalam kawasan dia tapi kawasan aku. Aku belum duduk dah kena pecah, macamana? Kalau nak extend, jangan makan kawasan aku. Kalau ikat batu, pastikan dalam kawasan dia dan tiang tidak boleh dialih. Lagipun kualiti pemaju dan kontraktor tak sama. Dia kata hari Isnin nanti dia akan ambil tindakan.

Aku geram juga, kata gated and guarded tapi jadi macam ni. Aku kesal juga le.

UJIAN AMALI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Baru baru ni aku kena mengawas ujian amali. Oleh kerana bajet tak de, kena jaga kat tempat sendiri. Tak kisahlah.

Masa ni aku boleh lihat siapa yang dah buat latihan dengan yang mengaku buat. Aku dah terangkan teknik yang betul macamana nak buat, strategi dan sistem. Siap guna wireless microphone dan LCD presentation.

Hasilnya..macam-macam ada. Yang ikut cakap aku, tenang je. buat kemas. Step by step. Sejuk perut aku (istilah yang biasa diguna). Tu le aku dah kata benda ni kena latih banyak kali. Ada lubang besar, salah potong, senget, salah ukur dan pahat patah pun ada.

Belajar ni kena ikhlas, dah kata berkali-kali. Tapi aku bersyukur le semuanya siap dalam masa. Tahniah le.

Tuesday, April 6, 2010

JUAL KELI

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Semalam kawan aku ajak pergi jumpa seseorang pasal pasaran ikan keli aku ni. Aku kenal dia sebagai Azrul. Aku pun tak tau post dia apa. Dia tinggal di Seri Austin. Aku pun masuk ikut Mount Austin tapi rupanya Seri Austin ni dalam Taman Setia Indah, Taman Daya.

Azrul ni bercerita tentang bisness dia. FMTG, vegegreen. Alamak! lemah aku. Nasib dia tak ajak masuk skim macam-macam. Tapi ada le sikit-sikit ilmu yang aku dapat. Dia cerita peluang yang boleh diambil dari beberapa kementerian dan jabatan kerajaan yang ada. Tapi speciality dia dalam pertanian seperti timun, cili merah, cili padi dan sawi. Terus terang dia kata tak boleh tolong.

Dia cerita pasarannya pada hypermarket. Rupanya kalau nak masuk hypermarket, kita kena bayar kat hypermarket tu untuk display dan rak. Setahun sampai RM180,000. Inilah faktor industri kecil tidak berani masuk hypermarket. Satu lagi komitmen. Kalau dah mula supply hypermarket, kena sentiasa ada bekalan. Kalau stok kurang kena saman dengan hypermarket tu. Aku dengar pun ngeri, berniaga skala juta. Aku nak jual ikan keli je. skala pun kecil je.

MASHA ALLAH SAMA-SAMA MENIAGALAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku pun bertanyalah apa kerja sampingannya. Aku tengok biasa je dia ni. Kalau bisness dahsyat mesti 5 minit sekali telefon dia berdering. Mula-mula nak buka rahsia dai kata jangan gelak tau. Aku kata OK, aku nak dengar je.

Sekali dia cakap HAI-O. Masha Allah.. sama-sama berniaga, sama syarikat pulak tu. Cuma dia lebih aktif dari aku. Aku ni masuk ahli je. Satu lagi dia lebih tahu pasal sistem ni dari aku dan berani meneruskannya. Aku bersyukur dah rezeki dia kat situ. Ada lagi benda yang dia cerita yang aku simpan sebagai panduan hidup aku.

Next penyeliaan aku tunjuk dia website aku.

http://hai-o-bioaura.blogspot.com

Website ni dah lama aku upload sejak Jan 2008 lagi. Aku guna internet je. Masalahnya aku tak pandai closing dan buat talks. Satu lagi aku tak pandai autoresponder. Banyak yang SMS aku tapi tak dapat closing. Dia suruh aku minta bimbingan upline aku. Aku kata ada hikmah juga kurang berjaya ni. Kalau berjaya rasanya aku lagi hanyut jauh, aku kan lelaki.

Monday, March 29, 2010

MASYA ALLAH, AIWA AHSANTI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku menyelia sorang guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Madrasah Alattas Alarabaiah AlIslamiah di Tiram. Subjeknya Bahasa Arab. Sewaktu pra penyeliaan cikgu ni aku tengok dia biasa je macam orang lain, cuma dia bawa toyota caldina.


Aku tanya beberapa soalan, harganya dalam RM120,000 bayar bulanan RM1500 je. Aku tak percaya dia guna duit gaji, mesti ada pendapatan sampingan ni. Dia senyum je. Aku pun tak nak tanya banyak. Lepas tu dia balik.

Bila aku sampai madrasah, aku semak buku rekod dia, folio dan jurnal. Tanya perancangan dan macam-macam soalan dan minta penerangan. Habis dia tulis dalam Bahasa Arab, kena terjemah le. Bila masuk kelas, aku tertarik dengan kesungguhannya, lenggok tangan, intonasi suara, bertenaga dan memek muka. Yang aku ingat ayat masya Allah, aiwa ahsanti, naam diulang-ulang.

Aku sebenarnya tahu le sikit-sikit bahasa arab ni. Dulu aku belajar bahasa arab ni darjah 2 sekolah agama. Jadi ade le faham sikit. Selain bahasa arab ni aku suka gak observe kat SJKC. Boleh belajar bahasa cina. cikgu dia suka akhirkan ayat dengan "tui ma!" maksudnya betul ke?

CAT RUMAH2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku datang lagi. Nak selesaikan kerja semalam. Lagipun penyewa tu dah janji nak datang petang ni. Aku periksa bilik biru tu dulu, memang tak sekata cat tu. Aku rasa malu juga kalau hasilnya begitu.

Tapi macamanapun aku kena mula mengecat bilik sebelah dulu. Aku pun bentang kanvas dan bancuh cat. Habis cat bilik tu aku biarkan kering dulu. Tiba-tiba "Assalamualaikum!". Terkejut aku, suara perempuan. Ingat jiran aku rupanya isteri penyewa aku. Main terjah je. Aku masa tu pakai seluar pendek je dengan baju pagoda. Lepas tu baru penyewa tu datang. Isteri dia tengok bilik biru tu, bilik air dan bilik lain. dia kata OK. Lepas tu dia bayar deposit dengan sewa dan aku bagi kunci. Aku minta tempoh lanjut untuk menyiapkan cat.

Lepas dia keluar, aku balas lagi satu lapis cat. Alhamdulillah akhirnya 2 bilik dapat warna putih cuma pantulan pink dan biru tu masih ada. Cat berbaki sikit untuk bilik ketiga. Aku rasa 7 liter tu sepatutnya cukup untuk 3 bilik tapi disebabkan nak overcome warna putih maka banyak lapisan disapu. Jadi akupun beli cat lagi untuk top up.

CAT RUMAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku cat rumah. Dah 2 hari aku mengerjakan rumah ni. Sebenarnya bukan kotor sangat dinding tu, dan aku pun bukannya nak cat pun, raya lama lagi. Tapi ni le permintaan pelik orang yang nak menyewa rumah aku ni.

"Saya nak bilik warna putih, Saya tak kisah, Isteri saya yang nak!"

Itu le perkataan yang diulang-ulang. Dia ni kena queen control ke? Takut sangat kat bini. Masalahnya 2 dinding bilik tu warna merah jambu (pink) dan satu warna biru. Kalau nak putihkan pink rasanya boleh diusahakan tapi nak putihkan biru tu ada problem banyak. Dia kata ruang tamu nanti dia cat. Jadi aku pun kata cat sekali le bilik tu tapi dia minta RM300. Dia kata abang tanye le berapa biasa orang amik upah. Fulamak!! aku pun angin le.

Sebenarnya aku ada roller, takung, berus cat 3". Bila-bila masa aku boleh cat. Aku dah tanya kedai, cat emulsion putih 7 liter baru RM29 je. Jadi aku pun beroperasi. Hari pertama aku cat satu lapis dulu. Cat ni kena biar kering dulu untuk tengok hasilnya. Memang le bertompok-tompok dan kena touch up. Dalam 6.30 ptg, aku sempat buat 1 bilik je. Aku cuci roller dengan takung. Lepas tu aku cari orang yang nak sewa tu bagitau nak sambung esok dan problem dinding biru tu. Dia kata esok dia nak datang dengan bini dia pukul 2.00 petang. Aku pun balik dengan family aku.

PILIHANRAYA MCA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Tajuk ni bukan nak cerita atau komen siapa menang atau kalah. Perwakilan dah buat keputusan. Isu yang menarik perhatian aku ialah apabila aku mendengar radio mengenai temuramah dengan pemimpin-pemimpin baru parti tersebut.

Aku puji bila mendengar pemimpin MCA berbahasa Melayu apabila ditemuramah. Cakap mereka tu langsung tak de pelat cina. Kalau dulu, cuma cina belah utara je cakap Melayu kurang pelatnya. Ini menunjukkan mereka cukup menjaga imej dengan memperkaya bahasa Melayu. Mereka sedar pengundi mereka dan rakan parti kebanyakannya Melayu. Kalau diselitkan bahasa Inggeris pun setakat minimum sahaja.

Ini membuktikan kaum cina lain di Malaysia boleh bertutur dengan baik tanpa gaya dan pelat yang biasa kita dengar. Kita dah lama merdeka, Tahniah kepada yang menang.

KUALA LUMPUR 28 Mac – Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu, Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan parti di sini hari ini.

Soi Lek, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.

Speaker, Datuk Yip Phooi Hong mengumumkan keputusan tersebut kira-kira pukul 6.45 petang yang disusuli sorakan bergema penyokong Soi Lek.

Dengan keputusan tersebut, Soi Lek mempunyai tugas berat dalam usaha menyatukan semula kepimpinan MCA selepas parti berkenaan melalui fasa krisis kepimpinan sejak dua tahun lalu.

Malah pemilihan Soi Lek itu turut memberi satu mesej jelas bahawa kepimpinannya diperlukan untuk mengembalikan semula kepercayaan ahli-ahli parti serta masyarakat Cina keseluruhannya kepada MCA.

Walaupun kemenangan Soi Lek sudah diduga tetapi agak memeranjatkan apabila jumlah undi yang diperoleh Tee Keat paling sedikit dan jurangnya agak jauh berbanding dua calon lain memandangkan beliau merupakan penyandang jawatan.

Semua yang terpilih hari ini akan memegang jawatan sehingga Oktober 2011.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menang tipis apabila majoriti yang diperolehnya hanya 65 undi sahaja.

Tiong Lai berjaya memperoleh 1,171 manakala lawannya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Naib Presiden memperoleh 1,106 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Donald Lim Siang Chai; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC), Gan Ping Sieu.

Bagi perebutan 25 jawatan dalam CC, Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong mendapat undi paling tinggi.

Seramai 86 calon bertanding dengan jumlah perwakilan yang membuang undi hari ini mencatat angka paling tinggi iaitu 2,315 orang. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi sebaik sahaja proses pemilihan diadakan.

Friday, March 19, 2010

GENTING II

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni masuk hari kedua aku kat Genting. Pagi tadi aku dapat call dari member baik lama aku. Dia mengajar kat SMT Alor Gajah. Dia ada kat JB nak datang rumah tapi aku kat sini. Aku cakap lain kali je.

Oleh kerana hari ni Jumaat, aku kena le solat Jumaat. Aku kan lelaki. Pihak resort sediakan van untuk ke masjid. Memula aku ingat masjid mesti tak ramai. Berapa kerat melayu kat sini. Bila sampai, penuh gak masjid tu. Pekerja skyway, pemandu-pemandu, orang berkursus dan ramai lagi. Dalam tu ada le bangla 2 orang. Aku perhatikan sepanjang mendaki tu, ada beberapa tempat tapak berhenti, Ada satu lokasi tu van ford berhenti, semua penumpangnya turun, Mesti enjin panas. Satu lagi ada 2 kenderaan berhenti. Ingatkan rosak, rupanya bentang tikar. Makan tengahari sekeluarga.

Dulu aku pernah datang sini, lebihkurang tahun 1987. Duk 3 hari kat masjid ni. Yang perempuan tidur kat balai sebelah. Kalau malam sampai subuh tu memang sejuk. Kalau nak amik wuduk tu memang menggigil. Masjid ni dekat dengan stesen skyway. Habis je solat aku balik resort. Kata pemandu tu, sekarang cable car dah ada. Jadi skyway ni dah kurang beroperasi. Aku tanya driver tu aku ada dengar bunyi air terjun kat resort. Dia kata memang ada dan tunjuk tempatnya tetapi tak boleh mandi sebab semua air buangan dari rumah, industri sayuran disalirkan ke air terjun tu.

Selesai tugas petang tu aku berenang kat kolam, sebelah cafe. Kolam ni paling dalam pun 5 kaki je. Kolam kanak-kanak pun ada. Kalau kat clubhouse tu ada dalam 7 kaki tapi aku kena jalan kaki. Aku ingat boleh berendam lama tapi air cepat sejuk. Dah bersin 4-5 kali aku pun naik sebelum cramp.

Satu yang aku puji ialah kelajuan broadband aku memang laju gak. Ade ke ini perancangan pengurusan Genting yang mementingkan internet. Aku perhatikan ada guest yang menggunakan laptop tapi tak pasti samada menggunakan wifi atau broadband sendiri. Tapi puas hati le. Tak de rasa macam duduk dalam hutan.

Thursday, March 18, 2010

GENTING VIEW RESORT

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku pergi Genting View Resort. Ada mesyuarat penting. Rasanya ni le kali pertama aku ke sini dan bermalam 4 hari. Pertama yang aku bayangkan ialah mesti sejuk.

Memang betul, pukul 11.30 pagi pun masih terasa sejuknya. Awan masih berada kat atas aku. Dulu aku pernah tidur kat surau, berhampiran stesen kereta kabel. Seronok tengok awan 'naik' dalam pukul 10.00 pagi dan awan 'turun' lebihkurang 2.00 petang. Masa ni kabus tebal. Jarak penglihatan menjadi pendek jika kita berada di dalamnya. Siap mulut boleh keluar asap macam negeri mat saleh.

Aku duduk bilik 206. Aku cari suis aircond tapi tak de. Ada kipas je. Tapi kalau buka pintu, memang sejuk. Kadar bilik ada 3, low, mid dan peak. RM 130, 150, 180. Bilik yang aku duduk ni besar. Ada 2 katil dan sofa 2+1 lagi. Berbaloi-baloi.

Wednesday, March 3, 2010

MOTOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku pinjam motor. Standby kalau van aku ada problem. Lagipun tuan punye motor tu balik kampung seminggu.

Sampai je motor tu aku hantar dia kat bas stand. Balik je aku bawa le anak-anak aku round blok aku. Habis round aku suruh anak aku turun. Tempat parking motor blok tu L parking, bersusun-susun. Jadi aku lajak motor. Anak aku tanya:

"ayah nak pergi mana?"
"ayah nak parking" jawab aku
"tu pergi depan kenapa?" tanya yang kecil tu lagi
"ayah kan nak reverse" jawab anak aku yang besar
"Parking motor pun reverse juga ke?" tanya yang kecil tu.

Lucu gak mendengarnya. memang aku suka reverse kalau parking. Memang orang kata susah tapi ada banyak kelebihannya, mudah nak keluar, cuma pandang kiri dan kanan sahaja

Kalau tak, perlu pandang belakang hampir 180 darjah, sakit leher oo.. Kena kesot-kesot. Kadangkala kalau bawa kereta ni, tak perasan ada motor yang parking kat belakang, orang lalu sebab tak nampak. Dulu aku pernah gostan, langgar Unser sebab aku tak nampak. Lagipun proses nak keluar tu amik banyak masa dan prosedur:

- masuk gear gostan
- pandang belakang
- control minyak
- masuk gear 1
- baru tekan minyak

so.. senang reverse parking.

Tuesday, February 23, 2010

REFERRER : SAMAD

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Ayah aku ajak jumpa pakcik Roslan. Dia ni mekanik kat MADOS dulu. Dia banyak tolong keluarga aku dalam hal kenderaan. Dia pernah pasang clutch plat van lama aku dulu, repair kereta ford aku (firing order salah) dan lain-lain. So bukan calang orang le. Jadi aku pun pergilah.

Bila dia cerita kerosakan elektrik, dia cadangkan satu nama SAMAD, pakcik dia sebelah isteri. Masalahnya, masa tu dah tahun baru Cina. Kedai tutup. Dia suruh datang hari Isnin. Aku pun datang. Tapi tak banyak membantu sebab kedai masih tutup. Paling cepat pun Rabu atau Khamis baru buka.

Nak dijadikan cerita, hari Khamis tu van aku dah mendak. Nak naik bukit pun tak boleh. Hari Jumaat malam aku terpaksa telefon ayah aku sebab nak pakai kereta dia untuk beli makanan ikan.

PLUS 4

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni Man dah pasang distributer, tapi tak berfungsi. Dia kata nak tukar semula kat kedai esoknya. Lusanya Man dapati suis karborator aku rosak. Masuk fius je terbakar/putus. Dia panggil kawan dia, pomen elektrikal pula. Akhirnya kereta aku dapat bergerak setelah wayar suis tu dipotong. Ada le kesan senggut dan mati apabila gear free.

Aku tak kisah, yang penting aku dapat balik JB. Sampai JB nanti usahakan lain. Aku bayar harga upah dan barang yang dibeli. Aku memang berterima kasih pada Man ni. Dalam beberapa hari ni, banyak aku belajar dari Man. Mengenai pelbagai jenis enjin seperti Merc, Volvo, BMW dan Proton. Dia juga pernah menjadi juri pertandingan tangan emas (satu pertandingan berprestij dalam bidang kemahiran) dalam bidang automotif.

PLUS 3

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni 7 Feb 2010. Ayah aku jumpa pomen Kulai, Man Botak namanya. Dia ni bekas askar. Pernah mengikuti kursus dan ada diploma automotif waktu peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). Dia ni buat kerja kat rumah je. Start kerja lepas 6.00 ptg sampai awal pagi.

Aku bertolak ke Kulai dari Larkin dalam pukul 8.30 mlm. Sampai Sedenak dalam pukul 10.00 mlm. Man pun pasang lampu kepala dia dan check. Kemudian dia cabut distributer dan test kat bateri.

"distributer rosak!"

Distributer ni memang pernah buat hal dulu. Lagipun dah dekat 13 tahun tak pernah tukar dan wayarnya luka (terdedah). Tak kisahlah. Lepas tu kami balik sebab mana ada kedai sparepart buka tengah malam. Esok sambung lagi.

PLUS 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Kereta aku selamat kat parking tol. PLUS tu tarik. Lepas sain borang, dia pun berlalu. Aku dah contact ayah aku. Bila aku dah sampai rumah, ayah aku dah jumpa pomen. Aku pergi Sedenak lagi sekali. Dalam 6.30 ptg pomen pun cuba mengesan kerosakan. Lepas uji, cuba pelbagai teori dan praktik dia surrender. Siap call adik dia minta panduan tapi tak menjadi.

Dalam pukul 8.30 mlm, kita berangkat balik.

Thursday, February 4, 2010

PLUS

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 7.1.09 aku dan keluarga balik dari majlis perkahwinan adik ipar aku kat Tangkak. Aku bertolak lebihkurang 10.00 pagi. Lepas persimpangan Simpang Renggam, engin van aku tiba-tiba mati. Aku pun susur ke tepi. Aku cuba start tapi tak boleh

Kebetulan trak peronda PLUS. Aku pun tahan, dia berhenti. Dia kata kalau nak check kena pergi hentian berdekatan. Dia pun tarik sampai hentian SP4. Kemudian dia check, "Api tak de". Maksudnya tiada elektrik untuk menghidupkan palam pencucuh. Sistem elektrik tidak berfungsi!

Kebetulan pula kakak ipar aku berada tak jauh di belakang, jadi aku call supaya boleh ambil isteri dan anak-anak aku balik ke JB dulu. Ada lori tarik tawarkan perkhidmatannya,
"RM80 je tarik ke bengkel Simpang Renggam."
"Lagipun masalah elektrik je, sekejap siap" tambahnya lagi.

Tawaran macam menarik, cas murah dan baik hati lori tarik ni. Taklah macam aku selalu dengar mereka ni cekik darah dan ambil kesempatan. Tetapi aku terfikir beberapa perkara:

Pertama,
Simpang Renggam tu keluar tol Sedenak dan patah balik ke Utara. Aku nak balik ke Selatan.

Kedua,
Hari ni hari Ahad. Kalau bengkel buka pun, kedai sparepart tutup. Kalau buat pun, mana nak cari barang? Sudahnya, van aku confirm terbengkalai.

Ketiga,
kos tarik RM80, kos kedai??? Dan kena ingat.. kalau tak bayar full, van tak boleh keluar kedai.

PLUS tu tanya aku, van nak tinggal kat situ ke? Cara dia cakap macam nak tinggalkan aku kat situ je. Aku kata tarik ke tol berdekatan. Aku nekad je. Dulu aku pernah sangkut, PLUS tarik keluar tol berhampiran. Mungkin masa tu, jumpa tol dulu jadi dia keluar.

IMPLIKASI
Kalau aku tinggal dalam highway dan cari pomen, aku/pomen kena drive pergi tol Simpang Renggam dan patah semula ke hentian SP4. Jika aku tinggal kat tol, pomen boleh drive ikut jalan Kulai-Sedenak.

Saturday, January 30, 2010

KEDAULATAN SULTAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Tempoh berkabung sempena kemangkatan Sultan telah berakhir. Namun aku kesal apabila ada pelajar aku mempertikaikan pelaksanaan perintah berkabung ni. Ini ditambah dengan siaran TV yang mengatakan berkabung ini adalah sukarela dan tidak boleh dipaksa menghina institusi raja.

Arahan berkabung adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya ia dihormati oleh negeri-negeri lain bukan menidakkannya atau memperlekehkan. Dalam siaran yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar Johor, tiada perkataan "perkabungan ini adalah sukarela dan tidak dipaksa". Memang di Johor Bahru ramai pekerja asing, Bangladesh, India, Nepal, Vietnam dan Indonesia tetapi mereka harus mematuhi dan mengikut arahan ini. Tiada pengecualian.
Aku memang sokong le mereka yang menghina raja di bawa ke mahkamah.


Penulis blog didakwa hina Sultan Johor


KHAIRULNIZAM yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer yang akan melangsungkan majlis persandingannya hari ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar melalui laman blog adukataruna.blogspot.com.my.

Khairulnizam Abdul Ghani, 29, yang baru bernikah sebulan lalu, dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik satu artikel di dalam laman blog berkenaan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Hakim Zamri Bakar turut memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Khairulnizam yang menyerah diri Isnin lalu, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi di sini, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh berikutan kes itu dilihat serius.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin, memohon ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan keluarga tertuduh tidak mampu menyediakan jaminan RM10,000 dalam tempoh singkat.

"Keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dalam tempoh yang singkat kerana tertuduh akan melangsungkan persandingannya esok (hari ini)," katanya.

Zamri menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan jenayah itu kerana ia menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan yang unik dan stabil.

Bagaimanapun, selepas menimbang tertuduh akan melangsungkan majlis persandingannya, hari ini Zamri menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes itu akan disebut semula 31 Mac depan.

Friday, January 29, 2010

TUKAR ALTERNATOR 3

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni hari Ahad. Biasanya kedai tu buka setengah hari. Pagi tu dlm pukul 10.00 aku telah menuju ke kedai tu. Dia tunjuk alternator Mazda 1400. Aku cakap macam lain je, dia minta sampel.

Aku pergi makan dulu sebab nak sejukkan enjin dan nak isi perut. Nak buat kerja berat ni. Selesai je, aku pun menuju ke van dan mulakan kerja. Mula-mula jack dulu van, lepas tu letak batu. Aku longgarkan belting dan buka bolt bawah. Alternator tu dah terbuka. Tapi ada masalah ruang. Nak tarik naik tak boleh, nak tolak turun lagi tak boleh. Benda ni sangkut kat hos air dan bar pemegang. Aku tak de pilihan. Aku buka pemegang. Rupanya pemegang ni mempunyai skru yang bersambung dengan pam air. Maka melelehlah air keluar. Air pun bawa sampel tu kat kedai tadi.

*PERINGATAN : CABUT TERMINAL +VE PADA BATERI SEBELUM MEMULAKAN KERJA NI KERANA ADA PERCIKAN BUNGA API SEWAKTU MENCABUT DAN MEMASANG WAYAR PADA TERMINAL ALTERNATOR.

Lepas bayar RM125.00 aku pun balik ke van. Nak pasang pulak. Oleh kerana dah ada experience, aku baring kat bawah van, dapat pasang bolt kat bawah. Aku ikat ketat. Aku lupa patutnya masukkan belting dulu. Jadi kena baring dan longgarkan semula. Kemudian pasang pemegang, masukkan belting dan tegangkan belting. Ikatkan nat terminal dan akhirnya ketatkan bolt dan nat kat bawah.

Fuyoo.. sakit pinggang pun ada. Berat gak alternator ni. Besi + wayar. Agak-agak 2 jam juga membuka dan memasang alternator ni. Kalau upah pun lebih kurang RM35.00 je tapi kedudukan kewangan aku ada terganggu sikit bulan ni. Lagipun bila lagi nak asah skill selain dapat exercice.

Aku start enjin guna charger sebab bateri dah flat. Sekali start dah hidup. Aku biarkan enjin running kejap. Aku pun jalan. Bila aku matikan dan start semula, ada tanda-tanda bateri dicas tapi tak kuat lagi. Jadi aku kena jalan jauh sikit. Akhirnya bateri aku telah dicas sepenuhnya. Alhamdulillah.

Monday, January 25, 2010

TUKAR ALTERNATOR 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pagi ni aku test nak buka alternator van aku. Sebenarnya, kalau di bengkel, alternator ni boleh dibuka dari atas tapi aku nak buka dari bawah sebab skru dia kat bawah. Jadi aku jack dulu van tu. Aku letakkan batu pada bawah tayar yang terangkat sebagai langkah keselamatan. Aku tinjau dulu skru dia. Ada 3 skru kena buka; 2 mounting dan satu earth. Guna spana 15 dan 8 je.

Next, aku start enjin dan pergi kedai sparepart kat Taman Seri Bahagia. Malangnya hari ni mula berkabung. Kedai tu tutup. Aku pergi Taman Putra, tutup. Nak buat macamana, aku drive balik. Aku cabut bateri dan cas dalam rumah. Pergerakan aku banyak terjejas hari tu. Aku berharap sangat esok kedai ni buka.

TUKAR ALTERNATOR 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Jumaat lepas, van aku buat hal. Dashboard tu kadang-kadang berbunyi, macam relay rosak. Lepas tu lampu charger dan bateri berkelip-kelip. Aku ingat ada benda masuk dalam ruang dashboard tu. Jadi aku pergi bengkel petang tu. Mekanik tu buka bateri dan cabut terminal negatif, lalu enjin aku mati.

"Ni alternator rosak, bang. Kena ganti!."


Memandangkan hari dah petang, kedai sparepart dah tutup dan dia pun dah nak balik, mekanik tu nasihatkan aku jangan pandu malam, nanti van tersadai (enjin mati) sebab banyak guna bateri. OK, nasihat dia diterima.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku keluar juga makan ngan family. Aku buka lampu van dan radio. Semakin jauh perjalanan aku perasan kecerahan lampu makin lama makin malap. Kemudian signal dah takde, radio tak berbunyi. Aku dah agak kalau mati enjin mesti tak boleh start lagi.

Panik? taklah. Sebenarnya aku ada portable charger yang telah diisi penuh (full charge). Lagipun aku ada bateri baru yang belum digunakan. Bila aku nak guna charger tu, tiba-tiba tak boleh start. Alamak, rupanya bateri tu dah sedut cas, sebelum aku sempat start. Pilihan kedua ialah tukar bateri. Aku pun ambil spana 13 dan tukar bateri dalam malam gelap. Bila start, engin pun hidup. Aku pun terus pandu balik rumah. Esok aku ingat nak beli alternator baru dan pasang. Nak upah pomen ke nak buat sendiri ke, nanti aku fikirkan.

Sunday, January 24, 2010

SUNDAE MC DONALD VS MARRYBROWN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku dan sekeluarga pergi Angsana. Aku ada urusan kat Badan Cemerlang, nak pilih buku kejuruteraan untuk IPG aku dan serahkan pada Atikah (promoter). Isteri aku nak beli tudung putih sebab arahan berkabung ni sempena kemangkatan Almarhum Sultan Johor.

Selesai urusan, kami pergi makan. Aku suka makan kat tingkat bawah. Ada Mc Donald, KFC dan Pizza Hut terletak sederet dan bersebelahan. Hari ni aku nak makan Mc Donald. Aku order satu Mc Value Meal 'Big Mac' Large, 5 chicken burger, 4 ketul ayam. Tiba-tiba aku terbaca ada promotion sundae RM1.50 dengan Mc Value Meal. Gambar sundae tu memang le aiskrim dia bertoncit lebih tinggi dari cawan (overfill).

Aku pun tambah, "sundae satu!"

Nak tau macamana datangnya sundae tu?
aiskrim tu lembik dan lebih rendah dari cawan (lebihkurang 3/4 cawan)
Ini bukan delivery, ini beli kat outlet. Macamana boleh lembik?

Aku komplen kat cashier. Kali ni aku ambil nama cashier tu, HANIS namanya. Dulu aku pernah komplen kat Mc Donald. Manager tu tanya aku, siapa nama cashier tu. Apa tindakbalas cashier tu dan macam-macam soalan bodoh. Takkan manager tak tau aliran kerja staf dia, prosedur pelanggan komplen dan sebagai-sebagainya. Aku kata gambar tu aiskrim banyak sampai lebih cup. Apa jawabnya,
"Ini pun dah lebih bang!"

Kalau outlet lain memang dah tukar sundae tu sebab aku dah komplen.
Ni menjawab dan aku rasa macam kurang ajar je jawapan tu.
MENGECEWAKAN! PENIPU BESAR Mc Donald ni!
Itulah persepsi pertama aku.

Aku pernah email komplen dulu kat Mc Donald pasal sundae ni di Petronas Batu 6 Jalan Skudai. Kata Redzuan, ekoran aduan tu, Mc Donald terus keluar gambar baru sundae 90gm ke semua outlet dalam Malaysia. Bukan makin tinggi tapi makin leper. Geram aku. Patutnya tingkatkan kemahiran supaya dapat sama macam gambar.

Pada aku, kalau Mc Donald boleh edarkan gambar sundae 90gm ke semua outlet, gunakan gambar sundae 90gm ni dalam promosi akan datang. Apa nak takut, buang terus gambar yang sedia ada.

Persoalannya:
Kenapa kalau order makanan lain seperti;

  • burger Big Mac boleh dapat 3 ketul roti dengan 2 keping daging sama macam gambar
  • ayam goreng boleh dapat 2 ketul sama macam gambar
  • bubur ayam sama macam gambar
tapi bila order sundae, jauh dari gambar; 50% aiskrim hilang!
Patutnya aku bayar 50% dari harga RM1.50 = RM 0.75 sen sahaja.
Ni bayar nak penuh, dapat separuh je.

bila customer komplen boleh jawab
"ini pun dah lebih, bang!"
dulu ada juga staf jawab "ini promosi bang, memang dapat sikit, murah!"
Dia ingat bila promosi, customer ni peminta sedekah ke? Murah pun duit aku, aku bayar, bukan percuma. Barangan mesti mencapai kualiti dan kuantiti.

Mana pergi slogan-slogan
"customer is always right"
"customer satisfaction"

Disebabkan inilah aku dah beralih ke sundae Marrybrown Giant Suria City. Walaupun gambarnya sama macam kat Mc Donald, aku dapat full satisfaction. Tinggi aiskrim pun puas hati. Tak rasa tertipu pun. Tak de story berapa banyak gm pun. What You See Is What You Get (WYSIWYG). Harga cuma RM2.50 je. Berbaloi-baloi.

Aku rasa Mc Donald kena buat sesuatu. Aku dah komplen kat main office dia pun gitu juga. Nampaknya kena buat sesuatu yang lebih serius lagi, gi tribunal pengguna ke, sebab ini satu penipuan dan jenayah perniagaan.

AL-FATIHAH : ALMARHUM SULTAN JOHOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam adalah hari kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Semalam, menteri besar Johor dah mengumumkan rakyat Johor perlu berkabung 7 hari. Tatacara berkabung telah diumumkan bagi lelaki muslim, perempuan muslim, lelaki bukan muslim dan perempuan bukan muslim.

Jadi aku pun cari le kain putih nak lilit kat songkok aku dengan anak-anak lelaki. Bagi perempuan, perlu memakai tudung putih sepanjang masa berkabung. Lepas tu aku pergi Angsana. Hari ni pembesar suara mengalunkan bacaan al Quran. Ramai juga yang mengikuti peraturan bersongkok termasuk pengawal keselamatan. Jadi aku tak rasa kekok bila memakai songkok ni.

Apa yang menarik minat aku ialah apabila melihat gadis-gadis salesgirl yang cuba-cuba mematuhi peraturan berkabung ni. Ramai yang pilih memakai selendang dengan macam-macam patern (tak nak pakai tudung le tu!). Gelihati juga bila lihat mereka bergaya di depan kedai. Kekadang aku rasa baik juga bekabung ni. Berubah sikit iklim Angsana tu.

Malam ni masa aku makan malam kat Kg Melayu aku nampak ada stall jual songkok siap dengan lilit kain/reben putih sekali. Selalunya nak raya je stall songkok berlambak. Inilah peluang berniaga yang baik. Selain itu, reben putih dijual sekitar RM5.60 di kedai barangan pengantin. Pekedai tu kata stok yang murah dah habis, boleh percaya ke? Musim ni le harga tudung putih, songkok, reben putih dan reben hitam naik. Masa nilah nak mengaut keuntungan.

Sunday, January 17, 2010

KERUSI URUT

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Balik dari Bandar Seri Alam, aku singgah kat TESCO Plentong. Nak makan tengahari. Bila masuk ke dalam, aku terlihat gerai GINTELL. Barangan senaman dan kerusi urut. Dulu aku ada terbaca gintell ni pernah offer kerusi dia bawah RM2000. Masalahnya susah nak cari kiosknya. Yang selalu nampak OGAWA, TAKASHIMA.

Jadi aku pun sapa salesman dia. Dia ajak try kerusi urut dia. Aku pun duduk, menyelesakan badan. Model yang aku duduk ni hampir RM7000. Banyak boleh adjust, ketinggian leher dan kedalaman tekanan. Teruja aku dibuatnya. Dia kata kalau beli model ni boleh pilih barangan lain sebagai hadiah. Aku pilih alat senaman yang step yang gegar tu. Rupanya ada banyak teknik dan gaya yang memberikan kesan yang berlainan. Ada berjalan, skipping dan macam-macam lagi.

Rasa hati nak beli, tapi kad kredit aku pun dah cecah siling. Kalau share 3 kad pun belum tentu lepas. Dia pun cerita pasal AEON dengan 1% interest selama 3 tahun. Nak tunggu 3 tahun, agaknya mesin pun dah tinggal rangka. Walaupun tak jadi beli, aku puji salesman dia, FARID yang menerangkan dengan jelas dan demo sekali. Boleh jadi jurulatih gym dia ni.

BANDAR SERI ALAM

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni aku pergi bandar Seri Alam. Nak tengok rumah. Besar rumah ni. Build up area untuk paten A, 22'x75' lebih kurang 2557 kp manakala untuk paten B, 22'x95' lebihkurang 2778 kp.
Harga paten A: RM 305,000 (international)
Harga paten B: RM 360,000 (international)

Sebenarnya perancangan masa depan, bandar seri alam ni akan mempunyai MRSM, UiTM, Sekolah Antarabangsa Jepun, Sekolah Seni dan sebagainya. Tak jadi beli le sebab mahal dan jauh lak tu.

Wednesday, January 13, 2010

AKU BLOGGER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Isnin yang lepas dalam perhimpunan pagi, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran aku berucap mengenai tanggungjawab dalam penerbitan di internet. Dia mengingatkan bahawa setiap penulis mestilah bertanggungjawab atas penulisan mereka. Oleh itu berhati-hati kerana penulisan ini akan dipantau oleh kerajaan. Jauhi aktiviti provokasi, memberi komen yang ekstrim dan sebagainya.

Dalam banyak rakan-rakan, beliau menyebut nama aku, sebagai seorang yang menyediakan blog. Tapi aku menulis blog akademik dan perniagaan. Sekurang-kurangnya pihak pentadbir mengenali aku dan menghargai usaha aku ni. Aku akan ambil peringatan atas ucapannya itu.

Thursday, January 7, 2010

PECAH RUMAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 2 Jan 2010 yang lalu aku pergi berbelanja. Belikan anak aku kasut dan beberapa barangan lain. Bila aku balik rumah aku kat Kg Melayu dalam 10.30 malam, dari pintu pagar aku lihat pintu rumah aku macam terbuka sebelah.

"Aku lupa tutup ke masa keluar tadi?" hati aku berderau. Tapi pintu pagar aku masih bermangga. Aku cakap kat isteri aku, dia tak percaya.

Bila masuk pintu pagar depan, aku tengok memang betul pintu rumah aku terbuka. Selak kena umpil. Aku ingat mesti licin le rumah aku ni. Aku baru beli TV dan kipas baru. Selain tu mesin-mesin kimpal, mesin canai, mesin gerudi dan mesin jigsaw ada dalam rumah tu. Bila aku buka lampu, memang berselerak. Tiba-tiba anak aku tanya "mana PS2?" Rupanya memang PS2 anak aku hilang dengan 10 CD games. Kemudian isteri aku nampak barangan anak aku berselerak dan perasan beg sekolah anak aku hilang.

Aku rasa mungkin dia datang sorang je. Aku sebenarnya bersyukur gak kerana dia tak ambil mesin-mesin aku tu. Sebenarnya mesin jigsaw tu betul-betul sebelah tempat dia serakkan barang anak aku tu. Alhamdulillah. Sebenarnya sekitar rumah aku tu pagarnya menggunakan kawat duri je. Jadi boleh bolos ikut tepi. Aku tak berani nak tinjau bahagian belakang kerana gelap.

Berikutan kejadian tersebut, aku buat repot polis kat Majidee. Polis tu suruh aku balik dan tunggu kat rumah. Aku rasa tak selamat duduk situ lagi. Jadi malam tu jugak aku bertukang. Aku reinforced tetulang pintu dapur, aku paku terus pintu dapur. Kemudian aku buat tetulang untuk pintu depan dan kimpal telinga mangga. Masa aku tengah buat kerja ada kereta waja parking depan rumah. Rupanya polis dengan kereta "PENYIASAT TRAFIK" dah sampai. Lepas ambil gambar dan tanya beberapa soalan, dia pun balik dalam pukul 1.30 pagi. Aku habis kerja aku pun dalam pukul 3.30 pagi.

Pagi tu juga aku pergi TESCO plentong. Aku beli 4 mangga ala-ala solex. Kira geram le ni. Balik aku tukar semua mangga termasuk mangga pintu ikan aku. Selain itu, semua mesin aku bawa balik ke KIP. Sebenarnya rumah ni separuh papan. Kuncinya satu sahaja pada selak. Aku pun tak buat tambahan keselamatan sebab fikirkan rumah kampung, takkan orang nak curi lak. Itu le silap aku.

Saturday, January 2, 2010

PAM IKAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Balik dari Kota Tinggi, aku singgah carrefour Pandan. Aku beli pam. Aku tak pernah bela ikan dalam akuarium. Dulu aku dah survey. Akhirnya aku beli jenis tenggelam, RM27. Pekedai tu pesan jangan letak pam tempat kering, nanti rosak. Dalam perjalanan balik aku berfikir juga macamana nak pasang sistem pam ni.

Balik je aku test pam ni dalam baldi berisi air. Bila on suis je, ia pun menunjukkan kemampuannya. Rupanya ada hos kecil. Bila hujung hos tu di udara, maka buih akan keluar dalam air manakala bila hos terendam, air akan dialirkan ke dalam air. Baru aku faham sistem ni. Untuk menggunakan pam ni dalam kolam, aku perlukan punca bekalan elektrik. Jadi aku perlu membuat sambungan ke kolam aku. Nanti le aku fikirkan.

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku pergi Kota Tinggi.Aku rasa nak berjalan jauh sikit dengan family. Aku nak cari kelambu dan tengok rumah yang aku sewa dulu kat sana. Aku suka bawa anak-anak untuk tengok sendiri dan berkongsi kenangan. Inilah laluan hidup ayah. Selain itu untuk mengingatkan kembali anak aku dengan rakan-rakan sekolah lama mereka. Selalunya aku akan singgah kat kedai kak Bibah dulu.

Kedai kak Bibah ni dulu selalu aku pergi masa aku tinggal di Kota Tinggi (belakang rumah je!). Masa aku duduk dulu meriah, ramai orang. Kedai kak Bibah pun maju. Pelanggannya orang yang menyewa rumah cikgu Chong. Tetapi bila taman perumahan seperti Taman Kota dibina, ramai yang pindah. Jadi tempat ni menjadi sepi. Rumah-rumah sewa banyak dah tak terjaga dan terbiar.

Lepas kedai kak Bibah, lalu rumah kak Ani pulak. Kak Ani ni dulu kira macam bas sekolah anak aku, mengambil anak aku balik sekolah. Anak dia dah 4 orang sekarang. Isteri aku banyak berbual dengan dia. Tanya perkembangan jiran-jiran dulu. Ada yang dah pindah tempat lain. Cerita gak tentang cikgu-cikgu tabika KEMAS (dulu anak aku tabika kat situ).

Aku pun meneruskan perjalanan ke rumah anak-anak yatim. Beramal sikit. Datang time cuti memang diaorang tak de tapi pejabat buka. Kat sini aku jumpa kucing berjari 6! Tak caya pergi le rumah anak-anak yatim Kota Tinggi .

Masa aku lalu bandar Kota tu, banyak perubahan pesat berlaku. Dah ada KIP Mart, Pasaraya Sukahati dan bangunan baru. Paling aku malas bila dah banyak jalan satu hala. Kat tepi sungai tu memang ada kedai menjual kelambu. Selain itu, ada pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah. Aku pun beli kelambu 180 x 195 x 180. Harganya RM28.

Satu perkara yang aku risau sebab air sungai hampir mencecah tebing. Kalau hujan lebat beberapa hari lagi, memang boleh banjir. Semasa aku lalu kawasan pasar lama, aku nampak satu catatan yang bertulis "ARAS PARAS AIR, 14.01.2007". Petang tu jugak aku balik JB. Aku tak nak ambil risiko terperangkap kat sini.

Tuesday, December 29, 2009

RESTORAN RAWA2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Kenapa sijil halal muslim asia, bukannya halal JAKIM? Ini persoalan penting. Memang bentuk logonya seperti logo JAKIM tetapi kalau tidak teliti tulisannya memang orang tak perasan. Ni le sikap tokey bukan Melayu.


Sebenarnya untuk mendapatkan sijil dan logo halal ni, sejumlah wang perlu dibayar kepada JAKIM untuk pengiktirafannya. Oleh sebab itu pengusaha-pengusaha bukan Melayu. Kalau dikira kos dengan keuntungan yang diperolehi, sebenarnya tak le mahal sangat. Perasan tak dulu ada ubat gigi yang dipromosi oleh kumpulan Nasyid terkenal? Mereka pun guna logo halal dari China.

Baru-baru ni bila heboh di akhbar mengenai sijil halal air bertapis Dr Sukida, antara statement yang menarik minat aku ialah sijil halalnya dari Perak bukannya Selangor. Apa yang dinyatakan disitu ialah Selangor tidak mengeluarkan sijil halal untuk air bertapis tetapi Perak ada dalam senarainya air bertapis. Soalannya JAKIM tak de ke sijil halal untuk air bertapis? Hairan jugak.


Sunday, December 27, 2009

RESTORAN RAWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Keputusan PMR dah keluar. Malam tu. lepas makan, isteri aku call abang dia (abang ipar aku), tanya result anak dia. Alhamdulillah, anak dia dapat 8A. So abang ipar aku nak celebrate le dengan adik beradik. Belanja makan 'steamboat' ajak aku sekeluarga.

Mana? aku tanya
RESTORAN RAWA, Jalan Serampang

Wah, restoran Melayu, bagus le! Aku pun cari jalan serampang. Sampai je, aku pun terkedu. Luar memang Restoran Rawa tapi tokey Cina rupanya. Aku pun dibimbing masuk oleh abang ipar aku. Sambil masuk aku jeling gak cari logo halal. Logo halal Muslim Asia, bukannya JAKIM.

Masuk je, pekerjanya Cina dan Indonesia, tak de muka melayu pun. Memula nak balik je tapi abang ipar aku kata ni Restoran Halal gred A. Mana dapat ayat ni, aku pun tak tau. Makan ni memula kena pilih kat freezer macam sayur, sosej, udang tiruan, bendir dll. Dia dah paketkan 3-4 bahan dalam plastik.Harga sepeket antara RM2.30 - RM5.00. Cuma udang segar, ikan dan ketam je boleh pilih dan ikut harga pasaran. Kemudian pekerja dia hidupkan gas atas meja dengan pilihan tomyam dan sup. Steamboat ni dimakan dengan nasi goreng. Kacang rebus dan kacang goreng pun ada.

Ini le aku katakan Melayu baru. Nak steamboat sanggup pergi kedai Cina. Kalau aku rasanya tak sanggup. Sebenarnya dalam fikiran orang Cina ni, babi haram dimakan oleh orang Islam tetapi periuk bekas masak babi boleh digunakan untuk memasak masakan orang Islam. Dah le statusnya aku ragu, ni pula mengajak orang lain sedarah sedaging makanan shubhat begini. Mak mertua aku pun senyap je. Dulu, aku pernah masuk dapur restoran Cina yang majoriti orang yang makan tu Melayu. Memang jelas nampak kaki babi direndam dalam baldi kat dapur tu. Boleh percaya ke?

Kenapa steamboat kedai Cina?
Cina lagi pandai buat steamboat dari Melayu ke? Setakat kuah sup dan tomyam tu, kedai kat Jalan Cendrawasih pun boleh buat. Tokey Cina tu bukan main senyum lagi. Masa aku duduk tu aku perhatikan makin ramai Melayu yang datang. Bertudung, terbuka atas bawah, memenuhi ruang kedai dan sanggup menunggu dan beratur, masya Allah. Macamana kedai ni boleh menarik orang Melayu Islam?

Sebenarnya ni budaya Melayu Singapura. Dulu masa aku kecil, pakcik aku kat Singapura rajin belanja makan ajak semua adik-beradik dan anak-anak saudara makan. Ingat nak belanja kedai Melayu ke mamak, ni kedai Cina. Loya tekak tengok dari tukang masak sampai tukang hidang semuanya 100% Cina. Asal nama ada restoran Cina Halal je, berebut-rebut semua Melayu Singapura makan kat situ. Sebab tu bila pergi tempat makan ala-ala court food, mereka boleh order makan kat kedai makan yang sah-sah tokey dia Cina. Aku dah faham tapi kekadang anak aku tanya "kenapa orang Melayu tu order kat kedai Cina, halal ke?" Nampaknya budaya ni dah menular kat Melayu Johor pulak.

Moden ke kita? Ingatlah setiap makanan yang masuk ke dalam badan menjadi darah daging. Kita masih ada pilihan di Malaysia ni.

AMBIL GAJI 600 dan 480

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku ke pejabat Hai-O. Ambil gaji . Aku bayar pendaftaran RM28 dan beli penapis A RM79. Dah lama tak amik gaji ni. CDM aku pulak bercuti balik Kota Bharu. Erwina pun SMS aku. Dia dah bank in elaun aku. Alhamdulillah.

PAM dan FORMALIN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku survey pam dan formalin. Pam untuk mengalirkan air/ udara manakala formalin adalah untuk antiklorin. Setakat ni, mentor aku, pak haji tak gunakan pam tetapi melalui bacaan, ada yang mencadangkan penggunaan pam. Alasannya ialah pengaliran air perlu untuk membekalkan udara dalam air pada waktu malam kerana fotosintesis tidak berlaku pada malam hari. Jadi, aku nak pasang pam dalam kolam aku.

Ada banyak jenis pam di pasaran. Ada pam atas air dan dalam air. Ada pam air dan pam angin (bubble). Harga antara RM 16-RM400. Dalam memilih pam yang sesuai, beberapa faktor yang perlu difikirkan seperti:

- saiz kolam aku 16'x7'x3'
- banyak ampaian seperti akar keladi bunting yang mendap
- kelikatan air
- panjang wayar dan bekalan kuasa

Setakat ni aku masih mempertimbangkan:

- pam berkuasa besar atau kecil
- kuasa pam yang sesuai
- wayar pendek - macamana nak panjangkan
- berapa kadar alir yang sesuai
- penapis air

Dalam mencari formalin, kedai yang aku pergi mencadangkan aku mencarinya di kedai menjual ikan koi. Aku jumpa satu kat Taman Johor. Satu bekas dijual dengan RM22 je. Balik je aku tabur formalin mengikut anggaran yang dicadangkan oleh kedai tadi. Sehingga kini aku masih mempertimbangkan pam yang sesuai nak dibeli.

9912

Assalamualaikum dan salam perpaduan

9912, apa tu? Sebenarnya ia adalah makanan "finisher" ikan keli. Makanan keli ada 2 je, starter (9910) dan finisher (9912). Aku ada informer, dia kata kat Taman Megah Ria murah. Khusairi pun beli RM50 kat Pontian. Selalu aku beli kat Haji Rm55. Aku pun pergi. lokasinya 45 jalan perniagaan 8. Depan jalan besar je. Pejabat kat atas, kena naik tangga. Masa aku datang tu dia baru unloading guni makanan ikan dari kontena. Pekerja tu buat manual je. Kalau aku, memang patah pinggang ooo..kontena 40 kaki..

Harga memang murah dari selalu aku beli. Aku beli 3 guni sekali. Selalunya satu guni bertahan 7-9 hari je. Satu guni 20 kg x 3 = 60 kg. Lepas bayar tu dia suruh aku bagi resit kat pekerja dia. Kalau nak angkat sendiri tak larat le. Sampai bawah aku fikir-fikir siapa nak suruh angkat ni. Tiba-tiba ada mamat Bangladesh bawa forklift. Dia minta resit, aku pun tunjuk. Dia tanya

"mana transport"
"tu.." aku tunjuk, seberang jalan.

Rupanya dia bawa forklift, angkat pallet dan parking belakang van aku, siap jack tinggi sikit. Aku pun loading 3 guni makanan ikan tu. Lepas tu aku pun balik.

Thursday, December 24, 2009

RELOAN ASB

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku pergi CIMB. Aku nak tanya kadar pinjaman ASB sekarang. Dia kata 3.5%. Aku suruh dia semak baki pinjaman aku dan kadar pinjaman aku dulu. Menurutnya pinjaman aku dulu 5.5%. Aku kata nak reloan boleh? Memula dia kata boleh tapi lepas tu dia kata kena denda!

Denda! Baru aku teringat. Member aku ada cerita masa aku nak jual rumah Larkin Indah aku dulu. Semua pinjaman yang hendak dijelaskan sepenuhnya mestilah melebihi tempoh tertentu. Seingat aku dulu, aku reloan Bank Rakyat setelah lebih setahun buat loan. Tapi CIMB ni aku kena lebih 3 tahun kalau nak reloan. Alamak! Denda bukan sikit 3% dari loan yang aku pinjam. Cash pulak tu. Memang le bayaran bulanan tu kurang tapi tak sanggup aku nak bayar denda, dekat RM6000.00 bayar saje-saje kat bank. Takpe le aku tunggu lagi 2 tahun. Lepas ni nak pergi Bank Rakyat pulak kekalau boleh reloan.

Wednesday, December 23, 2009

DALAM KENANGAN NL3817

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Ini adalah kereta pertama yang aku beli tunai pada 1995 dari Cikgu Shaari. Masa tu aku kerja kat SMT Alor Gajah, Melaka.



Gambar ni aku ambil sendiri kat lot parking Pekan Nanas, Pontian.

Banyak juga jasa kereta ni. Bak kata Othman Hafsam dalam iklan "dah jauh pakcik berjalan.."
Aku cadang nak lupuskan sebab bila check JPJ data aku ada 3 kereta. Dulu, aku ada masalah nak renew road tax kereta ni. Kerani JPJ tu kata peraturan baru; kalau lambat renew roadtax, kena check puspakom dulu. Kereta ni bukannya elok, terutama brek dia keras dan kurang cengkam. Banyak belanja nak hantar Puspakom ni. Jadi aku pun simpan le. Lepas tu ada orang janji nak tukar nama kereta ni, jadi aku let go kereta ni dengan geran sekali.

Dua tahun berlalu aku check kat JPJ, nama kereta ni atas nama aku lagi, sedangkan kereta dah tak de pada aku. Tapi aku jumpa kat beberapa tempat. Maknanya masih 'on the road'. Aku tak tahu macamana dia renew roadtax. Last aku jumpa terduduk kat Pontian. Aku nak tarik balik tak berani, sebab geran tak de pada aku. Bahaya ni kalau kena kompaun/ saman. Jadi aku rasa baik aku lupuskan. Lagipun gambar ni dah dekat 2 tahun aku simpan dalam komputer. Kalau berlaku apa-apa pada komputer aku, mana nak cari gambar lagi.

Jadi aku pun pergi JPJ untuk melupuskannya. Ambil le borang yang patut. Dia kata kena salinan kad pengenalan, gambar kereta dan duit. Memula borang minta salinan geran sebab nak lupus kena ada geran. Last kat geran tu renew tahun 2003. Bayar RM50.00. Aku ingat lama le kena tunggu. Rupanya dapat masa tu gak. Cepatnya macam renew lesen memandu.

Second, kaunter lupus. Masa aku pergi, pegawai tu tanya aku:
"ini yang nak RM5000 ke?"
Aku kata ye je. Aku sebenarnya tak taupun RM5000 tu apa.

Apa tu RM5000?. Sebenarnya kalau tak silap aku dalam bulan Ogos lalu ada kempen melupuskan kenderaan oleh Proton dan Perodua oleh pemilik kenderaan lama/ usang. Masa tu pun sibuk kereta lebih 10 tahun insuran tak nak bagi polisi. Bagi yang menyertainya, syarikat akan menguruskan pelupusan dan duit ini adalah deposit untuk membeli kereta baru, bukan dapat tunai!.

Masa aku nak lupus tu, kempen ni dah habis.
"Last bulan November, bang" kata salesman Perodua tu.
Aku tanya dia apa prosesnya. Dia pun cerita, katanya:
- kereta perlu diperiksa di Puspakom
- kereta perlu disahkan lupus di JPJ
- kereta dihantar ke Pusat Jualan Perodua
- semua dokumen dihantar ke Ibupejabat Perodua di Kuala Lumpur
- kelulusan dari Ibupejabat Perodua KL
- hantar borang pelupusan ke JPJ
- setelah mendapat surat pelupusan kenderaan dari JPJ baru kereta baru dikeluarkan
- semua proses mengambil masa lebihkurang sebulan

Aku tanya kalau kereta terduduk macamana? Dia kata modalkan RM500 untuk perkhidmatan tunda.
"Kalau abang lalu kat belakang ni, semua kereta tu dah dilupuskan."
Aku pun lalu kat belakang; ada proton wira, proton saga, wolkswagen, toyota crown, volvo.
Aku fikir balik memang susah le nak dapat sebab dia nak bangkai kereta. Gambar ni pun aku ambil kat Pontian dua tahun lepas. Tapi sekarang aku pun tak tahu kat mana kereta aku ni.
Kalau tak, aku dah bawa VIVA atau MYVI sekarang.

Tak pe lah bukan rezeki aku sekarang.

Wednesday, December 2, 2009

KELI - PASARAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ini aku berjumpa dengan seorang pengusaha keli. Lat dua rumah je dari rumah aku. Namanya Khusairi. Aku bertanyakan tentang pasaran, dan jawapannya mendukacitakan aku. Dia tanya bekalan ikan aku, pakej dsbgnya. Menurutnya dulu dia masuk pakej yang sama dengan aku tapi lama-kelamaan tuan punya pakej dah main-mainkan dia. Walaupun janji asal ikan akan dibeli semula, nampaknya kena jual sendiri. Aku rasa payah juga nak jual sendiri sebab aku ada kerja lain. Satu lagi, larat ke nak pergi kedai-kedai makan nak tanya:

"encik nak ikan keli?"
"berapa kilo?"

Katakan dia nak 10 kg. Ikan keli aku ada 3000 kg. Maknanya kena tanya 300 kedai yang nak beli baru ikan aku boleh habis. Untuk mendapatkan 300 kedai yang nak beli, tentulah aku kena jumpa sekurang-kurangnya 500 kedai.

Berapa lama tempoh nak habis? Seminggu, dua minggu. Belum cerita bab bayaran, cek tendang, minyak kenderaan (sebab kena hantar), sewa rumah, suruh siang lagi, lagi dan lagi.

Ayah aku kata ada pemborong ikan keli dengan harganya sekali kat internet tapi bila aku surf, aku dapati banyak yang mengiklan untuk menjual benih dan ikan keli matang daripada nak membelinya. Aku nak jual ikan aku bukannya nak beli ikan orang lain. Dulu orang kata permintaan ikan keli tinggi sedangkan bekalan tak cukup. Ini juga merunsingkan aku. Aku pun tak kaji market ni betul-betul. Sebab tu sekarang ni ramai orang lebih suka jual benih daripada membeli ikan keli matang ni.

Sepatutnya ada satu tempat yang boleh dirujuk seperti senarai pemborong ikan keli yang dapat membantu pengusaha macam aku ni sebab semua pengusaha yang aku jumpa tidak mahu bercerita tentang harga jual dan pemborong ikan mereka. Aku harap rezeki aku ada dalam bisness ni. Insha Allah.

Tuesday, December 1, 2009

JOM MAKAN KELI 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan


Aku memang nak bakar ikan keli semalam pagi ni. Bila aku keluarkan ikan dari peti sejuk, dia dah keras dan bengkok. Alamak! aku malas nak tunggu. Jadi aku alas aluminium foil atas api dan bakar perlahan-lahan. Agak-agak airbatu dan cair, aku urut ikan tu bagi lurus dan balut semuanya dalam aluminium foil dengan sedikit minyak masak dalam tu. Aku dengar minyak masak tu mendidih-didih dalam tu. Aromanya... hmmm..

Tengahari tu memang aku makan ikan keli bakar. Isinya sedikit kering dan garing sebab awal-awal aku buat bakar terbuka. Petang tu aku telefon kawan aku, aku tanya cara tip nak siang ikan keli. Dia kata tabur garam, dalam 15 minit ikan tu dah pengsan. Patut le aku tunggu setengah hari ikan tu ok je. Tak pe aku ada lagi ikan keli untuk eksperimen.

Esoknya aku grading lagi. Rezeki aku ada lagi. Kali ni seekor je. Aku pun tabur garam. Agak-agak 5 minit, aku keluarkan ikan, buang sengat dia dan siang. Aku buang isi perut dia. Ikan ni masa telentang dia diam je. Bila aku letak meniarap, dia boleh lompat-lompat lagi walaupun isi perut dah dibuang. Aku rasa macam chef sushi Jepun yang belah ikan hidup-hidup.

Agak-agak dah senyap je ikan tu, aku balut aluminium foil dengan sedikit minyak masak di dalamnya. Kemudian aku bakar di atas kayu api. Aku balik-balikkan ikan tu. Kali ni ikan keli tu masak dengan sedikit moisture (lembap), tidak garing macam dulu. Aku ingatkan tak masak lagi. Rupanya bila bakar tertutup, wap dalam aluminium foil akan menjadi stim. Sebab tu basah. Aku ajak orang tua aku rasa dan memang diaorang puashati.

Dalam membakar ikan ni, aku tak letak apa-apa rempah, kunyit, garam dan sebagainya. Aku nak rasa ikan keli yang original. Baru le best.

JOM MAKAN KELI 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni, kolam no 2 aku ada keli besar. Setakat ni dah banyak yang aku greding. Ikan keli yang over-sized aku pindah dalam kolam asing sebab dia makan ikan keli yang kecil. Setakat ni ada le 10 ekor yang semuanya berukuran 16 inci ke atas dalam kolam tu.

Sebenarnya kalau dah over-sized, tak payah simpan. Bukan boleh jual pun. Kalau simpan pun kena bagi makan. Lagipun kolam tu dah kira membazir sebab sepatutnya boleh buat bela ikan bukan simpan ikan. Kali ni kalau dapat over-sized memang aku nak masak.

Nasib memang menyebelahi aku. Pagi ni, masa aku greding tu dapat 3 ekor dalam 20 inci. Satu aku lepaskan dalam kolam ikan keli besar dan 2 tu aku cadang nak masak. Jadi aku masukkan 2 ekor ikan tu dalam baldi dan bawa balik rumah. Aku ingat nak buat makan tengahari atau makan malam.

Nak dijadikan cerita, dari pagi aku tangkap sampai maghrib, ikan tu tak mati-mati. Pukul 10 malam ikan tu dah berbau. Aku agak dah mati ni. Aku pun siang le. Bila dah malam sangat takkan nak masak, tunggu esok je le. Sementara nak tunggu esok, aku masuk ikan keli tu dalam peti sejuk.

Monday, November 16, 2009

HAMPAS SOYA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku cari hampas soya. Nak tau buat apa?
Untuk ikan keli aku. Adik ipar aku kata bagi hampas soya ikan cepat besar. Aku dah survey kat Kg Bakar Batu. Ada perusahaan hasil produk kacang soya seperti tauhu petak, air tauhu panas, dan macam-macam. Ada senarai produk dengan harganya sekali. Contoh air soya 20kg = RM22.00. Hampas soya tu RM10 satu guni.

Aku pun lurus bendul.. tanya kat orang. Orang depan kata pergi belakang kat rumah kuning. Orang kat rumah kuning tu kata pergi depan. Nasib baik ada sorang tanya aku, naik apa? Aku cakap naik van, kenapa? Berat ke? Dia kata memang berat. Aku pun parking kat dalam.

Aku dengar bersahut-sahutan orang ni (aku le..) nak hampas soya. Bila pintu dibuka aku berdiri betul-betul depan pintu tu. Makcik tu tanya aku nak hampas soya ke? Aku kata ye.. lepas tu dia masuk. Aku pun tunggu.. tunggu dan tunggu.. mana lak makcik ni..

Tiba-tiba ada orang datang dan dia tanya, awak baru hari ni ambil hampas soya kat sini ke? Aku mengiakan aje. Mana guni? La.. guni apa la? Aku ingat dia sediakan guni. Aku tanya balik, kena bawa guni sendiri ke? Ye le... Nasib baik aku ada bawa guni. Rupanya kalau nak ambil hampas soya tu kena bawa guni sendiri. Aku rasa macam rusa masuk kampung. Satu pengalaman baru bagi aku.

Aku pun masuk le dalam bilik tu dengan guni aku. Aku pun melilau le, mana aku kenal hampas soya. Aku tanya, mana hampas soya? Makcik tu tunjuk.. tu. Baru le aku kenal hampas soya. Macam susu tepung. Aku pun terfikir.. macamana nak kaut? takkan nak kaut dengan tangan. Rupanya ada penyodok di tepi dinding tu. Aku pun sodok dan tuang dalam guni sampai hampir penuh. Beratnya, Masha Allah. Hampas ni macam tepung dan lembap, bila pijak dia lembik.

Lepas masukkan dalam van, aku pun bayar. Aku terus menuju ke tempat ternakan ikan keli aku. Apa lagi aku pun testing...testing. First aku tabur hampas tu, tapi dia larut macam tu je. Ikan tak respond pun. Second, aku kepal hampas soya tu dan bagi ikan aku makan. Kepalan tu timbul dan ikan aku pun makan beramai-ramai, macam berjemaah gitu. Aku tak tau le ikan aku kenyang ke tak..

PERKHEMAHAN BSMM KPLI ZON SELATAN, KEM SAUJANA ASAHAN, MELAKA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Di sini aku postkan perkhemahan BSMM yang aku hadiri

Tajuk : Perkhemahan BSMM KPLI Zon Selatan
Tempat : Kem Saujana Asahan, Melaka
Tarikh : 10 - 13 Nov 2009

PERJALANAN PERGI: BERHENTI REHAT DI MACAP


BARISAN JURULATIH-JURULATIH
AKTIVITI - AKTIVITI


MEMASANG KHEMAH


CPR
USUNGAN

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

KEMBARA HUTAN


IKHTIAR HIDUP

KAMPUNG SURVIVAL

PERBARISAN PENUTUPAN RASMI PERKHEMAHAN

Thursday, November 5, 2009

PLGDP -NEW

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ini aku ada mesyuarat kat Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) di Bandar Tenggara. Dulu aku ada buat post pasal PLGDP ni. Rujuk http://plgdpbt.blogspot.com/

Sekarang dah banyak perubahan. Kalau dulu sebut PLGDP, orang tak nak datang berkursus di sini. Sepi dan bosan. Tapi itu dulu...

Sekarang, landskap dah cantik. Pokok dah mula tumbuh. Member aku tunjukkan beberapa tempat yang aku rasa teruja sekali. Sekarang dah ada gymnasium dan sauna. mengandungi weight, cycling, air walk. Sauna yang sedang dalam pembinaan. Bilik rehat yang dilengkapi permainan dalaman seperti karom, ping pong, pentaque. Selain itu terdapat permainan gelanggang seperti bola tampar. Member yang baru pertama kali datang pun memuji tempat ini.

Aku pun tunggu nak datang sini lagi.

Saturday, October 24, 2009

STRESS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Jumaat lepas aku rasa sungguh lega. Kebanyakan beban aku dah selesai
- Kursus bestari KH 4 minggu dah berakhir
- Ujian amali dah selesai
- Markah KPLI dan PPISMP dah hantar

Kenapa stress pulak?
Aku stress sebab rakan sekerja le, peramah sangat. Dia tanya:
- "tak pergi perkhemahan BSMM?"
- "tak pergi kursus stress ke?"

Aku dah kelam kabut tak cukup badan nak pergi semua tempat. Perkhemahan kat Asahan, Melaka. Kursus Stress kat PLGDP , Bandar Tenggara, kursus bestari KH 4 minggu dan ujian amali berlangsung dalam masa yang sama.

Bertambah stress bila dia tanya "siapa ganti?" Alamak.. malas betul nak jawab. Nanti aku stress pulak dah le tak pergi kursus.

Tuesday, October 20, 2009

SELIPAR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku nak cerita pasal selipar anak aku. Sepasang selipar anak aku ada dalam van. Sebelah seliparnya tercabut. Aku dah betulkan dan aku tengok memang ada sepasang selipar. Lepas tu anak aku cari selipar dia, dia kata ada sebelah saja. Aku pun pelik. Sepatutnya ada dua.

Pagi tu aku hantar anak aku kat sekolah menengah dan patah balik pergi kerja ikut jalan yang sama. Memang tak de apa-apa objek kat atas jalanraya tu pagi tu. Tetapi tengahari tu waktu aku nak buat U-Turn, ada objek betul-betul terletak kat garisan putih putus-putus tengah jalanraya tu. Isteri aku kata "SELIPAR!!". Aku berhenti dan anak aku pun ambil objek tersebut. Yang hairannya, saiz, warna dan jenis selipar ni memang sepadan dengan pasangan sebelah yang ada dalam van aku.

Berbagai persoalan bermain di fikiran..
  • macamana selipar tu boleh ada kat luar van?
  • siapa yang letak?
  • kenapa pagi tadi tak ada?
Aku pun tak de jawapannya.

KURSUS ASAS LUKISAN AUTOCAD

Nama Kursus : KURSUS ASAS LUKISAN AUTOCAD
Tempat : Bilik Seminar, SMK Air Tawar
Tarikh : 20 Oktober 2009

Gambar peserta kursus







Wednesday, October 14, 2009

BEKAM 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Bekam merupakan satu proses pembuangan angin dan darah kotor dari badan. Ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Jadi tak salah mencuba. Kalau kat tepi jalan tu ada yang menggunakan buluh dan cawan kaca yang dipanaskan dengan api spirit.


Aku memang ada satu set bekam ni. Beli kat internet. Set ni ada satu pam dan 6 cawan. Cara penggunaannya adalah pam cawan tu kat badan dan tunggu 15 minit. Kesan tompok yang merah gelap menunjukkan terdapat angin dalam badan. Kalau tiada perubahan warna maka tiada angin. Bertompok-tompok le badan aku ni. Aku juga ada panduan bekam yang aku download dan print. Lepas tu rujuk tompok tu dengan jenis penyakit yang ada.

Alhamdulillah esoknya aku dah OK. Aku kena kerja. Aku kan lelaki

BEKAM 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada Isnin lalu, badan aku rasa tak sihat sangat.

Pagi tu aku rasa mual dan buang-buang air. Bila aku fikir, semalam aku kena hujan lebat, lepas tu pergi kenduri kawin member. Malam tu ada kenduri raya kat surau KIP. Aku rasa macam angin dalam badan aku. Letih dan pening.

Pagi tu pulak ada audit ISO. KJ minta aku hantar folio kat bilik Dato Mahphor. Urusetia kata hari tu je 6 orang MC. Ada yang sakit betul ada yang buat-buat sakit takut audit le tu. Bila masuk kelas bestari, aku minta minyak panas (bam) pada peserta kursus. Ada cikgu tu tanya aku tak sihat ke? Sebab berpeluh semacam je dalam bilik air con. Lepas tu ada yang tanya aku ada gout, darah tinggi. Insya Allah aku tak de.

Petang tu aku demam. Anak aku yang bongsu bagi tuala basah untuk aku letak kat muka aku. Aku flat betul sampai solat pun duduk. Ingatkan solat duduk rileks tapi sebenarnya sakit gak buku lali ni. Isteri aku nak bagi panadol, aku tak nak. Last sekali aku buat BEKAM.

Tuesday, October 13, 2009

KURSUS BESTARI KH 4 MINGGU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Sebagai Ketua Mata Pelajaran KH, aku bertanggungjawab ke atas peserta kursus ini.


Gambar peserta kursus bestari KH 4 minggu.
Hadapan: dari kiri
Abdull Samat, Amran, Sahar, Zainol, Johan, Shamsul, Hafiz, Asrul,
Berdiri : dari kiri
Ahudivi, Shahrulrizan, Azura, Erwina, Noriah, Qistin, Lim Wee Ling, Pek Chew Sze, Faizah, Norsuhazlin, Chua, Sofhan.

Sunday, October 4, 2009

FULL HOUSE I

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Minggu ni aku full house. Maksudnya ada 3-4 kerja dalam satu masa. Kalau tak minggu ni aku kena pergi Lawatan ke Janakuasa kat Penang, jaga ujian amali, mengurus kursus bestari 4 minggu dan MQA/MQF

Nasib baik lawatan tu En AA minta tolong, dia nak pergi. Alasannya tiada kursus sepanjang tahun ni. Kad pun kosong. Ni dah bulan Oktober. Nanti SKT tak cukup 7 hari markah rendah le. Aku dah lebih 7 hari so aku let go je.

Ujian amali tu ditangguh ke 20-23 Okt. Katanya ada pensyarah tak abis ngajar. Minta tangguh. Habis satu Malaysia kena tangguh. Tak senonoh!! MQA/MQF melibatkan Jabatan PJ, Sains dan Math. KH kena tahun depan.

Cuma tinggal kursus bestari 4 minggu. Pening juga nak susun jadual ni, terutama kalau ada kawan yang ada kat IPG tapi tak nak masuk. Minggu ni ramai rakan-rakan tak de. Sanip, Agos ngan Arif gi lawatan; Rubiah ngan Cheng jawatankuasa MQA, Ada 2 lagi tapi diaorang transisi, kena rujuk KJ diaorang dulu - panjang ceritanya. Yang ada cuma seekor ni tapi tak nak masuk. Bila bab bercakap, dia kata dah tahu semua pasal bestari, dia yang gubal kurikulum bestari. Bila suruh masuk kelas beri kursus, terus suruh bagi orang lain. Tu yang aku panggil dia ni samdol. Masalahnya dah tak de orang.

Kalau x de orang minggu ni, aku boleh coverkan lagi. Minggu depan macamana lak?

Tuesday, September 15, 2009

JPJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam aku lalu Terminal Larkin. Oleh kerana lampu merah depan flat larkin tu, aku pun berhenti. Penglihatan aku tertumpu pada satu kenderaan SUV warna oren. Dia keluar melalui susur sebelah shell ke pasar. Kenderaan tu berhenti betul-betul belakang kereta akhir yang diletakkan disitu. Lepas tu dihon pakai buzzer. Banyak kali lak tu.

Tiba-tiba dia undur dan berhenti sebelah kereta tu dan hon lagi. Kemudian lajak 2 kereta ke hadapan dan hon lagi. Hati aku pun berkata "Apahal pulak mamat ni, main hon-hon gitu. Nak parking, parking je le!". Memang biasa le kereta parking sepanjang jalan kat Terminal ni. Jalan 2 lorong dah jadi 1 lorong. Akhirnya diapun bunyikan siren.

Laa.. kenderaan JPJ rupanya. Dia nak halau kenderaan yang parking tepi jalan tu.

Aku pun heran juga sebab dia tiada lampu beacon/ siren di atas kenderaannya seperti kenderaan penguatkuasa yang lain. Isunya kenapa guna kenderaan berwarna oren? Setahu aku, kenderaan JPJ semuanya biru gelap. Itu yang kereta tadi buat tak tahu je bile kena hon.

Sekarang ni aku pun pelik dengan warna kenderaan penguatkuasa ni. Dulu zaman aku, kereta polis warna putih, sekarang dah ada kaler kelabu, JPJ yang biru gelap dah ada warna coklat dengan oren. Main ikut suka hati je sedangkan semuanya telah diaktakan. Lagipun inikan imej institusi seperti JPJ, Kastam, Penjara, Polis, Hospital dan sebagainya.

Sepatutnya kod warna ini diseragamkan mengikut institusi. Ini supaya pengguna jalanraya dapat memberikan kerjasama. Aku pun, kalau ada kereta kancil warna pink dengan bubble-buble berhenti kat belakang atau sebelah lepas tu hon-hon, aku buat tak reti je. Biar keluar dari kereta tu JPJ ke siapa sebab bila dia bertugas, mesti menggunakan kenderaan yang melambangkan jabatan atau organisasi. Sebab tu sekarang ni kes jenayah makin menjadi-jadi kerana orang boleh menyamar secara sewenang-wenangnya. Aku fikir perkara ni perlu dibetulkan.

Saturday, September 12, 2009

IKAN KELI - PART III

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Sejak akhir-akhir ni, ayah aku cerita pasal ikan keli lagi. Dia dah pergi survey harga kolam kanvas 12 kaki x 6 kaki, RM200.00. Dua tiga kali cerita, last-last aku pun belikan. Itupun pakai duit abang aku. Lepas tu cerita pasal pasir, aku pun belikan juga RM58.00. Bila ayah aku bawa angle iron yang dah dipotong, dia suruh aku kimpalkan. Dia bagi design. Masalahnya, tempat kerja aku tak de plet besar. So aku minta tolong member kat SMT Jalan Yahya Aldatar.

Esoknya, kolam ayah aku dah siap. Petangnya aku jumpa Haji Jani untuk beli organik RM200.00. dan ambil makanan ikan. Lepas 5 hari, baru boleh masukkan benih ikan keli. Aku order 6000 ekor benih, RM900.00. Bila benih dah masuk dalam kolam, bermulalah kehidupan ayah aku sebagai penternak ikan keli dalam kolam kanvas.

Aku harap ayah aku gembira dengan pilihannya.

IKAN KELI - PART II

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni ayah aku bawa aku berjumpa seorang pengusaha keli di Johor Bahru. Sewaktu aku masuk, aku jumpa 2 kolam ikan kat luar rumah. Fikiran aku dah negatif. Takkan pengusaha keli buat 2 kolam je. Bila aku masuk, aku macam tak percaya tengok begitu banyak kolam konkrit dan kanvas di dalam kawasan pagar rumah beliau. Kolam konkrit di pintu masuk je ada 40,000 ekor ikan keli belum masuk kolam kanvas lagi. Anggaran aku, semua sekali ikan keli dalam 100,000 ekor atau lebih.

Aku pun berkenalan dengan pengusaha tersebut, Haji Jani. Umur dalam 70 lebih. Beliau baru setahun bertukar kepada kaedah organik. Dulu beliau menggunakan perut ayam, tetapi tak tahan kerana baunya busuk. Jiran-jiran pun menekup hidung bila lalu depan rumah beliau.

Beliau turut menyediakan pakej RM 3950.00 untuk yang berminat. Pakejnya mengandungi:
  • 2 kolam kanvas 16 kaki x 7 kaki
  • benih 10,000 ekor
  • makanan palet 1 bag
  • baja organik 2 bag
  • membeli balik hasil ternakan setelah 3 bulan
Aku menolak pakej tersebut kerana kawasan tanah terhad. Kalau 2 kolam, sekurang-kurangnya kena ada kawasan 16 kaki x 14 kaki atau 32 kaki x 7 kaki. Jadi aku pun balik, kena fikir dulu.