Wednesday, September 22, 2010
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
Aku dijemput menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di IPGKTI sebagai penerima anugerah. Aku pun datang le. Kalau dulu, buat kat Hotel dengan makan-makan tapi sekarang buat kat Dewan Kuliah. Tu pun disekalikan dengan mesyuarat bulanan staf. Aku pun terima anugerah yang diberi. Dapat sijil dengan duit.
Alhamdulillah, syukur pada Allah ada lagi rezeki lain.
TIMING BELT
Pada 20 hb yng lalu aku beli timing belt kat Maxlee, Sri bahagia. Selalunya aku beli jenis Mitsubishi kaler Hijau, 100,000 km. Sekarang dah ada banyak jenis, tetapi jenama GAIDO banyak terjual kerana buatan Malaysia dan ada jaminan oleh syarikat. Harga GAIDO seperti berikut,
60,000 km = RM 65
100,000 km = RM 95
Aku amik 100,000 km sebab lebih tahan lama.
Esoknya aku pergi kedai, upah pasang RM50je kat D'bayu, Jalan Datin Halimah. Ini tempat aku buat clutch plate dulu. Aku suruh dia adjust tappet sekali. Tukar timing belt ni kena buka tayar sebelah penumpang hadapan. Lepas tu buka skru pada takal, tukar oil seal, tukar tensioner, buka mounting. Kemudian kena selaraskan sewaktu memasukkan belting atas dan bawah berdasarkan tanda yang terdapat pada pulley.
Adjust tappet pula ialah melaraskan bukaan dan tutup injap supaya berlaku pada masa yang betul. Kadangkala berlaku injap terbuka bukan pada waktunya menyebabkan kehilangan kuasa enjin.
Setelah siap, mekanik tu kata "camshaft atas bengkok! pulley goyang". Dia kata ia berpunca dari enjin pernah kering. Aku iakan aje. nanti le. Lepas servis tu, aku dapati ada peningkatan kuasa enjin kereta aku. Alhamdulillah.
Friday, September 10, 2010
REZEKI DARI KUBUR
Hari ni dah raya. Alhamdulillah. Aku baca paper, ada yang dah sambut raya awal dua hari. Astagfirullah. Tapi kali ni aku nak cerita rezeki dari kubur. Macam menyeramkan je...
Tengahari tadi aku pergi ke tanah perkuburan Bukit Alif, sebelah Taman Orkid, JB. Biasanya kalau kat tanah perkuburan ni suram, tetamunya hanya orang yang ingin menziariahi pusara saudara-mara. Yang datang tu sedekahkan fatihah, yassin atau bersihkan perkarangan kubur.
Tapi PELIKnya pusara ni meriah. Selain orang yang datang berziarah, ia dipenuhi dengan penjual - penjual yang mencari rezeki. Ada air botol mineral (air mawar kot!), bunga bewarna warni, air tin dan air botol. Aku ingat kalau jual kuih raya yang tak habis malam raya pun laku. Ramainya orang yang datang dan parking pun tak teratur. Maklumlah semua datang berkereta. Bukan sikit penjual, ada dalam 30 orang lebih.
Itu le, rezeki di mana-mana, rezeki dari kubur!
Thursday, August 26, 2010
PC FAIR UTHM
Semalam aku pergi UTHM, ada kelas. Aku tengok ada banner "PC FAIR UTHM 24-26 Ogos 2010". Aku ingat mesti penyertaan sikit je. Maklumlah peringkat dalaman. Tapi aku pergi juga le nak tengok. Tempatnya di Dewan Tun Ibrahim Ismail, UTHM
Aku pun masuk dan teruja. Penyertaan tak mengecewakan. Macam PC FAIR kat Persada. Netbook, laptop, desktop, hardisk, pendrive, aksesori komputer memang banyak. Harga pun murah juga.
Pendrive 4G baru RM22
Kipas cooler RM13, 12, 10, 7
4 USB port RM5
Aku tengok student yang beli pun dahsyat juga, beli laptop, printer, shell skrin, mp5. Sekarang ni student banyak beli printer jenis CISS, dakwat kat luar. Boleh print banyak dan refill baru RM10 je. Printer aku katrij hitam je RM50. Baru hitam, lain-lain RM40 satu kaler. Aku rasa tak jatuh standard PC FAIR ni dah memang berbaloi sebab market memang tersedia. Tambahan pula PTPTN dah release dan student ni telah membuat pelaburan yang betul.
Wednesday, August 25, 2010
IKAN KELI
Dua hari lepas aku terima tempahan ikan keli. Dia nak 165 ekor siap siang. Semalam aku pergi jumpa buyer ni 0127814819, kerja kat dewan makan SKMA Waddin. Aku bagi 3 sampel untuk dia pilih 6, 8 dan 10 ekor sekilo. Dia pilih 10 ekor sekilo. Ini le kali pertama aku terima tempahan ikan keli bersih dalam kuantiti yang banyak, kecil pulak tu. Aku nak hantar semalam petang, dia tak bagi, dia kata nak esok pagi juga. Jadi petang tu aku sauk le ikan mengikut saiz yang dipersetujui. Aku masukkan juga ikan besar sikit, biar puas makan. Sebab harga dah set kat bilangan ikan bukannya kilogram.
Malam tu aku siang le. Bengkok juga badan aku ni. nasib baik isteri aku tolong. Sebab ada 2 proses, belah dan buang perut. Kalau 1 ekor ikan ambil 1 minit,1 minit x 165 ekor = 165 minit.
165 minit / 60 minit = 2.75 jam
Penatnya. Esok nak drive gi kuliah lak.
Lepas siang tu kena cari ais lak tengah-tengah malam. Nak bagi sejuk ikan tu. Nasib baik jumpa kat kedai mamak. Esoknya aku drive gi Batu Pahat, masa tu baru terasa sakit jari-jari terkena sengat keli semalam. Bila nak putar kunci, nak buka lampu.. adoii. Tapi aku tak nangis le. aku kan lelaki.
DEMAM
Minggu lepas anak aku demam. Mula hari Rabu, masa aku tak de pulak tu. Memula yang bongsu, kemudian yang sulung, yang tengah, dan seterusnya. Anak aku ni demam, badan panas dan muntah. Bila muntah, batal puasa. Balik je aku belikan ubat demam, ubat selesema dan kool fever satu kotak.

Semalam anak aku demam lagi, aku pun bawa gi klinik sebab nanti 3 hari aku takde. HA tu tanya
Dah berapa hari demam?
Anak aku kata 4 hari.
Terus dia tulis FBV dalam kad. Aku pun tak tahu FBV tu apa, Facebook kot? HA tu kata kena check darah. Sekarang ni prosedur, demam lebih 4 hari suspek denggi. Anak aku pun gi beri darah, tapi bila nak hantar makmal dah tutup. Jumpa HA tu, dia bagi ubat dulu dan minta nombor telefon. Kalau ada kes, dia telefon semula. Waktu ambil suhu, dia kata 37 darjah je. Dia bagi antibiotik.
Sekarang ni memang nyamuk banyak kat dalam rumah aku. Kalau anak aku tidur tu memang "main gitar" mengggaru sana sini. Aku memang ada belikan kelambu tapi tak nak guna. Bahaya juga tu.
Sunday, August 22, 2010
AL FATIHAH
Aku ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga kakak ipar aku atas pemergian suaminya ke rahmatullah pada jam 5.55 petang 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan yang lalu.
Al Fatihah kepada MOHD SHAH bin HJ MOKRI semuga ruhnya dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayangi dia.
TIP PANDUAN TUNING KENDERAAN
Aku terbaca artikel ni masa buat rujukan NGV, aku rasa ia berguna sebagai panduan.
First kita kena faham dulu definisi tuning atau tune-up engine nih....
Selalunya kalau kita adjust engine rpm org akan cakap dah "tuning" engine...
Sebenarnya tune-up/tuning engine bukan sekadar melaras/adjust rpm.
Sebelum membuat tune-up engine ada beberapa perkara asas yg perlu diperiksa tidak kira engine kawalan electronic (MPI/EFI/ECI dll) atau kawalan Carburetor iaitu periksa :
1)Battery Conditions
-Check Open Circuit Voltage ... biasanya 12V ++
-Check Ketumpatan Bandigan Battery (Specific Gravity ) melalui Hydrometer
-check paras air battery (Electrolyte Level)
-kekemasan tamatan (Terminal (-) dan (+) )
-Battery Cable (-) dan (+)
2)Valve Clearance Adjustment (Valve Tappet)
- Periksa dan laras valve clearance mengikut spesifikasi pengeluar.
*Sesetengah model sekarang menggunakan Hydraulic Lifter dan tak perlu pelarasan ....kecuali yg menggunakan Shim. Sekiranya valve clearance tak betul ianya akan effect kepada pembakaran dlm cylinder engine... menyebabkan engile idle speed unstable .
3)Engine Vacuum Test
-Periksa kadar vacuum dlm engine supaya menepati kehendak pengeluar. Ini juga penting bagi mengawal kelajuan idle engine.
4)Compression Test
-periksa tekanan mampatan setiap cylinder bagi mengesan sebarang kebocoran samada dari piston ring, gasket, valve seat dan lain2 tempat.
5)Fuel Delivery System -periksa fuel pump, filter, piping dan injectors atau carburetor
6)Air induction System
-periksa/tukar air cleaner. periksa intake manifold bg sebarang kebocoran ....serta throttle body.
7)Ignition System
-periksa sparking plugs,
-HT cable ,
-Distributor Cap,
-Ignition Coil dll.
Sekiranya perkara2 seperti diatas didapati OK dan menepati kehendak spesifikasi pengeluar baru kerja 'Fine Tune-Up" dapat dilakukan.... maksudnya selepas semua tadi OK baru kita dapat melaras Ignition Timing dan Idle Speed (rpm) sesebuah engine tadi.
Kalau engine kawalan Carburetor 3 pelarasan perlu dilakukan :
-Ignition Timing (Inspect/Adjust) menggunakan Timing Light
-CO adjustment dengan melaras M.A.S (Mixture Adjusting Screw) dgn berpandukan kepada CO machine bagi memeriksa kadar Carbon Monoxide engine.
-Idle Speed dengan melaras S.A.S (Speed Adjustment Screw)
Kalau engine kawalan electronic atau EFI pula , kita perlu menggunakan Scanner atau Computer mengikut model kenderaan tersebut. Melalui Scanner/Computer tadi kita dapat mengesan sebarang Fault Code dan dapat membaca live data dari sensors engine bagi membuat analisis mengenai sesebuah engine.
Di samping itu juga ada sesetengah engine perlu dilaras rpm atau ignition timingnya melalui Scanner/Computer tadi... tanpa scanner tadi pelaras tidak dapat dilakukan dgn sempurna.... Kesimpulanya disini, "Tuning" bukan sekadar melaras kelajuan engine (rpm) dan imbangmasa nyalaan (Ignition Timing) semata-mata tetapi perkara2 atau pemeriksaan lain (seperti di atas) juga perlu dilakukan sebelum melakukan "Tuning" engine tadi bagi memastikan dan mendapatkan prestasi atau performance engine yang optimum dan sentiasa mengikuti kehendak spesifikasi pihak pengeluar sesebuah kenderaan tersebut supaya jangka hayat sesebuah engine dapat bertahan lebih lama secara tak langsung dapat menjimatkan kos pembaikan kepada pihak pemiliknya.
Tetapi sekarang kebanyakkan bengkel telah menyalah ertikan maksud "Tuning" ini iaitu dengan hanya melaras engine rpm dan ignition timing secara manual atau secara computer ianya di panggil "sudah tuning lu punya engine"....dengan mengabaikan beberapa pemeriksaan dan perlarasan lain yg telah saya sebutkan tadi.
Selepas itu para pelanggan akan di charge dengan harga yang tidak munasabah....contohnya kereta proton jenis EFI charge tuning lebih kurang dari RM60-RM150 dengan hanya menyambung Scanner dan melaras rpm aje.....itu bukan tuning namanya,,,,,, Tuning perlu dilakukan mengikut kehendak atau recommendation pihak pengeluar dengan merujuk kepada "Periodical Maintenance Service" yang terdapat dalam Service manual sesebuah kenderaan....
Thursday, August 19, 2010
KEMALANGAN
Semalam aku dapat berita mengejutkan. Biras aku kemalangan dan berada di Hospital Muar. Masih tidak sedarkan diri. Masa tu aku kelas, jadi lepas kelas aku pun pergi dari Batu Pahat. Aku sampai dalam 2.30 ptg. Mencari juga mana wadnya.
Aku tanya orang, dia kata rujuk pendaftaran wad. Aku tanya kat kaunter tu
"ada pesakit nama XXX?"
Dia pun semak,
"Kalau ikutkan, dia sekarang ni kat Bilik XRay, lepas tu masuk wad. Cuba tengok kat bilik XRay"
Aku pun pergi le bilik XRay. Sampai muka pintu, ada troli diusung keluar. Aku amati pesakit yang terbaring tu.
"Eh, XXX!"
Mukanya masih ku kenal, dengan lehernya dipasang servical colar. Ada le kesan jahit dan darah kat kawasan muka. Tangan dengan kaki aku tengok OK je. Dia tolak troli tu ke ICU. Aku tanya nurse tu tapi disapa oleh kakak ipar ku dari belakang. Kebetulan adik biras aku tu nurse juga. Dia yang banyak membantu. Aku tanya kakak ipar aku
"dah sedar?"
"dah, dah boleh cakap!"
Aku tengok kakak ipar aku ni tabah, sabar dan tenang. Sikitpun tak nampak nak nangis. Tapi bila doktor kata kritikal 50%-50%, barulah nak menitis air mata. Aku tak kisah apa doktor tu nak cakap, tapi dari pemerhatian, aku rasa biras aku ni boleh sembuh. Doktor cuma nak kita bersedia segala kemungkinan je, jadi kalau berlaku apa-apa kita tak salahkan dia. Kira psiko le tu. Aku juga minta bantuan abang aku hantarkan tenaga reiki untuk biras aku ni supaya cepat sembuh.
Alhamdulillah. Selain biras aku yang lain, adik beradik biras aku dan ramai juga staf Telekom yang datang menziarah tapi tak boleh masuk sebab doktor sedang membuat rawatan lagi. Masa aku masuk tu pun doktor masih betulkan gigi dia. Aku tunggu dan teman kakak ipar aku tu sampai pukul 5,00 petang sebab aku nak balik Batu Pahat sebelum malam. Sejak akhir-akhir ni, pemanduan malam aku tak berapa awas terutama kalau tar yang takde garisan putih tambah lampu jalan takde.
Aku telefon kakak ipar aku dalam pukul 7.15 malam (dah dekat waktu berbuka)
"kat mana?"
dia jawab
"masih kat sini (hospital) nak ke mana lagi? suami kat sini.."
"buka macamana?"
"buka kat sini le."
Terharu aku dengar. pengorbanan seorang isteri. Kalau aku yang terbaring, siapa yang akan ada disisi aku nanti?
Wednesday, August 18, 2010
NGV 2
Gigi lari satu mata.. Maksudnya apabila pemasangan timing belt tu tidak mengikut tanda yang ditentukan pengeluar.

Kadang-kadang sebab pemasangan tu visual, boleh berlaku sewaktu pemasangan, gigi tu bergerak: terkehadapan atau kebelakang. Kereta aku guna palang, manakala van aku gunakan gigi. Gigi lagi payah sebab boleh pusing apabila masukkannya.
Aku pun minta bantuan kawan aku, Hussin. Dia ni kawan serumah semasa belajar degree dulu, guru automatif. Dia ni dah lama tak pegang enjin. Aku pun cerita masalah, akhirnya dia setuju nak tengok. Aku pun buka bonet dah cover timing belt. Dia buka cover head engin dan check. Dia kata ok. Dia pun test kereta, cluth nak abis katanya. Nak kepastian tanya Rashid.

Aku pun tefikir juga (memang aku suka berfikir pun).
Kalau tuning dah OK,
Timing belt dah OK,
Aku nak cuba tengok timing enjin lak.
Malam tu aku buat pembacaan. Aku surf internet. Baca pasal NGV dan masuk forum. Maklumat yang aku dapat ialah:
- Timing NGV tinggi sikit dari normal (10°) iaitu antara 12°-15°
- RPM untuk petrol adalah 1200 untuk mendapatkan RPM NGV 1000
- tappet untuk NGV mesti dibuat di kedai servis NGV sahaja tidak boleh kedai bengkel bukan NGV
Hari Selasa aku naik SMT Batu Pahat jumpa Rashid. Aku kata nak test guna timing light. Aku sampai dalam 3.45 ptg. Dia pun keluar timing light.
"start enjin!"
dia pun baca "20"
patut le, tinggi sangat.
Nasib baik aku tak buka timing belt ari tu.
Aku cerita le timing NGV antara 12°-15°
Dia pun adjust pada 12°
Aku minta dia test clutch. Memang ada masalah pressure plate sikit tapi clutch belum habis lagi. Aku berpuashati dan meneruskan perjalanan aku.
NGV 1
Hari ni aku nak cerita pasal engin kereta aku yang menggunakan NGV. NGV adalah singkatan untuk Natural Gas Vehicle. Kelebihan sistem ini ialah harga gasnya yang masih rendah dan menjimatkan tetapi kos pemasangannya agak mahal dalam RM3000-RM5000 ke atas.
Kereta NGV aku ni mendak sangat. Tekan minyak sampai lantai cuma pergi 60-70km/h. RPM jejak sampai 5000, nak sampai kat merah.
Jadi aku pun tanya kawan,
Mana nak servis?
Dia tanya aku pasang kat mana?
Aku kata kat Taman Gaya.
Kau jumpa Atai, minta dia cuci "dapur"
Dapur? Istilah baru ni. Dapur ni kira macam ruang campuran gas. Kira dapur ni bahasa pasar le. Aku pun pergi, jumpa Atai. aku tanya pendapat dia. Dia kata kemungkinan-kemungkinan:
- tuning lari
- tappet tak align
- api tak kuat
Kos?
tuning (RM10), adjust tappet (RM15)
Dia pun memulakan proses adjust mengadjust. Ramp sikit-sikit. Lepas tu, dia suruh aku try. Aku pun test, aku kata takde perubahan pun! dia pun adjust "api" tapi tak boleh sebab distributor aku dah langgar dinding. Aku tanya reversekan tak boleh ke? Dia kata tak boleh, nanti jadi retard, kita nak advance.
Apa tu retard dan advance?
Ia merupakan proses melaras permulaan percikan api dari palam pencucuh dalam ruang pembakaran. Ia juga berkaitan dengan pergerakan naik turun piston yang dipandu oleh crankshaft.
Retard berlaku apabila percikan api berlaku sebelum piston berada pada kedudukan tinggi (Top Death Centre). Ini menyebabkan engin sukar hidup/ berat.
Advance berlaku apabila percikan api berlaku apabila piston pada kedudukan atas dan mula menurun. Biasanya darjah 10°, 12° dan 15° digunakan menunjukkan sudut turun lengan piston.
bacaan lanjut
Maksud langgar dinding ialah distributor tu dah tak boleh pusing lagi sebab slot tu dah habis.
Aku pun hairan sebab biasanya ada ruang untuk adjust. Aku pun telefon kawan aku tanya kenapa boleh langgara dinding? Dia kata timing belt lari satu gigi.
Thursday, August 12, 2010
SAHUR RAMADHAN 2
Aku terjaga pukul 3.15 pagi. Lepas solat sunat, aku pun keluar. Aku capai air mineral je.
"Mana nak sahur ni?"
"Nak makan apa?"
Aku kena segera sebab nak kejar masa ke UTHM. Sampai Petronas sebelum masuk Highway Senai, aku isi minyak. Aku nampak Maggi Cup. Aku pun bayar, isi air panas dan makan. Slurrrp! Inilah juadah sahur aku. Kemudian aku meneruskan perjalanan. Sampai Air Hitam, aku singgah le Petronas Jalan Kluang nak isi gas tapi tak buka lagi. Gas ada lagi 2 mata. Ingat nak cari teh panas tapi tak sempat, dah masuk waktu imsak.
Cadangan awal aku nak balik hostel dulu, mandi. Tapi sebab dah ngantuk sangat, lepas solat subuh di sebuah Masjid, aku tidur dalam kereta. Lepas tu aku parking kat luar kampus bandar dan sambung tidur lagi sampai 7.20 pagi. Aku barada dalam kelas sebelum 8.00 pagi. Harap aku tak tertidur dalam kelas.
RAMADHAN 1
Semalam bulan ramadhan dah tiba. Lepas sahur aku dan anak-anak pergi surau untuk solat subuh berjemaah. Subuh ni memang happenning, ramai jemaah. Aku jumpa kawan aku, Saiful, Abu Hurairah, Yunus, Hussin, Nizam. Imam solat tu Ustaz Nahi, pensyarah baru tempat aku.
Pagi tu aku kena pindah ikan, jadikan 2 kolam. Kalau lambat, ikan boleh mati. Selain tu kena isikan air supaya ikan boleh bergerak. Dalam pukul 1.50 ptg semuanya siap. Lepas tu aku pergi rumah aku kat Bandar Dato Onn. Dia dah ganti jubin yang rosak. Lepas kemas rumah, pergi lak bazaar ramadhan. Macam-macam ada, sup, nasi berlauk, mee, apam balik, kuih-muih dan air. Kemudian singgah Masjid Bomba, ada bubur lambuk. Anak aku ambik 2 bungkus
Petang tu aku ngan family berbuka kat masjid. Aku suka berbuka kat masjid sebab senang dan ringkas. Lepas berbuka, terus solat maghrib. Kalau nak sambung lepas solat pun boleh. Malam ni atau pagi esok aku kena pergi UTHM, ada kelas pagi.
KELI
Hari selasa lepas aku dapat panggilan daripada Sharom (buyer ikan keli aku dulu). Dia nak beli keli aku 200kg. Alhamdulillah.
Dia telefon aku dalam 11.30 pagi. Dia nak saiz 6 ekor sekilo. Katanya dulu ada 4 ekor sekilo susah nak jual. Aku kata ada, boleh amik hari ni pukul 3.00 ptg ni sebab esok dah puasa. Dia pun setuju.
Nak sediakan ikan ni bukan senang. Memula kena buang air dulu sampai cetek/kering. Kalau ada tulang, daun, fiber dia boleh sumbatkan saluran dan air mengalir lambat. Kemudian, nak pindahkan ikan, pilih ikan (grading) dan buka kolam baru untuk pemindahan. Selebihnya urusan dia naikkan dalam lori.
Aku timbang le ikan kat kolam kedua, 6 ekor dalam sekilo setengah. Wah dah lebih ni. Kena reject nanti. Kena cari kecil lagi. Mana nak cari ni semua dah besar sangat tapi kena cari gak le, orang dah nak. Kolam ketiga tu banyak yang kecik, 8 ekor sekilo. Besar tak banyak.
Pukul 3.20 ptg, pekerja dia datang naik lori. Dia tengok kolam kedua aku, aku terdiam.
"Ambik semua" katanya
Fuh.. lega aku sebab boleh kaut semua. Bersih satu kolam aku. cuma ada beberapa ekor je yang diasingkan sebab besar sangat. Kolam ketiga tu ada yang dia ambil tapi tak banyak le. Hari tu dapat 184 kilo. Habis je, aku tutup satu kolam. Tinggal lagi 2 kolam aku. Satu kolam ikan kecik dan satu kolam ikan giant (lebih 16 inci).
Habis je kerja hari tu, aku belikan diri aku 3 potong ayam "wholeleg", sebuah jam tangan dan jam loceng.
Wednesday, July 28, 2010
SCORE A
Hari ni kebetulan kelas ditangguhkan. Jadi aku berjalan sekitar UTHM. Kebetulan pula ada hari Kerjaya dan aku terpandang satu flyers " BE YOUR OWN BOSS IN YOUNG AGE " anjuran Student in Free Enterprise (SIFE) di Theater 2, pukul 3.00 ptg. Bayaran cuma RM3.00 untuk tabung SIFE. Aku pun join.
Masa dijanjikan, aku pun sampai. Aku tengok adalah 4 orang India sedang mundar mandir, pakai kot. Aku ingat student juga sebab muda. Memula sorang tu bagi talk, nama dia Krishnan bercakap tentang score A. Kemudian diikuti oleh seorang lagi India, nama dia Vikey... Rupanya dia adalah jutawan yang tertera dalam flyer tu. Dia menjadi jutawan dalam umur 26 tahun sahaja!! Subhanallah.
Gaya penyampaian menarik, antara jutawan yang dihasilkan oleh syarikat. Terdapat 2 pakej iaitu RM1788 (EP) dan RM5548 (EE). Malam tu ada talk lagi pukul 8.00. Aku datang sebab nak tahu marketing plan dia. Memang best le, cerita mesti pendapatan RM300,000 ke atas dalam masa 3 bulan. Tapi bila kata ada maintain, aku kena fikir balik. Maintain ada 3 cara:
- buat pembelian portal.
- ada 10 pair
- aktifkan satu portal.
Orang dah jadi jutawan, aku pun boleh.
Tuesday, July 27, 2010
KURSUS MILLIONAIRE MINDPOWER
Hari Ahad lepas, 25.07.2010 ada kursus MILLIONAIRE MINDPOWER kat PWTC juga. Dulu workshop, hari ni kursus. Mula pukul 9.00 pagi dah habis pukul 6.00 petang. Aku bertolak pukul 12.30 malam sebelumnya. Sampai Bukit Jalil, bas berhenti kat situ. Aku pun kena le tunggu LRT untuk ke KL.
Aku sampai KL, aku turun kat Bandaraya. Hari ni aku nak test Masjid India. Aku nak mandi kat situ. Sampai bilik air dia ada nota " TAK BOLEH MANDI ". Apa le masjid kat KL ni, semua dah trend macam tu lak. Kalau kat Masjid Kg Melayu tu, lepas subuh ada ceramah agama, diikuti dengan kelas mengaji, kelas kursus haji. Meriah le, takde nak kunci pintu masjid ni. Aku mandi je, tak apa lak hukum mandi aku ni.
Aku sampai PWTC tumpang abang aku. Kebetulan aku turun tangga Maju Junction, dia pun sampai. Dia kata ada 'gerak rasa'. Aku terus daftar dan ambil tempat duduk. aku amik baris kedua bersama Nor Azura, Mohd Radzi, aku dan Norhidayah. Mohd Radzi ni pun buka cerita tentang kursus Dr Azizan yang dihadirinya dan mengira-ngira tarikh lahir. Dia juga pengamal perubatan Islam. Azura ni pramugari MAS kat KLIA. Baru balik dari Korea. Dia ni juga dah masuk scoreA.
Datuk Dr Ibrahim hadir dan memberikan beberapa input. Kebetulan petang ni juga pukul 2.00 ptg cerita Datuk dan datin bersiar di televisyen. Selain teori, ada beberapa latihan amali yang digunakan dan diajar. Pada kursus kali ni, peserta mendapat duit US1 betul dari Datuk Dr Ibrahim. Handout yang diberi banyak membantu.
Habis kursus, aku pun balik selepas solat. Abang aku galakkan aku ambil master reiki kerana boleh menjana pendapatan. Aku sebenarnya bukan tak nak, tapi perlu berfikir jauh. Ni dah nak dekat puasa, lepas tu raya... aku harap ada rezeki bergolek datang.
Wednesday, July 21, 2010
JUMPA DOKTOR
Semalam aku balik hostel dalam keadaan ber'puasa'. Aku pun heran kenapa panggil puasa sedangkan ayat berlapar lagi molek. Puasakan satu ibadah disertai niat dan syarat-syaratnya. Sampai bilik, aku kemaskan bilik sorang-sorang. Roomate aku tak datang minggu ni.
Pagi ni aku pergi surau solat subuh. Mood aku baik pula hari ni. Lepas solat, baca quran ayat Al Waqiah, baca yasin siap doa dalam semua ayat yang berakhir dengan 'mubin' , baca tahlil, baca ayat-ayat Quran yang boleh dijadikan ubat 10 ayat terakhir Al Hasyr. Peliknya tak rasa penat pun. Aku rasa tenang sekali.
Lepas mandi aku pergi jumpa doktor kat UTHM. Lepas bagi kad matrik, nurse tu siap kata: awak yang kes ulangan tu kan? Bilik no berapa? Aku kata bilik no 7. Terkenal betul aku kat sini.
Masuk bilik doktor, doktor tu tanya aku nak buat apa? Aku kata nak cek satu badan. Dia pun tulis le kertas, pergi makmal dan cek jantung kemudian datang lagi. Aku pergi makmal, nurse tu amik darah masuk dalam balang kaca kecik. Nurse tu kata nak cek jantung pergi kaunter.
Aku pergi kaunter cakap nak cek jantung. Dia bawa masuk bilik dan tanya aku pernah buat tak? Aku kata tak pernah. Lepas tu nurse tu suruh aku keluarkan barangan besi, buka baju dan baring. Nurse tu tanya aku ada sesak-sesak nafas ke? Sedih aku dengar soalan tu. Aku kata tak de tapi saja nak tau tahap kesihatan. Lepas pasang gel dan tampal tiub, dia kata dah selesai. Aku pun tak perasan bila dia start mesin tu tiba-tiba siap. Nurse tu cabut wayar-wayar dan lap gel yang berlebihan dan aku pun keluar. Kebetulan jumpa doktor tu, dia kata jantung aku ok, Alhamdulillah tapi aku kena datang lagi untuk keputusan yang lain-lain
JUMPA DOKTOR
Minggu lepas aku pergi jumpa doktor UTHM sebab ada bulatan besar kat belakang badan aku. Kat sini sistem dia tu daftar pakai kad matrik lepas tu nama akan ditayang di skrin besar. Aku baru masuk klinik jadi tak tau le skrin tu untuk apa. Ok le tu.
Tiba-tiba nama aku keluar kena bilik 7. Terasa amat banggalah aku berjalan ke bilik 7 tu. Alhamdulillah doktor lelaki.
Dulu aku kena doktor perempuan masa kat JB. Sakit kat bahagian xxx. Aku ingatkan doktor perempuan mestilah malu tapi dia suruh buka seluar. Dengan selambanya aku pun buka sikit tapi dia suruh buka habis. Lepas tu nurse kat dalam tu pun tengok sama sambil senyum-senyum. Aku pula yang malu. Siap belek-belek lagi. Agaknya dah lama tak dapat, aku pulak kena hulur benda tu. Rezeki doktor dengan nurse tu le hari tu.
Sambung cerita UTHM
Doktor tu tanya gatal ke?
Aku kata memang le kekadang gatal.
Tempat lain. celah tuut?
Aku kata ada, aku tanya nak tengok ke?
Dia jawab boleh.
Aku tanya lagi, boleh buka ke?
Dia kata bukalah
Aku pun buka le, baju je, seluar tidak.
Hasil dianogsis dia kata kurap dan tulis ubat. Aku nampak tempat cek tekanan darah manual atas meja dia. Aku tanya boleh cek tekanan darah tak? Doktor pun tak kisah dia tarik mesin kat belakang dia dan pasang ; 136/76 nadi 81. Ok.
Dia tanya nak cek gula? Aku kata ok gak siap tanya boleh cek satu badan tak?
Memang ambik darah ni kena puasa dulu. Tak boleh buat hari tu. Aku pun pergi makmal cek darah: 22.8 Fuyoo.. tinggi tu. Normal dalam 6-8 je.
Mula le doktor tu tanya macam-macam soalan makan ubat apa, macamana kawal? Doktor tu kata orang yang gulanya tinggi:
- memula akan turun berat badan
- mata kabur
- mengalami gatal-gatal,
- tompok hitam
- gatal dan hitam di celah-celah
- penyakit buah pinggang
- sakit jantung
- anu tak naik
Alamak! memang berat badan aku turun, banyak gak kat 10 kg. Gatal dan hitam pun ada. Doktor suruh puasa dan datang balik esok. Aku kata aku nak balik, minggu depan aku datang. Doktor tu kata nanti terlambat sangat, Macam pendek nyawa pulak aku ni. Huhuhu..
Aku pun balik. Aku semak mesin cek gula aku punya. Mesin aku ada memory/ history. Aku tengok 25 pun ada. Banyakkan minum air masak dan kurangkan gula. Cuma hari Ahad tu ada jamuan ulangtahun RBT2 tu aku minum air gas, itu pun sikit je. Nasi memang tak sentuh pun. Kali ni insaf le sikit. Aku harap bacaan ok pada pertemuan akan datang.
Monday, July 19, 2010
WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER
Aku sampai di PWTC dan kebetulan ternampak surau. Jadi aku jamak dan qasar solat dzuhur dan asar. Lepas tu baru cari abang aku. Rupanya kalau hari Sabtu ni, banyak syarikat buat talk, funtion kat sini. Aku jumpa ECPI, saham dan macam-macam. Semuanya penuh dan dapat sambutan. Lepas daftar tu, aku pun masuk. Belum pukul 2.00 ptg tapi sit dah hampir penuh.Dalam 2.30 ptg, penceramah Dato Dr Ibrahim pun tiba menyampaikan ucapan dan ceramahnya. Caranya bertenaga, kecindan, santai dan dapat menarik minat penonton yang hadir. Aku rasa dia menguasai pentas dengan baik. Kira one-man-show. Masa 4 jam berlalu tak dirasakan. Banyak yang diceritakan tentang mindset yang selalu kita alpa menyebabkan kita kurang berjaya.
Habis majlis tu, ada beberapa sesi seperti ambil gambar, beramah mesra dan lain-lain. Aku tengok jam dah pukul 7.12 mlm. Aku cari surau, solat maghrib dan isyak secara jamak dan cari jalan balik ke Bukit Jalil. Rupanya stesen LRT berada sebelah The Mall je. Aku naik LRT sampai stesen Chan Sow Lin sebelum bertukar tren ke Bukit Jalil.
Sampai stesen bas Bukit Jalil, aku beli tiket balik ke Johor Bahru. Aku ingat kat sini ada tiket 1.00 pagi tapi last bas pukul 11.30 malam je. Aku pun beli. Aku naik bas, pasang kain pelikat dan kelubung. Aku sedar dah sampai stesen bas Larkin pukul 3.30 pagi.
\rm600 bioaura
WORKSHOP MILLIONAIRE MINDPOWER
Hari Sabtu baru ni, 17 Julai aku menyertai satu workshop Miilionaire Mindpower di PWTC, Kuala Lumpur. Sebenarnya pada 3 Julai tu ada workshop yang serupa kat M-Suite, Johor Bahru tetapi aku terpaksa tangguhkan kerana sibuk dengan persiapan bacaan yasin dan tahlil di rumah Bandar Dato Onn.
Untuk sampai Kuala Lumpur ada 2 cara kalau naik pengangkutan awam.
KERETAPI:
Naik keretapi dari stesen Johor Bahru atau stesen Kempas sampai ke stesen Sentul, kemudian naik LRT ke PWTC.
BAS
Naik bas dari stesen bas Larkin berhenti di Stadium Hoki Bukit Jalil. Lepas tu naik LRT ke PWTC. Sekarang bas tidak berhenti di Puduraya lagi.
Aku memang bercadang nak pergi Jumaat malam. Walaupun workshop mula pukul 2.00 ptg, aku tak nak le kelam kabut. Aku ada pengalaman kalau bertolak pagi dan nak sampai cepat dulu. Bila aku sampai stesen bas tu, ulat tu promo,
"KL! KL! SEKARANG JALAN!"
Masa tu pukul 7.30 pagi. Aku bajet kalau 4 jam, pukul 12.30 sampai. Aku pun beli tiket kat ulat tu dan duduk dalam bas. Tunggu, tunggu, tunggu, aku tanya orang yang dah ada dalam bas sebelum aku dia naik pukul berapa?
"Saya naik pukul 7.15 pagi, dia pun kata : SEKARANG JALAN! Sekarang pukul 8.00 belum jalan"Akhirnya pukul 8.30 bas jalan. Itulah pengajaran yang aku dapat kalau nak bertolak pagi Sabtu. Belum masuk cerita dia singgah Taman Sri Skudai kutip penumpang, masuk Terminal One, Seremban hantar orang. Sampai KL jangan cerita le.
Malam tu orang tua aku tolong hantar ke Stesen Keretapi Johor Bahru. Sekarang ni nak beli tiket kena ambik nombor. Tak payah beratur panjang lagi. Satu kemajuan. Sampai turn aku, kerani tu kata pukul tren 11.30 malam dah habis. Tren ni sampai dalam pukul 6.00 pagi. Kelebihannya tren ni, dia ada bilik air.
Jadi kami pun pergi stesen Larkin, nak beli tiket bas. Aku pun pergi dari satu kaunter ke kaunter. Niat tu beli bas paling akhir. Tanya, tanya pukul 1.00 pagi ada tapi penuh. Akhirnya beli pukul 12.30 tghmalam bas Cepat Sedia. Kaunter tu kata kalau nak ke Puduraya kena tambah RM3.00, bayar pada pemandu terus. Bagus le ada pilihan. Seperti dijadualkan pukul 12.50 bas pun bertolak. Aku ambil kain pelikat buat kelubung dan tidur. Kalau bangun pun bukan ada pemandangan, gelap je.
Sampai Bukit Jalil, jam menunjukkan pukul 4.33 pagi. Apa aku nak buat kat Bukit Jalil ni? Aku bukan biasa. Jadi aku pun meneruskan perjalanan dengan bas yang sama ke Puduraya. Lepas bayar RM3.00, aku berada di Puduraya pada pukul 5.30 pagi.
First, aku pergi Masjid Jamek. Aku ingat nak mandi dulu. Boleh bersihkan badan sebelum solat subuh. Rupanya peraturan dah berubah, tak boleh mandi di Masjid Jamek. Bilik mandi lama siap ada 2 mangga. Aku pun redha le. Lepas solat subuh tu, ada taddarus, surah Al Waqiah. Aku pun join. Adalah 3 orang: Iman, aku dengan sorang lelaki. Sepanjang aku pernah ikut tadarrus, ini le taddarus bukan hanya baca tapi siap imam tu bagitau cara pembacaan, hukum idhram, izhaar dan sebagainya. Lepas taddarus tu dia baca tafsir dari kitab lama. Masya Allah. Aku tengok pun rasanya terkial-kial juga nak membunyikannya.
Lepas tu aku keluar pergi makan kat sebelah kaki lima stesen LRT. Buat alas perut. Dalam 7.30 pagi aku ingat nak rehat kat masjid jamek semula tetapi kena tahan kat pintu. Dia kata masjid nak kunci. Aku kata le aku baru sampai nak solat. Dia benarkan tapi berpesan lepas solat, cepat-cepat keluar.
Keluar dari Masjid Jamek, aku target nak mandi kat Masjid India. Imam tu kata tempat mandi dah kunci. Siap pakai pintu berangkai yang tarik ke bawah macam kedai/ bank. Dulu masa aku duduk KL, aku suka iktikaf kat Masjid India ni. Masjid ni meriah dengan jemaah. 24 jam ada orang/ jemaah. Aku belajar tentang budaya jemaah terutama mazhab Hanafi. Sekarang semuanya sepi. Tiada lagi istilah mengimarahkan masjid kat Kuala Lumpur ni. Target akhir aku ialah Masjid Pakistan di Chow Kit. Itupun hampa. Bilik air tengah renovated. Oleh kerana dah pukul 1.00 ptg, aku teruskan perjalanan ke PWTC.
Wednesday, July 14, 2010
Kaedah Penyelidikan
Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan?
Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa "Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan". Berikutan kenyataan itu, ratusan surat diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah:
- kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan,
- saiz kelas yang terlalu besar,
- guru tidak mengadakan kelas pemulihan,
- tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan,
- latihan guru yang ketinggalan zaman,
- pelajar yang tidak minat,
- tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya.
Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?.
Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.
Di akhir Bab ini anda akan dapat:
- memberi definisi penyelidikan
- menerangkan langkah-langkah penyiasatan saintifik
- menjelaskan ciri-ciri pernyataan masalah
- menggubal soalan penyelidikan yang baik
Definisi Penyelidikan
Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara.
Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?.
Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).
Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah
- sistematik,
- terkawal,
- empirikal.
Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:
Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik
1. Mengenal pasti Masalah dan menggubal Soalan Kajian atau Hipotesis
2. Mereka bentuk Kajian untuk menjawab soalan Kajian atau menguji hipotesis
3. Mengumpul dan Menganalisis Data
4. Menjawab Soalan Kajian - menerima/menolak hipotesis
Sumber diubahsuai daripada http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan/Bab1Apa.html
KELAS 1- KAEDAH PENYELIDIKAN
Hari ni aku masuk kelas pertama, kaeedah penyelidikan.
Pensyarah : P.M Mohd Yusof bin Abd Hadi
Hari ni aku masuk kelas MPM.
Ada bunyi teet.. teet..
Macam bunyi alarm bateri backup tak off.
Ada le mengganggu kelas.
Jadi bunyi dijadikan modal penyelidikan.
Masalah kajian
Sorotan Penulisan
FALSAFAH PENYELIDKAN
Manusia sering menghadapi masalah.
Setiap masalah perlu diselesaikan segera.
Penyelesaian masalah perlukan seseorang membuat keputusan.
Membuat keputusan melibatkan ketidakpastian dan risiko.
Untuk mengurangkan risiko, keputusan perlu berdasarkan bukti dan fakta.
Proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti dan fakta untuk mempuat keputusan
adalah proses penyelidikan.
Thursday, July 8, 2010
TELEKOM
Hari tu aku daftar untuk unicool pack. Pakej telefon, streamyx dan netbook HP. Semalam aku terima telefon dari kedai telefon Batu Pahat, dia tanya nak pakej mana? Unicool atau 1Malaysia?
Aku tanyaleh apa bezanya.
Dia kata pakej unicool dapat netbook manakala 1Malaysia dapat desktop. Aku tak nak le desktop. Aku nak netbook sebab laptop aku pun spec dah lama. Hardisk cuma 60GB, RAM 512 DDR2 dan processor Intel Celeron. Kata anak saudara aku HP ni Hardisk 150GB dan upgrade tak perlu line baru, guna line sedia ada.
Masalahnya telekom ni kata kena buat line baru. Pemasangan baru dan no telefon dan akaun streamyx baru. Kemudian telefon ni kena pakai i-talk? Confuse aku. Tak kisah le, janji dapat netbook. Bila dah siap pemasangan baru no lama boleh dipotong. Aku tanya bila dapat? Dia kata prosesnya sebulan.
Aku amik pakej unicool, speed 1M, RM68 sebulan, deposit RM75 dan pemasangan RM50.
PENDAFTARAN
Hari ni satu rombongan menaiki bas untuk pendaftaran bagi member yang belum mendaftar di UTHM. Aku pun menumpang juga sebab nak hantar filem x-ray ngan laporan perubatan. Selepas tu ada taklimat Dekan.
Oleh kerana Dekan sibuk, Ketua jabatan Jabatan Ikhtisas Pendidikan pun menggantikannya. Ada beberapa ayat yang menarik perhatian aku.
SEHARI SEBARIS AYAT, LAMA-LAMA DAPAT PHD
HEBAHKAN TAJUK TESIS YANG ANDA BUAT!
BINA KUMPULAN PERBINCANGAN
Memang betul katanya.
Hebahan pun betul juga. Selama ni aku takut nak cakap tajuk tesis aku ni sebab belum mantap lagi. Mungkin kalau aku hebahkan, aku akan dapat bantuan dari rakan-rakan lain.
mpti01 lib001
Wednesday, July 7, 2010
RUMAH TAK SIAP
Aku dah mengisi borang aduan kecacatan pada 7.6.2010. Hari ni dah 7.7.2010. Semalam aku telefon le juruteknik awam, Johorland tu. Tanya pasal kerosakan elektrik rumah aku. Jawapan dia buat aku terbakar dan sakit hati yang amat sangat.
"Apa rosak rumah awak? Apa yang awak komplen dulu? Kontraktor elektrik datang hari Sabtu je."
Apa yang buat aku marah ialah dari Sabtu lepas laporan 7.6.2010 sampai Sabtu aku telefon ada 4 hari Sabtu berlalu.
12/6,
19/6,
26/6 dan
3/7.
Apa dia dah buat pada 4 hari Sabtu lepas hingga aku kena tunggu lagi satu hari Sabtu? Dah sebulan, tiada tindakan hingga aku kena telefon. Kalau aku tak telefon tak bergeraklah kerja. Harapkan dia telefon aku, tak delah. Aku bukan buat aduan lisan, aku isi borang. Bukalah borang tu, baca. Kalau tanya aku gitu-gitu, buat apa isi borang?
Ini rumah yang ketiga aku beli. Dua rumah lain tu tak de masalah pun juruteknik dia. Buat komplen je 3 hari dah call, buat appointment dan minta buka pintu ke, suruh tunggu ke. Ni 4 minggu senyap sunyi.
Tadi aku dah call peguam. Peguam kata dari tarikh report pemaju ada masa sebulan untuk membaiki dan menyenggara rumah tersebut. Peguam pun mengeluh, siap sebut susahle Johorland ni. Dah sebulan, jubin dan retak dalam rumah tak berusik pun. Aku pun hairan macamana dia boleh bagi kunci dengan 90% jubin dalam bilik air retak? Potongan gaji dah nak mula, tapi rumah tak leh duduk lagi.
Masa aku buat bacaan yasin ngan tahlil tu, bilik bawah dengan floor atas tu tak de elektrik pun. Malu gak aku pada saudara-mara yang datang. Semua tak berani nak naik atas, gelap gelita.
Monday, July 5, 2010
BILA AKU SUDAH TIADA
Tajuk ni sebenarnya tajuk lagu kumpulan HUJAN. Aku sebenarnya sayu gak bila ramai student aku yang tak tau aku dah tak de kat IPGKTI.
Masa BIG tu ada pelajar siap berbincang BIG2 dengan aku.
Ada call aku, en ni masa kelas encik.
Sabtu lepas, kelas ganti dengan jadual hari Isnin ada yang call aku tanya pasal tutorial.
Tadi ada yang nak hantar jadual waktu praktikum atas meja aku esok.
Ada yang minta aku ajar Autocad bila mereka sem 8 nanti.
Selagi boleh bantu aku bantu pelajar aku ni.
Aku tak sampai hati nak cakap, terutama diwaktu mereka memerlukan aku;
SAYA DAH TAK JADI TUTOR AWAK LAGI
SAYA BUKAN PENSYARAH PEMBIMBING AWAK LAGI
SAYA DAH TAK MENGAJAR AWAK LAGI
dan akhirnya..
SAYA SECARA FIZIKAL DAH TAK DE KAT IPG NI LAGI.
Aku rasa yang sedang berada dalam IPG ni, lama-lama akan tahu aku dah tak de. Mereka yang sedang praktikum: KPLI, KDC PISMP sem 6 tak tau lagi kot. Kalau dah tahu, memang aku jadi macam rangkap 2 lagu ni tapi aku tak kisah pun kalau ada yang dah lupa. Semuanya aku jadikan kenangan. Itu pun yang ADA bila semua sudah tiADA.
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Sunday, July 4, 2010
MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 2
Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah. First time dalam hidup aku lead bacaan tahlil arwah dan yasin. Pagi ni dimulakan dengan meminjam sejadah, surah yasin dan rehal dari surau tempat aku. Semalam aku dah pindahkan sedikit barang seperti pinggan mangkuk, tikar dan setup meja. Aku teruskan latihan jika ada kelapangan. Hari ni juga kena beli airbatu, buah, plastik sampah, pinggan kertas, cawan polisterina.
Jemputan dijangka sampai pukul 7.45mlm. Lepas Maghrib, aku pun tunggu le depan rumah kekonon menyambut tetamu. Sampai pukul 8.00mlm belum ada sorang pun sampai. Lepas tu ibu aku telefon nak datang. Aku SMS alamat. Ibu aku suruh ajak adik aku sekali, aku pun jemput.
Pukul 8.15mlm, kak Milah dan keluarga sampai, diikuti oleh Abg Mail, Nani, Dol dan ibu aku. Memula memang makan dulu, solat isyak dan majlis tahlil. Aku memula sangkakan makanan tak cukup tetapi kuasa Allah, ada tetamu yang datang membawa berkat (makanan). Akhirnya semua dapat makan ada lebih lagi. Kak Long dan Hisham tak dapat hadir kerana anaknya berada dalam wad. Asri balik setelah sesat mencari rumah aku.
Lepas doa solat Isyak, majlis pun bermula. Aku pancarkan LCD bahan yang aku dah siapkan kat dinding. Senang semua nak tengok. Aku siap pakai cordless microphone lagi. Bila sebutan ASTAGFIRULLAH AL ADZIM bergema, bermulalah majlis tahlil ini dipimpin oleh aku.
Nak jadi cerita semasa majlis berlangsung, adik aku telefon. Aku pun kelam kabut le terutama nak tanya arah jalan, aku sempat minta Abg Mohd Shah pimpin. Abis je call dia bagi aku balik majlis ni. Habis je majlis, adik aku pun sampai.
Aku puji le sikap adik beradik belah isteri aku ni. Bila aku sangkut, mereka akan menolong mengajar dan membimbing aku meneruskan bacaan. Ini membuatkan bacaan aku tidak tertekan sangat. Aku bersyukur le dengan pengalaman ni. Dalam umur aku sekarang, tak mustahil satu hari nanti aku kena juga memimpin majlis sebegini. Sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman.
MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 1
Semalam ada majlis bacaan yasin dan tahlil kat rumah baru aku, Bandar Dato Onn. Majlis ni bergilir rumah adik beradik belah isteri aku. Dimulakan dari rumah Kak Long, Abang Mail, Kak Milah, rumah aku dan seterusnya adik-adik dia yang lain.
Uniknya majlis ni kalau panggil imam surau ke masjid handle, senang le. Sediakan makan untuk jemaah yang datang. Tapi majlis tahlil ni, tuan rumah yang kena baca (aku le!). Aku ni tak pernah lead majlis yasin dan tahlil ni, cuma jemaah je.
Aku perlu buat persiapan rapi sebab aku bukannya lancar membaca jawi ni. Lagipun semasa menyertai bacaan dalam majlis pun aku pening. Lepas baca yasin, biasanya yang bawa ada macam-macam cara menyudahkannya. Jadi seminggu sebelum majlis, aku jumpa abang long aku. Belajar urutan bacaan. Aku search internet mencari MP3 bacaan tahlil tapi tak de. Last aku rakam bacaan yasin dan tahlil kat surau tempat aku.
Next aku scan ayat-ayat yang patut termasuk doa sebab aku ni kategori rabun gak. Aku besarkan yasin tu dari kecik pada kertas A4. Baru jelas dan terang. Siap buat PDF lagi. Selain itu aku perlu membuat persiapan rumah dengan memasang lampu dan kipas. Semuanya berjalan seperti dirancangkan. Aku minta juga dari orang tua aku nama-nama arwah yang nak disekalikan dalam majlis tersebut. Akhirnya, aku SMSkan jemputan ke semua adik-beradik untuk bersama menyertai majlis ini.
Thursday, July 1, 2010
AKU BUDAK U
Aku suka istilah ni.
AKU BUDAK U
Biasanya U ni untuk Universiti.
Aku pernah masuk universiti.
Universiti aku yang pertama ialah Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1986-1988. Kawasan berhampiran dengan MINDEF (macam Pentagon kat US). Tempat makan masa tu masih warung-warung lagi. Boleh pilih nak makan kat Telekom atau Padang Tembak. Masa tu aku amik Sarjana Muda Kejuruteraan Kaji Terbang (Aeronautical Engineering). Terbang aku, tak gred.
Universiti aku kedua ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada tahun 1997-1999. Aku masuk selepas menamatkan Diploma Pendidikan Khas pada 1997. Aku amik Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Aku merasa puas juga dapat degree selepas terlepas 11 tahun.
Universiti aku yang ketiga ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai juga. Aku amik Master of Education (VTE). Bayar sendiri dengan duit PTPTN dan tunggakan DG29- DG3. Hampir 10 semester dari 2001 hingga 2006. Tapi aku bersyukur kerana dapat juga Sarjana Pendidikan (PTV) yang diidamkan.

Kini universiti aku yang keempat, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia. Aku baru daftar tadi 30.6.2010. Langkah baru bermula ke arah yang lebih jauh. Walaupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasisiwa aku teruskan juga . Yang penting dapat cuti belajar. Aku pernah buat separuh masa tetapi susah sikit bila di IPG ni. Kerja tak menentu masa dan tempat. Aku berazam akan mencapai segenggam ijazah kedoktoran 3 tahun lagi. Insya Allah.
BIG 2 : KAYAK
Hari ni masuk hari kedua BIG. Aku datang subuh ke kem. Aku nampak En Arif dah menunaikan solat berjemaah. Aku bisik kat dia, aku datang lambat sikit, ada pemeriksaan kesihatan. Dalam pukul 10.00, aku tengok peserta aktiviti air ada lagi kat kem. Aku menawarkan diri untuk mengikuti aktiviti air.
Aktiviti dimulakan dengan streching atau regangan. Kemudian diikuti oleh water confident, pelajar belajar mengapungkan diri dalam air. Next ialah asas kayak dan steer. Kayak ni jika nak pusing kanan, kayuh sebelah kiri dan sebaliknya.
Aku dah lama tak berkayak ni sejak badan makin montel. Aku tanya Tok Mat, ada saiz aku ke kayak ni? Dia kata ada. Aku pun try le. Sejak dulu lagi aku tak boleh duduk depan sebab kaki aku panjang. Jadi aku pun duduk belakang tapi tak selesa juga. Raymond dan En Puad banyak tolong aku.
Mula-mula test, ok. Bila kayak betul-betul, aku ngan Puad dapat potong beberapa kayak sehingga semua berkumpul dipertengahan jalan. Setelah disambung, aku berasa sangat pelik kerana kayak aku tak boleh kayuh ke depan. Kedudukannya selari dengan arus. Kedudukan ni sangat bahaya kerana kalau ombak datang, kayak boleh terbalik. Aku pernah terbalik dulu waktu berkayak KLMS tahun 1992. Itu kira jurulatih dengki tapi dia dah ajar asas melepaskan diri dulu.
Aku rasa ada dekat 20 minit tak boleh bergerak dari kedudukan tersebut dan semua kayak dah jauh meninggalkan kami. Rakan aku cuba kayuh kiri dan kanan tapi kedudukannya masih sama. Aku pun terfikir, buat refleksi. Adakah ini balasan kerana mempersendakan kayak lain yang lebih lambat tadi? Akhirnya, sangkaan aku betul, kayak aku senget hampir terbalik dan telah dimasuki air. Aku pun malu gak sebab aku je yang tertinggal, jauh pulak tu..
Tiba-tiba bot marin yang mengiringi kami tu patah balik mendapatkan aku. Mereka tunda aku menghampiri kumpulan yang lain. Waktu tu belakang kayak dah tenggelam separas air. Kemudian aku kata kat rakan aku, baik berhenti dulu kat kawasan ternakan kupang tu. Ada yang tak betul, kata aku. Sampai kat kelong tu, aku pun duduk kat pelantar. Baru belakang kayak tu timbul dan aku perasan ada air mencurah keluar. Kayak tu bocor rupanya, patut le banyak air masuk.
Sampai tempat memasak, aku pun flat dan baring. Usia telah membataskan tenaga yang ada. Aku bersyukur kerana dengan persiapan dan perancangan rapi, semuanya selamat tiba dan meneruskan aktiviti memasak. Lepas memasak, makan. Lepas makan, balik semula berKAYAK.
Wednesday, June 30, 2010
BIG 1
Pada 27 Jun lalu, aku dilantik mengganggotai kumpulan fasilitator/jurulatih BIG. Sesi dimulakan pada pukul 2.00 ptg. Jadi ramai le yang datang menghadirkan diri terdiri dari tutor-tutor, jurulatih dan seorang kem komandan.
Perkara pertama ialah membina khemah dan persediaan tempat solat untuk lelaki dan perempuan dan persiapan tempat ceramah. Hari tu aku dapat slot kecemasan dan bantu mula. Sesuai le sebab aku salah seorang pensyarah penasihat BSMM IPGKTI. Aku cerita le mengenai perkara-perkara yang mencemaskan sewaktu perkhemahan yang lalu.
- luka
- sawan
- gigitan ular, binatang berbisa
- kayak terbalik
- patah
- usungan
- kebakaran
Selain itu cara-cara memberi bantu mula seperti merawat luka, membuat tuap, tuap alih ganti, tuap diri sendiri dan lain-lain. Oleh kerana ada group PJ dalam kumpulan ini, mereka banyak membantu.
Thursday, June 24, 2010
MESIN TERAPI ELEKTRIK
Kali ni aku nak cerita mengenai mesin terapi elektrik. Mesin ni sekarang dah banyak dipasaran. Ada mesin berjenama Dr Health 9000, Dr Jism, Family Dr dan lain-lain. Hari tu aku baca blog Aljabbar. Teruk juga sorang mamat tu hentam produk tu dari golden wellness kat jalan Gombak. Jadi aku pun bercadang gak nak tengok mesin dia yang dikatakan murah dan baik.
Kebetulan lak aku ada mesyuarat kat Jalan Ipoh KL dan abang aku nak ke Anjung Seri di Medan Idaman tu nak beli barang. Jadi akupun ikut dia.
Kat sini cuma adamesin buat demo aje. Mereka tak buat rawatan kat sini. First dia bagi aku test mesin dengan kuasa 9000v. Ada rasa gegaran kat lapik alas kaki. Lepas tu dia bagi gegaran tinggi 72,000Hz. Boleh nyalakan mentol kalimantang panjang. Last dia bagi try akupuntur dan roller.
Harga Dr Health 9000 adalah RM5900 termasuk:
- satu mesin
- dua pad duduk
- satu tilam
- satu akupuntur
- satu roller
Habis je penerangan tu, aku pun balik.
Monday, June 14, 2010
LALAT & MC D
Hari tu aku pergi jalan-jalan lepas tu aku singgah restaurant MC Donald. Aku pun order le makan. Tapi hidangan tu datang dengan pakej khas, LALAT.


Aku hairan le, restoran makanan segera berjenama luar negara ni. Mengikut pembacaan aku dulu, Mc Donald pernah menutup operasi salah satu restorannya di luar negara kerana kehadiran seekor lalat.
Tapi kat sini, pengurusan tak kisah pun bila pelanggan makan bersama lalat. Gambar lalat ni bukannya kat dinding atau lantai tapi atas MEJA MAKAN. Dan bukan kat outlet sini saja, kebanyakan outlet kat Johor Bahru ni membela lalat.
Kalau lalat kat Highway Machap tu orang kecoh sampai hilang selera, aku rasa pengurusan dah ambil banyak tindakan seperti pintu berlapis (double door/ compartment), kipas industri tapi Mc Donald ni memang tak kisah pun.
Aku rasa pengurusan tertinggi Mc Donald ni kena le round, turun padang. Tak pun report kat majlis.
Tuesday, May 25, 2010
PINJAMAN ASB II
Hari ni aku berkobar-kobar nak pergi RHBeasy. Aku nak buat loan dan suruh isteri aku standby buku ASB dia. Mana tau aku tak dapat, dia boleh backup. Aku cakap kat sales tu nak tanya pasal loan ASB. Memula ditanya siapa nak? aku mengaku le aku nak. Rupanya dia kena ikut umur Aku boleh loan 15 tahun sahaja.
Dia kata prosesnya tak sampai 25 minit untuk daftar pinjaman. Aku kata OK.
Semua maklumat diambil dari data MYKAD. Tak de soalan-soalan atau isi borang 5-6 helai sebanyak 3 salinan, alamat ke, no IC, jantina dan lain-lain. Ini baru le betul paperless. Aku tengok dia boleh cek CITOS dan CRIS. Aku tanya mana dapat maklumat tu? Dia kata ini link dengan bank negara. Akhirnya dia keluar keputusan
"permohonan tidak diluluskan"
Sales tu cek, dan kata aku banyak komitmen.
Aku bersyukur kerana belum batalkan perjanjian dengan CIMB. Kalau tak, sakit le.
Lepas tu aku try permohonan guna nama isteri aku lak, dia boleh loan 10 tahun sahaja. Lepas tahun ke 5 kena bayar RM1881. Sales tu pun try. Dia nak letak gaji RM5000. Aku kata mana boleh, isteri aku tak kerja. Last-last dia letak RM3500. Try pinjaman RM100K. Akhirnya keputusannya boleh loan RM40K sahaja sebab bayaran bulanan selepas 5 tahun tinggi. Untuk RM40K, 5 tahun pertama, bayarannya RM171 je. Aku pun proceed. Sales tu kata bulan depan boleh datang lagi tambah RM60K lagi tapi gaji kena adjust RM5000. Nanti le aku kata.
PINJAMAN ASB
Hari Ahad lepas, aku dengan family pergi TESCO. Sambil lalu kat kiosk RHBeasy, aku tengok ada promosi pinjaman ASB. Bayar faedah 5 tahun sahaja. Aku perhatikan untuk pinjaman ASB RM100K, bulanan cuma RM428.90.
Aku pinjam ASB CIMB RM100K kena bayar dekat RM700. Jauh beza ni. Kalau jual CIMB dan tambah RM157.80, boleh amik pinjaman RM200K. Dividen dan bonus kalau 8% setahun dah ada RM16K dalam tangan.
Pinjaman ASB ni cuma perlukan buku ASB dan MyKAD sahaja. Aku kata nanti aku balik dan fikirkan untung ke rugi sebenarnya dan kat mana bank dapat untung?
Memang logiknya,
RM428.90 x 12 x 5 = RM25,734
katalah setahun dividen dan bonus 8%
RM8000 x 5 = RM40,000
maka, untung = RM14,266
Persoalannya ialah, selepas 5 tahun,
bolehkah RM100k ini dijual begitu sahaja?
Adakah baki selepas 5 tahun kurang dari RM100K atau lebih?
Penalti 1% tetap dikenakan terhadap aku.
Bila aku bandingkan dengan pinjaman ASB aku sekarang, dengan bayaran lebihkurang RM700 selama 5 tahun, aku telah membayar RM700 x 12 x 5 = RM42,000
Sebaik sahaja pinjaman ASB CIMB diluluskan, aku dah ada hutang RM130,000 (campur interest, insuran dll). Oleh itu selepas 5 tahun, baki hutang aku lebih kurang RM88,000. Kalau aku jual, tolak penalti RM1000, aku boleh dapat cash RM11,000 lagi.
Tapi kalau aku amik RHB ni, katakan permulaan kena RM130,000. Lepas 5 tahun baru bayar RM25,734. Baru berbaki RM104,266. Bila nak jual, dengan penalti RM1000, aku kena bayar RM5226 lagi kepada bank. Tapi aku rasa kena bayar lebih lagi sebab aku tak ambil kira faedah atas baki bulanan atau tahunan. Kemudian reloan semula. Masih ada "untung". Jadi aku pun berkira-kira le bila nak ke CIMB nak jual balik pinjaman ASB aku.
Thursday, May 20, 2010
TEMUDUGA
Hari Selasa , 11.5.2010 aku dipanggil untuk tapisan CBBP TB. Bersama aku ada lagi 3 orang yang dapat pergi. Jadi hari Isnin tu aku cari le mereka ni, nak car pooling sebab tak leh claim. Rupanya diaorang dah minta cuti rehat khas. Tinggal aku sorang, masih bekerja. Jadi aku pun kena pergi sendiri.
Esoknya aku pergi. Cari le blok E12. Aku terperanjat gak bila aku tengok begitu banyak kon keliling siap ada tali di sepanjang tepi kawasan tu. Alamak dah tak boleh parking keliling macam dulu lagi. Aku sampai dalam blok E12 tu awal tetapi bertembung masa orang masuk kerja pukul 8.30 pagi. Walaupun lif ada banyak, tetapi penumpang yang naik adalah terhad. Agak-agak 6-7 kali lif berlalu (penuh) baru boleh naik.
Sampai kat tingkat 12, aku diminta tanda tangan borang kehadiran kat dinding. Aku dalam kumpulan 2 bersama 3 lagi calon. Aku pun rilek je. Tiba-tiba ada orang sapa aku,
"hang ambik apa?"
"PTV", kataku
"hang tak kenai aku ka? hang badge Zukri, kan, senior kami..."
Alamak dia kenal aku. Zukri ni satu kelas dengan aku kat maktab masa belajar Fabrikasi Logam dan Kimpalan tahun 1990-1992. Dia ada muka anak mami. Sekarang mengajar di SMT Butterworth.
Masa duduk tu, aku tanya dia, bawa sijil je ke? Dia kata ya. Aku terangkan kat dia, pertama sekali sediakan nota kecil untuk pengenalan diri, kemudian catatkan sekiranya ada penglibatan dalam penulisan modul, buku teks atau pembentangan. Nampaknya dia ikut juga le.
Bila masuk je dalam bilik temuduga, kami duduk berempat. Dia sebelah kanan aku dan dua lagi sebelah kiri aku. Bila panel bertanya latar belakang, dia jawab dulu. Boleh tahan juga dia susun ayat. Bila tanya sumbangan, banyak juga panel yang diwakili dan penulisan buku yang belum diterbitkan, masih dalam penulisan. Aku puji juga dia ni walaupun sebagai guru sekolah, nampak matang dan berisi percakapannya.
Aku, oleh kerana ini kali kedua aku melaluinya, aku berjanji takkan melakukan kesilapan yang sama. Cuma aku ada terlepas pandang mengenai teori-teori lain sebab aku buat proposal baru. Bila bab sumbangan ni, memang itulah kelebihan aku berbanding mereka. begitu juga penulisan dalam jurnal, penulisan buku, membentang kertas kerja dan lain-lain.
Secara keseluruhannya aku berpuashati pada temuduga kali ini. Alhamdulillah. Aku harap aku dapat mencapai cita-cita aku mendapatkan ijazah doktor falsafah pada temuduga tahun ini. Amin.
Thursday, April 29, 2010
SUKAN IPGKTI - LAKSAMANA JOHAN
Hari ini merupakan hari sukan IPGKTI. Sebenarnya pagi ni aku sibuk mencari pensyarah lelaki dan wanita untuk memasuki acara staf. Nasib baik senarai aku dah print. Jadi aku cari le kat padang. Ada yang sporting dan ada yang spring. Maklumle, umur pensyarah dalam 40 tahun ke atas (dah menopaus pun ada) .
Tanya sorang,
- i've got history sakit jantung
- lutut bengkak
- bahu sakit, baru lepas urut
- dah tua
- obess
Oleh itu aku terpaksa mengambil staf sokongan. Mereka ni walaupun 50 tahun masih steady, siap offer diri lagi. Agaknya pensyarah ni kurang jaga kesihatan.
Dari perasmian, paluan kompang dan gerak silat nampak kemas dan tersusun. Acara balapan/trek dimulakan. Terdapat juga jemputan taska semaian subur, jemputan lari berganti-ganti dari sekolah-sekolah berhampiran mewarnai sukan tersebut.
Kebanyakan acara trek dimenangi oleh Laksamana. Lepas Laksamana, Laksamana lagi, Laksamana lagi. Apabila diumumkan johan keseluruhan Laksamana, aku sedikit terharu. Terharu bukan kerana Laksamana menang, tapi student aku menang dengan usaha mereka sendiri. Secara tak langsung mereka menjaga nama baik aku sebagai Ketua Pensyarah Penasihat.
SUKAN IPGKTI 2
Sukan IPG aku akan bermula pada 29 April 2010. Maka raptai penuh telah dijalankan pagi tadi. Dimulakan dari ketibaan tetamu diiringi dengan silat, gendang india, gendang cina dan paluan kompang.
Ada sekali tu aku tegur le pertunjukan silat tu, nampak longgar dan tak tersusun. Dalam memartabatkan silat ni walaupun tahap demo, gerakan perlu kemas dan tersusun. Aku pernah masuk beberapa pertunjukan demonstasi pada satu zaman dahulu. Latihan mestilah diulang sampai kemas. Memang sakit le jatuh atas simen, tak masuk kena tumbuk, pulas dan banting. Kumpulan ni demo atas rumput, sepatutnya kurang masalah. Paling penting kena ada jurulatih untuk memperkemas gerakan dan memilih buah.
Antara yang perlu dilihat ialah jarak serangan, masa dan kombinasi serangan. Kadangkala jarak terlalu jauh menyebabkan rakan tidak dapat melakukan serangan seterusnya dan nampak seperti dibuat-buat dan berlaku tunggu-menunggu. Aku tanya gak kenapa teragak-agak? Dia kata sepatutnya kena tendang tapi tak rasa tendangan. Lepas teguran aku, nampak mereka dapat memperbaiki persembahan mereka.
Lepas raptai tu, hujan pun turun. Aku pun duduk le kat astaka tu sebab parking kereta jauh. Tiba-tiba rakan aku panggil,
"kau ketua penasihat rumah LAKSAMANA, kan?"
Aku terkesima.
Aku ni ketua penasihat?
Aku memang tahu aku rumah laksamana tapi tak tau lak aku ketua penasihat. Malunya aku. Nama pensyarah pun aku tak de. Sukan dah nak habis, tinggal esok. Rumah lain ada gak buat meeting. Aku tak buat pun.
So untuk menebus kemaluan aku tu, first thing aku cari nombor telefon ketua rumah laksamana. Namrod namanya. Aku kenal dia, pemain bola sepak IPG. So aku kena cari nama pensyarah laksamana. nasib baik dia ada dan emel pada aku. Malam tu ada hiasan khemah laksamana. Aku pun turun dalam 8.45 mlm.

Bila aku sampai je, aku terkejut tengok padang yang begitu penuh. Mereka berlatih lagi malam tu. Dengan sound sistem yang baik dan kombinasi lebihkurang 70 pelajar, memang "happening". Aku pun jengok khemah yang dihias. Mereka bekerja dalam gelap. Tak de lampu kat khemah tapi mereka masih tekun menyiapkan khemah ni. Dekat pukul 11.00 mlm, aku pun balik.
SUKAN IPGKTI
Sukan IPG aku akan bermula pada 29 April 2010. Maka bermulalah beberapa acara saringan, saringan akhir dan akhir. Aku ditugaskan sebagai refri padang. Jadi kerja aku berlegar sekitar gelanggang lontar peluru, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lontar cakera dan lembing. Tugas aku memastikan peralatan lontaran dan pengiraan ukuran yang betul selain peraturan acara dipatuhi.
Pada acara akhir tu, hujan pun turun dengan lebatnya. Aku pun duduk le kat astaka tu sebab parking kereta jauh. Tiba-tiba dalam hujan lebat tu aku nampak peristiwa yang menarik hati dan sempat aku rakamkan.
Sunday, April 25, 2010
RUMAH BARU
Rumah aku kat Taman Dato Onn dah siap. Aku dah ambil kunci. Khamis lalu dah bayar cagaran TNB untuk pasang meter. Jadi semalam aku ngan family pergi le nak tengok. Rumah memang puas hati. Ada retak sikit-sikit tu nanti aku boleh komplen.
Bila aku buka pintu belakang (backyard) aku terperanjat. Aku ingat pagar tak siap pasang. Apa le pemaju. Rupanya kontraktor sebelah buat extend dan buka pagar aku. Lepas tu pecah dalam kawasan rumah aku. Wah ini sudah lebih. Aku pun call no yang pemaju bagi buat komplen.

Jawapan yang dia bagi buat aku tak puas hati. Dia kata jiran-jiran kena tolak ansur. Masalahnya aku bukan komplen dia buat dalam kawasan dia tapi kawasan aku. Aku belum duduk dah kena pecah, macamana? Kalau nak extend, jangan makan kawasan aku. Kalau ikat batu, pastikan dalam kawasan dia dan tiang tidak boleh dialih. Lagipun kualiti pemaju dan kontraktor tak sama. Dia kata hari Isnin nanti dia akan ambil tindakan.
Aku geram juga, kata gated and guarded tapi jadi macam ni. Aku kesal juga le.
UJIAN AMALI
Baru baru ni aku kena mengawas ujian amali. Oleh kerana bajet tak de, kena jaga kat tempat sendiri. Tak kisahlah.
Masa ni aku boleh lihat siapa yang dah buat latihan dengan yang mengaku buat. Aku dah terangkan teknik yang betul macamana nak buat, strategi dan sistem. Siap guna wireless microphone dan LCD presentation.
Hasilnya..macam-macam ada. Yang ikut cakap aku, tenang je. buat kemas. Step by step. Sejuk perut aku (istilah yang biasa diguna). Tu le aku dah kata benda ni kena latih banyak kali. Ada lubang besar, salah potong, senget, salah ukur dan pahat patah pun ada.
Belajar ni kena ikhlas, dah kata berkali-kali. Tapi aku bersyukur le semuanya siap dalam masa. Tahniah le.
Tuesday, April 6, 2010
JUAL KELI
Semalam kawan aku ajak pergi jumpa seseorang pasal pasaran ikan keli aku ni. Aku kenal dia sebagai Azrul. Aku pun tak tau post dia apa. Dia tinggal di Seri Austin. Aku pun masuk ikut Mount Austin tapi rupanya Seri Austin ni dalam Taman Setia Indah, Taman Daya.
Azrul ni bercerita tentang bisness dia. FMTG, vegegreen. Alamak! lemah aku. Nasib dia tak ajak masuk skim macam-macam. Tapi ada le sikit-sikit ilmu yang aku dapat. Dia cerita peluang yang boleh diambil dari beberapa kementerian dan jabatan kerajaan yang ada. Tapi speciality dia dalam pertanian seperti timun, cili merah, cili padi dan sawi. Terus terang dia kata tak boleh tolong.
Dia cerita pasarannya pada hypermarket. Rupanya kalau nak masuk hypermarket, kita kena bayar kat hypermarket tu untuk display dan rak. Setahun sampai RM180,000. Inilah faktor industri kecil tidak berani masuk hypermarket. Satu lagi komitmen. Kalau dah mula supply hypermarket, kena sentiasa ada bekalan. Kalau stok kurang kena saman dengan hypermarket tu. Aku dengar pun ngeri, berniaga skala juta. Aku nak jual ikan keli je. skala pun kecil je.
MASHA ALLAH SAMA-SAMA MENIAGALAH
Aku pun bertanyalah apa kerja sampingannya. Aku tengok biasa je dia ni. Kalau bisness dahsyat mesti 5 minit sekali telefon dia berdering. Mula-mula nak buka rahsia dai kata jangan gelak tau. Aku kata OK, aku nak dengar je.
Sekali dia cakap HAI-O. Masha Allah.. sama-sama berniaga, sama syarikat pulak tu. Cuma dia lebih aktif dari aku. Aku ni masuk ahli je. Satu lagi dia lebih tahu pasal sistem ni dari aku dan berani meneruskannya. Aku bersyukur dah rezeki dia kat situ. Ada lagi benda yang dia cerita yang aku simpan sebagai panduan hidup aku.
Next penyeliaan aku tunjuk dia website aku.
http://hai-o-bioaura.blogspot.com
Website ni dah lama aku upload sejak Jan 2008 lagi. Aku guna internet je. Masalahnya aku tak pandai closing dan buat talks. Satu lagi aku tak pandai autoresponder. Banyak yang SMS aku tapi tak dapat closing. Dia suruh aku minta bimbingan upline aku. Aku kata ada hikmah juga kurang berjaya ni. Kalau berjaya rasanya aku lagi hanyut jauh, aku kan lelaki.
Monday, March 29, 2010
MASYA ALLAH, AIWA AHSANTI
Aku menyelia sorang guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Madrasah Alattas Alarabaiah AlIslamiah di Tiram. Subjeknya Bahasa Arab. Sewaktu pra penyeliaan cikgu ni aku tengok dia biasa je macam orang lain, cuma dia bawa toyota caldina.


Aku tanya beberapa soalan, harganya dalam RM120,000 bayar bulanan RM1500 je. Aku tak percaya dia guna duit gaji, mesti ada pendapatan sampingan ni. Dia senyum je. Aku pun tak nak tanya banyak. Lepas tu dia balik.
Bila aku sampai madrasah, aku semak buku rekod dia, folio dan jurnal. Tanya perancangan dan macam-macam soalan dan minta penerangan. Habis dia tulis dalam Bahasa Arab, kena terjemah le. Bila masuk kelas, aku tertarik dengan kesungguhannya, lenggok tangan, intonasi suara, bertenaga dan memek muka. Yang aku ingat ayat masya Allah, aiwa ahsanti, naam diulang-ulang.
Aku sebenarnya tahu le sikit-sikit bahasa arab ni. Dulu aku belajar bahasa arab ni darjah 2 sekolah agama. Jadi ade le faham sikit. Selain bahasa arab ni aku suka gak observe kat SJKC. Boleh belajar bahasa cina. cikgu dia suka akhirkan ayat dengan "tui ma!" maksudnya betul ke?
CAT RUMAH2
Hari ni aku datang lagi. Nak selesaikan kerja semalam. Lagipun penyewa tu dah janji nak datang petang ni. Aku periksa bilik biru tu dulu, memang tak sekata cat tu. Aku rasa malu juga kalau hasilnya begitu.
Tapi macamanapun aku kena mula mengecat bilik sebelah dulu. Aku pun bentang kanvas dan bancuh cat. Habis cat bilik tu aku biarkan kering dulu. Tiba-tiba "Assalamualaikum!". Terkejut aku, suara perempuan. Ingat jiran aku rupanya isteri penyewa aku. Main terjah je. Aku masa tu pakai seluar pendek je dengan baju pagoda. Lepas tu baru penyewa tu datang. Isteri dia tengok bilik biru tu, bilik air dan bilik lain. dia kata OK. Lepas tu dia bayar deposit dengan sewa dan aku bagi kunci. Aku minta tempoh lanjut untuk menyiapkan cat.
Lepas dia keluar, aku balas lagi satu lapis cat. Alhamdulillah akhirnya 2 bilik dapat warna putih cuma pantulan pink dan biru tu masih ada. Cat berbaki sikit untuk bilik ketiga. Aku rasa 7 liter tu sepatutnya cukup untuk 3 bilik tapi disebabkan nak overcome warna putih maka banyak lapisan disapu. Jadi akupun beli cat lagi untuk top up.